Bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, sebuah filem pendek terbitan produksi Malaysia, Studio Birthplace berjudul (PLASTIK) telahpun membanggakan negara setelah ia menerima sokongan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ini setelah filem pendek ini ‘melepasi’ kriteria Resolusi 5.2 UNEA iaitu satu misi baharu oleh PBB yang mana 175 negara ahlinya sebulat suara bersetuju untuk membangunkan persetujuan sah bagi mengakhiri pencemaran plastik menjelang tahun 2024.
(PLASTIK) yang merupakan buah minda Philip Rom dan Sean Lin menceritakan mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang melihat dunia ini melalui satu botol plastik. Sambil berimaginasi dan menggabungkan dunia realiti dengan fantasinya, (PLASTIK) cuba menyampaikan mesej kesedaran bagaimana hubungan manusia dengan plastik pakai buang boleh bertukar menjadi sesuatu yang memudaratkan sekiranya pembuangan plastik ini tidak terkawal.
Di sini, pelakon cilik Aisya yang baru berusia 10 tahun ini memegang watak sebagai wakil generasi muda yang kian sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar dan menyentuh isu sikap tidak ambil peduli rakyat Malaysia sendiri akan kerosakan yang sedang berlaku kepada alam sekitar kita.
Ads
Menariknya, (PLASTIK) hanya menjalani penggambarannya di Sepang, Selangor namun dari segi visual dan kreativiti, filem pendek ini berjaya disampaikan dengan penuh berkualiti serta menarik untuk ditonton.
Malah sewaktu penggambaran di sana, produksi Studio Birthplace juga cuba meminimumkan impak kerja mereka terhadap alam sekitar dengan mengehadkan penggunaan plastik pakai buang.
Ads
Tambah menarik apabila produksi juga bertindak untuk melakukan projek penanaman pokok selepas itu sebagai ‘ganti’ kepada pengeluaran karbon daripada kenderaan semasa mereka melakukan penggambaran. Ia sekaligus mengawal semula keseimbangan gas tercemar dengan gas oksigen daripada pokok baharu yang ditanam pada kadar 150 peratus.
Pada pandangan REMAJA, (PLASTIK) disiarkan pada waktu yang tepat. Dengan isu pencemaran darat dan lautan akibat plastik, sekaranglah masa untuk kita semua bertindak bagi mengurangkan kesan tindak-tanduk manusia terhadap kesejahteraan alam sekitar di Malaysia.
Ads
Harapnya, (PLASTIK) boleh diedarkan ke sekolah-sekolah dan universiti bagi memberikan kesedaran terhadap kepentingan projek berskala kecil dan sederhana bagi menangani masalah pencemaran plastik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini kain tenunan eksklusif bangsa Melayu iaitu songket disenaraikan dalam Senarai Wakil Warisan Bangsa Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan atau ‘List of Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh UNESCO.
Baru-baru ini, salah satu watak dalam drama popular dari China iaitu Love Between Fairy and Devil pula berjaya mencuri perhatian orang ramai apabila Dylan Wang iaitu salah seorang pelakon dalam drama itu menggayakan pakaian yang bercorakkan songket.
Dylan menggunakan busana songket dalam drama arahan Yi Zheng ini dari episod satu lagi. Perkara ini dianggap cukup jarang berlaku kerana drama China kebiasaannya akan menggunakan pakaian yang menunjukkan seni warisan mereka.
Dalam pada itu, rata-rata warganet turut meluahkan rasa bangga kerana busana songket digunakan dalam drama terkenal tersebut sekali gus dapat mempromosikan seni warisan negara kita di persada antarabangsa.
Songket Motif Bunga Tabur?
Orang ramai turut berkata Love Between Fairy And Devil ini sebenarnya bukanlah sebuah drama sejarah China sebaliknya ia merupakan genre xianxia. Atas sebab itu, ia tidak menggunakan pakaian mengikut sejarah asal.
Anda boleh tonton teaser drama ini di bawah. Buat anda yang memang kaki C-Drama, drama yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Yu Shuxin, Dylan Wang, Zhang Linghe, Cristy Guo dan Xu Haiqiao ini masih lagi ongoing dan boleh ditonton di iQIYI.
Wah, sampai drama China pun mengetengahkan warisan songket ini. Tapi, tidak dinafikan memang cantik pun songket bunga tabur ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang lagi anak tempatan, bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra, Fakhirah Khairuddin telah pun menempa kejayaan apabila berjaya menjadi jurutera di sebuah syarikat gergasi di Amerika Syarikat iaitu TESLA.
Untuk pengetahuan korang, TESLA adalah sebuah syarikat besar yang menghasilkan kereta elektrik dan solar yang berpangkalan di California USA.
Menurut perkongsian yang telah dibuat oleh Dr. Zulkifli Hussain, Fakhirah Khairuddin merupakan pelajar batch pertama MRSM Ulul Albab di Kota Putra. Setelah tamat pengajian di MRSM, beliau mengikuti BS Aerospace Engineering 19′, University of California San Diego (Tajaan MARA) dan kemudiannya MS Mechanical Engineering 21′, University of California San Diego (Tajaan University).
Kini, Fakhirah menetap di Fremont, California dan bertugas sebagai Technical Training Robotics Engineering Instructor di Tesla.
Dr. Zulkifli Hussain turut mendoakan kejayaan anak muda itu dan berharap agar beliau terus meneruskan bakti dan kepakaran walaupun berada di mana sahaja. Dr. Zulkifli juga menzahirkan bahawa Fakhirah adalah seorang produk MRSM yang sangat membanggakan.
Semoga kejayaan yang dikecapi oleh anak muda ini memberikan inspirasi buat remaja di luar sana untuk terus berusaha dalam mengejar cita-cita mereka kerana tidak ada yang mustahil jika kita benar-benar bersungguh.
Anak Malaysia bukan boleh dipandang enteng sebelah mata. Mereka mampu terbang sama tinggi dan duduk sama rendah seperti mana pelajar luar negara. Khabar terbaharu yang REMAJA terima, Janushaa Bala Krishnan Muthiah telah pun berjaya menamatkan pengajian dan latihan di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat yang terletak di Annapolis, Maryland.
Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini mencipta sejarah sebelum ini apabila dia menjadi wanita Malaysia pertama diterima masuk ke akademi tentera berprestij Amerika Syarikat dalam sejarah kemasukan pelajar negara ini ke sana sejak tahun 1971.
Janushaa bangga mengibarkan bendera Malaysia.
Menerusi hantaran di Instagram kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, pihak kedutaan mengucapkan tahniah kepada Janushaa di atas pencapaiannnya yang telah berjaya menamatkan pengajian.
Wanita hebat ini mendapat inspirasi untuk berkhidmat dalam bidang ketenteran selepas mendengar cerita daripada datuknya tentang bagaimana dia menerbangkan helikopter Nuri di utara Malaysia pada tahun 1980an semasa pemberontakan kedua berlaku.
Selain itu, bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis dan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan ini turut menjadikan Mejar Patricia Yap yang merupakan juruterbang wanita pertama kapal terbang tempur MiG-29 Asia sebagai sumber inspirasinya.
Sebelum terbang ke Amerika Syarikat pada tahun 2018, Janushaa terlebih dahulu merupakan seorang pelajar asasi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sebelum terpilih ke luar negara.
Ketika menerima surat tawaran melanjutkan pengajian dan latihan ke AS pada 208. Janushaa hadir bersama ahli keluarganya.
Untuk pengetahuan pembaca, untuk memasuki akademi tentera Amerika Syarikat bukanlah mudah. Setiap calon perlu melalui ujian ketat yang menguji kecergasan dan juga kecerdasan mereka. Pelbagai lapisan sesi temuduga yang perlu dihadiri sebelum terpilih sebagai pelajar.
Dalam satu video temubual bersama media, Janushaa berkongsi kisah tentang proses temuduga yang dilaluinya sebelum terpilih, “Terdapat banyak lapisan temuduga yang perlu kami lalui untuk disenarai pendek. Salah satunya adalah pengesanan kecergasan calon (CFA). Ketika CFA kami perlu melalui ujian fizikal seperi tekan tubi, berenang dan berlari.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon terkenal era 80-an, Raja Ema, baru-baru ini berkongsi satu berita mengejutkan mengenai kesihatan anak lelakinya, Putera Ammar.
Dalam satu perkongsian di media...