“Tak ada cita-cita, sebenarnya kita sudah mati” merupakan ungkapan tegas yang dikongsikan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ketika mengulas tentang kepentingan azam tahun baharu dalam kehidupan seseorang.
Pesanan ini bukan sekadar kata-kata motivasi, sebaliknya satu peringatan mendalam agar manusia tidak menjalani kehidupan tanpa tujuan dan arah yang jelas.
Azam Tahun Baharu Bukan Sekadar Senarai Impian
Setiap kali berakhirnya satu tahun, ramai yang mula memasang azam baharu. Namun, tidak sedikit juga yang menjadikan azam tahun baharu sekadar senarai impian tanpa perancangan dan pelaksanaan yang konsisten.
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Menurut Dr Zulkifli, azam yang sebenar perlu dibina dengan kesungguhan kerana ia berperanan sebagai pemangkin kepada perubahan positif dalam hidup seseorang.
Tanpa azam, seseorang mudah hanyut, hilang arah dan sekadar menjalani rutin harian tanpa matlamat jangka panjang.
Dua Jenis Azam: Besar dan Kecil
Dalam perkongsian beliau, Dr Zulkifli menjelaskan bahawa azam terbahagi kepada dua kategori utama, iaitu azam besar dan azam kecil.
Ads
“Pada saya, ada dua azam. Yang pertama azam besar dan satu lagi azam kecil. Azam besar adalah sasaran utama yang kita nak capai,” jelas beliau.
Azam besar merujuk kepada matlamat utama yang ingin dicapai dalam tempoh tertentu, manakala azam kecil pula merupakan langkah-langkah praktikal yang perlu dilakukan secara berterusan bagi merealisasikan azam besar tersebut.
Gambar Hiasan AI
Contoh Praktikal Membina Azam Yang Realistik
Sebagai contoh, Dr Zulkifli berkongsi sasaran untuk menunaikan umrah sebagai azam besar. Namun, untuk merealisasikannya, seseorang perlu membina beberapa azam kecil sebagai persediaan.
Antara azam kecil tersebut termasuk perancangan kewangan yang tersusun, menyimpan wang secara konsisten setiap bulan, meningkatkan ilmu berkaitan ibadah umrah serta memperbaiki diri dari segi rohani dan akhlak.
Gambar Hiasan AI
Beliau turut menekankan kepentingan membaca buku, menghadiri kuliah dan membuat persediaan mental agar perjalanan ibadah dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.
Ads
Azam Melahirkan Disiplin dan Ketekunan
Tambah Dr Zulkifli, apabila azam tahun baharu ditetapkan dengan jelas, ia secara tidak langsung akan melahirkan sikap disiplin, rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa.
Azam juga berfungsi sebagai kompas kehidupan, memberi hala tuju yang jelas dan mengelakkan seseorang daripada hidup sekadar mengikut arus tanpa tujuan.
Mereka yang berazam akan sentiasa menilai kemajuan diri dan berusaha memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, Dr Zulkifli menegaskan bahawa hidup tanpa azam atau cita-cita ibarat jasad tanpa roh. Sekurang-kurangnya setiap individu perlu memiliki satu matlamat yang jelas dalam kehidupan.
Lebih utama, beliau menekankan kepentingan memiliki cita-cita untuk akhirat. Keinginan untuk menjadi insan yang lebih baik, berilmu, berakhlak mulia serta memberi manfaat kepada orang lain merupakan antara azam yang wajar dipupuk.
Kesimpulan
Kesimpulannya, azam tahun baharu bukan sekadar tradisi tahunan, tetapi satu komitmen jangka panjang untuk berubah dan memperbaiki diri.
Seperti yang ditekankan oleh Dr Zulkifli, membina azam dengan perancangan yang baik, usaha berterusan dan niat yang ikhlas adalah kunci untuk memastikan kita bukan sekadar hidup, tetapi benar-benar mempunyai tujuan dalam kehidupan.
Kepada semua pengundi muda, bersiap sedia untuk mengambil cuti hari mengundi!
Sebentar tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 November 022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Manakala, tarikh penaman calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 5 November dan 15 November 2022.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh juga memaklumkan bahawa tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding.
Ini bermakna, dari 5 November (Sabtu) hingga jam 11.59 malam pada 18 November (Jumaat) kelak, korang akan mula melihat ‘perang’ bendera, poster dan pelbagai bentuk bahan promosi di sekitar kawasan korang.
Bagi mereka yang belajar dan berkhidmat di luar negara, urusan permohonan undian pos luar negara untuk PRU15 akan dibuka bermula daripada 10 Oktober 2022.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan perlantikan 222 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang akan dibantu oleh 1,264 orang Penolong Pegawai Pengurus bagi Pilihan Raya Umum kali ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini menandakan hari pertama empat buah negeri yakni Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bertukar status daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Biarpun kita semua masih tidak dibenarkan untuk merentas negeri, sekurang-kurangnya pergerakan kita tidaklah terlalu disekat dan jika kita berdisplin dalam menjaga SOP harian, tidak mustahil sempadan negeri bakal dibuka kelak.
Sekiranya perkara itu terjadi tidak lama lagi, tidak mustahil tarikan terbaru di Tanjung Tualang, Perak ini bakal menjadi tumpuan ramai pelancong dalam negara.
Terletak kira-kira 40 minit daripada bandar Ipoh, Tanjung Tualang Tin Dredge No 5 (TT5) Perak bermula sebagai kawasan perlombongan bijih timah di Perak.
Di sana, terdapat sebuah kapal korek berusia lebih 82 tahun yang telah bertukar fungsi sebagai muzium bersejarah.
Untuk menambah tarikan di sana, sebuah taman ‘maze’ yang dikhabar merupakan taman terbesar seakannya di Malaysia kini telahpun siap dibina dan bersedia menerima kunjungan pelancong. Konsep taman tersebut sendiri terbahagi kepada bahagian terbuka dan berteduh.
Dibuka pada setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang, REMAJA merasakan bahawa kawasan TT5 ini akan menjadi salah satu pusat persinggahan orang ramai yang ingin mencari kelainan semasa meluangkan masa cuti kelak.
Bukan hanya ia indah untuk korang potretkan OOTD masing-masing di Instagram. Malah korang juga meraih ilmu baharu berkenaan sejarah kegemilangan industri perlombongan di Perak satu ketika dahulu.
Ada hadiah hari jadi yang dibeli dengan wang, tetapi ada juga hadiah paling bermakna yang hadir dalam bentuk kenangan seumur hidup.
Itulah yang dirasai seorang pramugari apabila berpeluang bertugas dalam penerbangan yang sama bersama bapa dan abangnya yang kedua-duanya merupakan juruterbang, sekali gus mencuri perhatian ramai di media sosial.
Impian Terbang Bersama Keluarga Jadi Kenyataan
Menerusi perkongsian pengguna Threads, @aliailysha, wanita itu meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk berkhidmat bersama dua insan paling disayanginya akhirnya menjadi kenyataan, lebih-lebih lagi sempena sambutan hari jadinya.
“Bertuahnya dapat terbang dengan ayah dan abang sempena hari jadi saya. Memang satu kenangan indah. Alhamdulillah, syukur! Perjalanan kali ini dihabiskan sebaiknya,” katanya.
Perkongsian tersebut segera mendapat perhatian warga maya yang menyifatkan pengalaman itu sebagai satu momen yang cukup istimewa dan sukar dilupakan.
Ayah Luah Rasa Bangga Lihat Anak Ikut Jejak Langkah
Dalam hantaran berasingan, bapa kepada wanita berkenaan yang merupakan seorang kapten turut berkongsi rasa bangga apabila kedua-dua anaknya memilih bidang penerbangan sebagai kerjaya.
Menurutnya, kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil usaha dan kerja keras mereka sendiri.
“Alhamdulillah. Satu detik membanggakan untuk setiap ayah. Mereka berdua bekerja keras untuk mencapai tahap ini. Ingat, kejayaan tidak datang tanpa kegagalan. Tetap berpijak di bumi nyata dan terus capai impian,” katanya.
Rupanya Ibu Juga Bekas Pramugari
Dalam pada itu, perkongsian berkenaan turut mengundang pelbagai persoalan daripada netizen yang ingin mengetahui sama ada ibu mereka juga mempunyai latar belakang dalam industri penerbangan.
Menjawab pertanyaan tersebut, wanita itu mendedahkan ibunya pernah berkhidmat sebagai pramugari selama 15 tahun sekitar era 1990-an dan pernah beberapa kali bertugas bersama ahli keluarganya.
“Ibu juga seorang pramugari selama 15 tahun sekitar tahun 90-an. Sudah banyak kali beliau terbang bersama keluarga. Saya pasti dia okay,” katanya.
Raih Hampir Jutaan Tontonan
Perkongsian menyentuh hati itu berjaya meraih hampir jutaan tontonan di Threads, selain dihujani pelbagai reaksi positif daripada netizen.
Rata-rata meluahkan rasa kagum melihat tiga beranak dapat bertugas dalam penerbangan yang sama, malah ramai menyifatkan momen tersebut sebagai satu kenangan yang cukup bermakna serta membuktikan minat terhadap dunia penerbangan boleh diwarisi dalam sesebuah keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sam Lim mencuri perhatian ramai selepas berkongsi video mengikuti kelas agama bersama seorang ustaz. Perkongsian itu menerima pelbagai komen positif dan doa daripada netizen agar beliau terus istiqamah.