Lima bulan Parlimen Malaysia telah digantung daripada persidangan akibat pengisytiharan darurat oleh kerajaan.
Namun, program realiti tempatan pula yang mendapat peluang untuk ‘berhimpun’ biarpun negara berhadapan situasi pandemik sepanjang tahun ini.
Ads
Situasi ini pastinya akan membuatkan sesiapa juga bertanya, mengapakah Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak bersidang saja. Persoalan yang sama telah sekali lagi dilontarkan oleh Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada hari ini.
Menerusi ciapan yang dihantar oleh Syed Saddiq sebentar tadi, beliau mempersoalkan logik di sebalik penutupan Parlimen sedangkan kebanyakan (atau semua) wakil rakyat sudahpun divaksin sedari awal lagi, diwajibkan memakai pelitup muka dan Dewan Rakyat sudahpun mempunyai kelebihan pemidang kaca pemisah di meja bagi menggalakkan penjarakan sosial.
“Hiburan yang menghimpunkan orang tanpa (memakai) pelitup muka dan ada (selebriti) yang belum divaksin boleh dijalankan? Saya dibayar duit rakyat, jawab saya,” pinta beliau dengan mengajukan pertanyaan tersebut kepada Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri.
Syed Saddiq merujuk perbandingan tersebut kepada sebuah program realiti televisyen yang baru menayangkan episod pertamanya pada hari Ahad lalu.
Ads
Menyentuh mengenai pelibatan sehingga 50 orang juri di pentas penjurian bertingkat itu, pihak saluran penyiar terdahulu mendakwa prosedur operasi standard (SOP) telah dijaga sebaik mungkin oleh semua yang terlibat sepanjang penggambaran di sebuah pusat konvensyen antarabangsa itu.
Untuk pengetahuan, beberapa hari lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang) iaitu YB Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan kini sedang mengkaji mekanisma melaksanakan sidang parlimen secara hibrid. Ini bermaksud, parlimen akan bersidang dengan kehadiran ahli Parlimen secara fizikal dan secara maya.
Kajian ini akan disertakan dalam kertas kerja lengkap yang akan diangkat dalam waktu terdekat untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masyarakat Malaysia seolah “terdidik” untuk mengatakan sesuatu makanan itu SEDAP asalkan ia ditularkan di media sosial.
Lihat saja impaknya, asal ada saja kedai jual sedap, besar, murah berlumba-lumba kita mahu mencuba tanpa mahu memastikan sama ada bersih, halal atau pun tidak.
Namun sejauh mana status halal teh boba di Malaysia ini boleh dipercayai?
Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pihak mereka mengesan masih banyak kedai minuman teh boba yang menggunakan bahan tanpa sijil halal.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIS memberitahu kebanyakan bahan untuk membuat minuman itu diimport dari Taiwan dan pemeriksaan mereka mendapati ianya tidak mempunyai logo halal.
Persekitaran premis yang bersih mempengaruhi pengguna untuk membeli di premis berkenaan selain daripada menggunakan pekerja wanita Islam bertudung bagi mengaburi mata mereka.
Malah ada di antara mereka yang mempamerkan serta menggunakan logo halal luar negara di premis masing-masing yang mana ianya adalah salah kerana ianya bukanlah sijil dari Malaysia.
Menurut JAIS, setakat ini premis minuman teh boba yang mempunyai sijil halal Malaysia adalah Tealive, CoolBlog serta Chatime sementara majoriti yang lain masih gagal mengemukakan permohonan.
Dakwaan ini turut diakui oleh pihak JAKIM sendiri. JAKIM menasihati pengguna serta pembeli Muslim supaya melakukan pencarian status halal di Portal Rasmi Halal Malaysia sebelum menggunakan sesuatu produk.
So dah tahu ni masih nak minum ke? Tepuk dada tanya la selera!
Berita gembira dari Tokyo, Jepun buat semua rakyat Malaysia.
Seorang lagi atlet Paralimpik dari Malaysia melakarkan sejarah apabila berjaya menyumbangkan pingat perak kepada negara.
Image via Bernama/Harian Metro
Atlet berusia 26 tahun ini berdepan cabaran sengit daripada juara bertahan David Smith, Chew Wei Lun menyumbangkan pingat yang ketiga buat kontijen Malaysia di temasya Paralimpik Tokyo.
Chew Wei Lun yang beraksi dalam kategori individu bercampuran acara Boccia itu tewas kepada atlet Great Britain 2-4 dalam persaingan yang sengit.
Untuk pengetahuan semua, sukan boccia hanya dimain di sukan Paralimpik dan tiada sukan yang sama wujud di sukan Olimpik.
Image via AP/ExpressDigest
Terdapat empat klasifikasi bagi boccia dalam Sukan Paralimpik 2020:
BC1: Pemain yang mempunyai masalah pergerakan yang serius pada bahagian kaki, tangan dan tunjang badan mereka disebabkan oleh masalah koordinasi. Mereka menggunakan kerusi roda berelektrik untuk bergerak serta memegang dan membaling bola boccia tanpa menggunakan peralatan membantu. Atlet yang boleh menggerakkan kaki mereka dibenarkan untuk menggerakkan bola dengan kakinya.
BC2: Pemain yang mempunyai kecacatan yang kurang serius daripada BC1 dan boleh membaling bola dari atas atau bawa dengan cara memegang yang pelbagai. Mereka juga tidak boleh menggunakan sebarang peralatan membantu.
BC3: Pemain yang mempunyai fungsi yang terhad pada kaki dan tangannya, dan pengawalan tunjang badan yang lemah (atau tidak mampu mengawal) disebabkan oleh penyakit yang berkaitan atau tidak berkaitan dengan serebrum. Selain itu, mereka juga mempunyai masalah memegang, membaling dan menggerakkan bola. Mereka menggunakan tanjakan dan peralatan membantu yang lain untuk menggerakkan bola dengan bantuan Pembantu Sukan.
BC4: Pemain yang mempunyai kecacatan fizikal yang disebabkan oleh penyakit yang tidak berkaitan dengan serebral, seperti distrofi otot, kecederaan saraf tunjang dan amputasi yang melibatkan kedua-dua tangan dan kakinya. Atlet kategori ini biasanya membaling bola dengan ayunan pendulum, kadang kala dengan kedua-dua tangan atau lengan mereka. Mereka boleh menggunakan sarung tangan untuk membantu memegang bola boccia.
Sukan Paralimpik telah bermula pada 24 Ogos lalu dan akan berakhir 5 September ini di Tokyo, Jepun. Juara Boccia Nasional Chew Wei Lun ini membawa pingat ketiga Paralimpik Tokyo 2020 buat Malaysia.
Apa-apapun tahniah kami ucapkan buat Chew Wei Lun dan team acara boccia.
Sumber: Bernama / Wikipedia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memasuki hari ketiga selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-14, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir masih tidak gagal mengejutkan ramai pihak yang menantikan pembaharuan daripada beliau.
Terbaru, Tun M mengumumkan ‘Council of Elders’ atau senarai Majlis Penasihat kepada Kabinet Malaysia yang akan datang. Khasnya bagi memastikan 100 hari selepas pembentukan kerajaan baru Malaysia berjalan dengan lancar.
Untuk jangka masa panjang pula, pakar negara yang diakui mempunyai kredibiliti luar biasa dalam bidang masing-masing ini juga bertindak sebagai penyedia ‘idea dan solusi’ untuk diserahkan kepada kementerian yang diwakili di dalam Kabinet Malaysia agar senarai Menteri baru yang bakal (atau sudahpun dilantik) dapat berkhidmat pada jalan yang seiring dengan keperluan rakyat dan negara.
5 nama individu yang tersenarai ialah Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan 1984 – 1991 / 1999 – 2001), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (Gabenor Bank Negara 2000 – 2016), Tan Sri Hassan Marican (CEO & Presiden Petronas 1995 – 2010), Robert Kuok (Individu terkaya Malaysia dengan aset berjumlah RM61 B hasil perniagaan gula) dan Professor Dr Jomo Kwame Sundaram (Ahli Ekonomi terkemuka dengan sijil kedoktoran dari Universiti Harvard).
Sidang pertemuan pertama Council of Elders. Seriously, mereka semua ada career-goals!
Haa, amik kau! Semuanya punya pengalaman yang cukup meluas untuk membantu negara, insyaAllah.
Rakyat dilihat teruja dengan ‘Council of Elders’ ini sehinggakan mereka sempat membuat memes menarik dan kreatif. Cer tengok mana satu favourite korang:
The Council of Elders. Now we must give Tun Daim, Tan Sri Zeti and the others a silk cloak and a staff. By virtue of the Valar, assisted by the Lady of Lorièn, Wan Azizah. pic.twitter.com/XznyzPxaP0