Terbaru, penyanyi dan pelakon terkenal, IU kembali menyentuh hati orang ramai apabila beliau meneruskan tradisi murninya dengan membuat sumbangan besar sempena Hari Kanak-Kanak yang disambut pada 5 Mei, semalam.
Menerusi sebuah kenyataan yang dimaklumkan oleh agensi EDAM Entertainment, IU atau pemilik nama sebenar Lee Ji-eun (33), telah menyumbang sebanyak 100 juta Korea Won (kira-kira RM340,000) atas nama ‘IU & Young-Aena’, iaitu gabungan namanya bersama kelab peminat.
Menurut agensi tersebut, sumbangan berkenaan bukan sekadar simbolik, sebaliknya dirancang untuk memberi impak nyata kepada kehidupan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan, khususnya dalam aspek kebajikan dan sokongan harian.
Ads
Difahamkan, dana itu telah diagihkan kepada dua organisasi utama iaitu Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Korea dan Persatuan Pusat Kanak-Kanak Serantau Korea, dengan masing-masing menerima 50 juta Korea Won.
Pada masa yang sama, sumbangan tersebut akan dimanfaatkan bagi membantu kanak-kanak di fasiliti kebajikan melalui penyediaan barangan keperluan asas serta menampung kos rawatan perubatan. Pada masa sama, ia turut digunakan untuk meraikan ulang tahun kelahiran kanak-kanak di pusat serantau melalui pemberian hadiah dan pengalaman budaya.
Ads
Lebih menyentuh hati, IU dilihat konsisten melakukan sumbangan atas nama ‘IU & Young-Aena’ setiap kali tiba hari-hari bermakna seperti ulang tahun debut, hari lahir serta musim perayaan hujung tahun, sekaligus mencerminkan pengaruh positif yang sinonim dengan dirinya.
Ads
Sebelum ini, IU telah menyalurkan ratusan juta Korea Won pada tahun lalu untuk pelbagai inisiatif kebajikan termasuk bantuan pemulihan kebakaran hutan besar di wilayah Gyeongsang serta usaha memperbaiki keadaan kerja anggota bomba, selain terus menyokong golongan rentan.
Dalam perkembangan lain, IU kini sedang aktif menghiasi kaca televisyen menerusi wataknya sebagai Seong Hui-ju dalam drama hujung minggu MBC berjudul ‘Perfect Crown’, sekaligus membuktikan beliau masih kekal relevan dalam dunia hiburan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di kala sanak saudara dan jiran tetangga berseronok meraikan Hari Raya Aidilfitri, penyanyi dan usahawan Ifa Raziah terpaksa beraya di hospital dek kerana suaminya yang harus menjalani prosedur pembedahan jantung tersumbat di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.
Beliau yang baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-19 telah memuatnaik beberapa gambar di laman Instagram semalam.
“Semalam sambut ulang tahun perkahwinan dekat hospital. Hari ini (25 April) akan buat pembedahan. Doakan suamiku Mohd Yani semoga cepat sembuh,” ujar beliau.
Tambah beliau lagi, biarpun menyambut hari raya di hospital, kesihatan insan tersayang harus diutamakan agar kembali pulih seperti sediakala.
Menjenguk ke laman akaun Instagram penyanyi dan usahawan itu pada petang semalam mendapati bahawa suaminya telah selamat dioperasi dan kini telah kembali sedar.
“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih diatas doa-doa kalian. Suamiku dah sedarkan diri dan semakin kuat,” jelas beliau.
Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Star Vendors itu lagi, setelah dinasihatkan oleh doktor, pihaknya terpaksa mengehadkan kunjungan tetamu agar suaminya mendapatkan rehat yang secukupnya.
Tambah beliau lagi, faktor jangkitan virus yang masih berleluasa juga antara penyebab mereka kurang menerima pelawat bagi mengelakkan risiko jangkitan terjadi.
“Saya pasti kawan-kawan terdekat memahami situasi suami saya yang kini dalam proses penyembuhan. Apabila keadaannya semakin kuat, kami akan maklumkan,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Apa sajalah gelaan istimewa yang belum pernah diberikan kepada pelakon Hollywood kacak, Ryan Gosling. Berbekalkan pakej rupa paras dan fizikal menarik, Ryan juga amat diminati kerana bakat lakonannya yang bagus serta keperibadiannya yang cukup gentleman. Jarang sekali kita dengar kontroversi panas yang melanda Ryan.
Kini, ‘saham’ Ryan dijangka akan lebih meledak setelah foto pertamanya sebagai Ken iaitu teman lelaki kepada watak Barbie dalam filem arahan Greta Gerwig telahpun didedahkan.
Imej promo yang menemui semua pada hari ini itu menampilkan Ryan seperti dengan gaya yang jarang sekali kita saksikan. Ryan disarungkan dengan jaket vest dan seluar denim lusuh, tidak berbaju di dalam lalu menampakkan abs menawannya serta – get this – seluar dalam istimewa yang direka khas dengan label namanya, Ken.
Ryan Gosling sebagai Ken.
“Orang mendengar ‘Barbie’ dan terus berfikir, ‘Saya sudah tahu jalan cerita filem ini,” ujar pelakon utama filem Barbie, Margot Robbie kepada Vogue tahun lalu, “dan bila mereka mengetahui Greta Gerwig yang menulis skrip dan mengarahnya, mereka terus,” Oh, mungkin saya tidak tahu..”
Filem Barbie yang bakal diluncurkan pada Julai 2023 sebenarnya telah lama dirancang oleh studio produksi di Hollywood di mana projek ini sering bertukar-tukar tangan. Setelah hampir sedekad, kini Barbie semakin hampir untuk menemui penonton tidak lama lagi.
Selain Margot Robbie dan Ryan Gosling, Barbie juga dibintangi oleh America Ferrera, Simu Liu, Kate McKinnon, Issa Rae, Emma Mackey dan Michael Cera di mana beberapa versi ‘Ken’ dan ‘Barbie’ dijangka akan disertakan dalam filem ini.
Tak sabarnya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik untuk peminat drama Korea paling trending di seluruh dunia pada tahun ini; apa lagi kalau bukan ‘Squid Game’ .
Pengakhirnya drama tersebut yang sedikit tergantung apabila watak Gi hun tidak jadi menaiki pesawat dan berpatah balik untuk mencari gerangan insan yang membalas panggilan telefonnya telah membuatkan ramai penonton menggesa dan memberi tekanan kepada pengarah Hwang Dong Hyuk bagi meneruskan musim kedua Squid Game.
Oleh yang demikian, Squid Game bakal kembali untuk musim kedua menurut penulis dan pengarahnya, Hwang Dong-hyuk.
“Disebabkan banyak tekanan, permintaan dan sokongan daripada peminat untuk mewujudukan musim kedua, jadi saya tiada pilihan. Boleh saya katakan di sini bahawa memang akan ada musim kedua,” lapor agensi berita Yonhap.
Sebelum ini, perancangan itu hanyalah sekadar ura-ura apabila pihak produksi tidak mengesahkan sekiranya musim kedua akan dirancang oleh mereka. Hanya bayangan kasar saja yang diberikan.
Biarpun kini ia telah disahkan, beliau berkata, “Masih terlalu awal untuk beritahu bila dan bagaimana ia akan dibuat. Tapi saya janji kepada anda semua bahawa watak Gi-hun akan kembali dan dia akan lakukan sesuatu untuk dunia,” katanya.
Disebalik tabir pengambaran Netflix’s ‘Squid Game’ bersama creator/director Hwang Dong-hyuk. COURTESY OF NETFLIX
Drama original Netflix Korea itu mengisahkan tentang 456 peserta yang terperangkap dengan hutang dunia dan perlu bersaing dalam cabaran misteri dan menakutkan berbentuk permainan kanak-kanak. Kepada yang menang, wang sebanyak $45.6 won akan dimenangi. Manakala 455 peserta lain akan mati dibunuh.
Berikut ialah 10 fakta mengenai Squid Game yang tidak diketahui ramai:
1. Hwang Dong Hyuk memastikan bahawa Seong Gi Hun iaitu pemilik nombor bersiri 456 akan kembali bagi musim 2.
2. Pengarahnya juga berkata Squid Game diilhamkan daripada komik Korea yang dibacanya.
3. Penggambaran Squid Game bermula pada 17 Jun 2020. Namun, ia harus dihentikan pada Ogos 2020 kerana penularan wabak Covid-19 di Korea Selatan. Penggambaran disambung semula pada bulan September 2020.
4. Kelihatan seperti mereka melakukan penggambaran sepenuhnya dengan teknologi ‘green screen’. Namun drama ini menggunakan set bersaiz sebenar seperti yang dipaparkan dalam drama berkenaan. Hanya sedikit efek imej janaan komputer atau CGI digunakan.
5. Patung dalam episod pertama drama tersebut juga dicipta dengan saiz sebenar.
6.Selain set lakonan yang realistik, mereka juga telah memilih seramai 456 pelakon untuk betul-betul terlibat dalam drama Squid Game. Menurut Dong-hyuk, semasa semakin ramai pelakon yang ‘tersingkir’, set penggambaran benar-benar menjadi sunyi dan kelihatan kosong seperti dalam drama tersebut.
7.Pemilihan warna seragam hijau untuk pemain dan merah bagi pengurus dipilih dengan teliti. Kata Dong-hyuk, warna itu menggambarkan penghapusan dan perjuangan para peserta.
8.Skrip Squid Game difahamkan telah lama siap iaitu pada tahun 2009 tetapi tidak diterbitkan kerana konsep drama survival thriller sukar diterima ketika itu.