Penyanyi dan pelakon terkenal, Taecyeon baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila khabar perkahwinannya diumumkan kepada umum. Selepas enam tahun menjalinkan hubungan secara terbuka, bintang yang dikenali ramai menerusi kerjaya muzik dan lakonannya itu akhirnya bersedia melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan peribadi.

Menurut agensinya 51K berkata, Taecyeon atau nama sebenarnya Ok Taecyeon (38) akan melangsungkan perkahwinan bersama calon isteri bukan dari kalangan selebriti pada 24 April ini. Majlis tersebut difahamkan akan diadakan secara tertutup bagi menjaga privasi pengantin perempuan serta kedua-dua keluarga.

Pada masa yang sama, pihaknya turut memohon pengertian orang ramai kerana butiran lanjut berhubung lokasi dan atur cara majlis tidak dapat didedahkan serta berharap agar peminat terus mendoakan serta memberikan sokongan terhadap permulaan baharu pasangan ini.

Enam Tahun Bercinta, Taecyeon 2PM Umum Bakal Tamatkan Zaman Bujang 24 April Ini Enam Tahun Bercinta, Taecyeon 2PM Umum Bakal Tamatkan Zaman Bujang 24 April Ini

Ads

Untuk rekod, Taecyeon telah mengesahkan hubungannya pada tahun 2020 dan sejak itu tidak lagi berselindung mengenai kisah cintanya. Calon isterinya dilaporkan empat tahun lebih muda daripadanya, dan hubungan mereka sering menjadi perhatian peminat yang setia mengikuti perkembangan kerjaya beliau.

Momen manis antara mereka turut menjadi bualan ketika Taecyeon menerima anugerah di KBS Drama Awards 2025 bagi kategori Excellence Award Miniseries. Dalam ucapan kemenangannya, beliau secara terbuka mengucapkan terima kasih kepada bakal isterinya serta meluahkan rasa cinta di hadapan khalayak penonton.

Ads

Sebelum ini, pada November tahun lalu, Taecyeon turut berkongsi bahawa beliau dan bakal isteri telah berjanji untuk menjalani kehidupan bersama. Kenyataan tersebut secara tidak langsung menguatkan spekulasi bahawa pasangan ini sedang menuju ke arah perkahwinan.

Enam Tahun Bercinta, Taecyeon 2PM Umum Bakal Tamatkan Zaman Bujang 24 April Ini

Ads

Selain itu, pada Februari tahun lalu, foto yang dirakam di Paris mencetuskan khabar angin mengenai lamaran selepas ia tular dalam kalangan peminat. Namun ketika itu, pihaknya menjelaskan bahawa gambar berkenaan hanyalah foto konsep dan bukan pengumuman rasmi pertunangan.

Kini, segala spekulasi terjawab apabila tarikh perkahwinan diumumkan secara rasmi. Dengan perjalanan cinta yang telah melalui pelbagai fasa sejak 2020, ramai peminat pastinya teruja menantikan detik bahagia Taecyeon memulakan kehidupan sebagai seorang suami.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads