Jika sebelum ini kami pernah menyiarkan tentang aiskrim coklat ‘kayangan’ Ferrero Rocher yang dijual di beberapa negara Eropah, kini rakyat Malaysia sudah boleh mendapatkannya di sini.
Pembelian boleh dibuat melalui peniaga tempatan di aplikasi Shopee tapi nampaknya hanya perisa Classic dan Dark Chocolate sahaja yang dijual. Kalau di luar negara, ais krim coklat hazelnut dari Itali ini dihasilkan dengan tiga perisa, termasuk White Chocolate.
Tapi, tidak mengapalah sekurang-kurangnya kita masih boleh merasa kenikmatan aiskrim coklat ‘kayangan’ ni kan? Hiks!
Menurut penjual di Shopee, aiskrim ini hanya terdapat di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Mungkin juga kerana seller berada di Lembah Klang dan sukar untuk membuat penghantaran ke negeri-negeri lain.
Harga yang ditawarkan adalah sekitar RM13.90 hingga RM49.90. Ha, lepas ni tak perlulah korang nak craving lagi kan. Semuanya kini boleh didapati di negara kita tapi dengan kuantiti terhad. Tinjauan kami mendapati bahawa aiskrim ini telah pun habis dijual. Tapi penjual masih membuka pre-order yang dijudualkan akan dapat pada Ogos ini.
Riuh baru-baru ini di media sosial apabila tular video seorang perempuan yang mempunyai rupa paras yang mirip dengan selebriti dan penyanyi tanah air, Alif Satar.
Klip pendek penyegerakan bibir (lip sync) yang dilakonkan gadis tersebut bukan sahaja meraih hampir 4 juta penonton namun turut berjaya mencuri perhatian tuan badan sendiri iaitu Alif Satar.
Tangkap layar seorang gadis bertudung yang tular dek kerana persamaan rupa paras dengan penyanyi Alif Satar.
Menjenguk ke media sosial selebriti tersebut, beliau kelihatan gembira dapat berjumpa gadis tersebut di sebuah restoran. Turut terhibur apabila Alif Satar membuat pelbagai reaksi muka sambil diikuti oleh gadis tersebut. Sungguh saling tak tumpah!
Tangkap layar video perkongsian Alif di media sosialnya ketika bertemu gadis tersebut di sebuah restoran.
Menjengah ke ruangan komen, majoriti warganet turut terpaku akan persamaan rupa mereka berdua. Ada juga turut berkata posisi susunan gigi, pipi serta dagu gadis tersebut sama seperti penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku tersebut.
“Akhirnya bertemu juga kembar terpisah ni. Alif Satar dan Baa Satar,” komen seorang pengguna.
“Mana satu Alif Satar ni?!,” ujar seorang pengguna.
“Akhirnya adik beradik yang sudah lama terpisah berjumpa kembali,” seloroh peminatnya yang lain.
Sehingga kini, hantaran klip video singkat itu berjaya meraih hampir 700 ribu tontonan dan 375,200 tanda suka.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ibarat menapak masuk ke ‘syurga’ bahan bacaan, MPH Bookstores (MPH) hari ini membuka cawangan stor buku terbaharu dan terbesar di dalam negara.
Dengan keluasan 20,000, cawangan MPH ini terletak di tingkat dua pusat beli-belah The Exchange TRX dan pengalaman pertama memasuki stor tersebut nyata tidak mengecewakan.
Sekilas pandang, tidak keterlaluan jika penulis merasakan ia setaraf dengan stor-stor buku terkenal di luar negara.
Bukan hanya disebabkan saiz keluasannya yang menakjubkan, dekorasi dalaman menenangkan dengan penggunaan rona warna monoton dan susunan rak bahan bacaan serta barangan lain yang ada ditawarkan di sini membuatkan MPH The Exchange TRX terasa berbeza berbanding cawangan-cawangan lainnya.
Bercakap kepada REMAJA sewaktu ditemui semasa acara pembukaan, Ketua Pegawai Eksekutif MPH iaitu Martin Cross berkata, stor ini bukan hanya merupakan lokasi penjualan bahan bacaan.
Martin Cross (tengah) bersama-sama (dari kiri) Vijay Nadesan (Ketua Operasi MPH Bookstores), Bobbie Low (Pengurus Besar Kanan MPH Bookstores), Ahmad Mustaqim Bin Che Shamsudin (Ketua Kewangan MPH Bookstores) & Mitch Wilson (Pengarah Projek).
Malah ia juga berfungsi sebagai lokasi acara pelancaran buku, pertemuan berskala sederhana bersama penulis serta boleh menampung penganjuran bengkel.
Saat memasuki stor menerusi pintu pivot gergasi, di sebelah kanan korang merupakan kaunter pembayaran serta sudut bahan bacaan terbaru yang ingin dipromosikan.
Keluasan stor membuatkan pengunjung lebih selesa mencari bahan bacaan. Di sudut kanan merupakan kaunter pembayaran.Kaunter layanan pelanggan.
Manakala di bahagian kiri stor adalah bilik khas untuk mengadakan sebarang acara tertutup. Sewaktu kunjungan penulis, ia ditetapkan sebagai sudut bahan bacaan jenis fotografi, seni bina dan hiasan dalaman.
Berdekatan dengan ruangan tingkap menghadap stesen MRT The Exchange TRX pula adalah sudut bacaan kanak-kanak. Ia lengkap dengan binaan pentas serta sudut membaca ‘cocoon’ khas buat adik-adik yang baru ingin menanam minat membaca (dan juga buat korang yang ingin mengambil OOTD, hehe!).
Bersempena pembukaan cawangan ini, pengunjung boleh merebut peluang memenangi hadiah mingguan bermula 16 Mei sehingga 16 Jun 2024.
Sudut bahan bacaan kanak-kanak diasingkan dengan penggunaan karpet biru.
MPH Kembali Bernafas Selepas COVID-19
Umum mengetahui, banyak cawangan MPH yang terpaksa ditutup sejak beberapa tahun lalu akibat pandemik COVID-19.
Dengan pembukaan stor utama di The Exhange TRX ini, ia merupakan simbol kebangkitan jenama kedai buku terkenal ini.
Kongsi Martin, besar harapan pasukannya agar rakyat Malaysai akan terus menyokong MPH terutamanya di stor buku fizikal mereka kerana mereka tidak pernah berhenti daripada menawarkan yang terbaik kepada seluruh komuniti.
“Buku yang dijual bukan saja dalam bahasa Inggeris tetapi ada buku fiksyen, bukan fiksyen dalam bahasa Melayu, buku kanak-kanak dan juga buku dalam bahasa Cina,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah menjadi trend di Malaysia apabila banyak restoran mahupun speedmart yang menjual makanan dari negara Korea dan Jepun kerana ia sememangnya mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat kita.
Francais Family Mart antara yang menjadi pilihan utama bagi individu yang gemarkan makanan dari Jepun/Korea. Ini kerana seleksi makanan yang ditawarkan adalah sangat sesuai bagi mereka yang inginkan makanan yang sedap, berbaloi dan mudah untuk didapati.
Instagram: FamilyMart Malaysia
Setakat 30 Julai 2020, Family Mart telah pun membuka sebanyak 200 buah cawangan di seluruh negara dan menjangkakan pada tahun 2025, mereka sudah memiliki 1,000 cawangan di Malaysia.
Terbaru, FamilyMart secara rasminya telah mengumumkan di media sosial mereka bahawa cawangan drive-thru pertama sudah mula operasi di Berkeley Uptown, Klang. Cawangan drive-thru ini masih lagi di peringkat percubaan, tetapi sudah bersedia memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.
Wah, untunglah orang Klang dan disekitarnya dapat drive-thru sahaja. Kami pasti ini adalah berita baik buat pelanggan di kawasan tersebut kerana ia memudahkan lagi mereka untuk mendapatkan makanan dan minuman daripada speedmart tersebut.
Instagram: FamilyMart Malaysia
Nah, harap-harap lepas ni lebih banyak lagi cawangan drive-thru yang dibuka di seluruh negara. Senang sikit nak membeli kan. Selain itu, bolehlah kita jaga jarak dan tidak perlu bersesak-sesak di dalam kedai. Hiks!
Muhammad Hayder Qhalish, anak Eyra Hazali dan penjaga gol Harimau Malaya Haziq Nadzli, mencuri perhatian apabila membaca Surah Ad-Dhuha dengan lancar pada usia enam tahun sempena program Nuzul al-Quran di sekolahnya.