
Tahniah Remaja ucapkan buat pelakon Puteri Aishah yang selamat melahirkan anakanda sulung pada tanggal 4 April, malam semalam.
Berita gembira itu dikongsikan oleh pengurusnya, iaitu Iman Tang menerusi entri Instagram.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Baby Bump’ Semakin Jelas, Puteri Aishah Tetap Aktif Bersenam Sambil Nantikan Kelahiran Putera Sulung

“Syukur Alhamdulillah. Selamat atas kehadiran anak lelaki pertama pada Khamis 4 April 2024 pada jam 8.17 malam.
“Baby dan mommy sihat walafiat. Semoga si kecil kelak menjadi anak yang berbakti dan membanggakan orang tuanya.
“Tahniah Puteri Aishah dan Firdaus Sulaiman,” coretnya di Instastory.

Terdahulu, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu berkongsi berita kehamilannya pada Januari lalu, selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Sekadar info, Aishah mendirikan rumah tangga bersama Firdaus yang juga ahli perniagaan pada 21 November 2021, selepas tiga tahun mengenali hati budi masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berhimpit Dalam Kereta Semasa Balik Kampung, Mesti 5 Benda Ni Pernah Terjadi

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat telah tamat semalam and you know what that means … balik kampung!
Bagi kebanyakan daripada kita yang terlepas peluang untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri lalu, tentunya tarikh 11 Jun onwards ini akan diambil oleh warga kota untuk balik kampung.
REMAJA berharap agar korang sentiasa berhati-hati sepanjang tempoh perjalanan. DAN mesti korang boleh relate dengan 5 situasi normal yang dihadapi setiap keluarga Malaysia semasa balik kampung ini.
01

Berbeg-beg baju dan segala keperluan lain untuk seisi keluarga akan dibawa. Sampaikan tak muat ruang bonnet di belakang kereta, terpaksalah ada beg yang perlu diselit di kawasan kaki, disandar di atas peha. Memang tak tidurlah korang dalam kereta nanti.
02

Semua orang ada taste muzik masing-masing.
Nama je lagu Raya, tapi ada macam-macam jenis lagu Raya tau! Abah suka penyanyi lama, mak feeling kak Ziana Zain dalam kereta. Yang adik pula request lagu Raya BBNU. Haih mana satu nak dengar pun tak tahu.
Trust us, tak habis satu lagu dimainkan, mesti ada yang gatal nak tukar ke saluran radio lain.
03

Masalah tak cukup space di tempat duduk penumpang mesti tak akan pernah selesai! Yang kurus selalu menjadi mangsa duduk di bahagian tengah, yang – hhm – comel mesti dapat sandarkan badan ke belakang di bahagian tepi atau kerusi penumpang hadapan. Mana aci!
Bila sampai di hentian R&R, barulah semua nak menggeliatkan badan semasa keluar kereta.
ARTIKEL BERKAITAN: Dah Macam Pesta, Rakyat Raikan Restas Negeri Dengan Bunyikan Hon
04
Tiba-tiba, ada bau busuk membunuh yang melingkar dalam kereta. Adoi!
Kalau nak lepaskan ‘bom’ pun janganlah lepas senyap-senyap. Lagi senyap, lagilah mengancam nyawa, tau tak. Bau busuk di dalam kereta yang berhimpit bukan saja datang daripada ‘bom (tak dapat) jangka’ tetapi juga daripada bau kepam jika sedang hujan lebat.

05
Dengan teknologi seperti Waze di hujung jari, semua penumpang sibuk nak jadi petugas trafik. Semua ada mazhab sendiri mengenai jalan mana yang harus mereka ikut.

Pihak polis telahpun menjangka lebih ramai rakyat Malaysia yang akan hit the road dan pulang ke kampung pada hujung minggu ini/
Jadi kalau boleh, janganlah ada ramai sangat instructor di dalam kereta tu. Pilih laluan terbaik mengikut cadangan yang diberikan pihak berkuasa dan pilih waktu perjalanan seperti yang dicadangkan.

InsyaAllah, sampailah korang dekat kampung dengan selamat.
Paling penting, berwaspada terhadap SOP kebersihan dan keselamatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia terutamanya di kawasan awam seperti R&R. Akta dan peraturan masih diwartakan.
Sekiranya korang melanggar peraturan yang ditetapkan, korang masing boleh dikenakan denda oleh pihak berkuasa termasuklah saman sebanyak RM1,000 ataupun kes dibawa ke mahkamah.
Jangan sampai duit raya ‘melayang’ sebelum sampai ke kampung halaman. Hehe..
MySejahtera Perlu Didaftar, Ini Cara Yang Korang Perlu Buat Supaya Aplikasi Ini Selamat Digunakan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Anak Anjing Itu Terlalu Comel, Namun…” -Isu Dukung Anjing, Sharifah Sakinah Mohon Maaf

Tindakan pelakon Sharifah Sakinah memuat naik video pendek di Instagram Story bersama seekor anak anjing telah mendapat perhatian warganet, semalam.
Terbaharu, Sakinah memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada yang tersinggung dengan tindakannya mendukung anak anjing itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf Hanya Diberi Masa 3 Minggu Untuk ‘Bisa Ngobrol’ Bahasa Indonesia

Menurut Sakinah, dia berharap isu mendukung anak anjing tidak dipanjangkan atau disensasikan oleh pihak lain.
“Anak anjing itu terlalu comel. Namun saya tetap menjaga batas dan tidak menciumnya. Jadi di sini saya ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan. Saya akan lebih berhati-hati.
“Saya menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka. Saya tak nak ulas lebih panjang kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Terdahulu tindakan Sakinah berkongsi video mendukung seekor anak anjing dalam InstaStory miliknya mengundang pelbagai kecaman daripada netizen yang menganggap perbuatannya itu tidak sensitif sebagai wanita beragama Islam.
Lebih mengejutkan, adik kepada pelakon dan juga penyampai radio, Sharifah Shahirah itu kelihatan begitu selesa dan seronok mendukung haiwan yang diharamkan sentuhan bagi orang Islam tanpa keperluan dalam urusan kehidupan itu.
SUMBER FOTO: Instagram Sharifah Sakinah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya Nak Ambil Tapi Betul Ke Form 6 Susah?” Senior Jawab 12 Pertanyaan Ini

Dalam hidup ini, memang kita sering perlu membuat keputusan di antara dua perkara.
Nak pilih baju, nak pilih handphone (eh!), nak pilih calon suami atau isteri pun nanti memerlukan keputusan.
Salah satu keputusan paling berat yang perlu dibuat oleh semua pelajar di Malaysia adalah sama ada untuk meneruskan dengan pengajian Tingkatan 6 atau terus masuk ke institusi berlainan untuk mengambil A-level, matrikulasi, pengajian asasi dan sebagainya.
Artikel Berkaitan: 8 Kelebihan Kalau Korang Pilih Form 6 Berbanding Masuk Kolej
Oleh sebab itu, apabila kami memuat naik sebuah artikel mengenai dilema tersebut, ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini bertanyakan pelbagai jenis soalan kepada senior yang ada di bahagian komen. Ini dia 10 pertanyaan yang paling dirasakan musykil oleh mereka.
Sijil STPM Ini Valid Ke?

@bulan_dipagar_bintang
Jawapan: Exam STPM merupakan exam yang paling susah antara semua negara. Sebab itu sijil STPM diiktiraf oleh universiti di luar negara. STPM lebih tinggi DARI yang lain. And that is why STPM dipanggil Pra-Universiti. Selangkah nak msuk universiti dah.
mrs_beauty12Now form6 sama level diploma ☺. Guna sijil stpm mintk kerja laku . Sebab level sama dgn diploma. Dh tak ada istilah sijil tak laku. Lagipun stpm diiktiraf Cambridge ?. Boleh search dekat Google or tanya laman web mpm
Susah Ke Paper Form 6?

@khairulriezuan
Jawapan: Tiada istilah senang dalam menuntut ilmu. Tidak kiralah masuk universiti, kolej, Form 6 atau matrikulasi. Semuanya susah dan penuh cabaran. Kalau kita belajar, insyaAllah senang. I am a Form 6 senior student.
@ajiem
Jawapan: Actually tak susah pun STPM. Kalau betul-betul minat nak belajar, no more main-main dan make sure perform habis, okay je. I know this because I ex STPM.
Tak Ada Life Ke?

@izzati_violet127
Jawapan: Aku dah masuk semester 2 sekarang. Bagi aku, Form 6 ni kena ‘kuat’ sebab macam-macam kerja kena buat, kerja khususlah lagi. Balik lewat setiap hari, tambah koko lagi. So, yea.
@yanhamsall_
Jawapan: Dekat universiti pun ada koko dan sukan. Dekat sana, korang kena organize program sendiri untuk markah koko tapi dekat Form 6, ada bantuan daripada cikgu. Just kena pandai aturkan masa. Saya lepasan Form 6, Alhamdulillah.
@makeupla.my
Jawapan: Form 6 hanya untuk orang yang betul-betul struggle. Dulu ada senior yang suruh aku blah awal kalau dapat tawaran uni. Bila aku alami sendiri, baru aku faham kenapa dia suruh aku blah awal-awal. Kalau kau boleh stay up late, bangun pagi and suka hafal fakta, ini memang tempat kau. Kalau suka lepak sana-sini, study pun berkira, last minute pulak tu. Then, Form 6 kurang sesuai untuk kau.
Form 6 Ke Kolej Komuniti?
@nraql18
Jawapan: Bagi aku, kolej komuniti senang lagi sebab dia benda basic. Ada praktikal yang kita kena buat sambil belajar. Lepas belajar, praktikal lagi. Lagipun, senang nak sambung politeknik sebab kolej komuniti sebumbung dengan politeknik. Apapun, tak kisahlah dekat mana kita bermula, yang penting di mana kita akhirnya.
Susah Ke Subjek Pengajian Am & Ekonomi?

@fadillahkahar
Jawapan: Saya Form 6 yang sudah masuk semester 2. Pengajian Am dan Ekonomi memang susah. Tapi kalau awak baca dan hafal, memang boleh berjaya. Buku dia memang tebal sedikit daripada subjek di sekolah menengah. Yang penting, jangan tertinggal setiap subjek, mesti kena terus fahamkan.
@asmiraazman__
Jawapan: Pengajian Am susah tapi kalau rajin, senang je. Cuma part esei tu, hhm, tak tahu nak cakap macam mana sebab dia ikut skema betul-betul. Ekonomi pula lebih menyeluruh, kalau awak ambil Ekonomi masa Form 5, okay sedikit. Kalau tak ambil, struggle sedikit lah sebab dia bukannya macam Matematik. Banyak hafal untuk jawab soalan esei untuk Ekonomi, kalau buat banyak latihan ‘bolehlah jalan’. Tak banyak buat, memang repeat lah jawabnya.
Kalau Nak Jadi Guru, Boleh Ke Masuk Form 6?
@auni_231299
Jawapan: Boleh, sambung degree pendidikan nanti, subjek pula ambil ikut pakej yang sekolah (Form 6) tu tawarkan.
Saya Ambil Aliran Sains Masa Form 5, So Sekarang Saya Kena Teruskan Dengan Aliran Sains?

@maman_fabian
Jawapan: Saya pun aliran Sains masa Form 5 dan saya dapat tawaran aliran Sains untuk Form 6. Tapi saya tak terima, saya tukar ke aliran sastera sebab saya fikirkan lebih baik saya skor dalam aliran sastera. Kalau awak betul-betul yakin, ambil aliran Sains ikut keupayaan diri. Tapi saya just nak cakap, tak perlu malu untuk tukar ke aliran saster sebab STPM pentingkan pointer. Tak rugi awak belajar Chemistry, Bio, Fizik semua tu. Sambung degree, ambil balik subjek tersebut kalau minat.
Best Tak Aliran Sains?
@_mhd.azizi
Jawapan: First of all, kalau fikirkan prospek nak jadi doktor, engineer, Form 6 adalah pilihan yang baik. Format dia pun in English, so senang untuk korang apply masa degree. Selalunya, hanya Pengajian Am je dok pening, lain-lain macam kimia, fizik tu semuanya amali dan menyeronokkan.
Saya Tahu Susah! Bagi Satu Kelebihan Form 6

@yanamnf
Jawapan: Tak dik, jangan dengar cakap orang. Yang penting kena rajin membaca dan belajar je. Untung sebenarnya masuk Form 6 sebab dari situ, kita dapat belajar dari segi presentation. Bila dah masuk universiti, kita dah terbiasa dengan presentation dan berhadapan orang ramai. Good luck untuk adik-adik lepasan SPM! Buatlah pilihan yang terbaik.
@taenonna
Jawapan: Tak susah pun kalau kau betul-betul fikirkan future kau. Form 6 pun jimat, tak perlukan duit banyak berbanding Diploma. Kiranya, kau cuma hutang untuk ijazah je nanti.
@moiyasshi
Jawapan: Betul, yuran satu semester cuma RM65 je. Tapi satu je nak cakap, tak kiralah kau belajar dekat mana pun,kena rajin usaha, doa, solat, belajar dan fokus time cikgu mengajar. 4 flat dalam tangan, insyaAllah.
Betul Ke Cikgu Form 6 ‘Kerek’?

@taenonna
Jawapan: Mana ada, untuk MUET pun cikgu ajarkan tau. Kau tak perlu risau kena belajar seorang-seorang. Kalau kau tak puas hati dengan results semester 1 and semester 2, kau boleh repeat paper. Lepas tu, assignment pun cikgu bimbing. Yang penting, kau betul-betul nak belajar.
@aien.91
Jawapan: Kalau tak cukup dengan cikgu sekolah, di luar sana pun banyak kelas tuisyen.
Macam Mana Nak Apply Form 6?
@_afieqq
Jawapan: Tak payah apply. Nama kita automatically akan ada dalam senarai untuk kemasukan Form 6. Nanti boleh check bila tarikh itu dibuka secara online.
Senang Ke Nak Sambung Universiti Nanti?

@maman_fabian
Jawapan: Form 6 gunakan sistem modular iaitu sistem sama dengan universiti dan ini sangatlah membantu. Setaraf dengan A-level, awak boleh sambung study terus ke overseas sebab ia diluluskan oleh Cambridge University. Kalau awak memilih universiti di Malaysia pula, budak Form 6 yang dipandang dulu, lepas tu barulah keputusan budak matrik dan asasi.
================================================================
Nampaknya, ada kelebihan dan kelemahan sama seperti mana-mana perkara dalam dunia ini. Biasalah, mana ada benda yang senang je sampai bila-bila.
Bagi penulis, kata kuncinya adalah fokus dan rajinkan usaha. Jangan sesekali melawan cakap cikgu dan paling penting jangan pernah tinggalkan solat.
Ubah sikap malas jika ingin mengambil Form 6. Bukannya demi belajar saja tapi demi mematangkan diri untuk kebaikan masa depan korang juga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

