Tidak sampai dua bulan setelah dinobatkan juara Hero Remaja 2020, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 24 ataupun Nadhir Nasar telah memperkenalkan satu produk minuman di pasaran.
Dikenali dengan nama Lucky Dew Milk, ini adalah produk dalam kategori F&B pertama yang diperkenalkan model, pelakon dan pengarah muda ini.
Sebelum ini, dia pernah muncul dengan beberapa produk seperti baju hoodie.
Menurut Nadhir ketika dihubungi REMAJA, projek minuman Lucky Dew Milk ini telah lama difikirkan olehnya dan pasukan di belakang pembikinan. Pemilihan minuman sebagai produk pula datang daripada minatnya sendiri terhadap minuman tembikai susu dengan rasa kepingan puding di dalamnya.
“Minuman Lucky Dew Milk memang saya sasarkan kepada remaja dan belia berusia 15 hingga 30 tahun. Ini kerana ia mengandungi nutrien dan kadar gula yang diperlukan oleh mereka bagi memberi tenaga untuk rutin sepanjang hari.
“Buat masa ini, saya hanya akan memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan dahulu, iaitu menerusi platform atas talian (online).
“Mereka yang berminat boleh menghantarkan mesej ke akaun Instagram Lucky Dew Milk dan dari situ, kita boleh berhubung untuk sebarang pembelian,” katanya yang turut menantikan peluang untuk terlibat dalam sebarang festival makanan pada masa akan datang.
Umum mengetahui, apabila bercakap mengenai produk minuman buah saja, kita akan pantas mengaitkan kepada produk minuman susu pisang, Nilofa oleh selebriti, Noor Neelofa. Lantas, tidakkah Nadhir gusar sekiranya ada pihak yang membandingkan Lucky Dew Milk dengan minuman susu pisang itu, mahupun beranggapan dia ‘meniru’?
Ads
“Bagi saya, perbandingan itu terpulang kepada individu. Apa yang boleh saya katakan, rasa kedua-dua minuman ini berbeza dan ia juga datang dalam pakej masing-masing. Saya usahakan Lucky Dew Milk untuk berkongsi perisa kegemaran saya dengan peminat dan pembeli di luar sana.
Nadhir pernah muncul dengan produk berupa baju hoodie, sebelum ini
“Lagipun, saya sememangnya mengagumi dan menghormati Neelofa selaku selebriti serta ahli perniagaan. Jadi tidak timbul isu saya ingin ‘meniru’ produk yang dikeluarkan oleh beliau,” kata Nadhir yang bakal sibuk dengan beberapa projek lakonan bermula pertengahan September ini.
Selain menjadi pengacara bagi program berepisod di YouTube berjudul Lensa bersama Finas Malaysia, Nadhir akan memasuki set penggambaran sebuah drama berjudul Tercipta Satu Ikatan bersama Aeril Zafril dan Hannah Delisha.
Selain itu, dia juga sempat memberikan bayangan bakal tampil dalam sebuah telemovie berjudul ‘Abah’ bersama pelakon kegemarannya, Beto Kusyairi, Jalil Hamid, Fatimah Abu Bakar dan Nadia Aqilah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun musim Hari Raya tahun ini sedikit berbeza disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekarang, namun kemeriahan tetap dapat dirasa.
Sejak semalam, golongan selebriti dan pempengaruh galak memuat naik OOTD raya masing-masing di media sosial. Jelas, ramai yang memilih tema pastel untuk baju raya pada sambutan hari pertama.
Jom lihat 10 OOTD pilihan Remaja ini, yang mana satu menjadi favourite korang?
Dengan empat episod telahpun ditayangkan setakat ini, tiba masa untuk pencarian Dewi Remaja 2025 memasuki separuh yang kedua. Adakah momentum sembilan orang finalis yang masih bertahan hingga ke peringkat ini masih mampu dikekalkan pada minggu ini?
Umum serba tahu mengenai ciri-ciri yang perlu ada pada diri seorang peserta Dewi Remaja untuk melayakkan dirinya dimahkotakan sebagai juara. Bukan hanya para rupa fizikal sahaja yang menjadi kayu pengukur; bahkan keazaman, misi jangka panjangnya dalam bidang kerjaya dan kebijaksanaan dalam pertuturan dan cara membawa diri ke hadapan yang menjadi nadi kepada perkembangan seorang Dewi Remaja itu sendiri.
Episod kelima minggu ini mencabar mereka berdiri teguh di atas satu topik yang mereka rasakan dekat di hati. Menerusi cabaran bertema ‘Manifesto’, sembilan finalis yang masih berentap iaitu Ariana, Camelia, Dheper, Elisa Chew, Nelysa Kay, Nylea, Marisa, Sharmaine dan Suhaila perlu memilih tajuk pembentangan masing-masing, menyediakan sendiri pautan pembentangan tersebut dan membentangkan di hadapan pelajar dari Management & Science University (MSU).
Adakah mereka yakin untuk berucap selama kurang dari tiga minit di depan para mahasiswa. Atau ada yang kecundang di bawah tekanan? Jom kita lihat apa kata juri pada minggu ini.
Sharmaine
Topik: Mengejar Impian Di Menara Gading
Shaza: Saya rasa dia nervous. I actually was looking forward to her performance tetapi Sharmaine tidak berjaya memberikan 100% dirinya pada kali ini.
Sharifah Shawati: Saya tercari-cari di manakah kualiti kepimpinan Sharmaine. Jalan cerita pembentangannya okay dan kelihatan personalitinya yang merendah diri tetapi untuk sebuah pembentangan, story telling sahaja tidak mencukupi. Apabila naik ke pentas, Sharmaine seharusnya sudah mempunyai aura seorang leader dan memandangkan ini merupakan kepakarannya, kita letakkan harapan yang tinggi terhadap Sharmaine tetapi saya lihat dia lost di tengah-tengah.
Dheper
Topik: Kekuatan Wanita Yang Bergelar Ibu
Nabila Huda: Saya terbawa sekali dengan apa yang Dheper cuba sampaikan. Cara pembentangan yang bagus dan susunan ayat berbahasa Melayu yang boleh dipuji. Saya dapat rasakan aura wanita yang berdikari daripada penceritaan mengenai ibunya. Lagipula bila ada momen dia berhenti sebentar untuk mendapatkan reaksi penonton sebelum menyambung semula. Cukup believable dan apabila saya yang bergelar seorang ibu mendengarnya, saya juga terbawa-bawa dengan misi untuk berjaya demi anak saya.
Shaza: Dheper sangat tenang di dalam dan di luar skrin. Dia tahu apa yang perlu dicakap untuk membentangkan topik yang bukan satu kebiasaan ini.
Sharifah Shawati: She has the wow factor, you can tell straightaway. Ada stage presence dan choice of words yang bagus.
Marisa
Berganding Bahu Demi Keamanan
Nabila Huda: Akhirnya! Marisa berikan 100 peratus potensi dan bakatnya. Jika pada episod-episod lalu dia kelihatan sedikit ‘hilang’ tetapi episod ini merupakan masa terbaik untuknya bangkit.
Akhirnya dia berada di carta teratas bagi saya. Tetapi saya ingin ingatkannya bahawa hanya kerana ada selesa untuk melakukan pembentangan, sebagai seorang Dewi dia juga perlu berani bila diminta memasuki zon tidak selesa.
Sharifah Shawati: This may be the best platform for you to shine. Dia pernah menjadi seorang wakil pelajar ketika di sekolah dahulu dan saya dapat lihat dia selesa menjadi diri sendiri untuk cabaran kali ini.
Nylea
Adakah Sekolah Masih Selamat?
Nabila Huda: Saya suka dengan kreativiti yang ditonjolkan olehnya seperti memulakan pembentangan dengan rangkap pantun. Cuma kita faham apabila dia bergelut dengan kekangan masa dan ia membuatkan Nylea sedikit cemas pada bahagian akhir. Saya dapat tangkap yang dia sedikit blanked untuk meneruskan pembentangan bila mendapat tahu masanya hampir tamat.
Sharifah Shawati: Bagi saya, she nails every segment of this presentation. The way she sells her story, itu adalah bukti seorang pemimpin yang bagus. Saya faham sekiranya seseorang itu cemas di hadapan penonton dan saya sendiri pernah berdepan dengan momen sebegitu. Yang penting, dia tidak menyerah di atas pentas tersebut hingga ke saat terakhir.
Elisa Chew
Kepentingan Kekuatan Mental Sebagai Seorang Pelajar
Kamal Adli: Awal-awal saya faham apa yang cuba disampaikan tetapi apabila sudah ke penghujung, gap dan tempo Elisa bertambah perlahan. Adakah kerana sudah ketiadaan idea untuk membentangkan topik ini ataupun Elisa sudah merasa cemas?
Nabila Huda: First of all, Elisa kelihatan sangat elegan dalam persalinan warna lembut seperti ini. Untuk cabaran ini, saya puji cara pertuturan dan penggunaan bahasa Elisa yang bagus. Dari awal, saya sudah terbawa-bawa dengan penceritaannya. Cuma pada bahagian hujung sahaja, Elisa kecundang sedikit.
Sharifah Shawati: I hope she can promise herself that this is not her last time on a stage. Saya nampak ada potensi dalam diri Elisa dan dia memerlukan a sense of determination untuk menjadikan peluang berada di atas pentas lebih effortless. Tidak semua orang boleh memiliki kosa kata dan pertuturan sebagus ini. Cuma mungkin ini kali pertama Elisa perlu lakukan cabaran sebegini dan ia tidak sesempurna yang diharapkan.
Nelysa Kay
Berganding Bahu Demi Gaza
Kamal Adli: Di atas pentas, Nelya mempunyai penampilan yang boleh mudah menarik perhatian orang ramai. Tambahan pula, visual pembentangannya juga sangat kreatif. Cuma untuk cabaran Manifesto ini, Nelysa kedengaran terlalu ‘soft‘ untuk menjadi seorang pemimpin. Saya harapkan sepanjang tiga minit itu, Nelysa boleh kekal firm sebagai seorang leader supaya manifesto ini menjadi lebih dominan.
Nabila Huda: Sayangnya, Nelysa boleh menjadi ‘lebih besar’ di atas pentas tersebut. Mungkin disebabkan rasa malu, pentas itu kelihatan terlalu besar untuknya. Nelysa perlu praktikkan untuk membuka mulut semasa bercakap. Dia perlu cepat bangkit kerana saya percayakan bakatnya. Sekarang terpulang kepadanya.
Sharifah Shawati: It is not bad but not superb, as well. But she did her best, I know. Bila bercakap mengenai apa-apa topik, seorang figura am perlu memastikan gambaran persembahannya itu selari dengan topik yang dipilih. Kali ini, topik Nelysa besar tetapi cara penyampaiannya ‘kecil’.
Suhaila Allen
Kepentingan Pendidikan Seni Sejak Di Bangku Sekolah
Kamal Adli: Suhaila dah tersasar sebenarnya semasa membuat pembentangan ini. Kita pun ikut sekali tersasar dan berkhayal semasa melihat dia. Sayang sangat kerana topik ini menarik tetapi dia gagal memastikan kita kekalkan tumpuan terhadapnya.
Nabila Huda: Suhaila juga tidak menghafal topik yang ingin disampaikan dan itu ‘potong’ sangat. Di tengah-tengah pembentangan, Suhaila dah membawa kita all over the place. Bila tidak hafal dan terpaksa memandang ke aras slide secara terlalu kerap, ia membuatkan Suhaila tidak kelihatan seperti seorang leader yang kita cari. Apapun saya puji Suhaila kerana mencabar diri untuk memilih topik ini dan enggan menggunakan mikrofon untuk membuktikan kebolehan lontaran vokal yang penting dalam idealogi seni persembahan.
Sharifah Shawati: I can tell she is a passionate girl. Banyak yang ingin diluahkan oleh Suhaila tetapi tidak kesampaian. Dia kelihatan seperti seorang pensyarah rather than seorang pemimpin di atas pentas itu.
Ariana
Hentikan Isu Buli Di Sekolah Dengan Tingkatkan Keyakinan Diri
Kamal Adli: Bagus! Sejak awal naik ke pentas, Ariana sudah berjaya mencuri tumpuan kami dengan cara penyampaiannya. Cara dia memilih ayat juga membuatkan dia mempunyai karakter yang berbeza supaya pembentangannya ini tidak membosankan.
Sharifah Shawati: She is always smiling and that is what I like most about her. Ia membuatkan saya ingin menontonnya sampai ke akhir. Ini dipanggil sebagai skil law of attraction yang dimiliki oleh orang seperti Ariana yang tidak gentar untuk membuat eye contact.
Nabila Huda: Ariana mempunyai poin-poin yang menarik. Saya sukakan voice projection yang dia miliki kerana ia begitu jelas dan kita mudah faham. Akhirnya Ariana ‘keluar’ juga daripada kepompongnya. Aura sebagai pemimpin itu bagi saya amat strong ditambah pula dengan interaksi bersama penonton sebagai seorang presenter. Untuk cabaran episod ini, she ticks all the right boxes.
Camelia
Berhenti Menjadi Seorang Mangsa Buli
Kamal Adli: Jelas bahawa ini bukanlah kepakaran Camelia. Dia mempunyai rupa yang menarik untuk dilihat tetapi cara pembentangannya tidak berjalan seiringan. Saya sedikit kecewa apabila dia banyak melihat ke arah belakang. Sebenarnya, seorang pemimpin perlu berani untuk ‘goreng’ sahaja poin-poin yang berkaitan dengan topiknya dan Camelia tidak berjaya melakukan itu.
Nabila Huda: Tidak cukup. Ya, ini bukan kehandalan Camelia tetapi sepatutnya, dia menggunakan pengalaman sebagai pelakon untuk mempelbagaikan intonasi suara, body language dan mengekalkan eye contact. Apabila semua itu tiada, kita akan kelihatan lemah bila berada seorang diri di atas pentas sebesar ini.
Sharifah Shawati: I can tell that she worries too much about her content but not worried enough about her audience. Apabila kita melangkah sahaja ke atas pentas dan orang menumpukan perhatian kepada kita, cabaran terbesar kita bukanlah apa yang ingin disampaikan tetapi mengekalkan perhatian penonton.
*
Setelah sesi deliberasi, akhirnya juri sepakat untuk menobatkan Marisa sebagai pemenang untuk cabaran pada minggu ini. Momen tersebut bertambah manis untuknya kerana menurut Marisa, ini merupakan sesuatu yang amat dia minati dan satu hari nanti, ingin sekali meneruskan kerjaya yang memerlukannya berada di atas pentas.
Tiga nama yang dipanggil pada kedudukan Bottom 3 pula ialah Elisa Chew, Camelia dan Suhaila. Walaupun tidak mudah, juri sebulat suara menamakan Camelia sebagai peserta keempat yang perlu meninggalkan pencarian Dewi Remaja 2025 pada musim ini.
Kata Camelia, dia menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka. Namun, dia merasa sedih kerana tidak mampu membawa harapan ibunya yang ingin melihat Camelia beraksi sehingga ke pentas finale.
Dengan ini, lapan orang finalis meneruskan cabaran ke episod keenam pada minggu hadapan. Apa pula yang menanti mereka nanti?
Soalan Terkumpul Mingguan Bersama redONE Mobile
Teruskan bersama kami secara live di DEWI CONFESSION ROOM setiap hari Jumaat pada 11.10 malam di platform Instagram dan TikTok REMAJA.
Penonton setia program pencarian Dewi Remaja 2025 berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada:
SEORANG pemenang hadiah utama berupa telefon pintar 5G tajaan redONE & barangan eksklusif redONE.
Baru-baru ini kerajaan Sarawak ada menawarkan Program ‘Sarawak Free Laptop‘ di mana komputer riba diberikan kepada pelajar yang layak bagi membantu mereka dalam pembelajaran.
Sumber Gambar: Facebook Switch
Program ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak. Ia menyokong pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).
Di bawah program ini, setiap anak Sarawak yang melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS yang berada pada tahun pertama pengajian Diploma atau Ijazah (sepenuh masa), serta berpendapatan per kapita keluarga sebanyak RM1,500 dan ke bawah, layak untuk mendapatkan komputer riba percuma.
Tebus MacBook percuma di Switch di bawah Program ‘Sarawak Free Laptop’
Kunjungi mana-mana cawangan Switch terlibat di Sarawak
Ikuti arahan untuk lengkapkan proses penebusan
Ambil komputer riba PERCUMA anda — memang semudah itu!
Jadi, pelajar IPTA, IPTS yang layak boleh pilih untuk mendapatkan sama ada MacBook Air atau MacBook Pro jangan lepaskan peluang ni! Ini peluang korang untuk tambah gear study dengan teknologi terbaik dengan percuma!