Zaman sekolah menghimpunkan pelbagai kenangan manis yang akan kita ingati sehingga ke zaman dewasa
Inilah zaman di mana anda menghabiskan hampir sepanjang hari bersama kawan-kawan. Bagi mereka yang perolehi peluang untuk memasuki sekolah berasrama penuh pula, pastinya korang akan mencipta kenangan pahit manis di sana.
Ramai yang akan rindu bila teringat balik kenangan tersebut, kan?
Terbaru, projek filem baharu berjudul ‘Projek Anchor SPM’ bakal ditayangkan di Astro Citra Exclusive dan pasti dapat mengubat rindu kita semua pada zaman sekolah.
IKLAN
Melihatkan kepada barisan pelakon Projek Anchor SPM yang terdiri daripada nama-nama pelakon muda seperti Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Shasha Abedul, Chubb-e dan Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar, ia membuatkan kita semua tak sabar untuk menantikan tayangannya.
Cumanya, baru-baru ini tular di Twitter apabila seorang netizen mendakwa Projek Anchor SPM menciplak idea filem keluaran Thailand berjudul Bad Genius. Iya ke sama?
IKLAN
Penjelasan Nadhir Nasar
Penulis menghubungi Nadhir Nasar bagi mendapatkan pandangannya mengenai skrip dan jalan cerita yang didakwa punya persamaaan itu.
Menurut Nadhir, Projek Anchor SPM amat berlainan dengan filem Thailand popular dari tahun 2017 itu.
Katanya yang memegang watak Hilmi yang merupakan pelajar yang bakal menduduki SPM, dia difahamkan oleh pengarah bahawa Projek Anchor SPM ini berkisarkan kehidupan pelajar di Malaysia sekitar tahun 2003.
IKLAN
“Ini cerita daripada zaman budak-budak sekolah memakai telefon Nokia 3310. Tiada internet pada telefon. Ia sarat dengan mesej mendalam, nilai kasih sayang, konflik remaja dan pelbagai pengajaran.
“Saya gembira diberi peluang menjayakan ‘Projek Anchor SPM’ kerana sedikit sebanyak ia dalam mengamit memori zaman persekolahan saya dulu. Kalau korang rindukan zaman persekolahan, korang memang wajib menonton Projek Anchor SPM, okay.”
Nadhir turut meluahkan rasa gembira dapat bekerjasama dengan pengarahnya Razaisyam Rashid.
Bakal ditayangkan awal Januari 2021 kelak di Astro Slot Citra Exclusive, korang kenalah tengok sendiri jika ia sama dengan filem Bad Genius ataupun tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di Malaysia, kebiasaan untuk pelajar menghabiskan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah lebih kurang dua atau tiga tahun bergantung kepada jurusan yang diambil.
Sepanjang tempoh itu, pelajar benar-benar struggle untuk belajar bagi memastikan mereka lulus setiap mata pelajaran. Lagi tinggi peringkat pembelajaran korang, lebih stres nak habiskan setiap semester.
Betul tak?
Walau bagaimanapun, menurut laporan daripada CNN Indonesia, seorang lelaki yang dikenali sebagai Welin Kusuma telah pun memiliki 32 sijil Ijazah Sarjana Muda di usia 39 tahun.
Sejak melanjutkan pelajaran pada tahun 1999, lelaki ini telah memperoleh 11 Ijazah Sarjana Muda, 3 Ijazah Sarjana dan 18 Sijil Profesional. 32 gelaran pendidikan ini diraih selama 18 tahun dan Universiti Surabaya merupakan institusi pendidikan pertama yang menjadi tempat Welin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“Saya sangat suka belajar dan menjadikan ia sebagai hobi kerana saya yakin setiap kali saya melanjutkan pelajaran, saya akan dapat belajar banyak perkara dan ilmu pengetahuan itu akan dapat digunakan pada waktu sekarang atau pun dikemudian hari,” jelas Welin.
Korang juga boleh lihat semua sijil miliknya di laman Instagram @welinkusuma.
Ha, korang yang baru nak habiskan Diploma/Ijazah tu jangan merungut pula. Lihat sahaja kegigihan yang ada dalam diri lelaki ini. Semoga kisahnya dapat menaikkan lagi semangat korang untuk menamatkan pelajaran dengan cemerlang.
Muaythai mungkin tak sepopular sukan bola sepak yang mempunyai billion pengikutnya.
Sebut saja Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney dan ramai lagi bintang-bintang sukan ini mampu bergelar jutawan dengan kekayaan sangat menakjubkan.
Berbeza dengan bola sepak yang mementingkan skill dan kerjasama berpasukan, sukan Muaythai hanyalah untuk orang yang berani dan mempunyai jiwa terlalu kental.
Berasal dari Thailand, Muaythai ini antara sukan yang menjadi pilihan anak-anak muda seawal usia mereka 10 tahun.
Tidak kira apa pun sukan diceburi , risiko semasa berlawan ialah muka retak, patah hidung selain kecederaan rusuk. Tapi kesakitan ini tak pernah patahkan semangat anak-kerana minat mendalam.
Di Malaysia, nama Muhamad Ali Yaakub, 28 antara paling disegani kerana berada dalam ranking 10 terbaik dunia di dalam ranking World Muaythai Council. Ali juga merupakan pemenang pingat Emas dalam Sukan SEA yang lalu.
Baru-baru ini admin berkesempatan menyaksikan perlawanan Muaythai secara langsung di Kejohanan Asia Fighthing Championship (AFC) yang berlangsung di Marina Bay Sands Expo, Singapura.
AFC ini adalah satu liga yang mengumpulkan juara-juara muaythai dari seluruh dunia bagi merebut gelaran dinobatkan sebagai Juara Muaythai Dunia.
Malaysia telah diwakili oleh Muhamad Ali Yaakub, 28, Amirul Ariffin, 28 dan Saifullah Ismail yang berusia 18 tahun.
Negara lain yang bertanding termasuklah Singapura, Korea, Macau, Uzbekistan dan banyak lagi. Konsep perlawanan kalah mati ini bakal berlangsung di empat buah negara bermula di Singapura, Malaysia (Februari 2008), Macau dan gelanggang final kembali semula ke Singapura.
Malaysia Boleh ternyata dibuktikan bila ketiga-tiga peserta negara mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama ini.
Sebagai remaja banyak kisah-kisah kejayaan orang lain yang boleh kita jadikan inspirasi. Paling penting, kita kena tahu matlamat dan tujuan hidup. Barulah boleh menjadi orang yang berjaya, baik di dunia mahupun di akhirat.
Jom kenali bintang sukan Muaythai yang ohsem ini!
Muhamad Ali Yaakub, 28 tahun
Berada dalam ranking 10 terbaik dunia di dalam ranking World Muaythai Council.
Mula menceburi sukan muaythai pada usia seawal 10 tahun. Mungkin budak lain hanya tahu main games pada usia ini tapi Ali sudah mula berlatih tanpa jemu.
Sehari latihannya lebih kurang enam jam. Bermula selepas subuh, dia akan membuat membuat latihan secara agresif . Berhenti pun sebab makan tengahari dan petang sambung semula latihan.
Kata Ali, dalam beratus perlawanan disertainya, dia paling ingat satu kejadian semasa menyertai satu pertandingan di Australia. Semasa berlawan dia berjaya menghentak muka lawannya menggunakan siku.
Perlawanan tetap diteruskan dengan kemenangan berpihak kepadanya. Tapi selepas empat hari, Ali dapat berita, lawannya itu terlantar di hospital. Sebabnya muka lawannya itu dari kebiruan bertukar kehitaman.
Bila melakukan pemeriksaan hospital, doktor mengesahkan tengkorak mukanya pecah dua. Nasib baik jugalah lawannya ini cepat dapatkan rawatan, kalau tidak mungkin sudah mati.
Sehingga sekarang, lawannya itu bersara terus dari sukan Muaythai dan bestnya menjadi kawan baik kepada Ali. Hebat tak?
Tapi jangan cakap Ali tak pernah cedera pun. Ali sendiri pernah patah hidung, keningnya pecah selain rusuk cedera. Tapi sedikit pun Ali tak pernah patah semangat kerana dia memang minat dengan sukan Muaythai ini.
Kalau korang nak tahu, Ali ini pernah raih banyak kemenangan. Antaranya memenangi pingat emas Sukan Arapura di Darwin, Australia. Juara King Card undercup sebanyak dua kali di Thailand. Paling hebat, Ali pernah menewaskan juara Muaythai Thailand dalam kejohanan Juara Thai VS Challanger di Bangkok. Hebatkan!
Badan Ali ini kecil saja, 57 kg tapi tendangannya cukup padu. Biasa perlawanan dengan lawan mengikut kategori berat badan. Dan kalau terlebih, kalau menang pun boleh dibatalkan kemenangan. Sebab itulah Ali sentiasa menjaga berat badannya untuk maintain dengan kategori 57 kg.
Ali turut memberikan nasihatnya buat remaja yang ingin menceburi sukan Muaythai ini. Katanya keberanian adalah aspek pertama kalau benar-benar ingin mencuba sukan ini. Kekuatan mental juga perlu ada. Jangan pernah jemu dengan latihan dan akhir sekali sentiasalah berusaha gigih.
Mohd Amirul Ariffin, 28 tahun
Rekod perlawanannya dengan lawan, 20 kali kemenangan. Wow!
Seorang atlet sukan yang bekerja dengan Pasukan Polis Di Raja Malaysia.
Pernah meraih juara semasa menyertai pertandingan King Rama 9 Memorial Muaythai Tournament, menang pingat gangsa di National Mauythai Championship serta lain-lain kejohanan.
Sama seperti Ali, kerja keras, latihan tanpa jemu antara yang dilakukan oleh Mohd Amirul. Dia juga pernah cedera termasuk keningnya pecah. Dengan berat 65kg dan ketinggian 165 cm, Amirul memang hebat ketika menumbangkan lawannya. Dia akui rasa takut tak pernah wujud kerana sukan ini memang memerlukan keberanian.
Saifullah Ismail, 18 tahun
Atlet muda ini berasal dari Kedah. Memandangkan negeri kelahirannya bersempadan dengan Thailand, Saifullah sudah terdedah dengan sukan ini pada usianya 9 tahun. Dia banyak belajar teknik-teknik menumpaskan lawan dari jurulatih yang membimbingnya.
Rekod kemenangan dalam kejohanan disertai ialah dengan 20 kali kemenangan (IFMA/Pro). Dalam Sukan SEA lalu, Saifullah meraih pingat gangsa.
Banyak juga pingat-pingat diraih oleh Saifullah termasuklah memenangi pingat emas semasa menyertai National Muaythai Championships.
Warna sama diraih semasa menyertai Medalist Interschool and Youth National Muaythai Champions 2016 selain menang pingat gangsa di IFMA World Championships Sweden.
Walaupun tahu dia berkemampuan berlawan tetapi Saifullah hanya menggunakan kekuatannya itu dalam gelanggang sahaja. Tak pernah sekalipun dia bergaduh di luar!
Sebagai remaja, masanya memang banyak dihabiskan dengan berlatih kerana kebiasaannya, mereka hanya akan berhenti berlatih sehari sebelum perlawanan bagi mengelakkan kecederaan.
Kalau ada remaja di luar sana yang minat dengan sukan ini, bolehlah mula berlatih. Sebabnya sukan ini hanya sehingga usia 30 tahun sahaja. Kalau usia lebih dari ini, sebarang kecederaan yang dialami semasa berlawan susah untuk sembuh dengan cepat.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika dahulu, anugerah yang menobatkan senarai selebriti paling popular di Malaysia iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian hanya boleh ditonton di kaca televisyen.
Namun selari dengan norma baharu yang dilalui oleh semua orang, ABPBH juga tak terkecuali daripada melakukan sesuatu yang baharu dengan berkolaborasi bersama aplikasi sosial popular masa kini, TikTok.
Pada malam ini bermula jam 9 malam, korang berpeluang untuk menonton ABPBH 33 secara langsung di aplikasi tersebut.
Bersesuaianlah dengan perubahan yang berlaku dalam kehidupan harian kita, anugerah ini juga berubah angin apabila siaran secara langsung turut dibawakan menerusi platform online.
Bukan itu saja, kolaborasi dengan TikTok ini juga memberikan kelab peminat selebriti yang tercalon untuk sama-sama mengambil bahagian dalam video menarik di TikTok.
Korang boleh melakukan #ABPBHKITA2020 Challenge untuk memberikan sokongan kepada selebriti kegemaran masing-masing dan posting yang menerima undian paling banyak berpeluang untuk membawa pulang trofi ABPBH juga.
Jom lihat beberapa wakil daripada kelab peminat selebriti yang telahpun berkongsi kreativiti mereka menerusi challenge ini.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…
Pemain skuasy lelaki nombor satu negara, Ng Eain Yow mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai...