Terbaru, tahniah diucapkan kepada anak seniman terkenal, Datuk M.Nasir, Suci Musalmah (22) yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.
Khabar gembira itu dikongsi oleh Datin Marlia Musa yang menghadiri majlis konvokesyen anak bongsu mereka yang menamatkan pengajiannya di University Of Nottingham.
Suci Musalmah yang kini rasmi pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Hubungan Antarabangsa dalam Bahasa Sepanyol dengan Kelas Pertama diraikan oleh kedua ibu bapanya.
“Alhamdulillah syukur. Segalanya berjalan baik hari ini. Macam baru semalam Suci masuk universiti. Macam baru semalam balik hantarnya ke rumah barunya di UniVillage. Sesudahnya saya menangis selepas pulang ke rumah kerana rindu.”
“Mungkin lebih perit lagi yang mama lalui sewaktu saya dan Nurul Musa Albakri berangkat ke United Kingdom dahulu. Perit kerana berpisah dengan dua orang anak serentak. Saya sekurang-kurangnya dari Sungai Buloh ke Semenyih kurang dua jam perjalanan.”
“Bila kenangkan itu, hati saya kurang laranya. Pejam celik rutin baru ini, berat tapi lebih mudah ditelan. Pejam celik, tiga tahun sudah berakhir. Terima Kasih Tuhan atas semua kurniaanMu. Terima kasih Suci for this happiness,” ucap Datin Marlia menerusi perkongsian di Instagram.
Dalam kegembiraan, Marlia yang juga pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) turut menitipkan kesyukuran dan penghargaan buat suami, ibu dan keluarga.
“Terima kasih bapa Suci (M. Nasir) kerana percaya dengan cita-cita anaknya. Terima kasih mama kerana selalu mendoakan kami sekeluarga. Terima kasih adik-beradik dan keluarga kerana selalu berada bersama kami. Alhamdulillah,” katanya.
Bekas pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu juga sempat berkongsi tentang hasrat Suci yang ingin mengenakan persalinan yang dipakai ketika majlis graduasinya dahulu.
Ads
“Permintaan Suci untuk memakai baju kurung yang saya sarungkan semasa majlis graduasi saya lebih 20 tahun dahulu tidak dapat saya tunai. Baju itu entah ke mana, juga tidak muatlah dik. Mak ketika itu saiz enam. Terima kasih semua yang selalu bersama keluarga kami. Tahniah Suci!” tambahnya lagi.
Sekadar info, Datuk M. Nasir dan Datin Marlia mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2000.
Sumber: Sinar Plus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila tiba saja bulan Ramadan, masyarakat Melayu akan mengajukan pertanyaan (dengan nada was-was) seperti “Puasa boleh jilat bibir kering ke?” atau “Puasa boleh pakai lipstik berperisa ke?”
Begitu jugalah normanya apabila tiba musim perayaan seperti Hari Natal.
Mulalah ramai masyarakat Melayu yang bertanya, “Kita boleh wish Merry Christmas ke? Bukan Christ tu nama kepada Jesus Christ?”
Hhm, korang belum tengok lagi pertikaian di ruangan komen media sosial. Dah sampai nak tahap bergaduh bila ada seseorang memuat naik ucapan Merry Christmas hari ini.
Lalu, REMAJA cuba dapatkan advice daripada yang lebih arif berkenaan hal ini. Salah seorang daripadanya ialah PU Rahmat Ikhsan.
“Dibolehkan mengucap Merry Christmas kepada kawan-kawan (beragama) Kristian selagi mana akidah kita tidak menyakini bahawa Nabi Isa itu anak Tuhan tetapi seorang Nabi.
“Kita beragama mencari kedamaian bukan pergaduhan. Jika takut mengucap Merry Christmas, ucaplah Marry Me. (ketawa) Okay hambar,” catat beliau melalui Twitter.
Jadi, jelaslah tak ada masalah pun untuk korang beri ucapan kepada rakan beragama Kristian. Kalau dah was-was tahap kronik, ucapkan saja Happy Holiday. Kan senang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak kepada bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo nampaknya bakal mengikut ayahnya kerana secara rasmi telah menyertai akademi Manchester United di usia 11 tahun.
Georgina Rodriguez, kekasih Ronaldo telah memuat naik foto Cristiano Ronaldo Jr memegang jersi Manchester United dengan kapsyen ‘Persiguiendo juntos nuestros sueños. Mamá os ama ❤’ (Kejar impian kita bersama, Mommy sayang kamu).
Ronaldo juga dilihat memuat naik foto menjalani latihan bersama anaknya dengan memakai jersi Manchester United bersama kapsyen ‘Present and future’ (Sekarang dan masa hadapan).
Sebelum ini, Ronaldo tidak pasti sama ada anaknya akan meneruskan karier dalam bola sepak kerana rutin pemakanan anaknya yang tidak disenanginya. Menurut bintang Portugal ini, kita tunggu sama ada anak saya akan menjadi pemain hebat atau tidak kerana dia belum lagi berada di tahap itu. Kadang-kadang dia minum Coca-Cola dan Fanta, makan kentang goreng walaupun dia tahu ayahnya tidak menyukainya.
Fuh, bukan mudah ya nak jadi seorang atlet yang hebat. Banyak perkara perlu dikorbankan seperti masa bersama orang tersayang kerana kebanyakkan masa akan dihabiskan untuk sesi latihan. Apa-apa pun sama-sama kita lihat kemajuan Cristiano Ronaldo Jr dalam arena sukan bola sepak.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bila sebut tentang tiram, teringat set makanan laut yang dihidangkan dalam filem Mr.Bean. Memang kembang tekak bila lihat tiram mentah terhidang sebegitu. Euuww!
Hidangan tiram mentah biasanya di acara kasual, restoran atau bar-bar mewah. Namun kini, tengah trending makan oyster, kita dapat lihat di laman sosial TikTok dan ramai peniaga dah mula sajikan hidangan ini.
Makan tiram mentah sangat baik untuk kesihatan batin. Ia kaya dengan mineral (zinc) dimana membantu pengeluaran lebih banyak testosterone, iaitu suatu hormon meningkatkan nafsu dan fungsi seksual. Kajian juga mendapati zinc mampu menghasilkan sperma yang berkualiti dan potensi seksualiti lelaki.
Risiko Bakteria Vibrio Parahaemolyticus
Namun begitu, baru-baru ini Public Health Malaysia (PHM) menjelaskan ada risiko makan tiram mentah ini biarpun rupa, bau dan rasa dia sama seperti yang tiada bakteria.
Untuk gambaran yang paling mudah, PHM memberikan satu contoh dalam satu babak filem Mr Bean yang mengalami sakit perut selepas memakan oyster mentah itu.
Menurut PHM, perkara ini memang boleh terjadi kepada mana-mana pemakan menu tersebut, ia kerana dalam oyster tersebut terdapat satu bakteria yang dinamakan Bakteria Vibrio Parahaemolyticus.
“Bakteria Vibrio Parahaemolyticus banyak di sekitar pantai. Tiram & kerang memang ada bakteria ini.”
Jadi, bakteria ini boleh berganda jika tiram tersebut berada di dalam suhu bilik, biarpun rupa, bau dan rasa sama dengan yang tiada bakteria. Kesannya, jika pemakan ‘tertelan’ bakteria ini, pemakan boleh mengalami cirit birit, demam, sakit perut dan muntah-muntah.
Kesimpulannya, tak salah kalau korang ingin menikmati makanan laut ini tapi pastikan ia benar-benar bersih dan segar. Apa pun penulis masukkan sos tiram dalam sayur campur. Eh, ada kena mengena ke?hiks
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!