Walaupun kita selalu mendengar cerita mengenai hubungan on-off Justin Bieber dan Selena Gomez, hakikatnya hubungan di antara Justin dan Hailey Baldwin sebenarnya telah bermula lebih lama daripada kisah #Jelena.
Justin dan Hailey (#Jailey?) telah saling mengenali sejak kecil lagi dan selama ini, mereka kekal sebagai sahabat karib. Malah, harapan fans untuk melihat mereka mula bersama secara romantik menjadi kenyataan satu ketika dulu. Walaupun sekejap, tetapi amat diingati oleh peminat pop culture.
Hailey sendiri mengakui bukan mudah untuk menjadi kekasih kepada bintang pop sebesar Justin, dan tak lama kemudian mereka berpisah. Bagaimanapun, selepas Justin berpisah (SEMULA) dengan Selena Gomez for good pada awal tahun ini, Justin dan Hailey nampaknya cuba untuk kembali semula.
And while at that, mereka kini dikatakan telah bertunang!
Ads
Berita yang disampaikan oleh 2 wanita kepada TMZ ketika berada di sebuah restoran di Bahamas hujung minggu lalu seakan mengiyakan khabar angin ini. Justin dilaporkan menghentikan muzik salsa di restoran tersebut supaya dia dapat melutut dan melamar kepada Hailey di hadapan semua orang.
Oh, sebelum ini, pihak sekuriti penyanyi berusia 24 tahun itu telah memastikan semua orang di sekeliling untuk meletakkan telefon pintar mereka. Duh, of course!
Ads
Walaupun masih tiada kenyataan rasmi oleh pihak Justin mahupun Hailey, ibu-bapa kepada Justin nampak seakan memberi hint kepada berita gembira ini. Jeremy Bieber memuat naik foto Instagram Justin di hadapan pancaran matahari terbenam dengan caption, “Excited for the next chapter!”, sementara ibunya Pattie Mallette meluahkan rasa gembira di Twitter.
Jika berita ini benar, pertunangan Justin-Hailey masih terasa berlaku dengan terlalu cepat, apatah lagi masing-masing masih segar dengan gosip bersama pasangan lain sebelum ini.
On the other hand, mereka berdua telah mengenali diri masing-masing sejak bayi lagi.
P.S : Nampaknya, terpaksalah kita refresh akaun Instagram Hailey Baldwin bagi menantikan kenyataan rasmi dari model tersebut!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan selebriti popular, Ayda Jebat dan Nabil Mahir berkongsi berita gembira apabila selamat menimang cahaya mata kedua mereka iaitu bayi lelaki, semalam.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, pasangan tersebut meluahkan rasa syukur apabila segala urusan menyambut kehadiran bayi tersayang mereka itu dipermudahkan Allah.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi (semalam). Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian.
“12.12.2023 (tiada jualan murah). Sekarang mommy dan dada sedang kembali ke dunia ‘zombi’ (berjaga malam),” tulisnya.
Ayda dan Nabil turut berkongsi sekeping foto yang memperlihatkan tangan comel anakanda mereka sedang menggenggam erat jari ibu bapanya.
Dalam ruangan komen, kelahiran cahaya mata kedua pasangan itu turut disambut dengan gembira oleh rakan-rakan artis dan peminat yang meninggalkan ucapan tahniah.
Sekadar informasi, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada tanggal 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak pertama, Ana Nayla, pada 21 September tahun yang sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pernah dengar dengan istilah ‘abusive realtionship’? Sebenarnya bukan hanya kes kekerasan fizikal sahaja yang secara terang-terangan membawa makna hubungan yang toksik. Tetapi penderaan emosi juga merupakan satu lagi cara bagaimana untuk mendefinisikan sesebuah hubungan cinta itu penuh dengan aura toksik dan busuk.
Penderaan emosi ini berlaku dalam banyak cara dan definisi sebenarnya cukup luas sekali. Namun secara kasarnya ia merupakan perbuatan atau percakapan daripada pasangan yang menyebabkan seseorang itu menerima impak negatif dari segi emosi dan perasaan.
Jika penderaan emosi ini berlaku secara berterusan ia boleh menyebabkan seseorang itu sentiasa menjadi resah, ketakutan, kemurungan dan paling teruk rasa rendah diri yang melampau. Malah dalam sesetengah kes paraha, mangsa menjadi tidak berdaya dan merasakan diri mereka tidak mampu untuk berdikari tanpa pasangannya akibat didera secara emosi dalam jangka masa yang lama.
Kamu boleh mengelak daripada menjadi mangsa penderaan emosi dalam hubungan. Bagaimana? Ikuti 10 petanda awal yang boleh kamu perhatikan sama ada kamu adalah bakal mangsa atau tidak.
1. Sering memalukan kamu
Ini merupakan salah satu petanda awal. Dimalukan oleh pasangan sendiri merupakan salah satu petanda penderaan emosi. Sebagai contoh memarahi kamu di tempat awam dengan meninggikan suara. This is a big NO dalam hubungan cinta!
2. Tidak simpan rahsia
Tidak ada apa yang paling mengecewakan apabila pasangan sendiri mendedahkan hal-hal sensitif yang dikongsi oleh kamu kepada orang lain. Ini secara tidak langsung boleh merendahkan keyakinan diri kamu apabila hal-hal sensitif menjadi bualan orang lain.
3. Mengongkong penampilan
Bukanlah tidak boleh untuk memberikan sedikit tips atau nasihat tentang pakaian pasangan tetpai janganlah melampau. Jika seseorang itu betul-betul sayang dia akan terima terima kamu seadanya seperti mana dia kenal pada pertemuan pertama. Dalam kes paling teruk si dia mula memberi panggilan buruk terutamanya melibatkan fizikal kamu.
4. Tidak beri peluang bercakap
Adat asam garam dalam hubungan cinta pasti akan ada perselisihan faham dan pendapat. Seseorang yang sangat dominan dan suka mendera emosi pasangannya tidak akan tahu untuk mengalah. Apa yang dia tahu sama ada dia betul atau tidak, dia adalah di pihak yang benar. Paling teruk, dia akan memotong percakapan setiap kali kamu memberikan penjelasan.
Ini merupakan satu lagi petanda seseorang yang mempunyai potensi besar menjadi pendera emosi pasangannya. Ketahuilah bahawa telefon merupakan ruang privasi yang cukup sensitif. Kelakuan begini yang dilakukan dengan kerap menunjukkan dia tidak mempercayai kamu. And worst case, dia akan mencari sebab untuk memarahi kamu; contoh jika kamu follow atau like gambar individu-individu tertentu.
6. Asingkan daripada keluarga
Dalam banyak kes penderaan emosi, si pelaku amatlah tidak suka jika pasangannya sering meluangkan masa dengan keluarga. Ya, ini merupakan salah satu tanda controlling behaviour yang cukup parah. Selagi boleh dia tidak mahu kamu meluangkan masa dengan orang lain selain dirinya. Mereka juga risau yang kamu akan dipengaruhi oleh ahli keluarga atau kawan-kawan untuk meninggalkan dia.
7. Melampau batas
Maksud REMAJA di sini ialah tindakan pelaku yang dilakukan atas kehendak diri mereka tanpa persetujuan kamu. Contohnya, mereka menggunakan wang daripada akaun kamu untuk membeli belah secara online. Jika perkara ini dilakukan tanpa pengetahuan dan persetujuan ia adalah satu perkara yang sangat tidak wajar. Malah, jika ditegur kamu pula yang dimarahinya dengan alasan tidak mempercayainya.
8. Paksa kamu langgar prinsip
Setiap orang pasti mempunyai prinsip hidup tersendiri. Sebagai contoh kamu mempunyai tabiat sering menderma untuk anak-anak yatim dan mereka yang tidak bernasib baik. Kerana bagi kamu setiap tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. Akan tetapi bila bersamanya kamu pasti akan dimarahi kerana baginya ia satu perbuatan sia-sia. Walhal itu adalah wang kamu dan merupakan satu amalan mulia.
9. Kena minta kebenaran
Sikap mengonkong paling teruk ialah dia perlu tahu setiap gerak-geri kamu pada setiap masa. Ini merupakan satu lagi petanda jelas kamu berada dalam hubungan toksik. Ingin ke mana sahaja kamu perlu beritahunya dan tambah teruk lagi kamu perlu minta izin daripadanya. Mengalahkan pasangan yang sudah berkahwin!
10. Merendahkan impian kamu
Seorang pelaku emotional abusive secara tipikalnya amat takut jika kamus sebagai pasangannya menggapai cita-cita mereka. Ini kerana dia tidak mahu melihat kamu boleh berdikari sendiri dan paling penting dia mahu kamu terus bergantung terutamanya daripada segi emosi. Disebabkan itu dia akan senantiasa mentertawakan dan memandang rendah impian kamu.
Nasihat REMAJA, jika pasangan kamu mempunyai tanda-tanda di atas segeralah keluar daripada hubungan toksik seperti ini. Masih tidak terlambat untuk sedar bahawa hubungan ini hanyalah memberikan lebih banyak kemudaratan kepada kamu. Usah takut untuk katakan TIDAK dan lebih sayang kepada diri sendiri.
*foto adalah hiasan semata dan tidak ada kaitan dengan drama ‘Fight My Way’
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada usia 23 tahun, pelakon Elisya Sandha selamat bergelar ibu kepada seorang bayi perempuan pada jam 8.40 pagi, hari ini.
Elisya melahirkan bayi sulungnya bersama suami, Uzair Haqimy di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur dan berita baik iitu telahpun disampaikan oleh ibu mertuanya, Sheila Rusly menerusi satu hantaran Instagram.
Sambil memegang tangan cucu pertamanya, Sheila menulis, “Sentiasa bersyukur dan Alhamdulillah.”
Biarpun baik Elisya mahupun Uzair belum lagi mengumumkan nama bayi atau berkongsi foto bayi mereka secara rasmi, nampaknya kakak kepada Elisya iaitu pelakon, Fasha Sandha terlebih dahulu telah memberi ‘hint’ kepada namanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!