Hampir setahun menyepi, penyanyi dan juga anak bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa Mahiaddin akhirnya berkongsi perkembangan terbaharunya menerusi akaun Instagram miliknya.
Apa yang menarik perhatian adalah gambar hitam putih yang memperlihatkan Najwa mendukung seorang anak kecil.
Menerusi kapsyen berkenaan Najwa turut meletakan beberapa perkataan dengan tanda berpagar seperti ibu, kehidupan terkini dan keibuan.
Ads
“In motherhood era”, kongsinya menerusi sebuah foto hitam putih dirinya bersama cahaya matanya.
Perkongsian tersebut sekali gus telah menarik perhatian ramai menerusi ruangan komen. Majoriti warganet menzahirkan ucapan tahniah penyanyi lagu popular Got To Go itu.
Ads
Kali terakhir anak bekas Perdana Menteri itu memuat naik hantaran di Instagram adalah pada 10 Oktober, tahun lalu ketika mempromosikan showcasenya di The Bee Publika.
Ads
Sekadar informasi, Najwa mendirikan rumah tangga dengan seorang mualaf berketurunan Cina, Idris Koh Keng Hui pada tanggal 26 Mac 2015.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Soal bahasa di Malaysia ni memang ‘berwarna-warni’.
Kita memang kaya dengan kepelbagaian bahasa. Dah lah ada bahasa berbeza, malah ada juga loghat kenegerian yang kadangkala sukar untuk difahami mereka yang berasal dari negeri lain.
Bukan itu saja, perkataan yang kita tuturkan pun ada maksud yang berbeza kalau nak dibandingkan dengan maksud perkataan itu di negara luar.
Jom tengok antara perkataan favourite korang:
01
Federal
Di negara orang : Federal merujuk kepada ibu negara di mana kerajaan pusat beroperasi. Contohnya, Ottawa – Kanada, Canberra – Australia atau Tokyo – Jepun.
Di Malaysia : Federal merujuk kepada Lebuhraya Persekutuan. Contohnya, “Weh, lalu Federal lagi dekat ke NPE..?”
02
On
Di negara luar: On merujuk kepada lokasi atau perbuatan menyalakan suis elektrik. Contohnya, “Have you see my book on the table?”
Di Malaysia : On bermaksud ONNN! untuk memastikan aktiviti yang ingin dilakukan bersama menjadi. Contohnya, “On tak on lepak mamak malam ni?
03
Action
Di negara luar : Merujuk kepada genre sesebuah filem. Contohnya, Mission Impossible boleh dikategorikan sebagai sebuah filem action.
Di Malaysia : Kalau ada orang yang action dengan kita, memang nak kena tangan sekali. Iyalah siapa nak kawan dengan orang yang selalu berlagak atau action tak tentu pasal?
04
Slumber
Di negara luar: Selalunya dilakukan oleh gegadis dengan kawan baik mereka. “Girls, lets have a slumber at my house tonight.” Mulalah mereka menyolek rakan masing-masing sambil menonton filem White Chicks.
Di Malaysia : Basically, slumber bermaksud relaks dan tak kisah langsung. Contohnya, “Slumber je dia makan depan kita, padahal bulan puasa.”
05
Tackle
Di luar negara : Kalau ada orang nak tackle korang, better be prepared with your first aid kit. Maksudnya, dia nak belasah cukup-cukup! Terutamanya ketika sedang bertanding di atas padang sukan.
Di Malaysia :100% berlainan dengan maksud tackle oleh orang Malaysia, ada seseorang yang sukakan korang. Eh eh, senyum je bila ada yang nak cuba tackle. Tapi kalau cara dia tackle terlalu menjengkelkan, tu yang buat kita nak ‘tackle’ dia betul-betul!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiket konsert siri jelajah dunia band rock popular England, Muse yang memilih Malaysia sebagai satu-satunya destinasi persinggahan di rantau Asia pada 29 Julai depan, mula dijual hari ini.
Penganjurnya, Hello Universe mengumumkan Konsert Will of The People akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Menerusi kenyataan media, Hello Universe berkata, pertukaran lokasi berikutan kemudahan terkini dan kapasiti besar, sekali gus memberikan keselesaan kepada peminat.
Justeru itu, peminat kumpulan tersebut boleh mengharapkan pengalaman menyeronokkan di salah satu lokasi ikonik di rantau ini.
Bagi pemegang tiket sedia ada, tiket yang dikemaskini dengan maklumat lokasi baharu akan dihantar menerusi e-mel ke akaun berdaftar pembeli.
Mereka akan dapat menggunakan tiket baharu ini untuk masuk ke acara di lokasi baharu. Lokasi tiket untuk zon A, B dan C kekal sama.
Susunan tempat duduk untuk zon lain akan diselaraskan untuk menyesuaikan penonton di lokasi baharu, selain tempat duduk juga ditetapkan tempat baharu.
Tiket Konsert Will of The People boleh didapati menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my, jam 11 pagi.
Muse yang popular menerusi lagu Supermassive Black Hole, Starlight dan Time Is Running Out itu pernah mengadakan konsert sulung di Stadium Negara pada 2007.
Kali terakhir kumpulan dianggotai oleh Matthew Bellamy, Chrisopher Wolstenholme dan Dominic Howard itu mengadakan persembahan di Asia pada 2019 menerusi acara Singapore Grand Prix yang juga sebahagian dari siri jelajah Konsert Simulation Theory.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, perasaan sebak tidak dapat disorokkan oleh pelakon, Amyra Rosli apabila terpaksa melepaskan suami tercinta, Amar Baharin (40), yang menyertai misi berbasikal sejauh 8,000 kilometer ke Makkah bermula dari Padang Besar, Perlis pada pagi Ahad lalu.
Menurut Amyra atau nama penuhnya Nur Amira Izzati Rosli (34) dalam ucapannya, beliau mengakui dia tidak sekuat dua isteri Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, yang turut serta dalam misi sama.
“Saya mungkin tidak secekal kedua-dua isteri Datuk sebab pertama kali berpisah jauh dan untuk tempoh lama dengan suami,” katanya.
“Saya mendoakan mereka sebagai musafir yang dilindungi dari hari ini sehingga sampai ke destinasi yang mereka tuju,” ujarnya.
Kredit foto: Arena Malaysia AsiaKredit foto: Arena Malaysia Asia
Walaupun agak berat hati, Amyra tetap menyatakan sokongan penuh terhadap suaminya dan mendoakan keselamatan Amar dan Muqharabbin serta berharap agar misi untuk ke Tanah Suci Makkah berjaya.
Dalam satu temu bual sebelum ini, Amar berkongsi rasa syukurnya kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada misi ini.
Menurut pelakon yang pernah popular menerusi drama ‘Bila Hati Telah Hitam’ itu, beliau percaya peluang ini hadir atas jemputan daripada Allah SWT.
“Kalau Allah tidak jemput, tidak kira sesenang mana, atau banyak masa sekali pun, kita tidak akan sampai. Cuma cara jemputan ini adalah dengan saya berkayuh,” katanya.
Amar menambah, beliau juga memilih untuk menyahut cabaran ini sebagai satu usaha mencabar keupayaan dirinya sendiri.
“Misi sebegini pun tidak selalu dilakukan, jadi saya nak cabar diri untuk lihat sejauh mana kemampuan saya, mengembara bersama Datuk ke Tanah Arab,” ujarnya lagi.
Kredit foto: Arena Malaysia AsiaKredit foto: Arena Malaysia Asia
Sekadar info, Amar Baharin dan Datuk Muqharabbin telah memulakan misi #JourneyToTanahHaram dengan berbasikal sejauh 8,000 kilometer dari Padang Besar, Perlis sejak Ahad lalu. Misi unik ini dijangka mengambil masa beberapa bulan sebelum mereka tiba di Madinah sekitar bulan Julai akan datang.
Acara pelepasan misi ini turut disempurnakan sendiri oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang hadir memberi semangat kepada para peserta. Mereka dijadualkan merentasi beberapa negara seperti Thailand dan Iran sebelum tiba di Tanah Suci Mekah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...