Menabung atau menyimpan wang bukanlah sesuatu perbuatan yang mudah terutama dalam kalangan generasi muda hari ini. Dengan kos sara hidup tinggi yang tidak selaras dengan pendapatan diterima, malahan terpaksa menjelaskan pelbagai bil, serta menampung keluarga menjadikan rakyat tidak memiliki baki gaji untuk disimpan.
Bagaimanapun, tidak kisahlah gaji yang diterima berapa sekali pun, terutama anak muda yang baru mula bekerja, simpanan adalah perkara yang penting dan wajib kita lakukan untuk masa hadapan.
Paling penting, adalah azam dan matlamat, pasti anda dapat amalkan sikap menabung dengan lebih bijak selepas ini. Jadi, ini antara empat jenis simpanan yang anda boleh lakukan:
Untuk kecemasan, perlu ada tiga hingga 12 bulan gaji bersih. Contohnya, gaji RM 3,000, simpanan RM 9,000.
Ads
Tabung simpanan ini tidak boleh diusik. Kegunaan tabung kecemasan untuk ‘backup’ kita jika betul-betul memerlukan wang. Ingat!
02 Simpanan Persaraan
Setiap majikan akan carum 9% atau 11% daripada gaji bersih ke akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kita.
Jikalau tiada keperluan, usah sekali mengeluarkan wang ini. Ingat ya, KWSP ini simpanan hari tua. Jangan ikut ‘sedap tekak’ sahaja untuk kita menggunakan wang simpanan ini sehingga terlupa pada masa akan datang kelak.
Ads
03 Simpanan Perlindungan
Ini penting juga, jika baru mula bekerja, sebaiknya cari takaful untuk ‘protect’ diri kita. Ada sahaja takaful mahupun medical card yang menawarkan bayaran kurang daripada RM 100 sebulan.
Ingat, peruntukan 5% hingga 10% daripada gaji kita untuk membuat perlindungan. Ada perlindungan baru dikiran kewangan itu kukuh.
Terakhir adalah simpanan pelaburan. Untuk bahagian ini, jika komitmen kita banyak, boleh ‘hold’. Fokus melangsaikan hutang dahulu. Kemudian, baru boleh memperuntuk sekurang-kurangnya 10% hingga 30% daripada gaji untuk membuat simpanan ini.
Boleh juga mencuba simpanan risiko yang rendah dahulu seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB), ia boleh mula menyimpan serendah RM 10.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terbaru, jaguh karate wanita negara, C. Shahmalarani pula mencuri perhatian apabila berjaya menyumbang pingat emas ketiga buat kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 menerusi acara kumite wanita bawah 50 kilogram (kg).
Difahamkan, atlet kelahiran Selangor yang kini berusia 28 tahun itu menewaskan wakil Hong Kong, Tsang Yee Ting, menerusi keputusan juri selepas kedua-dua karateka terikat 0-0 pada aksi final yang berlangsung di Gimnasium Toyohashi.
Pertarungan tersebut berlangsung dalam tempo cukup berhati-hati apabila kedua-dua atlet dilihat tidak terlalu mengambil risiko untuk melakukan serangan. Keadaan itu menyaksikan mereka menerima amaran daripada pengadil sebelum aksi memasuki fasa penentuan.
Menuju penghujung pertarungan, Shahmalarani mula meningkatkan tekanan dengan cuba memburu mata menerusi serangan yang mampu menghasilkan Ippon, manakala Yee Ting turut berusaha mencari peluang untuk mendapatkan mata. Bagaimanapun, keputusan akhir masih kekal 0-0 sehingga tamat perlawanan.
Situasi berkenaan menyebabkan keputusan pemenang terpaksa ditentukan menerusi semakan video sebelum empat juri akhirnya sebulat suara memilih Shahmalarani berdasarkan percubaan serangan yang dilakukannya pada penghujung pertarungan.
Sebelum melangkah ke pentas final, Shahmalarani terlebih dahulu menewaskan wakil Uzbekistan, Gulshan Alimardanova dengan keputusan 3-2 pada aksi separuh akhir. Kejayaan itu pastinya cukup bermakna buat atlet negara berkenaan selepas beliau pernah tewas kepada lawan sama pada final Kejohanan Dunia di Cairo, Mesir pada 2025.
Dalam perjalanan menuju separuh akhir, Shahmalarani membuka kempen dengan kemenangan bergaya 8-0 ke atas Fong Man Wai dari Macau pada pusingan pertama sebelum meneruskan momentum menerusi kemenangan tipis 5-4 terhadap wakil Bangladesh, Saiama Jaman di suku akhir.
Untuk rekod, Malaysia terlebih dahulu meraih emas menerusi Adeola Fay Robert dalam acara kumite wanita bawah 55kg sebelum Taj Izrin Taj Madira menambah pingat emas kedua negara dalam perlumbaan Gran Turismo 7. Kejayaan Shahmalarani selepas itu melengkapkan koleksi tiga emas buat kontinjen Malaysia di Aichi-Nagoya 2026.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah video tular di TikTok baru-baru ini yang memaparkan seorang anak muda, Muhammad Ikram Mazlan, berkongsi perjalanan kerjayanya yang bermula sebagai pengawal keselamatan sebelum beralih ke kerjaya sebagai pramugara.
Muhammad Ikram, seorang graduan Diploma Pentadbiran Perniagaan dari University of Cyberjaya (UOC), menzahirkan kesyukuran apabila berjaya direzekikan untuk menjadi anak kapal di sebuah syarikat penerbangan terkenal di Malaysia.
“Kerjaya sebagai pramugara memang menjadi impian saya. Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya berkeinginan dalam kerjaya ini.
“Sekali gus berpeluang ke pelbagai negara antaranya India, Australia dan China,” ujarnya dengan penuh rasa syukur.
Mengimbas kembali perjalanan kerjayanya, Muhammad Ikram menceritakan bahawa keputusan untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan bermula ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ikram turut memberitahu bahawa banyak individu pada waktu itu terpaksa mencari pelbagai pekerjaan untuk menghadapai situasi ekonomi yang mencabar.
“Sebenarnya, selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya bekerja sebagai pembantu jualan di pusat beli-belah.
“Cuma apabila PKP, saya hilang pekerjaan. Kemudian, saya ternampak iklan di Facebook tentang jawatan pengawal keselamatan dan saya terus mohon, alhamdulillah diterima,” katanya yang dipetik dari portal tempatan.
Setelah setahun bekerja sebagai pengawal keselamatan dari tahun 2020 hingga 2021, Muhammad Ikram akhirnya memilih untuk berhenti dan menyambung pengajian dalam bidang Diploma Pentadbiran Perniagaan di UOC.
Keputusan tersebut membawanya untuk akhirnya mencapai impian menjadi pramugara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Muhammad Ikram Mazlan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Membesar sebagai orang yang sempuna pun sudah banyak cabaran yang perlu dilalui inikan pula jika dilahirkan sebagai individu yang memiliki kekurangan dari segi keupayaan. Namun adakah kekurangan ini menjadi alasan untuk tidak berjaya?
Perkara ini tidak menjadi halangan buat gadis cantik berusia 17 tahun yang cantik berhijab ini. Putri Ariani atau nama sebenarnya Ariani Nisma Putri membesar sebagai gadis yang memiliki kecacatan penglihatan.
Dilahirkan pada 31 Disember 2005, Putri Ariani yang merupakan anak sulung dari tiga beradik ini merupakan juara Indonesia Got Talent musim pertama ketika berusia hanya 8 tahun. Bersaing dengan peserta lain yang jauh lebih dewasa, ternyata rakyat Indonesia memilih dia sebagai juara.
Kemerduan suara dan juga teknik vokal yang dimiliki cukup membuai rasa dan menyentuh perasaan. Usai pertandingan tersebut Putri Arini yang masih lagi kecil menjadi tumpuan ramai dengan melakukan pelbagai jenis persembahan di khalayak umum.
Pada tahun 2018, anak jadi kelahiran Riau, Indonesia ini terpilih sebagai penyanyi lagu rasmi Asian Para Games 2018 dan dia turut membuat persembahan menyanyikan lagu tersebut ketika pembukaan acara sukan berprestij itu. Kemudiannya pada 2022, dia menyumbang suara emasnya pada Asian Para Games dengan menyanyikan lagu Indonesia Raya.
“Cari apa yang anda suka dan terus jika kita sudah jumpa apa yang kita suka pasti kita akan enjoy apa yang dilakukan. Do what you like and what you love, kemudiannya ubah rasa insecure agar jadi orang yang bersyukur.
Yang terakhir, kurangkan overthingking dan perbanyakkan positive thinking. Kerana akar kepada insecure adalah sikap overthinking. Kalau kita amalkan perkara ini pasti kita mampu menjalani hidup yang gembira,” kongsi gadis manis berhijab ini tentang nilai positif dalam hidup saat ditemu bual dalam sebuah rancangan bual biacara di Trans TV.
Putri Ariani yang juga pernah bergelar finalis The Voice Kids Indonesia kini telah menghasilkan lagu-lagu single yang cukup menarik untuk menjadi hawa telinga peminatnya. Seperti yang disangka, video klip single terbarunya yang berjudul Tak Mampu Lupa ditonton hampir 6 juta kali di laman YouTube.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.