Sudah dua (2) tahun berkhidmat di Ireland, puteri sulung kepada pelakon terkenal, Datuk Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah Tan Sri Megat Junid mengukir kejayaan selepas menerima anugerah perkhidmatan cemerlang daripada Mercy University Hospital, Cork, Ireland.
Difahamkan, kejayaan anak sulungnya itu turut dikongsi sendiri oleh Datuk Ziela menerusi Instagram dan pakar bius berusia 31 tahun itu menerima Gold Award in Anaesthesiology 2024 pada Julai lalu.
“Alhamdulillah Ya Rabb. Dua tahun berkhidmat di negara orang, Allah bagi rezeki dianugerahkan pingat dan Certificate of Excellence. Tergamam tak terkata. Sesungguhnya rezeki ALLAH tu luas dan mewah”
“Doakan semoga ALLAH permudahkan juga perjalanan menjadi Consultant Anaesthesiologist in the future insya-ALLAH. Aamiin,” kongsi Dr Julia.
Jauh merantau dari tanah air sendiri dan bekerja di luar negara tidak mematahkan semangat doktor muda ini untuk memberikan yang terbaik.
Ads
Sementara itu, Datuk Ziela juga turut meluahkan rasa syukur atas pencapaian hebat yang diraih anaknya. Menerusi perkongsian yang sama, beliau juga menitipkan doa untuk anaknya.
“MashaAllah Tabarakallah. Rezeki Allah datang dalam berbagai cara. Rezeki yang tidak ternilai buat anakku yang solehah. Ini hasilnya berkhidmat kerana Allah, penuh keikhlasan, bersungguh-sungguh, disiplin yang tinggi, Alhamdulillah”
“Berkhidmat di negara asing, diberi penghargaan walaupun dia bukan Irish. Yang membanggakan dan paling penting dia (Dr. Julia) adalah Asian-Malaysian, wanita Muslim yang bertudung bekerja di negara orang dan dihargai. Semoga Allah sentiasa melindungi dan meluaskan rezekinya dengan rezeki yang penuh barakah dunia serta akhiratnya,” jelasnya lagi.
Ads
“Syukur Alhamdulillah Ya Rabb di atas pencapaian anakku yang solehah ini,” kongsi pelakon yang pernah popular pada era 80-an dan 90-an.
Sekadar info, Julia (31) merupakan doktor perubatan yang memulakan pengajian di Royal College of Surgeons pada tahun 2012 dan menamatkan pengajian pada tahun 2017. Anak sulung Ziela Jalil telah mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Dr Dziya Faqhran Datuk Mahmod Fauzi pada 11 Julai 2018 selepas mengikat tali pertunangan selama dua bulan.
Ads
Dr. Julia merupakan puteri sulung daripada perkahwinan Ziela dengan Megat Junid pada tahun 1991. Selain Dr Puteri Nabilah, Ziela dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Megat Jufri Nasrullah (29) dan seorang anak angkat, Ibrahim Junid yang kini berusia 11 tahun.
Sumber: Sinar Plus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin ramai pasangan yang sudah merancang perkahwinan beberapa bulan ini terpaksa akur untuk menunda pernikahan mereka gara-gara wabak COVID-19 yang melanda dunia.
Berita ini mungkin mendatangkan rasa kesedihan buat pasangan dan keluarga pengantin yang sudah berjahat dan mengeluarkan modal kenduri, tetapi harus membatalkan demi kebaikan bersama.
Namun, tidak bagi negara Emiriyiah Arab Bersatu (UAE) kerana mereka telah melancarkan perkhidmatan perkahwinan secara online yang membolehkan pasangan meneruskan pernikahan walaupun dalam sekatan pergerakan akibat COVID-19.
Menurut Harian Metro, warga UAE dan penduduk di sana boleh memilih tarikh untuk majlis perkahwinan dalam talian yang akan dikendalikan menerusi pautan video bersama jurunikah selepas semua dokumen berkaitan diluluskan.
Gambar hiasan
Melalui prosedur tersebut, jurunikah akan mengesahkan identiti pasangan dan saksi sebelum sijil nikah diserahkan kepada mahkamah khas untuk pengesahan. Pasangan pengantin akan menerima pengesahan sijil nikah itu melalu mesej teks.
Pergh, biar betul?
Menurut laporan perkhidmatan ini diperkenalkan selepas Dubai menggantung urusan berkaitan perkahwinan dan penceraian akibat kekangan pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19.
Pada pendapat korang, okay ke tidak kahwin secara online ni?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejarah tercipta di bumi Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila atlet silat negara, Thamaraj Vasudevan menjuarai kategori bebas Putera di Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20 setelah menewaskan wakil Uzbekistan, Khudoyberdiev Diyorbek dalam perlawanan akhir semalam.
Kemenangan tersebut membolehkan Thamaraj untuk bukan sahaja membawa pulang pingat emas untuk negara tetapi juga mencipta sejarah tersendiri sebagai atlet silat berbangsa India pertama dari Malaysia untuk bergelar juara dunia.
Selain Thamaraj, pasukan silat negara turut cemerlang apabila pasukan seniornya meraih enam pingat emas, sembilan pingat perak dan empat pingat gangsa.
Manakala, pasukan remaja turut menyengat dengan membawa pulang lima pingat emas, empat pingat perak dan empat pingat gangsa.
Antara atlet silat yang menjadi wira dan wirawati negara di Abu Dhabi pada kali ini termasuklah Farah Mazlan, Siti Shazwana, Abdul Latif, Tamarah, Ainatsya, Eafzayl Adriell, Raqib Darwisy, Muhammad Syaqil, Ukail Darwis dan beberapa lagi atlet cemerlang lain.
Menerusi hantaran di Facebook, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi menzahirnya rasa terujanya apabila melihat kemenangan Thamaraj dan pasukan pencak silat negara yang baginya cukup bermakna untuk menutup kalendar sukan Malaysia, tahun ini.
“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Datuk Wira Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) yang bersama memberikan sokongan moral dan semangat kepada pasukan silat negara.
“Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh pasukan silat negara atas dedikan dan pencapaian hebat ini,” catat beliau.
Baru-baru ini, pasangan kembar yatim piatu menghadiahkan ijazah sarjana muda yang diterima buat nenek tersayang setelah beliau berkorban menghidupkan mereka sejak kehilangan ibu bapa.
Memetik laporan dari Sinar Harian, pasangan kembar yatim piatu, S Yamuna dan S Yasoda, (23) telah mengukir senyuman apabila akhirnya perjalanan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang penuh liku sampai ke akhirnya.
Kedua mereka yang dibesarkan oleh datuk dan nenek di Dengkil telah kehilangan bapa pada tahun 2006 disebabkan kemalangan jalan raya dan ibu telah pergi kira-kira tiga tahun selepas itu disebabkan kanser paru-paru.
Menurut S Yamuna, mereka sekali lagi diuji apabila datuk pula mengalami kemalangan jalan raya pada 2010 dan meninggal dunia. Selepas kejadian itu, dia dan kakaknya dibesarkan nenek dengan bergantung kepada bapa saudara dan bantuan daripada pihak kerajaan serta pihak sekolah.
“Kehidupan kami sekeluarga agar sukar dan saya sedar dengan pelajaran sahaja mampu ubah keadaan kami. Saya dan pasangan kembar sentiasa bersama sejak sekolah rendah, menengah, kolej matrikulasi dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).”
“Nenek, L Letchumy (70) merupakan sumber inspirasi dan motivasi terbesar kami untuk belajar bersungguh-sungguh. Nenek yang selalu beri motivasi jangan sesekali putus asa,” katanya.
Dalam pada itu, pasangan kembar itu telah menerima Anugerah Dekan dalam Majlis Konvokesyen UTM ke-68 tempoh hari menjelaskan bahawa setiap cabaran yang dihadapi dalam hidup sama sekali tidak membuatkan diri mahu berputus asa mengejar impian menjadi akauntan.
Tambah mereka lagi, kejayaan menggenggam ijazah ini merupakan hadiah buat nenek yang sudah banyak berkorban buat mereka sejak kecil serta mengakui bahawa kejayaan diperoleh adalah berkat sokongan nenek dan abang yang tidak berbelah bahagi.
Difahamkan, abang mereka, Dr. Shatesh Kumar Sangar juga merupakan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perpaduan menjadi salah satu inspirasi kepada pasangan kembar berkenaan dalam perjalanan mengejar impian dan cita-cita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Golongan bujang yang layak di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini boleh menarik nafas lega apabila bantuan bulanan sehingga RM100 mula disalurkan bermula...