Finalis Dewi Remaja 2019, Myra Natasya, 27, boleh menarik nafas lega apabila ayahnya, Halim Othman, 57, akhirnya memberi kebenaran untuk mengumumkan yang dia merupakan anak kepada bekas penyampai radio terkenal itu.
Myra ketika dihubungi REMAJA memanjatkan rasa penuh syukur kerana kini dia tidak perlu lagi berahsia tentang latar belakangnya terutama sekali apabila ditanya soalan tentang siapakah ayahnya.
“Ayah Myra dah bagi greenlight,” kongsi pemilik nama penuh Yusmyra Natasya ini.
Ketika mengendalikan Dewi Remaja 2019, team Remaja sendiri sebelum ini sudah mengetahui perkara sebenar. Namun atas permintaan gadis cantik ini, kami juga mengunci mulut rapat.
Ads
Hampir tiga tahun pertandingan itu berlalu dan kini Myra sudah pun mula membina namanya sendiri dalam arena seni tempatan. Dia yang merupakan seorang jurulatih pasukan sorak, kini mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan dan juga pengacaraan.
Selain bergelar pengacara di DidikTV @ntv7, naskah terbaharu yang dilakonnya adalah Republik Gombak yang bakal bersiaran di TV3. Ketika dihubungi sebentar tadi, dia sedang menunggu untuk babak yang seterusnya penggambaran drama Biarkan Ia Pergi.
Myra sebagai pengacara di DidikTV
Sebagai anak seni yang baru setahun jagung bertatih di dalam dunia yang sudah menjadi asam garam bagi ayahnya, Myra berkongsi kepada REMAJA gelagat ayahnya apabila dia dipilih sebagai pengacara.
Ads
“Ayah orang yang paling teruja sekali bila tahu Myra dapat jadi pengacara. Dia bangga dengan saya kerana berdiri di atas kaki sendiri dan bukannya menggunakan namanya untuk mendapat tempat dalam dunia seni. Kalau nak tahu ayah selalu hantar dan juga ambil Myra dari tempat kerja dan kemudiannya dia akan lakukan sesi ‘post-mortem’ cara pengacaraan saya,” kongsinya.
Bak kata pepatah, kasih ibu sampai syurga, kasih ayah sepanjang masa. Apabila ditanyakan kepadanya momen dan aktiviti yang suka dilakukan bersama ayahnya, Myra membahagikannya kepada dua fasa.
“Sewaktu kecil perkara yang kami suka lakukan bersama adalah melukis doodle. Sekarang bila saya dah besar, we go for a long ride. Ayah akan ambil Myra kami memandu jauh sampai ke Putrajaya dan sepanjang perjalanan itu pelbagai cerita dikongsikan, tentang kehidupan dan bermacam-macam lagi. Momen itu menjadi a father and daughter bonding session,” ujarnya menutup perbualan kami.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kedai serbaneka kegemaran masyarakat Malaysia, FamilyMart sekali lagi telah melebarkan sayap perniagaan mereka dengan mewujudkan vending machine serbaguna kepada pelanggan.
Menerusi sebuah hantaran yang telah dibuat di laman Facebook rasmi FamilyMart Malaysia, kiosk pintar itu telah pun diperkenalkan di Shell Karak Highway 2.
Antara pilihan makanan yang boleh didapati di vending machine ini ialah onigiri, sandwic, pemanis mulut dan banyak lagi produk FamilyMart lain yang korang selalu beli sebelum ini. Jangan risau, setiap produk makanan yang dijual adalah segar, baru dihasilkan dan diedarkan pada setiap hari.
Bukan setakat itu, kiosk pintar ini juga menggunakan sistem automatik di mana pegguna boleh membeli tanpa sentuhan, tanpa pembayaran tunai dan hanya menerima kredit, kad debit atau pembayaran e-dompet. Ia direka untuk gaya hidup yang lebih selesa, memudahkan pengguna dan selamat; seiring dengan norma baharu yang kita lalui sekarang.
Sebelum ini, FamilyMart pernah membuka cawangan pertama drive-thru di Klang. Dengan pengenalan kiosk pintar ini, ia dilihat sebagai satu lagi usaha mereka untuk memberi kemudahan maksima kepada pelanggan. Diharap lebih banyak kiosk pintar yang akan disediakan di kawasan lain.
Acara Gempak Most Wanted Awards (GMWA) kembali untuk tahun ketiga dengan mengumumkan calon Top 5 pada sidang media di ibu negara semalam.
Bertemakan ‘Flex Your Art’ untuk edisi kali ini, pemenang bagi 11 kategori yang dipertandingkan akan ditentukan melalui undian pengguna media sosial.
GMWA juga mengukuhkan Astro sebagai Home Of Entertainment Experience bagi semua peminat dan pelanggan Astro, terutama selepas kejayaan Konsert Countdown MeleTOP pada tahun lepas.
Calon-calon, hos, penghibur dan produksi Gempak Most Wanted Awards 2024 di sidang media.
11 kategori tersebut terdiri daripada Lagu/Audio Tergempak, Program Digital Tergempak, Video Muzik Tergempak, Program Digital Tergempak, Selebriti Tergempak, Digital Creator (Lifestyle) Tergempak, Digital Creator (Foodie) Tergempak, Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak, Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak dan kategori khas, Keluang Man of The Year.
Kategori Keluang Man of the Year ini merupakan kolaborasi bersama produksi filem Keluang Man yang akan ditayangkan pada tahun ini. Kesemua 8 calon bagi kategori Keluang Man of the Year ini terdiri daripada individu yang mendapat undian tertinggi pada setiap bulan sejak Mei 2024.
Calon-calon tersebut merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat yang mempunyai nilai-nilai istimewa seperti keberanian dan keprihatinan terhadap komuniti.
Lebih Besar, Lebih Artistik
Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakariah dalam pada itu berkata, skala penganjuran GMWA 2024 akan menjadi lebih besar berbanding dua edisi terdahulu pada tahun 2022 dan 2023 dengan pengenalan lagu tema baharu berjudul ‘Gempak Most Wanted’ nyanyian Nadeera dan Hael Husaini.
Selain itu, GMWA 2024 juga menyenaraikan beberapa kejutan yang menanti penonton. Antaranya termasuklah beberapa penghibur istimewa yang akan memeriahkan pentas termasuklah seorang jemputan khas dari Indonesia!
Biarpun nama mereka masih dirahsiakan, teka-teki di sebalik siapakah gerangan jemputan itu sudah cukup bagi menghangatkan lagi penantian menjelang 23 Februari nanti.
Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakariah (tengah) bercakap di sidang media Gempak Most Wanted Awards 2024.
“Kemunculan artis antarabangsa ini masih kami simpan sebagai rahsia demi memberi kejutan kepada semua. InsyaAllah seminggu sebelum hari kemuncak nanti, kami akan umumkan siapakah gerangannya. Kita akan menjemput seorang diva terkenal, sebuah band popular dan seorang bintang dari Indonesia.
“Selain nama-nama besar tersebut, kami turut bekerjasama dengan artis visual tempatan iaitu Fritilldea untuk menyajikan intepretasi seni dalam fesyen dan penciptaan kandungan digital sekarang,” katanya.
Bercakap mengenai pengaruh seni dalam penganjuran GMWA 2024, ‘ Flex Your Art’ telah diangkat sebagai tema kali ini di mana calon-calon dan tetamu yang hadir nanti diseru untuk mempertontonkan sisi seni dan keunikan personaliti menerusi penggayaan fesyen masing-masing.
“Kami merasakan tema ‘Flex Your Art’ ini mewakili calon-calon GMWA yang berani mengekspresikan diri secara positif. Mereka juga menampilkan keyakinan dan nilai-nilai yang sangat unik kepada followers mereka menerusi perkongsian harian dalam dunia tanpa batasan.
“Kami percaya, di sebalik setiap trend itu ada kesenian,” ulas Shazwan lagi.
GMWA dalam pada itu turut memperkenalkan barisan hos acara kali ini iaitu Amelia Henderson, Sean Lee dan Sherry Alhadad.
Pengacara Gempak Most Wanted Awards 2024 (dari kiri) Amelia Henderson, Sean Lee dan Sherry Alhadad.
Undian fasa kedua GMWA 2024 boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula jam 6 petang pada 15 Januari 2025 sehingga jam 12 tengah hari pada 23 Februari 2025.
Di acara kemuncuk GMWA 2024 yang bakal disiarkan secara langsung dari MBSA Shah Alam, pemenang setiap kategori akan diumumkan dan diraikan.
Berikut merupakan senarai penuh calon Top 5 GMWA 2024 bagi setiap kategori.
Lagu/Audio Tergempak 2024
1 “Sabar, nape tak sabar ni?” – Pipija
2 Alahai – Ezra Kairo
3 Angau – Fahimi Rahmat
4 Cinta Tak Pernah Tepat Waktu – Aina Abdul & Fabio Asher
5 Sangkar Derita – Haqiem Rusli
Program Digital Tergempak 2024
1 Confession Bilik Gelap – Aina Abdul
2 Dol’s Podcast – EP05 (Part 3)
3 PodcaSTERK – Keputusan SPM 7G
4 Sembang Seram – Janna Nick
5 Seram Selebriti – Fadhli Masoot
Drama Tergempak 2024
1 Cinta Untuk Sekali Lagi – Astro Ria
2 Dedaun Hijau Di Angin Lalu – Astro Ria
3 Nuh & Nayla – TV3 Malaysia
4 Syurga Itu Bukan Mudah – Astro Ria
5 Uncle Boss Mama – Astro Ria
Video Muzik Tergempak 2024
1 Belum Mulai – Insomniacks & Nabila Taqiyyah
2 Classic – DOLLA
3 Masing-Masing – Ernie Zakri & Ade Govinda
4 OMK – Zubir Khan ft Ezra Kairo
5 Puas Sudah – Aina Abdul
Selebriti Tergempak 2024
1 Amir Ahnaf
2 Anna Jobling
3 Erysha Emyra
4 Meerqeen
5 Scha Elinnea
Digital Creator (e-sports) Tergempak 2024
1 Kambing Golek
2 King Yonnyz
3 Pok Ro
4 Thanuk Nukk
5 Zulfikar Obot
Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak 2024
1 Adzrin Adzhar
2 Dr Say Shazril
3 Fathi Hussein
4 Muhammad Noor
5 Tun Laila
Digital Creator (Lifestyle) Tergempak 2024
1 Afie
2 Amin Abid
3 Fikri Zamri
4 Nor Padilah
5 Rasyidinneedyou
Digital Creator (Entertainment) Tergempak 2024
1 Acap S
2 Kasih Iris Leona
3 Ryan Bakery
4 Shah Zakaria
5 Steph Beauty
Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024
1 Agy
2 Hawa Johanis
3 Malia
4 Sofea Shra
5 Yana Hassan
Digital Creator (Foodie) Tergempak 2024
1 Capikkkkkk
2 Che Sayang Kitchen
3 Hazwan Ramli
4 Khairul Aming
5 Syiqin Azrin
Keluang Man Of The Year
1 Aleeya Zailan
2 Yayan
3 Kapten Zahiruddin
4 Abbe Hae
5 Team LKP
6 Leeroy Wong
7 Abang Nobady
8 Staf Sarjan Nor Khalid
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Comelnya Tengku Hasanal ketika kecil, itu yang terdetik dihati penulis saat melihat gambar yang dimuatnaik oleh Tengku Mahkota Pahang itu di laman Instagramnya. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang kini berusia 26 tahun berkongsi memori ketika baginda memulakan persekolahan rendah di Sekolah Kebangsaan St. Thomas, Kuantan.
Dalam hantaran itu baginda berkongsi, “Di sinilah tempat saya belajar membaca, menulis dan mengira. Di sinilah juga, saya belajar bahawa pencapaian datang dalam pelbagai bentuk; sesiapa sahaja boleh berjaya dalam bidang tersendiri.
Tengku Hassanal dalam persalinan sekolah rendah sedia memulakan kelas
“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru sahaja mendapat keputusan SPM. Alhamdulilah, apa pun jua keputusan yang diperolehi majulah kehadapan, merintangi segala cabaran.
“Dalam kegagalan, ada sinar untuk memperbaiki diri, dalam kejayaan, ada ruang untuk menjadi lebih baik. Anda tidak bersendirian, khidmat nasihat dan bantuan sentiasa bersama dalam keluarga dan rakan-rakan. Orang yang segan selalu rugi. Jangan malu untuk meminta pertolongan dan nasihat.
“Jangan putus asa untuk mencuba, inilah permulaan untuk anda semua. Langkah ke hadapan mengejar impian dengan semangat yang baru. Majulah Kehadapan, Mengejar Kejayaan.”
Dalam gambar yang dimuatnaik itu, kelihatan DYMM Permaisuri Agung menemani anakandanya cantik dalam persalinan kurung rona biru berbunga merah jambu. Selain itu ayahanda baginda DYMM Yang Dipertuan Agong turut ada bersama.
DYMM Raja Permaisuri Agong memakaikan tanda nama kepada Tengku Hassanal
Mendapat pendidikan di sekolah kerajaan bersama-sama dengan rakyat jelas menonjolkan sisi keluarga DiRaja ini yang mempercayai dengan sistem pendidikan kebangsaan selain memberi kelebihan untuk bakal Sultan Pahang ini duduk bersama dengan rakyat jelata.
Selepas menamatkan pengajian sekolah rendah di Malaysia, Tengku Hasanal kemudiannya menyambung peringkat sekolah menengah di Caldicott School dan Sherborne School yang terletak di United Kingdom. Baginda kemudiannya mendapat pengajian tinggi di Geneva School of Diplomacy and International Relations.
Dr Mohammed Taufiq Johari mencipta sejarah sebagai Menteri Belia dan Sukan termuda pada usia 29 tahun, menjadi inspirasi buat belia dan remaja Malaysia.