Sudah menjadi trend di Malaysia apabila banyak restoran mahupun speedmart yang menjual makanan dari negara Korea dan Jepun kerana ia sememangnya mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat kita.
Francais Family Mart antara yang menjadi pilihan utama bagi individu yang gemarkan makanan dari Jepun/Korea. Ini kerana seleksi makanan yang ditawarkan adalah sangat sesuai bagi mereka yang inginkan makanan yang sedap, berbaloi dan mudah untuk didapati.
Instagram: FamilyMart Malaysia
Setakat 30 Julai 2020, Family Mart telah pun membuka sebanyak 200 buah cawangan di seluruh negara dan menjangkakan pada tahun 2025, mereka sudah memiliki 1,000 cawangan di Malaysia.
Ads
Terbaru, FamilyMart secara rasminya telah mengumumkan di media sosial mereka bahawa cawangan drive-thru pertama sudah mula operasi di Berkeley Uptown, Klang. Cawangan drive-thru ini masih lagi di peringkat percubaan, tetapi sudah bersedia memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.
Wah, untunglah orang Klang dan disekitarnya dapat drive-thru sahaja. Kami pasti ini adalah berita baik buat pelanggan di kawasan tersebut kerana ia memudahkan lagi mereka untuk mendapatkan makanan dan minuman daripada speedmart tersebut.
Ads
Instagram: FamilyMart Malaysia
Nah, harap-harap lepas ni lebih banyak lagi cawangan drive-thru yang dibuka di seluruh negara. Senang sikit nak membeli kan. Selain itu, bolehlah kita jaga jarak dan tidak perlu bersesak-sesak di dalam kedai. Hiks!
Pelakon, Ben Amir baru-baru ini tampil menjelaskan mengenai gambarnya memegang anjing hingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan peminat yang menegurnya bahawa haram bersentuhan dengan haiwan berkenaan.
Menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya, Ben berkata, anjing itu adalah haiwan yang menjaga perjalanannya sejak hari pertama sepanjang misi pendakian ke Everest Base Camp.
“Anjing ini ikut jaga kami. Pastikan laluan selamat untuk kami” – Ben Amir
“Di sini ada ‘snow leopard’ tahu tak? Aku sayang sebab dia jaga kami. Kau sibuk nak haramkan macam tiada otak. Kepada yang tidak tahu apa itu ‘snow leopard’ kalau dia baham kau selamat jalanlah ke alam lain”
Menurutnya lagi, anjing itu juga melindungi dan akan memastikan laluan pendaki selamat daripada haiwan pemangsa.
“Kalau anda tak suka anjing, kita tidak boleh berkawan,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, perkongsian Ben mengenai pendakiannya itu mendapat sokongan ramai peminat yang tidak sabar menantikan pelakon itu untuk sampai ke puncak gunung.
Sekadar info, beberapa hari lalu Ben memuat naik gambar dirinya tiba di Lapangan Terbang Lukla, Nepal dan kini dia dalam perjalanan mendaki ke Everest Base Camp.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa hari lalu, tular satu isu yang mengejutkan ramai pengguna di media sosial apabila air mineral botol jenama Spritzer didakwa mengeluarkan bau kurang menyenangkan, sehingga ada yang menyamakannya seperti bau petai.
Dakwaan ini mencetuskan perdebatan hangat di platform seperti X dan TikTok, terutama kerana jenama Spritzer cukup dikenali sebagai antara pilihan utama pengguna di Malaysia.
Walaupun hanya segelintir pengguna yang terkesan, kebimbangan tentang keselamatan dan kualiti air botol tersebut pantas mendapat perhatian ramai, khususnya golongan muda yang semakin peka terhadap isu berkaitan kesihatan dan produk pengguna.
Spritzer Ambil Tindakan Segera
Sebagai respon kepada isu ini, pihak Spritzer tampil memberikan kenyataan rasmi pada 29 Julai 2025. Dalam kenyataan tersebut, mereka memaklumkan bahawa maklum balas pengguna telah diterima dan tindakan segera telah diambil.
“Kami telah mengambil tindakan segera termasuk menjejak kelompok pengeluaran, ujian yang terperinci dan audit terhadap pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan. Ujian awal mengesahkan bahawa air tersebut selamat untuk diminum dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” jelas pihak syarikat.
Pihak Spritzer turut memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pengguna dan menegaskan komitmen mereka terhadap kualiti serta keselamatan produk.
Bau Berkemungkinan Berpunca Dari Cara Penyimpanan
Menurut kenyataan yang sama, kemungkinan besar bau tersebut bukan berpunca daripada air itu sendiri, tetapi berlaku apabila air botol disimpan berhampiran bahan berbau kuat. Ini kerana air dalam botol plastik mempunyai keupayaan untuk menyerap bau sekeliling jika tidak disimpan dengan betul.
Spritzer menyarankan agar pengguna:
Menyimpan air botol di tempat sejuk dan kering
Mengelakkan penyimpanan berhampiran makanan atau bahan berbau kuat
Menghabiskan air segera selepas dibuka bagi mengelakkan sebarang perubahan bau atau rasa
Sedia Ganti & Bantu Pengguna Terjejas
Menariknya, pihak Spritzer juga menyatakan kesediaan untuk memberikan penggantian produk atau bantuan kepada pengguna yang terkesan dengan isu ini. Sekiranya kamu mengalami situasi yang sama, kamu boleh membuat aduan dengan menyediakan:
Langkah ini menunjukkan komitmen Spritzer dalam menjaga kepercayaan pengguna dan menyelesaikan masalah dengan cara profesional.
Respon pantas pihak Spritzer wajar dipuji, dan semoga isu ini dapat diselesaikan secara tuntas tanpa menjejaskan reputasi jenama yang telah lama bertapak dalam pasaran tempatan.
Kamu pernah alami pengalaman serupa? Jadikan ia peluang untuk belajar hak kamu sebagai pengguna. Suara kamu penting asalkan disampaikan dengan bijak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam semangat Sukan Olimpik yang sedang dirasai oleh seluruh dunia sekarang, REMAJA ingin mengimbas kembali satu kisah sukan yang amat memberikan inspirasi ini.
Kejadian ini berlaku di semasa sebuah acara lari jarak jauh di Burlada, Navarre pada Disember 2012 dan melibatkan dua pelari cemerlang dari Kenya dan Sepanyol.
Seperti yang korang ketahui, acara jarak jauh memerlukan stamina, konsistensi dan fokus yang tinggi kerana ia berlangsung untuk satu tempoh masa lama serta jarak yang jauh. Mudah sebenarnya untuk mana-mana atlet merentas desa menyerah kalah di pertengahan larian ataupun hilang fokus.
Mungkin inilah yang terjadi kepada pelari Kenya bernama Abel Mutai. Beliau sedang mendahului perlumbaan hingga ke garisan penamat. Sambil itu, pelari Sepanyol, Ivan Fernandez mengekori di belakangnya dalam kedudukan pingat perak.
Hanya beberapa meter saja sebelum mengakhiri perlumbaan, Abel telah keliru dengan arah jalan yang harus dilaluinya.
Fikir Abel, dia telahpun menamatkan perlumbaan walhal dia masih berbaki beberapa meter saja lagi. Pada saat ini, mana-mana atlet yang hauskan pingat emas pasti akan mengambil kesempatan terhadap kesilapan ini untuk memintas Abel. Namun, pelari Sepanyol, Ivan Fernandez bukanlah ‘mana-mana’ atlet.
Apabila Ivan menyedari apa yang sedang berlaku kepada Abel, dia segera menjerit ke arah pelari Kenya itu untuk teruskan larian hingga penamat. Abel yang tidak memahami bahasa Sepanyol tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Ivan.
Guess what? Ivan menolak Abel ke hadapan untuk teruskan lariannya! Sambil itu, dia mengekori di belakang Abel dan berpuas hati di tempat kedua.
Semasa sesi temuramah selepas tamat perlumbaan, wartawan tertanya-tanya mengapa dia melepaskan peluang untuk bergelar pemenang. Kata Ivan, “Impian saya satu hari nanti adalah agar komuniti ini menggalakkan atlet cuba bergelar juara tetapi juga membenarkan atlet lain menang serta gembira dengannya.
Para wartawan masih belum berpuas hati dan bertanya mengapa Ivan membenarkan Abel menang?
“Saya tidak benarkan dia menang, dia yang sudah menghampiri kemenangan tersebut. Perlumbaan ini sememangnya milik dia setelah dia mencipta jarak di antaranya dan pelari lain. Mustahil untuk saya merapatinya jika bukan kerana kesilapan kecil yang dilakukan itu.
“Tapi kamu sudah boleh menang!”
Memahami bahawa wartawan tersebut masih tidak faham dengan tindakannya itu, Ivan memandangnya dan berkata, “Tapi (jika saya menang sekalipun), apa makna di sebaliknya. Apakah kebanggaan yang akan saya rasai setelah dikalungkan pingat? Apa yang akan ibu saya fikirkan?”
Pandangan Ivan ini sekaligus mengubah persepsi penggiat media yang berada di situ. Baginya, nilai kemenangan adalah lebih penting daripada dirangkulkan pingat emas semata-mata.
Tatkala ada dalam kalangan kita yang akan mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain untuk mencapai sesuatu dalam hidup, Ivan pula punya pandangan berbeza.
Nilai kemenangan baginya adalah manis apabila ia dicapai dengan jujur. Kini pada usia 33 tahun, pesanannya itu masih disebut-sebut hingga dia menjadi simbol inspirasi bagi atlet olahraga muda di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas agak kurang muncul di kaca televisyen dan menghadiri acara hiburan, Datin Eina Azman kini lebih banyak meluangkan masa untuk keluarga selain memberi perhatian...