FOTO: Harian Metro

Tahniah diucapkan buat pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee yang sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi tadi dalam satu majlis yang diadakan di The Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur.

Pasangan ini telah disatukan hari ini; 24 Oktober 2022 iaitu genap setahun dari tarikh hari pertunangan mereka pada 24 Oktober 2021 yang lalu.

BACA LAGI :“6 Bulan Lalu Sweet Qismina Sudah Rancang..” Baju Tunang Songket AMAZÉ Curi Tumpuan

Majlis Pernikahan Adam Lee & Sweet Qismina ini juga sempat disiarkan secara langsung melalui laman YouTube. Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Tuan Haji Mohd Khairi Husin berwakil walikan abang kandung Sweet iaitu Fahed Ashraf Supandi.

Tahniah! Dengan Hanya Sekali Lafaz, Sweet Qismina Sah Bergelar Isteri Adam Lee
FOTO: Instagram TontonMy

Pelakon drama Adam Chempaka ini menerima mas kahwin sebanyak RM2410.97 manakala wang hantaran dirahsiakan. Dikhabarkan, jumlah mas kahwin itu dipilih sebagai simbolik sempena tarikh kelahiran Sweet. Memang sweet!

IKLAN

Pasangan pengantin ini dilihat cukup segak dan cantik dalam persalinan serba putih. Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.

Pada malam Sabtu yang lepas, Sweet atau Farhanna Qismina Supandi dan pemilik nama Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee telah mengadakan malam berinai yang bertemakan Jawa. Pasangan ini telah menggayakan busana sedondon berwarna hitam serta dilengkapi perhiasan. Wah, memang unik!

IKLAN

Tema malam berinai pasangan ini juga telah dapat pujian ramai. Kapsyen yang ditulis dalam bahasa Jawa itu membawa maksud ‘tidak perlu berjanji sehidup semati, yang penting mampu bertahan sampai mati’.

BACA LAGI : “Jika Kuat, Cubalah..” Pengorbanan Belajar Sambil Berlakon Selama 14 Tahun Sweet Qismina Berbaloi Jua

IKLAN

Kalau korang nak tahu, Sweet dan Adam telah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Min doakan agar rumah tangga yang didirikan menjadi tunggak kebahagiaan hingga akhir hayat. Selamat Pengantin Baru!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

I

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI