Dalam pada ramai warganet ‘tertarik’ untuk memberikan komen terhadap pengakuan pempengaruh terkenal, Ameera Khan ataupun Little Miss Khan yang mengamalkan krim jenama La Mer bernilai sekurang-kurangnya RM380 (15ml) bagi menjaga kulit punggungnya, penulis sebenarnya lebih tertarik dengan topik penjagaan punggung itu sendiri.
Come on, let’s face it. Siapa yang tidak mahukan kulit punggung yang gebu, lembut dan bersih dari segala cela, kan?
Cuma, bukan semua di kalangan kita mampu mendapatkan produk seperti Creme de la Mer pada setiap bulan.
Jadi, REMAJA ingin cadangkan 6 produk alternatif yang mampu memberikan kesan yang sama terhadap – ahem – punggung kamu.
.
.
01
Neutrogena Body Clear Body Wash
Sekiranya sesuatu produk itu selamat untuk digunakan bagi merawat wajah, ia juga selamat untuk digunakan bagi bahagian punggung. Sebab itulah kami menggemari produk jenama Neutrogena ini bagi mengatasi masalah buttne.
Kandungan : Salicylic acid (acne treatment) Harga : RM128 Beli Di : Lazada
.
.
02
Bliss Fabgirl Firm Body Firming & Contouring Cream
Guys, semua orang ada selulit pada bahagian peha dan punggung, tak perlu malu kerana ia adalah perkara yang normal. Namun jika korang (seperti kami) ingin mengurangkan penampakan selulit dan membuatkan kulit lebih toned serta tegang, inilah rahsia korang.
Kandungan : Kafein untuk memberi stimulasi pada kulit, campuran ekstrak tumbuhan hijau, Shea Butter, Sodium Hyaluronate & minyak kacang soya. Harga : RM196 Beli Di : Shopee
.
.
03
BAWDY Slap It Caffeine Butt Mask
What a wake up call!
Pupur khas untuk bahagian punggung ini mempunyai kandungan kafein dan kolagen vegan bagi menganjal, menegangkan kulit dan melembapkan pori punggung. Meskipun ia sedikit mahal bagi dua keping pupur (satu untuk setiap bahagian) tapi kami telah mendengar banyak reviu positif mengenainya.
Kandungan : Aloe vera, buah oren, goji berry dan kafein. Harga : RM37 untuk 2 keping Beli Di : Goxip
.
.
04
frank body Shimmer Scrub
Hhm, kenapa pula kita perlukan glitter untuk membantu melembapkan kulit punggung?
Well, ia lebih daripada sekadar glitter kerana skrub ini juga berfungsi sebagai exfoliator. Ia mampu merawat sebarang kesan stretch mark, jerawat dan juga selulit.
Kandungan : Antioksidan, minyak bijian anggur, garam, kafein, minyak kacang soya, ekstrak akar lobak. Harga : RM90 (100g) Beli Di : Sephora
.
.
05
AmLactin Daily Moisturizing Body Lotion (2 botol)
Bagi yang gusar sekiranya kulit badan agak sensitif, kering dan selalunya kurang sesuai menggunakan kebanyakan jenama kecantikan di luar sana, losyen badan ini harus dicuba oleh korang.
AmLactin popular sebagai jenama rangkaian produk yang bukan saja melembapkan kulit tetapi juga berkesan sebagai exfoliant pada kadar sederhana dan tidak terlalu agresif.
Akhir sekali adalah produk yang agak popular di drugstore ini. Nivea Creme mampu bertahan lama walaupun digunakan setiap hari dan harganya juga adalah yang paling berbaloi di antara kesemua produk dalam senarai ini.
Ia melembapkan dan memperbaiki kulit yang kering, kasar, gatal dan yang mempunyai keradangan minor.
Harga: RM19.90 Beli Di: Drugstore seperti Guardian, Watsons & Caring.
.
.
Honorable Mention
07
Soap & Glory Sit Tight 4-D
Ya, produk ini dijual pada harga yang lebih premium. Namun, ramai YouTuber yang telah melakukan reviu terhadap serum badan ini dan mereka menyukainya
Kandungan: Minyak badam, glycerin & minyak zaitun Harga: RM302 Beli Di: ubuy.com.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wakil Malaysia di pertandingan ratu cantik Miss World 2026, Taanusiya Chetty tampil memperagakan gaun kebangsaan bertemakan “The Pearl of Borneo” yang dicipta oleh rumah fesyen popular, Arma Couture manakala fabrik busana pula oleh Sayang Batique.
Ia bersempena segmen Miss World 2026 x Vietnam Beauty Fashion Fest XVII: Soul of Heritage anjuran organisasi Miss World pada Khamis malam yang mempertaruhkan anugerah World Fashion Designer Award bagi kategori Asia & Oceania.
Diinspirasikan daripada keindahan ekosistem lautan di sekitar kepulauan Borneo serta keunikan mutiaranya, setiap gerak-geri Taanusiya apabila menyarungkan gaun ini memperlihatkan tekstur dan kilauan manik-manik serta mutiara seakan ritma ombak di laut dalam.
“All the best, Queen…” – Pereka fesyen, Arma Abdul Rahman
Taanusiya dan Arma Couture bukan sekadar membawa secebis penceritaan mengenai keindahan alam dari Malaysia ke pentas dunia, kostum serba feminin ini juga merupakan satu cerminan kepada keanggunan dan khazanah berharga dari kepulauan Borneo.
Ahad lalu, Taanusiya mencuri perhatian dunia selepas videonya berucap dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamir tular di media sosial. Ucapan tersebut dianjurkan sempena segmen Head-to-HeadChallenge di pertandingan Miss World.
Ads
“Satu yang mahu saya pesan… ia bukan tentang sejauh mana kita boleh mengubah dunia tetapi sejauh mana anda mampu menjadi perubahan itu.
“Jangan tunggu dunia berubah, jadilah perubahan. Itulah semangat yang perlu ada pada seorang Miss World.”
Selain momen ‘mic drop’ berkenaan, gadis berusia 26 tahun ini turut berkongsi kisah memilukan dimana beliau kehilangan ibu tersayang pada usia semuda 14 tahun akibat kemalangan jalan raya ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan untuk menghadiri pengebumian ahi keluarga.
Walaupun tanpa kasih sayang seorang ibu kandung, ibu tiri Taanusiya tidak berbelah bahagi dalam menyuntik semangat dan inspirasi untuknya terus berkhidmat dan membantu masyarakat tempatan.
Ads
Antara inisiatif yang telah dilakukan oleh Taanusiya sebelum dia terlibat dalam dunia ratu cantik Miss World termasuklah menubuhkan organisasi Be The Change Malaysia pada 2022 sebelum ia didaftarkan secara rasmi dengan nama Pertubuhan Suara Perubahan Insan Murni.
Menerusinya, Taanusiya berganding bahu dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan bagi mewujudkan inisiatif sekolah dalam hospital bagi membantu kanak-kanak Orang Asli.
Selain itu, organisasi berkenaan juga aktif menganjur bengkel seni untuk golongan muda autistik dan mengunjungi pesakit leukemia kanak-kanak.
Ads
Dengan penglibatannya dalam pertandingan Miss World yang memasuki edisi ke-73 kali ini, dia berharap agar organisasi ini boleh dikembangkan ke peringkat antarabangsa bagi mencapai lebih banyak matlamat yang dihasratkan oleh mereka.
Ini termasuklah untuk memperluaskan usahan kecerdasan emosi di negara-negara serantau seperti Kemboja dan Vietnam. Ternyata usaha ini bukanlah untuk menonjolkan dirinya sebagai seorang ratu cantik tetapi fokusnya terletak pada inisiatif untuk membantu insan-insan yang memerlukan.
Sebagai info, Malaysia pernah beberapa kali melakar kejayaan membanggakan di Miss World. Rekod kedudukan terbaik yang pernah dicapai oleh wakil negara masih dipegang oleh Lina Teoh yang menobatkan sebagai pemenang tempat ketiga pada tahun 1998.
Rahimah Orchient Yayah pula berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik pada tahun 1994 manakala Deborah Henry pula melangkah masuk ke pusingan 16 terbaik pada tahun 2007.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Negara Iraq bukanlah negara yang aktif menghantar wakil ke pertandingan ratu cantik, stigma dan juga kekangan dek pegangan yang konservatif menjadi halangan selain perang yang sebelum ini berlaku.
Terbaharu, wakil Baghdad Barat, Balsam Hussin telah dinobatkan sebagai pemenang Miss Iraq 2022 sekaligus menempah tiket untuk mewakili negara teluk itu ke pentas antarabangsa. Setakat ini dia telah disahkan untuk ke pertandingan Miss World dan Miss Universe 2022 yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.
Berjaya mengalahkan 19 peserta lain dalam pertandingan yang berlangsung pada 28 Julai 2022. Balsam yang merupakan seorang pengacara di stesen televisyen tempatan, Al Sumaria TV menjadi wakil keempat Iraq ke pertandingan Miss World dan Miss Universe.
Walaupun baru berusia 19 tahun, ternyata kepetahan dan kecantikan yang dimiliki menjadi sebab utama mengapa dia menjadi juara. Tempat kedua jatuh kepada Sarah Saad manakala Jihan Majid pula berpuas hati di tempat ketiga.
Kali pertama Iraq menyertai pertandingan Miss Universe adalah pada tahun 1972 menerusi perwakilan Wijdan Burhan El-Deen Sulyman. Selepas itu Iraq terus menyepi sehinggalah menghantar semula wakil pada 2016 dan 2017. Namun ketiga-tiga penyertaan itu tidak membuahkah hasil.
Manakala di pentas Miss World pula, Iraq pernah menghantar wakil pada tahun 1998, 2017 dan 2021. Adakah Balsam akan menjadi peserta pertama dalam sejarah Iraq menjadi juara di pentas antarabangsa? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Gelaran wanita paling diperkatakan sepanjang musim anugerah di Hollywood selayaknya dimahkotakan kepada pelakon filem Everything Everywhere All At Once, Tan Sri Michelle Yeoh.
Michelle, 60 telah berdepan laluan yang agak berliku bagi memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di setiap anugerah berprestij yang dianjurkan. Biarpun terlebih dahulu memenanginya di anugerah Golden Globes, nasib tidak menyebelahinya sewaktu anugerah Critics Choice dan BAFTA apabila saingan terdekatnya, Cate Blanchette membawa pulang kedua-dua trofi bagi kategori tersebut.
Namun, Michelle terus mengungguli di acara Screen Actors Guild (SAGs) Awards selepas itu dan ia merupakan petanda penting untuknya memberi saingan di malam kemuncak Anugerah Akademi ataupun Oscars yang berlangsung pagi ini.
Anak kelahiran Ipoh, Perak itu seperti biasa terus positif dengan peluangnya memenangi anugerah Oscars dan demi merealisasikan impiannya (dan impian seluruh rakyat Malaysia serta penggiat seni berketurunan Asia di seluruh dunia), Michelle mengulang pakai tuah persalinan jenama fesyen dari Perancis iaitu Dior.
Tampil elegan dalam gaun labuh serba putih dengan perincian bulu, Michelle memadankannya dengan jam tangan mewah Richard Mille berwarna putih dan perhiasan berlian daripada Moussaieff Jewellers.
Sewaktu berada di anugerah SAGs, Michelle telahpun menyarungkan gaun rekaan Schiaparelli iaitu jenama Perancis terkenal yang semakin digemari ramai selebriti Hollywood kerana keunikan konsep Surrealisme yang ditonjolkan.
Namun harus diingat, ketika Michelle tewas kepada Cate di anugerah BAFTA, beliau juga pada waktu itu menyarungkan sut rekaan satu lagi jenama Perancis iaitu Dior.
Justeru, tuah Michelle untuk membawa pulang trofi anugerah Oscars dengan memakai gaun rekaan jenama Perancis pada pagi ini selari dengan ramalan ramai pengkritik fesyen – 50% boleh berpihak kepada Michelle tetapi 50% lagi boleh berpihak kepada pelakon filem Tar, Cate Blanchette.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!