Pejam celik pejam celik, sudah hampir sebulan kita berpuasa. Hanya tinggal lebih kurang 5 hari lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma. Mesti semua tengah teruja untuk membuat persiapan kan?
Maklumlah raya kan disambut setahun sekali. Mestilah anda nak tampil kelihatan menawan, anggun dan jelita di pagi Raya. Namun baru anda perasan, ada beberapa barang yang tidak dibawa sekali ke kampung halaman. Haduih habis spoil mood….
Takpe, usah risau dan cemas kerana kami ada menyediakan checklist barang yang perlu dibawa. Nampak macam remeh dan tak penting barang-barang ini, tapi kalau takde habislah persiapan OOTD di pagi raya anda akan kecundang.
KERONGSANG DAN JARUM PENITI
Baju dah lawa, mekap dah meletop tapi sampai dekat bahagian tudung, nampak selekeh dan serabai. Jadi pastikan anda bawa kerongsang dan jarum peniti yang mencukupi. Bawak lebih pun takpe, maklumlah sampai di sana mesti akan ada sanak saudara yang mahu pinjam. Pastikan juga kerongsang yang dibawa masih elok dan tidak berkarat sebab nanti habis rosak tudung raya anda yang mahal tu.
Jarum peniti pun pastikan yang tajam dan panjang. Barulah tudung anda akan elok terletak sepanjang hari. Maklumlah kaum hawa ni kan sensitif sikit, kalau tudung tak on point, terus takde mood nak bergambar dan beraya sakan.
Ads
INNER BAJU DAN KAIN DALAM
Haaaa nampak macam remeh tapi kalau anda tak bawa dua item wajib ni, memang haru biru pagi raya anda. Baju kurung kadang ada yang jarang dan nipis terutama kalau material viscose. Sekarang kan tengah trend baju kurung kaftan viscose.
Maka, pastikan anda bawa inner baju yang sesuai dan kain dalam. Takdelah isu nampak baju dalam atau terselak nampak kaki. Beraya di kampung kenalah sopan dan ayu, barulah selamat dari umpatan makcik-makcik bawang, hiks.
SELIPAR
Kalau anda taknak ada isu berebut selipar di kampung, pastikan bawak selipar masing-masing tau. Kadang kita asyik utamakan kasut raya yang cantik-cantik sampai terlupa kepentingan selipar dalam beraya di kampung.
Ads
Nanti pagi raya, mesti anda akan pergi solat sunat raya di surau berdekatan kan? Haaa… takkan nak pakai kasut tumit tinggi 3 inci pulak pergi surau. Risau nanti anda tergolek depan tok imam. Jadi pastikan bawa selipar yang selesa dan mudah disarungkan supaya senang nak berjalan pusing kampung terutama kalau nak pergi kedai runcit depan rumah untuk membeli ais.
UBAT-UBATAN
Cuaca yang tak menentu sekarang amatlah merisaukan, terutama dari aspek kesihatan. Demam, pening kepala dan sebagainya antara perkara yang akan membantutkan semangat kita untuk beraya. Maka, bawaklah ubat-ubatan seperti ubat demam, selsema, batuk dan minyak angin.
Maklumlah setelah sebulan berpuasa, tiba-tiba perut anda di isi dengan pelbagai jenis makanan. Jadi pastikan anda bawa sekali minyak angin dan ubat Pil Chi Kit Teck Aun bagi mengelakkan isu perut tak selesa dan berangin.
Ads
PENYANGKUT BAJU
Baju raya dah digosok rapi tapi tiada penyangkut untuk digunakan? Ini lah masalah yang sering terjadi di pagi raya. Maklumlah sanak saudara ramai, habis semua stok hanger dikebas.
Kalau anda menginap di homestay atau hotel pun, sering terjadi isu penyangkut baju yang tidak mencukupi. Maklumlah, baju raya ahli keluarga terlampau banyak. Tak masuk lagi tudung dan samping yang perlu digantung juga. Jadi untuk mengelakkan isu bermasam muka sesama ahli keluarga sebab berebut hanger, bawaklah penyangkut baju dari rumah siap-siap.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Kosmo, Pexels
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan meraih perhatian selepas mencatat satu lagi kejayaan peribadi apabila berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM). Majlis konvokesyen tersebut berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah, Sintok, Kedah, pada semalam.
Beliau yang kini berusia 59 tahun merupakan antara 879 graduan yang menerima ijazah masing-masing pada sesi kedua majlis tersebut. Penyampaian ijazah itu telah disempurnakan oleh Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.
Pencapaian Peribadi & Teladan
Datuk Seri Dr. Ahmad menzahirkan rasa syukur atas kejayaan menamatkan pengajian selepas empat tahun penuh cabaran. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga, termasuk isterinya, para pensyarah, penyelia dan rakan-rakan yang banyak memberikan sokongan sepanjang perjalanan akademiknya.
“Hari ini hari konvokesyen yang merupakan hari bersejarah kepada saya dan keluarga. Semoga ini sedikit sebanyak boleh dijadikan teladan bahawa mencari ilmu adalah satu usaha sepanjang hayat. Pendidikan adalah usaha sepanjang hayat dan mudah-mudahan ia menjadi inspirasi kepada ramai pihak,” katanya sambil menzahirkan kecintaannya terhadap universiti tempat beliau menimba ilmu itu.
Cabaran Sepanjang Pengajian PhD
Dalam pada itu, beliau sempat berkongsi mengenai cabaran sepanjang pengajian PhD Komunikasi di UUM. Menurutnya, tempoh pandemik COVID-19 menjadi antara ujian terbesar apabila beliau perlu menyesuaikan diri dengan pembelajaran dalam talian sambil menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
“Cabaran saya semasa COVID-19, saya kena kelas dalam talian. Masa saya balik kawasan kadang-kadang kena berhenti di R&R untuk mengikuti kuliah, selepas itu ada peperiksaan dua subjek utama iaitu Research Methodology dan Academic Writing,” jelasnya.
“Alhamdulillah, kedua-dua subjek ini saya dapat A+. Tentulah ada proses-proses lain seperti membentang kertas seminar antarabangsa, menulis, proposal defense, Quantitative Analysis, menulis tesis dan bertemu penyelia,” ujarnya.
Kredit foto: FB Rasmi Ahmad MaslanKredit foto: FB Rasmi Ahmad Maslan
Fokus Penyelidikan & Inspirasi Pendidikan Sepanjang Hayat
Penyelidikan beliau bagi pengajian peringkat PhD Komunikasi itu memfokuskan kepada komunikasi kerajaan yang berkait rapat dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) — satu topik yang relevan dengan pengalaman beliau dalam bidang pentadbiran dan kewangan.
Datuk Seri Dr. Ahmad turut menzahirkan harapan agar kejayaannya memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira usia atau latar belakang, serta menjadikan pendidikan sebagai satu usaha berterusan sepanjang hayat.
“Ilmu tak pernah mengenal usia. Saya harap lebih ramai akan menjadikan pembelajaran sebagai satu gaya hidup. Inilah mesej utama yang ingin saya sampaikan melalui kejayaan menamatkan PhD Komunikasi ini,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan hanya wanita, lelaki masa kini suka dengan aksesori bukan, apatah lagi aksesori tersebut dari jenama terkemuka seperti Pandora ini.
Jika korang menggemari barang perhiasan bersaiz kecil dan cute, sesuai sangatlah kalau korang berkunjung ke butik Pandora yang berdekatan. Ia memang ikonik dengan produk gelangnya yang boleh dihiasi dengan pelbagai jenis “charm,” dengan pilihan bergantung kepada cita rasa pemakai.
Kini Pandora memperkenalkan desain leksikon baru, Pandora ME yang direka khas untuk mewakili semua peringkat generasi. Koleksi ini memberi peluang kepada semua orang menggayakan dan memakai reka bentuk yang dipersonalisasi dan disesuaikan. Menariknya korang juga boleh mencipta sendiri barang kemas anda dengan rangkaian barang perhiasan terbaru oleh Pandora ME.
Pandora Me, dihadirkan dengan gelang (Pandora ME Link Chain Bracelet), Medal (Pandora ME Medallions), Loket Nama (Pandora ME Styling Word Links) dan Cincin (Pandora ME Rings). Cantik sungguh!
Setiap satu simbol memberikan maksud yang unik bagi pemakai seperti memori indah, item kegemaran, harta peribadi, pencapaian dalam hidup dan sebagainya. Terpulanglah kepada korang untuk menonjolkan identiti diri seperti mana yang anda mahu dalam pelbagai gaya penampilan yang unik.
Wah min suka betul style Pandora Me ni, simple je tapi ada class.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang dilaporkan saban hari di media massa mahupun di media sosial, cabaran yang dihadapi oleh para pelajar sekolah sepanjang musim pandemik COVID-19 ini sememangnya ketara.
Bukan mudah untuk mereka belajar dari rumah, lebih-lebih lagi di kalangan pelajar yang bersiap sedia untuk berdepan peperiksaan utama.
Meskipun begitu, dua orang pelajar Malaysia yang menuntut di Beaconhouse Sri Inai International School, Petaling Jaya hari ini boleh berbangga apabila mereka meraih keputusan membanggakan ‘straight A’s’ untuk peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) yang mereka duduki pada tahun 2020!
Yashodini A/P Andy Easwaren dan Jun Rain Lim De Jin masing-masing memperolehi kepujian tertinggi dan merupakan di antara 16 orang pelajar sekolah swasta terbabit yang memperolehi A dalam semua subjek.
Kongsi Yoshidini mengenai kemampuannya mendpaatkan keputusan cemerlang di kala Malaysia dilanda pandemik tahun lalu, “Saya selalu cuba untuk mengekalkan keputusan cemerlang dalam pendidikan sepanjang berada di sekolah, namun tahun lalu adalah cukup mencabar.
“Pengalaman belajar dari rumah adalah baru untuk saya dan ia tidak mudah. Saya gembira untuk masih kekalkan pencapaian dan membanggakan keluarga serta sekolah saya.”
YASHODINI ANDY EASWAREN VASUDEVAN.
Untuk pengetahuan, Yashodini sebelum ini telah membawa pulang lebih 35 anugerah sepanjang pembelajarannya di Beaconhouse Sri Inai International School termasuklah anugerah emas di The Queen’s Commonwealth Essay Competition 2019 dan anugerah emas di East Asia Maths Ninja Challenge 2019.
Buat Jun Rain pula, dia berterima kasih di atas sokongan keluarga dan tenaga pengajarnya. “Saya tidak sabar untuk fasa seterusnya dalam hidup saya dan berharap keputusan ini akan memberi saya peluang untuk masa depan yang cerah.”
JUN RAIN LIM DE JIN.
Pada tahun lalu saja, lebih sejuta pelajar dari seluruh dunia menduduki peperiksaan Cambridge IGSCE ini termasuklah di Malaysia.
Dengan keputusan cemerlang ini, Yashodini dan Jun Rain kini berpeluang untuk dianugerahkan dengan pencapaian 2021 Outstanding Cambridge Learners Awards yang bakal diumumkan pada bulan Mac ini.
All the best!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada usia 18, ramai rakan sebaya sedang menjejak kaki ke universiti, tapi Aliff bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyimpan wang demi melanjutkan pelajaran.
Sebagai anak...