Pelakon, Datin Seri Maria Farida dan penyanyi, Nourul Depp pernah meniti era populariti dalam bidang seni masing-masing satu ketika dahulu. Nama mereka pernah mahsyur dengan karya seni yang menjadi ikutan ramai peminat kerana sememangnya, mereka berbakat besar.
Kini setelah berkeluarga, tumpuan Maria mahupun Nourul lebih terarah kepada kehidupan anak-beranak. Hanya sesekali, kelibat mereka dapat dilihat di media massa menerusi temubual, lakonan dan jemputan nyanyian yang mereka terima.
Menyentuh tentang kehidupan berkeluarga, khabarnya anak dara dan anak teruna dua selebriti ini sedang mengenali hati budi masing-masing.
Bercakap kepada rakan media, Nourul ‘berkenan’ dengan keperibadian anak lelaki Maria Farida iaitu Mizan Ashley yang telah menyuarakan hasrat untuk berkawan secara serius dengan anak perempuannya, Ayu Nazirah.
Begitupun, Nourul meminta agar warganet tidak melontarkan sebarang spekulasi di saat dua orang remaja sama cantik, sama padan itu sedang mengenali hati budi masing-masing.
Ads
“Ayu dan Mizan baru kenal empat bulan. Biarlah mereka kenal-kenal dahulu. Apa yang Allah takdirkan, InsyaAllah kami terima. Doakan yang terbaik sahaja.
“(Kita) biarkan mereka kenal dahulu bagi mencari keserasian. Kalau ada jodoh semestinya sebagai ibu kami gembira,” ulasnya.
Nourul juga melihat anak teruna Maria Farida itu sebagai seorang remaja lelaki yang baik dan selama ini, belum pernah lagi ada mana-mana lelaki yang datang kepadanya dahulu sebagai ibu Ayu untuk menyuarakan hasrat untuk serius berkawan dengan anaknya.
Dalam hantaran terbaru Nourul yang memaparkan foto Ayu bersama Mizan, Maria Farida dilihat turut meninggalkan komen yang seakan-akan berbesar hati untuk berbesan dengan Nourul. Kata Nourul, dia juga tidak menyangka Maria akan meninggalkan komen menyebut mengenai ibu mertua.
“Kami berdua memang gembira mereka berjumpa dan berkawan. Kami juga turut meluangkan masa bersama-sama dan berlapang dada jika jodoh panjang untuk berbesan,” kata Nourul lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Foto perkahwinan pasangan popular Korea, Hyun Bin dan Son Ye Jin sudah pun didedahkan. Menerusi kenyataan yang telah dibuat oleh VAST Entertainment dan MSTeam, kedua-dua pelakon itu melangsungkan perkahwinan pada hari ini.
Foto: Soompi
Majlis diadakan secara tertutup kerana situasi COVID-19 yang masih menular dan hanya foto perkahwinan dikongsi untuk tatapan peminat. Pihak pengurusan mereka juga mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada kedua pasangan pengantin baharu ini.
Nampaknya pihak agensi masih tidak berkongsi foto perkahwinan mereka dengan banyak, hanya beberapa sahaja yang dikongsi buat masa ini.
Foto: SoompiFoto: Soompi
Selamat pengantin baru Hyun Bin dan Son Ye Jin.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Agak lama kita tak mendengar perkembangan nyanyian terbaru oleh Selena Gomez.
Jadi apabila dia melancarkan single ‘power ballad’ terbaru semalam, tak hairanlah klip videonya telah mencatatkan 25 juta tontonan di YouTube.
Single berjudul Lose You To Love Me membawa pendengar kepada sisi emotional Selena sepanjang tahun ini.
You promised the world
And I fell for it
I put you first and you adored it
Set fires to my forest
And you let it burn
Antaranya termasuklah bagaimana Selena cuba untuk menjadi dirinya semula selepas hubungan cinta putus di tengah jalan. Dan itulah punca mengapa peminat Selena mendakwa Lose You To Love Me berkait rapat dengan hubungannya dengan ex-boyfriend, Justin Bieber.
Menurut Selena di Vevo, “Lagu ini diilhamkan daripada pelbagai kejadian yang berlaku dalam hidup saya sejak melancarkan album terakhir.
“Saya ingin pendengar merasa ada harapan yang datang selepas tragedi berlaku kepada mereka. Kamu akan menjadi lebih kuat dan menjadi versi diri sendiri yang lebih baik,” jelasnya.
*
Untuk pengetahuan korang, Selena dan Justin berpisah untuk kali terakhir pada bulan Mac 2018. Tak lama kemudian, Justin menjalinkan hubungan bersama Hailey Baldwin pada bulan Jun dan akhirnya berkahwin pada bulan September.
Selena bagaimanapun tak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Justin-Hailey.
Menurut US Weekly, “Selena tahu dia lebih baik tanpa Justin di sisi. Ia keputusan yang sihat untuk dirinya. Namun kini Selena ingin fikus kepada diri sendiri dan enjoy kehidupannya semual sebagai – well – Selena Gomez yang dahulu. Selena yang digemari oleh orang yang rapat dengannya.”
*
You do you girl. Jika menulis single terbaru untuk melupakan seorang bekas kekasih adalah cara yang terbaik, then let it be.
Cer tonton video Lose You To Love Me di bawah. Adakah ia mengenai Justin? Atau kami terlalu obses dengan perkembangan hubungan mereka berdua sehingga terbawa-bawa dengan teori tersebut?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Syukur alhamdulillah saya dan suami bakal menerima seorang lagi cahaya mata iaitu adik kepada Petra. Insya-Allah awal tahun hadapan.
“Alhamdulillah sekarang saya dah masuk trimester kedua, sudah tiba masanya saya berkongsi berita gembira ini di ruangan Instagram,” coretnya.
Justeru, Mona meminta orang ramai mendoakan kesihatan bayi dalam kandungan selain mengucapkan penghargaan atas doa.
“Masyallah tabarakallah. Doakan perjalanan kehamilan saya dipermudahkan segalanya. Terima kasih juga atas doa semua sahabat.
“Keluarga dan rakan-rakan Instagram yang tidak putus dan sentiasa mendoakan saya serta keluarga. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua,” katanya lagi.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen dihujani dengan ucapan tahniah buat Mona dan suami.
Sekadar informasi, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Selepas empat tahun berkahwin, mereka dikurniakan putera sulung, Petra Pekin pada 31 Ogos lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!