Pelakon terkenal, Vanidah Imran baru-baru ini meluahkan rasa syukur terhadap anak lelakinya, Mikhail Aimran Rashidi Ishak apabila berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang sebagai graduan Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak).
Menerusi sebuah video di Instagram, Vanidah berkongsi saat-saat indah itu dan meluahkan rasa bangga atas kejayaan yang diraih oleh Mikhail.
“Awak telah memenuhi hati saya dengan kegembiraan dan kebanggaan yang luar biasa. Semoga pencapaian ini menjadi permulaan dan didoakan rahmat Allah sentiasa mengiringi setiap langkah. Tahniah anakku sayang”
Kredit: Instagram Vanidah Imran
Demikian catatan indah pelakon yang kini berusia 51 tahun itu tentang anak lelakinya dan perkongsian itu turut telah mendapat lebih 2,000 tanda suka dan menerima puluhan komen daripada rakan artis dan pengikut Instagram Vanidah.
Dalam pada itu, kejayaan Mikhail Aimran dalam pengajian juga turut diraikan oleh bapa tirinya, Arifabillah Idris dan dua adik perempuan antaranya Maryam Rashika.
Sekadar info, Vanidah Imran merupakan graduan Sarjana Seni Persembahan (Drama) dari Universiti Malaya dan menurutnya, pergelutan (pengajian) itu bukan calang-calang.
Ads
“Ia tak mudah langsung tetapi saya bersyukur kerana dirahmati. Saya memiliki kawan yang sama-sama buat sarjana termasuk Hasif Roslan dan Mohamad Shukri Mohd Tahir. Saya dan mereka berjanji, walau apa jua cabaran, kami perlu menamatkan pengajian sarjana ini,” katanya.
“Kami saling memberi motivasi dan membakar semangat antara satu sama lain,” ujar Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 yang sebelum ini pernah bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris, Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemenang anugerah Grammy sebanyak 14 kali, Bruno Mars mengumumkan bakal kembali ke Kuala Lumpur bagi menjayakan konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur pada 17 September 2024.
Selepas enam tahun tidak bertandang ke sini, Bruno dijadualkan menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan lagu-lagu hit yang sering menjadi siulan peminat muzik di Malaysia.
Terdahulu, Bruno Mars pernah menjayakan konsert di Axiata Arena yang kebetulan jatuh pada tarikh sama dengan Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia pada 9 Mei 2018.
Bagi korang yang tidak sempat untuk menyaksikan kehebatan vokal serta persembahan mantap Bruno pada waktu itu, jangan risau!
Korang boleh mendapatkan tiket konsert kali ini mulai 27 Jun, minggu hadapan sempena pra-jualan untuk ahli Live Nation dari 10 pagi hingga 11.59 malam. Sementara itu, jualan am pula akan dibuka pada 28 Jun, Jumaat mulai 10 pagi menerusi laman sesawang Go Live.
Buat masa ini, penganjur masih belum menguar-uarkan harga tiket bagi setiap kategori yang ditawarkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang pelik mengapa keadaan trafik di Brickfields Kuala Lumpur agak sesak bermula Isnin lalu hinggalah hari ini, korang tak keseorangan.
Ini kerana hari ini menandakan perayaan bulan ke-sepuluh dalam kalendar Tamil, yang lebih popular dengan gelaran Pesta Ponggal.
Masyarakat India menyambutnya kerana tarikh ini dianggap membawa tuah. Lalu mereka akan menyediakan nasi manis (Ponggal) dan memuja Dewa Matahari, Bumi dan Lembu.
Pesta Ponggal sebenarnya telah bermula sejak semalam dengan sambutan Bhogi.
Ia adalah amalan membakar barang lama dan lusuh yang mereka miliki. Rumah juga turut dibersihkan sebagai simbol permulaan baru kepada bulan mulia mereka..
Pada hari ini pula, pengunjung berbangsa India memenuhi ‘lokasi wajib’ seperti Little India di Klang dan Brickfields di Kuala Lumpur yang ingin membeli periuk tanah, tebu, susu dan daun kunyit untuk membuat persediaan saat-saat terakhir bagi meraikan pesta Ponggal.
Disebabkan itulah, keadaan trafik pada hari ini di dua lokasi itu agak sesak. Malah jika korang melihat di kiri-kanan simpang jalan, masyarakat India juga dilihat menyarungkan pakaian tradisional untuk merayakannya.
Apapun, REMAJA ucapkan selamat menyambut Pesta Ponggal kepada masyarakat India di seluruh negara!
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon lelaki dan wanita, Syafiq Kyle dan Mimi Lana sebelum ini dikatakan telah memutuskan hubungan mereka kerana dikatakan tiada persefahaman. Namun begitu, dua figura popular ini nampaknya sering memuat naik foto mesra bersama di media sosial.
Pada hari ulang tahun kelahiran Mimi tahun lalu, Syafiq dilihat menghadiahkannya sejambak bunga dan minyak wangi berjenama mewah. Rata-rata peminat membuat spekulasi bahawa pasangan sejoli ini telah pun berbaik dan bersama semula.
Terbaru, Mimi Lana memuat naik gambar mesra dengan caption “You’ve touched me without even touching me”.
RM BTS dilantik sebagai duta global pertama Muzium Negara Korea, mengukuhkan peranannya dalam mempromosikan seni, sejarah dan warisan budaya Korea kepada masyarakat dunia.