Seperti yang sedia kita sedia maklum, personaliti popular ini baru sahaja selesai menjalani pembedahan untuk membuang apendiks setelah mengalami kesakitan yang teruk di bahagian bawah perutnya.
Walaupun apendiks tersebut telah berjaya dikeluarkan, namun wanita berusia 29 tahun ini telah disahkan mengalami komplikasi keradangan di bahagian dinding uterusnya.
Dia yang kini sedang dirawat dihospital berkongsi perkembangan terkini mengenai dirinya di ruangan Instastory. Ujarnya, “Salam semua, apendiks saya telah pun berjaya dibuang tetapi apa yang sedihnya, terdapat pula keradangan di sekeliling dinding uterus.”
Keradangan yang dihadapinya itu menyebabkan kesakitan dan ketika ini bergantung bertahan dengan mengambil ubat tahan sakit (painkiller) atas saranan doktor, walaupun begitu ubat tersebut tidak boleh diambil selalu kerana bimbang dengan keselamatan bayi dikandung yang baru sahaja memasuki trimester kedua.
Ads
“Saya masih lagi berada di wad. Bergantung kepada ubat tahan sakit.Tetapi doktor tak boleh nak bagi ubat tahan sakit selalu sebab bahaya untuk bayi. Ketika ini, saya hanya perlu menahan sakit dan terus bertahan. Tolong doakan saya,” kongsinya lanjut.
Semoga isteri kepada selebriti, Raja Syahiran ini segera sembuh dan diberikan ketabahan dalam menghadapi waktu-waktu sukar.
Ads
Uyaina dan Raja Syahiran telah mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2020 dan kini sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertama mereka yang dijangka lahir tahun ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber & Kredit foto: Instagram Uyaina Arshad
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum menjalinkan hubungan cinta dan bertunang dengan penyanyi berbakat besar dari Indonesia, Rizky Febian, penyanyi meningkat naik, Mahalini mendedahkan dia pernah terlibat percintaan toksik apabila pernah menjadi mangsa pukul dan dicurangi.
Menerusi laporan Detik.com, pelantun lagu popular Sial itu mendedahkan dirinya pernah dicurangi sebanyak empat kali oleh bekas kekasihnya.
Bukan itu sahaja, bahkan bintang berusia 23 tahun itu juga memaklumkan bekas teman lelakinya itu juga pernah menendang dan menunjal kepalanya biarpun ketika itu hubungan mereka sudah berakhir.
“Dulu aku pernah bercinta dengan seorang lelaki dan dicurangi empat kali. Aku ditendang dan ditunjal-tunjal.
“Masa itu sudah putus tapi dia masih kejar-kejar aku. Dia suka panggil aku gemuk,” katanya.
Tidak berdiam diri, Mahalini bagaimanapun pernah memberitahu tentang perkara tersebut kepada ibu bapa bekas kekasihnya, namun mereka lebih membela anak lelaki mereka.
Sekadar informasi, sekitar Mei lalu Mahalini telah mengikat tali pertunangan bersama penyanyi Indonesia Rizky Febian setelah setahun menyulam cinta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berita baik untuk untuk korang yang suka menonton filem Korea, kali ni kami nak beri 40 tiket percuma ke tayangan perdana filem Extreme Job pada 25 Mac nanti, di TGV Cinemas One Utama.
Filem ini mengisahkan tentang pasukan narkotik yang sering dipandang rendah di balai polis mereka dan kini dalam satu misi berisiko membabitkan satu perjanjian dadah Antarabangsa.
Mereka mengambil alih sebuah restoran ayam berhadapan dengan markas penjenayah untuk memantau pergerakan kumpulan keldai dadah itu.
Bagaimanapun perkara menjadi sebaliknya apabila salah seorang detektif memperlihatkan bakat memasaknya. Dengan restoran menjadi terkenal dalam tempoh yang singkat, di mana pelanggan semakin ramai, mereka menghabiskan masa menggoreng ayam daripada menangkap penjenayah. Haha mesti kelakar kan?
Dibintangi oleh Ryu Seung-Ryong, Lee Hanee, Jin Seon-Kyu, Lee Dong-Hwi dan Gong Myung, filem ini juga merupakan blockbuster pertama yang berjaya memecah rekod filem Train To Busan di Korea.
Filem ini bakal ditayangkan pada 28 Mac 2019 diseluruh panggung wayang tanah air.
Nak tahu apa kesudahan filem yang berdurasi 1 jam 51 minit ini? Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama menonton filem ini bersama kami dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah berikut.
Menangi tiket tayangan Remaja X Extreme Job
Tarikh: 25 Mac 2019
Masa: 8.30 malam
Lokasi: TGV Cinemas 1 Utama
Pemenang akan dihubungi melalui emel. Sila alert dan beri maklum balas kepada kami. Terima kasih!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bantal busuk biasanya sinonim dengan kanak-kanak, namun ada juga orang dewasa yang masih memilikinya kerana sudah terbiasa sejak kecil tidur bersama ‘bantal busuk’.
Namun begitu, ada perkara yang si pemilik bantal busuk tahu kerana menurut Public Health Malaysia, bantal sebenarnya mempunyai sisa sel kulit, air liur, kelumumur dan pelbagai jenis bakteria dan kulat. Sel kulit yang tertinggal di atas bantal tersebut merupakan makanan kepada hama dan kutu kecil.
Selepas makan, kutu dan hama ini akan meninggalkan najis dan sisa ini yang akan menyebabkan gejala alahan seperti selesema, batuk dan bersin.
Oleh sebab yang demikian, korang perlu menukar sarung bantal setiap satu atau dua minggu sekali dan perlu dibasuh (jika boleh basuh) setiap 6 bulan.
Satu lagi cara yang korang boleh buat adalah dengan menjemur bantal dibawah cahaya matahari panas juga berkesan untuk membunuh segala bakteria dan membuat hama yang bersarang lari. Bau bantal akan jadi lebih segar selepas dijemur seharian.
Untuk korang yang mempunyai masalah jerawat pula, sarung bantal perlu ditukar lebih kerap kerana jika menggunakan sarung bantal yang sama, ia akan mengakibatkan outbreak jerawat yang lebih serius.
Ha, lepas ni kena rajin-rajin tukar cadar dan kalau boleh jemur sekali bantal tu di bawah cahaya matahari. Pastikan bantal korang sentiasa bersih kalau tidak mahu memudaratkan kesihatan.
Individu yang ada sinus/resdung pun wajib buat tau!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...