Tahniah Remaja ucapkan buat Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina!
Angkasawan negara dan pensyarah, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri tercinta, Datin Dr Halina Mohd Yunos selamat menimang cahaya mata ketujuh di sebuah perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor, pada Rabu.
Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan beliau menerusi sebuah hantaran di platform Instagram miliknya dengan menyatakan bayi lelaki yang dilahirkan seberat 2.98 kilogram itu dalam keadaan yang sihat.
Dalam masa sama, Dr Sheikh Muszaphar turut meluahkan rasa syukur kerana proses melahirkan bayi berkenaan dipermudahkan dan kedua-duanya berada dalam keadaan selamat.
“Ibu dan bayi dalam keadaan baik, sedang menyusu. Alhamdulillah, syukur sangat. Terima kasih semua atas doa.
“Bayi lelaki, lahir hari ini, 12 Julai 2023, berat 2.98 kg, panjang bayi 51 cm dan berambut lebat,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan selebriti tidak terlepas untuk mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut selain mendoakan agar bayi mereka itu sentiasa dalam keadaan sihat dan menjadi seorang anak yang soleh.
Sekadar informasi, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 Oktober 2010.
Ads
Hasil perkahwinan, pasangan itu kemudiannya dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki berusia empat tahun iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ada berpendapat bahawa perbezaan umur yang ketara di antara pasangan boleh membuatkan sesebuah perhubungan itu berisiko. Tapi ada juga yang berpendapat bahawa jarak usia boleh mematangkan seseorang yang muda.
Contoh terbaru adalah pasangan pengantin selebriti baharu kita yang membabitkan penyanyi, Zizi Kirana dan pelakon, Yusuf Bahrin. Zizi, 36 memilih Yusuf, 29 sebagai pasangan hidup biarpun mempunyai jarak usia 7 tahun di antara mereka. Majlis pernikahan ringkas telahpun selamat dilangsungkan pada pagi Ahad, 19 September 2021.
Pasangan yang dikhabarkan mula bertambah rapat kira-kira dua bulan lalu menerusi rakaman program All Together Now Malaysia itu melalui fasa pengenalan yang cukup menarik apabila masing-masing tidak berjumpa seperti pasangan kekasih lain disebabkan kekangan musim pandemik.
Sebaliknya, mereka hanya berhubung menerusi telefon saja! Haa, korang mampu tak? Hehe..
“Alhamdulillah dengan izin Allah, kami selamat ddiijab kabul dengan sekali lafaz. Terima kasih untuk doa dari keluarga, sahabat dan kalian semua, semoga Allah memberkati kita semua.” -Zizi Kirana. Foto : By Nana Azman Studio
REMAJA tumpang gembira apabila bertambah satu lagi pasangan selebriti yang tidak menjadikan perbezaan usia itu sebagai satu halangan. Bak kata orang, usia itu hanyalah angka dan tidak bermakna sekiranya perasaan sayang itu tulus dah ikhlas.
Tak percaya ia boleh berkesan? Cer tengok 11 lagi pasangan lelaki muda dan perempuan yang lebih berusia ini.
Priyanka Chopra & Nick Jonas
Perbezaan Usia: 10 tahun
Hubungan Priyanka Chopra dan Nick Jonas diakhiri dengan perkahwinan pada Julai 2018. Majlis tersebut langsung membuatkan semua orang bercakap mengenainya. Bagaimana ia boleh menjadi setular ini?
Pertama disebabkan campuran budaya. Kedua tentunya disebabkan perbezaan usia mereka. Tapi kalau difikirkan kembali, jarak 10 tahun itu sebenarnya normal pada zaman sekarang.
Noor Neelofa & Haris Ismail
Jarak Usia: 6 Tahun
Benar, episod awal hubugan Muhammmad Harris Mohd Ismail atau PU Riz dan Noor Neelofa ini telah berdepan cabaran yang boleh dikatakan getir juga setelah mereka berdepan kontroversi diikuti dengan kontroversi. Namun, pasangan ini berjaya menempuhi dan rezeki mereka semakin murah.
Baru-baru ini, perniagaan pelitup muka Nun Ha milik mereka telah dilaporkan habis terjual sebanyak 220,000 keping sebelum pelancaran rasminya lagi. Cabang perniagaan ini telahpun dirancang mereka sejak hujung tahun lalu lagi sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Liam Payne & Cheryl Cole
Perbezaan Usia: 10 tahun
Satu lagi pasangan yang mempunyai perbezaan usia 10 tahun! Okay fine, Liam dan Cheryl telahpun berpisah anak satu. Tetapi pada tahun 2016, mereka cukup bahagia ketika Cheryl melahirkan anak pertama mereka pada tahun 2017. Setakat bertahan 2 tahun saja, hhm..
Ariff Aziz & Datuk A. Aida
Jarak Usia: 18 Tahun
Fuh, ni memang legend. Setelah diijab kabulkan tiga tahun lalu, Ariff mengajak Datuk A.Aida untuk memancing udang pada hari kedua sebagai suami isteri. Sweet dan lain daripada yang lain. Namun itulah, jodoh mereka berdua tidak berpanjangan setelah sah berpisah pada tahun 2019.
Ryan Gosling & Eva Mendes
Jarak Usia: 6 tahun
Sejak 2011, Ryan dan Eva tak boleh berenggang walaupun ada khabar angin mengatakan hubungan mereka agak goyah. Eva melahirkan anak pertama, Esmeralda Gosling pada September 2014 dan anak kedua, Amada pada Mei 2016.
Ryan Gosling & Sandra Bullock
Jarak Usia:16 tahun
Wow, nampaknya Ryan memang sukakan wanita berusia sejak muda lagi! Sebelum Eva, bekas ahli The Mickey Mouse Club ini pernah berpacaran dengan Sandra Bullock yang jauh lebih matang pada tahun 2002.
Fattah Amin & Nur Fazura
Jarak Usia: 7 tahun
Sweet sangat ucapan Fazura terhadap Fattah sempena Hari Bapa,, kira-kira dua tahun lalu. Fazura yang kehilangan arwah ayahnya, Sharifuddin Adnan lebih 20 tahun lalu nyata terkesan dengan pemergian tersebut.
Namun setelah berkahwin, Fazura dapat melihat sisi personaliti yang hampir sama di antara arwah dan juga suaminya, Fattah Amin. “Abdul Fattah bin Mohd Amin lahir pada tahun 14hb September 1990, sepuluh tahun sebelum pemergian papa telah tertulis untuk menjadi imam, suami, tempat mengadu dan bermanja buat saya.”
InsyaAllah, cinta pasangan Hero Seorang Cinderella ini akan terus kukuh bersama. Amin!
Ashton Kutcher & Demi Moore
Jarak Usia: 15 tahun
Okay, makin ramai pasangan jarak usia jauh yang telah bercerai.
Ini termasuklah Ashton dan Demi. Pasangan ini memang epik kerana tak semua orang boleh menerima hakikat Demi memilih Ashton pada waktu lelaki itu kelihatan ‘mentah’ dan menurut mereka, “tak sama taraf dengan beliau”.
Selepas dua tahun berkahwin, akhirnya ramalan jadi kenyataan apabila mereka bercerai pada November 2013.
Gerard Pique & Shakira
Jarak Usia: 10 tahun
Tapi tak semuanya bercerai okay!
Pemain bola sepak dan penyanyi Amerika Latin ini telah bersama sejak tahun 2010 dan kini, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Milan dan Sasha Pique Mebarak.
Zain Saidin & Rozita Che Wan
Jarak Usia: 11 tahun
Kecoh satu Malaysia pada tahun 2013 apabila ura-ura pelakon, Rozita Che Wan berpasangan dengan ‘pucuk muda’ menjadi realiti. Rozita, 48, dan Zain, 37, pada 2013 kemudian dikurniakan seorang cahaya wanita, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia tujuh tahun.
Dalam temubual baru-baru ini, Che Ta mengakui perbezaan usia yang wujud memerlukan mereka berdua selalu bertolak ansur untuk mengelakkan salah faham. Bagi Che Ta, dalam perkahwinan untuk ada pasang surut. Namun hubungan mereka baik-baik sahaja hingga sekarang. “Suami pun ada kala bersifat kebudak-budakkan, jadi kita kenalah toleransi.”
Benji Madden & Cameron Diaz
Jarak Usia: 7 tahun
Setelah melangsungkan perkahwinan pada Januari 2015, nampaknya hubungan Benji dan Cameron masih kekal sehingga kini! Hubungan mereka bertambah erat dengan kehadiran anak perempuan yang dinamakan Raddix pada tahun 2020. Interesting name..
Hubungan yang berjaya kekal seperti ini adalah sesuatu yang jarang sekali berlaku di Hollywood. Cameron sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan selebriti lelaki muda lain seperti Justin Timberlake.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila lelaki dah mula berubah hati, nak minta putus dengan girlfriend rasanya macam tak ada alasan kukuh. Kalau break up tiba-tiba pula, mahunya nanti makan kasut saiz 7.
So, selalunya apa lelaki buat kalau tiba-tiba rasa dah tak suka dengan perempuan ya?
Untuk korang yang nak tahu, ini biasanya alasan cliche yang diberikan lelaki untuk reject cinta korang tanpa alasan yang kukuh.
1. “Awak terlalu baik”
“Awak terlalu baik untuk saya. Saya rasa saya tak sepadan dengan awak.”
“Saya tak layak untuk awak. Awak terlalu baik. Saya doakan awak dapat yang lagi baik daripada saya.”
Dah tu, kau nak ‘girlfriend daripada neraka ke?’ Haha!
2. Ada tanggungjawab
“Saya masih ada tanggungjawab pada mak ayah dan adik-adik.”
“Komitmen saya banyak. Saya tak boleh fokus bercinta lagi.”
Lepas sebulan up gamba suap kek dengan girlfriend baru siap hashtag #TillJannah. Kau tak hangin?
3. Friendzone
“Saya suka betul kawan dengan awak. Saya harap kita sentiasa jadi kawan baik eh?”
“Saya sayangkan persahabatan kita ni. Awak la kawan yang baik pernah saya ada”
Dah penat korbankan masa, duit dan segalanya untuk dia, tiba-tiba dia cakap anggap kau macam kawan je. Sabar ye sis..
4. Islamik
“Awak doakan semoga jodoh kita berkekalan. Kalau ada jodoh tu ada la. Kalau takde nak buat macam mana”
“Kita tak perlu bercinta pun. Kita kena yakin yang jodoh itu memang ada. Bercinta lepas kahwin lagi syok”
Lepas sebulan, couple pulak dengan perempuan lain. Kesian..
5. Sikap kenegerian
“Saya suka berkawan dengan awak. Tapi, mak saya tak suka orang tuttt..”
Kalau dah tak suka, asal dari negeri mana pun boleh jadi isu. Serious la bro!
6. Harapan palsu
“Saya sayang awak. Dari dulu lagi saya nak miliki awak. Tapi sekarang rasa cinta tu dah hilang. Saya pun tak tahu kenapa. Saya tengok awak pun dah tak rasa sayang. Cinta saya pada awak makin pudar. Maafkan saya”
“Nak tak kita tak payah mesej, tak payah call untuk sebulan dua. Kita tengok sapa rindu banyak mana”
Si awek kemain la percaya. Lepas sebulan dia upload gambar pergi Genting dengan girlfriend lain.
Lepas sebulan krik krik krik….. Benda ni selalu terjadi bila korang bercinta di laman sosial. Tak pernah berjumpa, hanya berhubung di alam maya. Tak pun, main whatsapp je. Tapi lepas sebulan depa kasi hang bluetick je. So, faham-faham la ye.
8. Maksud tersirat
“Ada baiknya kita fokuskan kepada pelajaran dulu. Kalau satu hari nanti kita bertemu kembali dan masa tu awak single dan saya pun single, mungkin awak jodoh saya.”
Lepas final semester, dah tukar status in relationship dengan perempuan lain. Mahu tak meroyan perempuan tu buta-buta kena game.
9. Terus terang
“Awak dah la tak cantik. Muka hitam.. Berjerawat pulak tu. Boleh blah la weh. Ada hati nak kat aku!”
Ok ni paling tragis. Straight to the point. Walau berbisa tapi setidak-tidaknya lelaki tu jujur kan dan tak la bagi korang mengharap lagi.
So, dalam kesemua point yang diberi ni, ada ke yang korang pernah kena? Oppss! Dah orang tak nak, move on je la sis. Ada jodoh yang baik sedang menanti tu..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon, Afifah Nasir sah bergelar isteri pada usia 31 tahun bersama jejaka pilihan hatinya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Khabar gembira itu diberitahu sendiri oleh bapanya, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim yang menjadi wali pernikahan pelakon terkenal itu.
“Alhamdulilah, baru selesai tadi. Saya sendiri menjadi wali pernikahan anak saya”.
Majlis itu juga difahamkan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat bagi kedua belah pihak.
Kredit: Glam Malaysia
Bagi majlis resepsi kedua mempelai pula diadakan pada sebelah malam iaitu di sebuah hotel terkemuka tanah air di ibu kota iaitu lokasi yang sama dengan majlis pernikahan.
Di majlis tersebut, Afifah menerima mas kahwin sebanyak RM3,000 tunai berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki.
Kami ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!