Genggam bara api biar sampai jadi arang…

Mengejar cita-cita bukanlah satu perkara yang mudah. Kejayaan tidak akan datang bergolek sekelip mata. Sebaliknya usaha perlu diletakkan seiring dengan impian yang menggunung.Satu demi satu kejayaan dilakar oleh pelajar di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN : Raih Anugerah Dekan Sepanjang Pengajian, Naib Juara Dewi Remaja 2022 Terima Anugerah Naib Canselor UiTM

Tahniah! Pelajar UiTM Cawangan Perak Catat Markah Peperiksaan Kedua Tertinggi Di Dunia

Terbaru, seorang pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya meraih pencapaian tertinggi hingga ke peringkat dunia dalam peperiksaan program perakaunan profesional.

Julea Qiestyna Abu Zarhas membanggakan Malaysia apabila memperoleh markah tertinggi dalam kertas peperiksaan Recording Financial Transaction (FA1) sesi Mac 2023.

IKLAN

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak menerusi akaun Facebook mereka pada 20 April lalu telah berkongsi mengenai pencapaian Julea Qiestyna dan memaklumkan bahawa dia telahpun memperolehi markah tertinggi peperiksaan FA1 dalam kalangan semua pelajar di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia!

Julea sekaligus menjadi penerima anugerah Pemenang Kertas FA1 daripada Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) beberapa minggu lalu.

Rata-rata orang ramai terutamanya kenalan Julea telah menghadiahkan ucapan tahniah di media sosial.

IKLAN

Fakulti Perakaunan, UiTM cawangan Perak pula mengucapkan tahniah kepada Julea Qiestyna di laman Facebooknya atas kejayaan ini.

“Seluruh fakulti berbangga dengan pencapaian ini dan berharap lebih ramai pelajar Pemenang Hadiah akan dilahirkan pada masa hadapan,” catatnya.

Tahniah diucapkan buat Julea Qiestyna atas kejayaan yang diraih ini. Semoga lebih ramai anak muda terinspirasi dengan kisah kejayaan pelajar cemerlang ini.

IKLAN

BACA LAGI : Congrats! 2 Pelajar Malaysia Antara Penerima Anugerah Cambridge Antarabangsa

SUMBER: Facebook UiTM Cawangan Perak – Media FB Rasmi

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI