Aksesori lazimnya dianggap sebagai teman baik seseorang wanita. Pemakaian aksesori yang sesuai juga dapat mengubah gaya penampilan korang. Jelas kelihatan, terdapat pelbagai pilihan aksesori di pasaran kini.
Tunggu nak pilih je!
Namun ada satu masalah yang akan muncul apabila seseorang memakai aksesori yang murah (faux jewelry). Ini kerana, aksesori murah yang selalunya dibuat daripada besi keluli biasa seperti perak dan tembaga agak senang terjejas. Warnanya cepat pudar dan lama-kelamaan akan bertukar menjadi hijau.
Antara sebab-sebab mengapa aksesori anda pudar adalah kerana asid yang ada pada permukaan kulit anda contohnya seperti peluh dan losyen yang anda gunakan itu telah bertindak balas dengan aksesori yang anda pakai membuatkan ia berkarat.
Meskipun begitu, ada satu cara yang paling mudah untuk anda lakukan bagi memelihara rupa dan kualiti aksesori kesayangan korang itu. Caranya, anda cuma perlukan seketul bedak Nyonya!
Ads
Ye betul…ini bukan main-main!
Cara ini juga mudah diaplikasikan. Caranya sangat mudah cuma salutkan silver korang yang dah kusam itu dengan bedak nyonya ini dan bersihkan dengan kain bersih.
Tip dan rahsia ini dikongsikan sendiri oleh founder ‘hill to street’ sendiri iaitu Tiffany Teoh di majlis pelancaran koleksi terbarunya di The Alte Cafe, Bangsar baru-baru ini.
Berusaha membantu setiap wanita kelihatan lebih yakin dan menonjol dalam mengenakan aksesori, jenama ”Hill to Street menawarkan variasi aksesori istimewa dengan hasil kerja tangan yang sangat halus dan berkualiti.
Menurut pengasas Hill to Street Tiffany Teoh, koleksi aksesorinya merangkumi pelbagai jenis variasi silver yang diimport dari South East Asia dan ada koleksi juga dari ideanya sendiri. Harga aksesori ini pula tidak lah terlalu mahal iaitu hanya bermula dari RM150.
Untuk keterangan lanjut korang boleh la cuci mata di website Hill to Street!
So apa tunggu lagi, jom la beli…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat penggemar filem Indonesia, bermula 24 April ini korang akan disajikan dengan filem terbaru berjudul 1 Kakak 7 Ponakan yang diadaptasi dari siri televisyen tahun 1996 arahan pengarah Arswendo Atmowiloto.
Yang pasti, filem hasil karya penulis dan pengarah terkenal, Yandy Laurens ini akan membuatkan sesetengah orang relate!
1 Kakak 7 Ponakan mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Moko yang sedang mengejar impiannya. Sehinggalah pada suatu hari, Moko terpaksa memikul tanggungjawab besar menjadi bapa tunggal kepada tujuh orang anak saudaranya.
Kali ini, mehREMAJAbelanja sinopsis dan beberapa fakta yang perlu korang tahu sebelum pergi menonton 1 Kakak 7 Ponakan bersama seisi keluarga atau kawan-kawan.
SINOPSIS
Moko yang dilakonkan oleh Chicco Kurniawan merupakan seorang arkitek muda yang bersemangat dalam perjuangan kehidupannya untuk mencapai pelbagai impian.
Bagaimanapun, hidupnya berubah sekelip mata apabila terpaksa menjaga kesemua tujuh orang anak saudaranya secara seorang diri.
Banyak dugaan yang perlu ditempuh Moko sehingga dirinya terpaksa membuat pilihan antara kehidupan cinta bersama Maurin (lakonan Amanda Rawles), kerjaya mahupun keluarga.
Bukan setakat Moko yang struggle, malah anak-anak saudaranya Woko (Fatih Unru), Nina (Freya JKT48), Ano (Ahmad Nadif) dan Ais (Kawai Labiba) juga perlu berdepan dengan cabaran hidup masing-masing.
ADAPTASI SIRI TV TAHUN 1996, SESUAI TONTONAN SEMUA
Bagi remaja yang membesar pada zaman 90-an khususnya yang pernah menetap di Indonesia, mungkin korang pernah menonton sinetron popular dengan judul yang sama; 1 Kakak 7 Ponakan. Drama ini asalnya ditulis oleh pengarah terkenal, Arswendo Atmowiloto dan kini ia diangkat dalam bentuk filem agar boleh ditonton oleh semua lapisan umur.
BARISAN BINTANG A-CLASS
Tidak dinafikan teraju filem ini menyaksikan kelibat bintang-bintang yang masih fresh and young. Tapi korang tak perlu risau kerana kesemua pelakon filem 1 Kakak 7 Ponakan memang berbakat besar dan di Indonesia, mereka digelar sebagai kelompok pelakon bergred A!
Ia termasuklah Chicco Kurniawan yang membawakan watak Moko bersama-sama pelakon lain seperti Amanda Rawles, Fatih Unru, Freya JKT48, Maudy Koesnaedi, Kiki Narendra dan ramai lagi. Kolaborasi di antara pelakon muda dan legend membuatkan filem ini lebih ‘hidup’ dan ‘sampai’ ke hati penonton.
SENTUHAN SUARA LUNAK SAL PRIADI
Mungkinkah, mungkinkah… Mungkinkah kau mampir hari ini?
Mesti ramai yang pernah mendengar lagu viral ini kan!
Untuk pengetahuan korang, tiga buah lagu nyanyian Sal Priadi telah pun dipilih untuk menjadi runut bunyi filem ini. Disebabkan Yandy Laurens jatuh cinta dengan cara nyanyian dan gubahan lagu Sal Priadi; beliau memilih tiga buah lagu yang paling ngam dengan vibe filem ini.
Bak kata orang, lagu pun boleh jadi pencerita baik buat emosi sesuatu karakter.
MENANGIS BACA SKRIP, SAMPAI TAK BOLEH BERCAKAP
Kalau korang nak tahu, Chicco berkongsi momen sewaktu dia menelaah skrip yang diberi. Sewaktu tiba di bahagian hujung naskah 1 Kakak, 7 Ponakan; Chicco berkata dia menangis teresak-esak sampaikan tak mampu untuk bercakap apa-apa disebabkan merasa terlalu tersentuh dengan watak Moko.
Akhirnya, Chicco tersedar bahawa dirinya secara peribadi mahu menjadi seorang individu seakan Moko yang sering memberikan kasih sayang kepada keluarganya.
FATIH UNRU & FREYA JKT48 MEMAHAMI WATAK
Sementara itu, Fatih berkongsi pengalamannya semasa aktiviti camp reading filem 1 Kakak 7 Ponakan di mana semua pelakonnya perlu tinggal bersama ibarat sebuah keluarga sebenar.
Daripada pengalaman tersebut, Fatih betul-betul dapat menjiwai peranan Woko dalam sebuah keluarga besar.
Bagi pelakon Freya pula, dia merupakan anak sulung dalam kehidupan sebenar. Namun untuk filem ini, Freya memainkan watak Nina yang merupakan anak pertengahan. Pengalaman itu membuat dirinya lebih faham perasaan adik-adik dan bagaimana mereka memandang abang serta kakak mereka sebagai tonggak harapan.
Korang mesti tak sabar nak tonton filem yang penuh emosi, lucu tapi menyentuh hati ini, bukan?
Jika korang ingin menontonnya sehari lebih awal (21 April 2024) daripada tayangan di pawagam seluruh Malaysia, #WayangRemaja ingin memberikan tiket tayangan perdana 1 Kakak 7 Ponakan ini menerusi peraduan yang kami jalankan di platform Instagram Majalah Remaja. Siap pakej dapat jumpa pelakon filem ini di depan mata lagi! Jom sertai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi berbakat besar, Danial Chuer meluahkan perasaan sedih selepas bapa tercinta, Chuer Niang, pergi dijemput Ilahi, pada Isnin.
Dalam satu perkongsian di Instagram, pelantun lagu Erti Sempurna itu berkata dia mengambil masa untuk menerima takdir Allah dan kesedihan yang dirasai akibat pemergian bapa yang sangat disayanginya.
Danial mengimbas kembali pengaruh besar yang diberikan oleh arwah bapa dalam perjalanan muziknya. Menurutnya, bapanya adalah individu yang pertama kali memperkenalkannya kepada muzik dan selalu menyokong minatnya tersebut.
“Saya menghabiskan sepanjang hari cuba memproses perasaan saya. Mengapa kehilangan ayah amat menyakitkan saya? Saya duduk di dalam bilik, berfikir, mengasingkan diri seketika untuk memikirkan semuanya.
“Sekarang saya faham mengapa itu sangat menyakitkan. Ayah ialah orang pertama yang suruh saya bermain muzik, kami berkongsi minat yang sama iaitu muzik.
“Ia adalah tutor muzik pertama saya, orang yang mendorong saya untuk mengambil muzik secara serius sebagai kerjaya. Dia adalah sebab saya jatuh cinta dengan muzik,” katanya.
Selain itu, bekas peserta Big Stage itu juga memberitahu, arwah bapa tidak pernah berkira dalam melabur untuk perkembangan bakat muziknya, termasuk memberi nasihat supaya dia dapat mempelajari alat muzik lain selain hanya menyanyi.
Dia tidak teragak-agak untuk membelanjakan wang demi perkembangan saya dalam muzik. Saya masih ingat dia berkata, ‘Dek, jangan nyanyi je, papan kekunci utama sambil nyanyi bah.
“Keterujaan ayah terhadap muzik tidak pernah berhenti, bahkan sehingga perbualan terakhir kami, dia selalu memberitahu saya untuk mengarang dan mengatur muzik seperti Dewa 19 dan Ahmad Dhani kerana lelaki itu ‘genius’,” ujar Danial.
“Saya akan merindui sesi ketika saya memainkan muzik dan dia akan tersenyum, menganggukkan kepalanya, dan berkata, ‘Bagus dek, ada improve sudah muzik mu.’ Hanya Tuhan yang tahu betapa bangganya saya mempunyai dia sebagai ayah saya,” ujar Danial lagi.
Menganggap arwah sebagai adiwira dalam hidupnya, Danial turut berjanji untuk meneruskan legasi dan menjaga ibunya dengan baik.
“Saya kehilangan rakan muzik saya, orang yang menunjukkan dunia kepada saya dan mengajar saya lebih daripada yang pernah saya minta.
“Saya kehilangan orang yang boleh menyelesaikan segala-galanya dalam sekelip mata. I’ll get that Dr title for you. Ayah, biarlah mummy di bawah kendalian saya mulai sekarang.
“Saya kehilangan adiwira saya. Saya kehilangan ayah saya. Saya kehilangan kawan baik saya,” katanya dalam luahan yang penuh emosi itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Danial Chuer
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Billie Eilish memang betul-betul tak main-main tahun ini! Penyanyi dan komposer berusia 23 tahun itu mencipta sejarah tersendiri di Anugerah Muzik Amerika 2025 (AMA 2025) apabila membolot tujuh anugerah utama termasuk Artis Terbaik dan Album Terbaik menerusi album sensasi Hit Me Hard and Soft.
Antara anugerah lain yang berjaya dirangkul oleh Billie termasuklah Artis Pop Wanita Terbaik, Artis Jelajah Terbaik, serta Album Pop Kegemaran.
Tak cukup dengan tu, lagu popularnya Birds of a Feather turut diumumkan sebagai Lagu Terbaik dan Lagu Pop Kegemaran, sekaligus membuktikan kenapa Billie masih lagi antara bintang muda paling berpengaruh di dunia sekarang.
Walaupun menang besar, Billie tak dapat hadir ke acara gilang-gemilang yang berlangsung di Fontainebleau, Las Vegas, sebab dia kini tengah sibuk dengan jelajah Eropah.
“Ini sangat gila. Saya hilang kata-kata. Saya harap boleh berada di sana,” kata Billie menerusi paparan video yang ditayangkan selepas diumumkan sebagai pemenang.
Kemenangan ini juga dilihat sebagai ‘penebus rasa’ selepas Billie dikecewakan apabila Hit Me Hard and Soft yang hanya berjaya berada di tempat kedua carta Billboard 200, sekali gus menjadi album studio pertamanya yang tak capai nombor satu.
Tambah pedih, Billie juga pulang tangan kosong dari Anugerah Grammy 2025 Februari lalu walaupun menerima tujuh pencalonan.
Lady Gaga & Bruno Mars Tak Ketinggalan
Sementara itu, Lady Gaga dan Bruno Mars pun tak kurang hebatnya apabila menang besar menerusi kolaborasi lagu Die With A Smile yang bawa pulang dua anugerah iaitu Video Muzik Kegemaran dan Kolaborasi Terbaik.
Gaga turut diumumkan sebagai Artis Dance/Elektronik Kegemaran, menjadikan ini kemenangan keduanya dalam kategori tersebut. Bruno Mars pula menyambung dominasi sebagai Artis Pop Lelaki Kegemaran buat kali ketiga!
Senarai Pemenang Lain:
Post Malone, SZA, The Weeknd, Bad Bunny, Beyoncé, Eminem dan Twenty One Pilots masing-masing menang dua anugerah.
Penyanyi baharuGracie Abrams dinobatkan sebagai Artis Baharu Terbaik. Doechii pula bawa pulang Lagu Sosial Terbaik menerusi Anxiety.
Tapi… Taylor Swift & Sabrina Carpenter Pulang Tangan Kosong?
Agak mengejutkan, Taylor Swift yang sebelum ini mencatat rekod sebagai penerima terbanyak AMA dengan 40 anugerah, kali ini tak menambah koleksinya walaupun dicalonkan dalam enam kategori.
Turut berputih mata ialah Chappell Roan dan Shaboozey yang masing-masing menerima tujuh pencalonan, serta Sabrina Carpenter yang turut dicalonkan enam kali.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...