Penghuni bangunan Mid Valley Megamall, hotel berhampiran dan kawasan pejabat di sekitarnya semalam telah dikejutkan dengan kebakaran Pencawang Masuk Utama (PMU) Tenaga Nasional Berhad (TNB) di luar pusat membeli-belah itu kira-kira pada jam 10 pagi.
Susulan insiden video kebakaran berskala mega dengan kepulan asap hitam tebal di luar Mid Valley yang kini telah dikongsikan berulang kali di pelbagai platform media sosial, bekalan eletrik telah terganggu dari jam 10.51 pagi. Bekalan terputus itu bagaimanapun telah berjaya dikembalikan sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.
Tentunya, insiden tersebut telah mendatangkan rasa takut dan mungkin juga trauma dalam kalangan penghuni kompleks membeli belah berkenaan.
Imej kebakaran bangunan Mid Valley Megamall yang kini telah berlegar di media sosial.
Namun, kehidupan bekerja tetap perlu diteruskan dan Mid Valley telah mula beroperasi semula pada hari Khamis.
Ads
Kata pengurusan premis itu, semua pejabat, hotel dan kedai yang terletak dalam bangunan itu akan beroperasi seperti biasa selepas ia menerima kebenaran daripada pihak TNB.
Dalam pada itu, pengurusan premis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkuasa tempatan termasuklah Bomba dan Penyelamat Malaysia, TNB dan Polis Diraja Malaysia atas tindakan dan kerjasama pantas yang diberikan.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi membendung wabak Covid-19, Kemnterian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Alam Flora telah memulakan proses disinfeksi pada dua hari yang lepas.
Namun, timbul rasa tidak puas hati segelintir masyarakat dan baru tadi page facebook Public Health Malaysia ada membuat naik status dengan caption yang panjang lebar, dan menyelar tindakan kerajaan membuat disinfeksi di jalanraya.
Mohon pihak berkuasa tempatan untuk melakukan aktiviti nyahcemar dengan bijak dan berkesan.Pakar pakar telah mula bersuara, semburan nyahcemar di permukaan jalan raya tidak perlu kerana tiada siapa yang akan menyental tangan dan wajah ke permukaan jalan.Jika mahu melakukan progam nyahcemar, fokuskan kepada tempat dan peralatan yang berisiko seperti tombol pintu, troli beli belah, butang lift dan pemegang tangga.Berikut adalah beberapa pendapat pakar yang telah mula bersuara1. Dr Christopher LeeLangkah nyahjangkitan di jalan jelas tidak akan memberi impak. Pembaziran sumber dan masa kerja2. Dr Lokman Hakim Sulaiman"Apa yang mereka lakukan? Siapa yang menasihati mereka? Ia benar-benar pembaziran wang. Bagaimana jalan dan susur jalan tercemar dengan virus ? 3. Dr Lam Sai Kit (Pakar virologi)Jalan raya tidak tercemar atau menjadi punca jangkitan Covid-19."Anggota patut dilatih untuk membuat nyahjangkitan di mana (virus) mungkin berada dan menjadi sumber jangkitan. Bukan jalan.
Mohon pihak berkuasa tempatan untuk melakukan aktiviti nyahcemar dengan bijak dan berkesan.
Pakar pakar telah mula bersuara, semburan nyahcemar di permukaan jalan raya tidak perlu kerana tiada siapa yang akan menyental tangan dan wajah ke permukaan jalan.
Jika mahu melakukan progam nyahcemar, fokuskan kepada tempat dan peralatan yang berisiko seperti tombol pintu, troli beli belah, butang lift dan pemegang tangga.
Berikut adalah beberapa pendapat pakar yang telah mula bersuara
1. Dr Christopher Lee
Langkah nyahjangkitan di jalan jelas tidak akan memberi impak. Pembaziran sumber dan masa kerja
2. Dr Lokman Hakim Sulaiman
“Apa yang mereka lakukan? Siapa yang menasihati mereka? Ia benar-benar pembaziran wang. Bagaimana jalan dan susur jalan tercemar dengan virus ?
3. Dr Lam Sai Kit (Pakar virologi)
Jalan raya tidak tercemar atau menjadi punca jangkitan Covid-19.
“Anggota patut dilatih untuk membuat nyahjangkitan di mana (virus) mungkin berada dan menjadi sumber jangkitan. Bukan jalan.
Namun tidak semua netizen menyokong page facebook Public Health Malaysia dan ramai pertahankan tindakan kerajaan dalam menangani kes Covid-19 di negara kita ini.
Dikesempatan ini, penulis sarankan kita dengar dan patuh jela arahan kerajaan demi keselamatan semua orang…huhu
Sumber : Facebook Public Health Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kesempurnaan Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok banding yang menjadi ikutan Muslim sedunia termasuk diet makanan Baginda.
Walaupun Covid-19 masih belum ada penawar, tapi tak salah kalau kita ambil alternatif untuk kekebalan tubuh badan di samping kesihatan keseluruhannya.
Berkongsi di Facebook, Mufti Menk menyenaraikan beberapa cara sunnah Rasulullah SAW.
1. Minyak Habbatus Sauda– (Nigella Sativa Virgin Oil)
Black Seed atau dalam bahasa kita dipanggil Habbatus Sauda atau dikenali juga jintan hitam (Nigella Sativa), merupakan sejenis tumbuhan herba yang berbunga secara tahunan. Ia tumbuh asli di bahagian selatan dan barat daya, benua Asia. Pokok Habbatus Sauda mempunyai ketinggian 20 – 30 meter, manakala struktur daunnya lurus dan halus.
Biji Habbatus Sauda yang berwarna hitam akan diproses atau dikisar sehingga mengeluarkan minyak, yang kemudiannya diminum untuk kesihatan atau digunakan dalam perubatan tradisional bagi merawat kencing manis. Bila diminum sebaiknya bersama air panas. Ambil setengah sudu pada maktu pagi dan malam.
Di samping itu, terdapat juga yang dimasukkan ke dalam kapsul sebagai ubat untuk merawat penyakit. Habbatus Sauda merupakan tumbuhan herba yang dianjurkan dalam agama Islam untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
2. Suplemen Vitamin C
Hal ini kerana vitamin C amat penting untuk membina sistem imun yang kuat lagi kebal. Oleh itu, ianya sangat penting untuk mendapatkan vitamin C yang cukup bagi kesihatan kita. Vitamin C yang mencukupi dapat memastikan kita tidak cepat mendapat sebarang jangkitan kuman kerana sistem imun yang kuat.
Korang boleh ambil dalam bentuk tablet yang dibancuh dengan air atau makan begitu sahaja mengikut kesesuaian diri.
Zink mempunyai peranan dalam mengukuhkan sistem imun, mengekalkan pembentukan sel, mempercepat proses penyembuhan luka, dan memecahkan karbohidrat.
Lagi yang menarik, makanan tambahan zinc bukan sahaja untuk sistem imun malah untuk kecantikan kulit wajah juga.
Selain itu, ingat sentiasa menjaga kebersihan.
Sumber : Facebook Mufti Menk
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecoh sebelah malam tadi di Dataran Merdeka apabila seramai 31 orang anak muda ditahan oleh pihak polis setelah sebuah perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka.
Perhimpunan dipercayai dilakukan untuk memperingati 13,480 orang mangsa korban wabak Covid-19 selama ia merebak di Malaysia. Biarpun dilakukan secara aman tanpa sebarang demonstrasi jalanan dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti menjaga penjarakan sosial serta memakai pelitup muka, anggota polis tetap berada di Dataran Merdeka sejak perhimpunan bermula seawal jam 8 malam.
Kira-kira pada jam 8.30 malam setelah kenyataan dibacakan oleh aktivis yang mewakili Sekretariat Soladariti Rakyat (SSR), polis menghentikan perhimpunan dan meminta para peserta agar mengikut mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan menaiki lori polis yang terkenal dengan gelaran ‘Black Maria’. Ini demi membantu proses dokumentasi terhadap apa yang berlaku semalam.
Namun, para peserta dilihat enggan mengikuti permintaan anggota dan berkali-kali bertanyakan sama ada mereka ditahan ataupun tidak. Daripada video yang kini berlegar di media sosial, peserta juga kelihatan diseret dan dipaksa masuk ke dalam dua buah kenderaan ‘Black Maria’ yang dibahagikan kepada lelaki serta perempuan.
Akhirnya, mereka semua dikompaun sebanyak RM62,000 di mana nilai kompaun adalah sebanyak RM2,000 bagi seorang peserta.
Terlalu banyak sebenarnya aspek yang dikupas oleh orang ramai apabila melihatkan kepada situasi yang telah kecoh di media sosial ini. Namun, penulis lebih tertarik dengan kenderaan yang digunakan oleh anggota polis bagi menahan 31 orang peserta himpunan kenang mangsa Covid-19 ini.
Ada yang berpendapat tidak patut untuk para peseta ditahan sebegitu rupa dan dibawa menaiki kenderaan yang digeruni ramai itu; ibarat mengheret penjenayah yang telah melakukan kesalahan berat.
Apa sebenarnya signifikan ‘Black Maria’ ini? Dan dari mana datangnya nama itu? Ini lima info mengenainya:
01
Black Maria ialah kenderaan pengangkutan polis yang biasa digunakan bagi membawa tahanan dalam sel, orang yang dituduh atau membawa sejumlah pegawai polis ke mana-mana lokasi kejadian.
02
Rekaan kenderaan ini pada asasnya merupakan sebuah lori tetapi diubahsuai dengan mempunyai ‘sangkar besi’ di bahagian muatan untuk menempatkan sekelompok kumpulan yang diangkut.
Sangkar besi ini boleh dikunci menggunakan mangga demi tujuan keselamatan seperti tahanan melarikan diri ketika dalam perjalanan.
03
Pada awal sejarah penggunaannya, Black Maria mula diperkenalkan di Amerika Syarikat sekitar tahun 1962. Seorang pesalah wanita bernama Maria di New Jersey pada waktu itu sering dilihat dibawa oleh anggota polis menggunakan kenderaan jenis wagon paddy ini. Semakin lama, rekaannya diubah dengan adanya sangkar besi selepas beberapa kes pesalah menyerang anggota polis dan percubaan melarikan diri dilaporkan.
04
Banyak kes prolifik di Malaysia yang pernah ‘menampilkan’ Black Maria di lokasi kejadian. Yang paling terbaru dan diingati ramai tentunya adalah kejadia sebuah kenderaan Black Maria yang memasuki kawasan kejiranan kediaman peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta semasa kejadian rampasan barang peribadi milik beliau dan isteri terjadi pada tahun 2018; sebaik berakhirnya musim Pilihan Raya Umum.
05
Tidak diketahui benar atau tidak, kenderaan Black Maria di Malaysia ini selalu dikaitkan dengan nasib malang. Sesiapa saja yang pernah menaiki dikatakan akan ditimpa malang. Pernah terjadi, Black Maria yang terbakar akibat kemalangan jalan raya dan juga pernah terbalik hingga mencederakan tahanan serta anggota polis di dalamnya. Ada juga yang percaya Black Maria mempunyai kisah mistik yang tidak diceritakan secara terbuka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!