Sebut sahaja mengenai negara Thailand, pelbagai perkara akan singgah di kepala.
Makanannya, filemnya, budaya yang kaya di sana dan tentunya, peluang untuk membeli-belah! Hasil pengaruh daripada drama televisyen, filem dan siri-siri digital yang dimuat naik di YouTube, tentunya ramai masyarakat di Malaysia yang rindu untuk ke Thailand setelah dua tahun kita ‘terkurung’ daripada melepasi sempadan disebabkan pandemik COVID-19.Kata mereka, ia mirip fesyen Kpop tetapi lebih kena dengan gaya orang Malaysia kita.
Berita baik untuk korang yang gian untuk membeli-belah di Thailand apabila ia kini ‘dibawa’ secara eksklusif ke Malaysia!
REMAJA semalam telah berpeluang untuk mengunjungi pelancaran Siam Piwat yang telah menemui pasaran Malaysia menerusi cawangan pertamannya di luar Thailand. Bertempat di pusat membeli-belah Pavilion Bukit Jalil, Siam Piwat yang berkeluasan kira-kira 11,000 kaki persegi ini membawakan tiga jenama buatan original Thailandiaitu Ecotopia, ICONCRAFTdan Absolute Siam.
Ads
Jom lihat dengan lebih dekat barangan menarik yang ditawarkan oleh tiga jenama tersebut.
Ecotopia
Image via Pavilion Bukit Jalil
Ecotopia menampilkan 12 orang pencipta barangan mesra alam yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Antaranya termasuklah jenama rangkaian penjagaan kulit mesra alam iaitu Season Society dan Magfish, jenama seni kraf yang menggunakan bahan kitar semula.
Haa, nak cantikkan dekorasi tidak semestinya memerlukan kita untuk mengancam ekosistem tau.
Ads
ICONCRAFT
Image via Pavilion Bukit Jalil
Seni kraf unik dari Thailand sekali lagi ditawarkan di Siam Piwat, Menerusi Iconcraft, produk-produk buatan lebih 800 tukang, pereka bentuk dan komuniti tempatan di seluruh Thailand ada dipamerkan. Ini termasuklah barangan kemas, hiasan rumah, kraftangan unik dan wangian menyegarkan.
Memberi tumpuan kepada fesyen berkonsepkan avant-garde yang diminati oleh remaja di Thailand, Absolute Siam menyediakan platform untuk pereka Thai berkongsi hasil ciptaan fesyen mereka bersama pembeli di Malaysia. Lebih 60 jenama fesyen, seni, teknologi dan gaya hidup ada didalam kedai konsep berbilang jenama ini.
*
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi Siam Piwat di Pavilion Bukit Jalil, layari www.pavilion-bukitjalil.com.
Jangan rambang mata sudah lah! Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelumba negara, Adam Norrodin akan membuat penampilan sulung dalam saingan Moto2 bersama pasukan Petronas Sprinta Racing sebagai pengganti Jake Dixon pada perlumbaan Grand Prix (GP) Britain hujung minggu ini.
Penunggang berusia 23 tahun yang kini bertanding Kejohanan CEV FIM dan menduduki tangga kelima dalam Moto2 selepas meraih tiga podium, akan menjadi pengganti pelumba Britain itu di Litar Silverstone.
Dixon mengosongkan tempatnya susulan dinaikkan ke kelas perdana bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing menggantikan Cal Crutchlow, yang dipanggil bagi menggantikan Maverick Vinales dalam pasukan Yamaha.
Crutchlow sendiri dibawa masuk pada pertengahan musim sebagai pengganti pelumba Itali, Franco Morbidelli, yang semakin pulih daripada pembedahan lutut kiri pada hujung Jun lalu.
Adam membuat penampilan sulung dalam saingan Moto3 pada 2016 bersama pasukan yang ketika itu dikenali sebagai SIC Racing Team selama tiga musim, berjaya merangkul tujuh kedudukan 10 teratas, termasuk tangga kelima pada GP Argentina 2018 selain mencatat pusingan terpantas di GP Malaysia pada 2017.
“Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apa yang saya rasa untuk kembali menyertai kejuaraan dunia di Silverstone, tetapi saya amat gembira dan tidak sabar untuk beraksi. Ia satu penghormatan besar. Saya akan cuba melakukan sebaik mungkin dan saya amat teruja untuk beraksi dalam saingan Moto2 di GP Britain,” kata pelumba remaja itu.
Apa-apa pun tahniah dan selamat berjaya kami ucapkan kepada Adam Norrodin. Semoga beliau dapat melakukan yang terbaik buat negara Malaysia.
Menggosok baju merupakan ‘kerja’ harian yang kita lakukan hampir setiap hari. Nak pergi kelas atau kerja memang wajiblah gosok pakaian terlebih dahulu. Belum kira baju yang perlu digosok kalau nak pergi kenduri, baju sekolah anak, baju nak pakai di hari raya dan sebagainya. Tak pernah lagilah penulis jumpa orang yang tak pernah gosok baju dalam hidup dia.
Tapi masalahnya, nak mengosok baju tu yang malas tapi mungkin tidak lagi dengan tip di bawah. Pasti masa mengosok pakaian korang lebih cekap dan efektif selepas ini.
Baju Senang Digosok Dan Jimat Masa, Trik Mudah Ini Memang Praktikal!
Jika mahu cepat dan memudahkan kerja anda, jom cuba kaedah ini. Hanya dengan menggunakan tiga bahan ini sahaja iaitu papan seterika, kertas alumimium dan kain kapas, kerja anda akan menjadi lebih mudah, cepat dan dapat menjimatkan elektrik.
Terima kasih kepada Puan Afnee Baker yang telah berkongsi tip ini.
Cara-caranya :
Papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas.
Balutkan papan seterika dengan kertas aluminium
Balutkan kain kapas atas kertas aluminium pula
Kemaskan dengan gunakan stepler gun.
Hasilnya, anda tidak perlu gosok bahagian belakang. Bahagian belakang automatik rata kerana kertas aluminum itu pemantul haba yang baik.
Mudah kan trik mengosok baju ini, pasti lepas ini korang semakin rajin saterika baju kan. Selamat mencuba!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pandemik Covid-19 memberikan banyak kesan kepada kehidupan kita. Pelbagai dugaan yang harus ditempuhi dalam kelembapan ekonomi yang dihadapi serta kes jangkitan yang semakin menular. Ada juga pihak yang terkesan kerana perkahwinan yang dirancang tidak menjadi kenyataan.
Golongan anak muda yang hendak mendirikan rumahtangga misalnya terpaksa berdepan dengan cabaran menunda perkahwinan. Bukan sehari atau dua hari perkawinan ditunda, bahkan ada yang memakan masa berbulan-bulan. Inilah kisah yang dialami oleh pasangan Siti Noor Hafizah dan Azuwan Ahmad. Menarik mengenai pasangan ini setelah hampir lima bulan pernikahan mereka terpaksa ditunda, akhirnya mereka disatukan pada 19 Januari 2021.
Dalam temubual bersama Remaja, Siti berkongsi cerita, “Mengikut perancangan awal, majlis pernikahan sepatutnya pada 8 Ogos 2020 tetapi kerana persiapan tidak lengkap jadi majlis ditunda pada 7 November 2020 di mana jemputan telah mula diedarkan tetapi PKPB telah diumumkan 14/10/2020 – 9/11/2020 di mana akad nikah tidak dibenarkan sepanjang tarikh tersebut.
Setelah tiga kali ke JAIS, akhirnya saya dan pasangan dapat slot nikah pada 19 Januari 2021. Selepas itu, sekali lagi PKP diumumkan bermula dari 11 Januri 2021 sehingga kini. Segala tempahan homestay, dewan majlis, photographer, dulang hantaran, inai dan bunga tangan terpaksa dibatalkan sebab dari pengalaman sebelum ini. Tapi selepas itu, JAIS memberi maklum balas empat hari sebelum tarikh pernikahan untuk nikah secara maya atau dalam talian.”
PELAMIN D.I.Y
Disebabkan masa sangat suntuk, hanya empat hari sahaja sebelum dinikahkan wanita ini mengambil keputusan untuk melakukan majlis seadanya, namun bagi dirinya pelamin perlu ada. Berkahwin bukanlah perkara yang boleh dibuat mainan dan ini merupakan momen bahagia yang harus dirakam untuk menjadi memori sepanjang hayat.
Hasil pelamin setelah dua hari berkarya dengan barangan yang dipinjam dari keluarga serta dibeli di Kaison dan nurseri.
“Selepas mendapat kebenaran untuk bernikah, perancangan perlu dirancang dari awal semula kerana lokasi pernikahan telah berubah. Saya memutuskan untuk bernikah di apartment saya di Shah Alam berbanding rumah keluarga di Bangi bagi memudahkan persiapan majlis.
Membeli bunga di Kaison.
“Pada mulanya saya cuba mendapatkan khidmat pemasangan pelamin, tapi malangnya disebabkan pandemik tiada pihak yang dapat memenuhi permintaan saya. Dari situlah bermulanya perjalanan saya mencipta pelamin sendiri.
Pelamin yang ringkas namun segar dengan kehijauan dan percikan warna dari bunga-bungaan.
Saya sangat menggemari eleman tropikal atau boho tropikal. Saya mencari inspirasi di laman sosial dan laman sesawang serta cuba mengaplikasi dengan menggunakan apa yang saya ada. Kebanyakan bahan dekorasi saya beli dari Kaison & nurseri dan ada juga saya pinjam dari keluarga. Untuk semua kos anggaran keseluruhan untuk dekorasi & pelamin dalam RM300,” kongsinya.
Menurut wanita ini lagi dia mengambil masa dua hari untuk menyiapkan pelamin tersebut dan tiada hantaran dipersembahkan, hanya sekadar bertukar cincin sahaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!