Berita baik buat penggemar filem Indonesia, bermula 24 April ini korang akan disajikan dengan filem terbaru berjudul 1 Kakak 7 Ponakan yang diadaptasi dari siri televisyen tahun 1996 arahan pengarah Arswendo Atmowiloto.
Yang pasti, filem hasil karya penulis dan pengarah terkenal, Yandy Laurens ini akan membuatkan sesetengah orang relate!
1 Kakak 7 Ponakan mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Moko yang sedang mengejar impiannya. Sehinggalah pada suatu hari, Moko terpaksa memikul tanggungjawab besar menjadi bapa tunggal kepada tujuh orang anak saudaranya.
Kali ini, mehREMAJAbelanja sinopsis dan beberapa fakta yang perlu korang tahu sebelum pergi menonton 1 Kakak 7 Ponakan bersama seisi keluarga atau kawan-kawan.
SINOPSIS
Moko yang dilakonkan oleh Chicco Kurniawan merupakan seorang arkitek muda yang bersemangat dalam perjuangan kehidupannya untuk mencapai pelbagai impian.
Bagaimanapun, hidupnya berubah sekelip mata apabila terpaksa menjaga kesemua tujuh orang anak saudaranya secara seorang diri.
Banyak dugaan yang perlu ditempuh Moko sehingga dirinya terpaksa membuat pilihan antara kehidupan cinta bersama Maurin (lakonan Amanda Rawles), kerjaya mahupun keluarga.
Bukan setakat Moko yang struggle, malah anak-anak saudaranya Woko (Fatih Unru), Nina (Freya JKT48), Ano (Ahmad Nadif) dan Ais (Kawai Labiba) juga perlu berdepan dengan cabaran hidup masing-masing.
Ads
ADAPTASI SIRI TV TAHUN 1996, SESUAI TONTONAN SEMUA
Bagi remaja yang membesar pada zaman 90-an khususnya yang pernah menetap di Indonesia, mungkin korang pernah menonton sinetron popular dengan judul yang sama; 1 Kakak 7 Ponakan. Drama ini asalnya ditulis oleh pengarah terkenal, Arswendo Atmowiloto dan kini ia diangkat dalam bentuk filem agar boleh ditonton oleh semua lapisan umur.
BARISAN BINTANG A-CLASS
Tidak dinafikan teraju filem ini menyaksikan kelibat bintang-bintang yang masih fresh and young. Tapi korang tak perlu risau kerana kesemua pelakon filem 1 Kakak 7 Ponakan memang berbakat besar dan di Indonesia, mereka digelar sebagai kelompok pelakon bergred A!
Ia termasuklah Chicco Kurniawan yang membawakan watak Moko bersama-sama pelakon lain seperti Amanda Rawles, Fatih Unru, Freya JKT48, Maudy Koesnaedi, Kiki Narendra dan ramai lagi. Kolaborasi di antara pelakon muda dan legend membuatkan filem ini lebih ‘hidup’ dan ‘sampai’ ke hati penonton.
SENTUHAN SUARA LUNAK SAL PRIADI
Mungkinkah, mungkinkah… Mungkinkah kau mampir hari ini?
Ads
Mesti ramai yang pernah mendengar lagu viral ini kan!
Untuk pengetahuan korang, tiga buah lagu nyanyian Sal Priadi telah pun dipilih untuk menjadi runut bunyi filem ini. Disebabkan Yandy Laurens jatuh cinta dengan cara nyanyian dan gubahan lagu Sal Priadi; beliau memilih tiga buah lagu yang paling ngam dengan vibe filem ini.
Bak kata orang, lagu pun boleh jadi pencerita baik buat emosi sesuatu karakter.
MENANGIS BACA SKRIP, SAMPAI TAK BOLEH BERCAKAP
Kalau korang nak tahu, Chicco berkongsi momen sewaktu dia menelaah skrip yang diberi. Sewaktu tiba di bahagian hujung naskah 1 Kakak, 7 Ponakan; Chicco berkata dia menangis teresak-esak sampaikan tak mampu untuk bercakap apa-apa disebabkan merasa terlalu tersentuh dengan watak Moko.
Akhirnya, Chicco tersedar bahawa dirinya secara peribadi mahu menjadi seorang individu seakan Moko yang sering memberikan kasih sayang kepada keluarganya.
Sementara itu, Fatih berkongsi pengalamannya semasa aktiviti camp reading filem 1 Kakak 7 Ponakan di mana semua pelakonnya perlu tinggal bersama ibarat sebuah keluarga sebenar.
Daripada pengalaman tersebut, Fatih betul-betul dapat menjiwai peranan Woko dalam sebuah keluarga besar.
Bagi pelakon Freya pula, dia merupakan anak sulung dalam kehidupan sebenar. Namun untuk filem ini, Freya memainkan watak Nina yang merupakan anak pertengahan. Pengalaman itu membuat dirinya lebih faham perasaan adik-adik dan bagaimana mereka memandang abang serta kakak mereka sebagai tonggak harapan.
Korang mesti tak sabar nak tonton filem yang penuh emosi, lucu tapi menyentuh hati ini, bukan?
Jika korang ingin menontonnya sehari lebih awal (21 April 2024) daripada tayangan di pawagam seluruh Malaysia, #WayangRemaja ingin memberikan tiket tayangan perdana 1 Kakak 7 Ponakan ini menerusi peraduan yang kami jalankan di platform Instagram Majalah Remaja. Siap pakej dapat jumpa pelakon filem ini di depan mata lagi! Jom sertai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
She is fresh, she is feeling better than ever and we cannot wait for this new era.
Setelah sekian lama ‘menghilangkan’ diri daripada radar dunia hiburan, tidak menghadiri sebarang acara anugerah dan hanya muncul sekali menerusi slot Saturday Night Live pada tahun lalu, penyanyi Inggeris popular Adele akhirnya mengumumkan comeback dalam masa kurang dua minggu dari sekarang.
Bersesuaian dengan musim luruh yang sedang melanda, muzik terbaru Adele ini seakan menjadi penambah perisa buat peminat muzik sedunia. *Cue feels*
Menerusi akaun media sosialnya (termasuk Twitter yang tidak dikemaskini hampir setahun lamanya), Adele memuat naik teaser berdurasi 21 saat bagi single berjudul Easy On Me. Klip pendek itu menyaksikannya berada di dalam sebuah kereta sambil mendengar dentingan piano daripada kaset yang baru dimasukkan. (Haa, korang tahu tak apa tu kaset?)
Di belakang kenderaan pula kelihatan perabot yang diangkutnya bersama; seolah-olah seperti dia baru saja meninggalkan seseorang atau sesuatu tempat.
Gambaran imej teaser ini serta-merta mengingatkan peminat Adele terhadap singleHello yang dilancarkan pada tahun 2015 dahulu.
Sekiranya benar album keempat Adele akan keluar pada tahun 2021, ini bermakna album tersebut mungkin sekali dinamakan ’30’ seiring dengan usia. Terdahulu, Adele telah menamakan albumnya 19, 21 dan 25 juga sebagai signifikan kepada usianya.
Kami jujurnya tidak sabar menantikan singleEasy On Me yang akan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat, 15 Oktober 2021 hadapan.
*Fun Fact : Hello juga dilancarkan pada bulan Oktober tahun 2015.*
Penyanyi berusia 33 tahun ini juga mungkin sekali akan mengumumkan albumnya pada 30 Oktober untuk menyamai tajuk albumnya, 30 (jika benar).
Era baharu bagi muzik Adele ini masih tidak lari daripada identitinya selama ini. It will be another classic Adele record. Dia masih kekal dengan genre soul dan pop; dan itulah sebab utama peminat Adele setia dengannya. Lihat saja kepada respon yang diterima Adele dalam tempoh sejam selepas membuat pengumuman malam tadi. Di Twitter dan Instagram saja, klip tersebut telah ditonton sebanyak 6 juta kali.
Sekali lagi Industri hiburan Korea Selatan menerima berita menyedihkan selepas seorang pelakon ‘Descendant Of The Sun’ dikatakan meninggal dunia.
Kalau korang peminat K-drama, mesti perasan dan kenal dengan aktor veteran, Nam Moon Chul yang dikatakan meninggal dunia pada 4 Oktober di usia 50 tahun.
Foto Via SOOMPI
Hal ini turut disahkan oleh agensi yang menaunginya iaitu BK Management.
Nam Moon-chul memainkan banyak watak sampingan dalam filem dan drama TV Korea Selatan antaranya Six Flying Dragons, Nokdu Flower, CHIP-IN, When My Love Blooms, dan Descendants of The Sun.
Popularitinya naik mendadak menerusi drama popular, Descendants Of The Sun pada tahun 2016. Beliau membawa watak sebagai Pengurus Ko iaitu ayah kepada seorang pekerja muda di sebuah tapak pembinaan di sebuah negara.
Dalam episod enam, dia telah mengorbankan dirinya bagi menyelamatkan rakan sekerja ketika negara itu dilanda gempa bumi.
Drama terakhirnya berjudul Mad For Each Other yang ditayangkan baru-baru ini.
Agensi kepada mendiang turut mendedahkan bahawa aktor yang berusia 50 tahun itu meninggal dunia selepas disahkan menghidapi kanser usus besar dan telah berjuang untuk melawan penyakit tersebut.
Untuk info, kanser Usus (Colon Cancer) adalah antara 10 kanser yang paling kerap berlaku dikalangan lelaki. Ia juga dikatakan berkait rapat dengan gaya hidup individu.
RIP Nam Moon Chul…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bedak asas atau lebih popular disebut sebagai foundation adalah antara salah satu produk make up yang paling penting bagi setiap perempuan.
Selain menutup kesan jerawat dan parut pada wajah, foundation juga berguna untuk melindungi kulit korang daripada sinaran cahaya matahari yang boleh menjadikan kulit lebih gelap.
Jadi, disebabkan itu produk ini sangat diperlukan untuk kegunaan seharian. Cuma kalau korang nak cari foundation yang boleh tahan lama, berikut merupakan senarai foundation terbaik yang korang boleh try. Walaupun harganya agak mahal, tapi masih berbaloi untuk digunakan.
1. Your Skin But Butter CC Cream SPF 50++
Foundation ini dating dalam bentuk krim dan mampu menutup kesan cela dan tidak mudah merekah pada wajah. Mengandungi formula anti-penuaan dan SPF 50 bagi melindungi kulit daripada kesan ultra ungu yang disebabkan oleh cahaya matahari. Harganya lebih kurang sekitar RM100++.
2. Estee Lauder Double Wear Nude Water Fresh Makeup Broad Spectrum SPF 30 Foundation
Foundation ini menyediakan perlindungan selama 24 jam serta dapat memberikan kulit nampak lebih sempurna. Mampu bertahan lebih lama dan memberi hidrasi sepenuhnya disebabkan oleh ekstrak buah merah seperti tembikai, benih laici dan buah epal yang terkandung dalam produk ini.
3. Amazon Clay 12-Hour Full Coverage Foundation
Mampu memberikan penutupan wajah sepenuhnya selama 12 jam untuk korang Nampak lebih cantik sepanjang hari. Ianya dibuat tanpa minyak serta kandungan haiwan supaya kulit muka tidak menjadi lebih kering dan berminyak.
4. Fenty Beauty Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation
Salah satu produk terbaik yang mempunyai formula khas iaitu bebas daripada minyak yang berfungsi untuk bertahan terhadap peluh dan kekalkan kelembapan. Paling utama, tekstur produk ini ringan dan lembut.
5. Re(MARC)able Full Cover Foundation Concentrate
Mengandungi kandungan pigmen yang banyak bagi membantu menyelesaikan masalah pigmen pada wajah. Diinovasi untuk penutupan cela pada kulit muka serta merta dalam hanya satu titikan saja dan mampu bertahan sehingga 24 jam.
Harganya lebih kurang RM235 tetapi sangat berbaloi kan dan boleh tahan lama.
6. Cover FX Power Play Foundation
Korang hanya perlu pakai sekali dalam sehari saja kerana ia mampu untuk bertahan tanpa apa-apa gangguan. Krim ini juga memberi perlindungan pada kulit muka daripada keadaan sekeliling seperti sinaran cahaya matahari, debu dan ketika waktu panas terik.
7. Kat Von D Lock-It Liquid Foundation
Direka khas dengan kelebihan produk kalis air, anti-pudar dan tidak merekah serta berkedut bagi mengekalkan kesempurnaan wajah korang sepanjang hari. Ini yang memang ramai perempuan inginkan. Nampak sentiasa cantik je. Betul tak?
8. Dior Backstage Face and Body Foundation
Produk ini menawarkan pelbagai jenis tona warna yang sesuai untuk semua jenis kulit. Bukan saja untuk muka tapi korang boleh juga gunakannya di bahagian badan. Selain itu, kelebihan produk ini adalah kalis air dan anti-peluh.
9. Sephora 10HR Wear Perfection Foundation
Memberi perlindungan selama 10 jam dan dapat mengurangkan kedutan, kemerah-merahan, pigmentasi, parut dan bitnik hitam supaya wajah korang nampak lebih sempurna sepanjang hari.
10. Mac Studio Fix Powder Plus Foundation
Mempunyai kesan yang berpanjangan sehingga 12 jam tanpa menunjukkan kesan kedutan atau rekahan pada wajah. Produk ini juga dapat memberikan kelembutan kulit wajah dan menutup kesan-kesan cela.
Walau bagaimanapun, untuk yang beragama Islam pastikan korang cari make up remover yang boleh menghilangkan foundation ini dengan bersih sebelum nak cuci muka untuk ambil wudhuk dan bersolat.
Nak cantik tak ada masalah, asalkan tahu kewajipan masing-masing kan?