Selalunya, video berbentuk ‘house tour’ atau ‘room tour’ akan dilakukan untuk berkongsi bahagian tertentu di dalam kediaman atau di dalam kamar tidur seseorang atas permintaan followers di platfor atas talian.
Namun lain pula alasan di sebalik video ‘house tour’ yang terpaksa dilakukan oleh Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersempena cuti Tahun Baru Cina ini.
Menerusi perkongsian di platform media sosialnya itu, beliau berkata tindakannya memuat naik video tersebut adalah gara-gara dakwaan daripada beberapa pihak kononnya beliau memiliki sebuah kediaman jenis banglo yang bernilai jutaan Ringgit.
Justeru atas nama ketelusan dan tidak gentar untuk membongkarkan aset tersebut, Ahli Parlimen Muar itu telah menjelaskan menerusi video tersebut bahawa kediaman itu telah disewanya sejak beliau berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan sebagai menterinya lagi dan ia bukan milik sepenuhnya.
Ads
Sebaliknya, ia adalah bangunan sewa yang ditransformasikan menjadi ruang bekerjanya dan sebagai tempat perjumpaan serta bermesyuarat dengan ahli parti Muda yang lain. Ini kerana parti yang baru saja didaftarkan secara sah itu masih belum mempunyai pejabat rasmi.
Relaks sahaja beliau berkata, “Jom saya tunjuk rumah sewa saya,” sebelum menunjukkan satu-persatu ruang di dalamnya.
Ads
Bahagian ruang tamu telah dijadikan ruang bekerja dengan skrin monitor jelas dilekatkkan di atas meja kopi yang ada di tengah. Ruang tamu kedua juga dijadikan ruan bekerja lengkap dengan beberapa papan putih yang penuh dengan catatan perbincangan dalam kalangan ahli MUDA.
“Hanya satu bilik sahaja yang saya boleh guna (untuk kegunaan peribadi) kerana yang lain semua sudah dijadikan pejabat.
“Sebab itulah waktu saja jadi menteri dahulu, saya tolak tanah, saya tolak rumah banglo di Putrajaya. Saya sewa saja rumah dan pada masa yang sama, saya juga merupakan menteri pertama yang isytihar segala aset dan segala proses kontrak di Kementerian Belia & Sukan – tender terbuka! Tak ada kepada kroni-kroni,” jelasnya sambil berpendapat tiada apa yang harus ditakutkan olehya.
Ads
Hari ini saya tunjuk sendiri rumah sewa saya.
Saya telus, tak ada apa-apa nak sorok.
Tapi menteri-menteri UMNO/BN langsung tak disiasat. Hidup bukan main mewah.
Ini kerana beliau tidak mempunyai kenderaan mewah, rumah mewah, jam tangan mewah atau secara sinikalnya, saham berjuta-juta secara haram.
“Berani kerana benar. Nak siasat, siasatlah!”
Jujurnya, macam best pula kan ada pejabat di ruang rumah dan bukannya di bangunan komersil seperti kebiasaan. Relaks sedikit hendak bekerja, hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang ibu menyelamatkan nyawa anak lelakinya yang disangka sudah mati sewaktu upacara pembakaran mayatnya sebelum ibunya sendiri perasan ada air mata mengalir di pipi anaknya itu.
Memetik laporan Mirror, Gandham Kiran, 18 tahun berada di dalam keadaan koma sebelum doktor mengesahkan bahawa dia berada dalam keadaan vegetatif seterusnya diisytiharkan sebagai brain dead.
Saat ahli keluarganya menyiapkan dirinya untuk upacara pembakaran mayat, ketika itulah ibu Kiran menyedari bahawa anaknya itu mengalirkan air mata.
“Saya sangat terkejut dan segera memanggil ahli keluarga yang lain serta memanggil pengamal perubatan yang kemudiannya mengesahkan bahawa anak saya masih hidup dan memohon agar kami tidak menghentikan mesin sokongan hayat.
“Tiga hari kemudian, Kiran kembali sedar dan mula bercakap dengan kami walaupun suara perlahan. Dia dibenarkan keluar pada Ahad lalu dan sehingga kini masih dalam proses rawatan,” katanya kepada Hindustan Times.
Sebelum ini, Kiran yang berasal dari kampung Pillalamarri di Daerah Telangana, India dimasukkan ke hospital kerana demam panas dan muntah-muntah.
Keadaannya bertukar kritikal sehingga dipindahkan ke hospital lain dan mula koma pada 3 Julai lalu. Doktor kemudiannya mengisytiharkan dia sebagai brain dead namun ibunya tidak mahu mematikan mesin sokongan hayatnya.
“Saya mahu anak saya bernafas hingga ke akhirnya di kampung jadi kami bawa dia dengan mesin sokongan hayatnya sekali,” jelas ibunya.
Ternyata ketegasan ibunya itu berjaya menyelamatkan Kiran. Benarlah bahawa gerak hati seorang ibu sememangnya betul.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malah, anak bongsu daripada lima beradik, Mazuan Zainal Abidin, 34, tidak kisah dengan pandangan masyarakat bahawa tindakannya itu seolah-olah mensia-siakan tempoh enam tahun pengajian bagi mendapatkan diploma dan ijazah, 12 tahun lalu.
Mazuan bersama ibu bapa nya
Mazuan sebelum itu aktif berkongsi rutin hariannya sebagai anak bongsu termasuk mengenai kepekaan masyarakat berhubung anak-anak autisme di aplikasi TikTok sehingga meraih puluh ribuan tontonan.
Mazuan juga bersyukur ibunya, Thum Mansor, 66 dan ayahnya, Zainal Abidin Maarof, 69, masih sihat. Keputusan untuk berhenti kerja agak sukar, tetapi kerana kakak dan abangnya sudah bekerja dan berpindah, Mazuan merasa tanggungjawab untuk menjaga ibu bapanya. Bekas eksekutif syarikat swasta di ibu kota ini memutuskan untuk tinggal bersama mereka.
Stigma Negatif Masyarakat
Mazuan, anak peneroka Felda Raja Alias, menghadapi stigma negatif kerana tinggal di kampung walaupun berpendidikan tinggi.
Masyarakat menganggapnya sebagai beban dan tiada masa depan, tetapi sebenarnya dia berniaga kecil-kecilan dalam talian untuk menyara keluarganya. Ada juga yang memandang positif usahanya, menganggapnya sebagai pengorbanan yang patut dibanggakan.
Perkongsian Mazuan mengenai rutin hariannya mendapat puluh ribu tontonan.
Mazuan berkongsi rutin harian sebagai anak bongsu di TikTok untuk menunjukkan bahawa anak bongsu juga boleh bertanggungjawab. Video mengenai anak saudaranya yang autisme mendapat perhatian, di mana Mazuan berkongsi rakaman CCTV untuk meningkatkan kesedaran tentang golongan istimewa.
Mazuan (kanan) bersama anak-anak saudaranya.
Mampukah kita membalas jasa ibu bapa kita sejak kecil seperti yang dilakukan pemuda ini.
Marilah kita berdoa agar Mazuan terus kuat dan sihat untuk berbakti kepada keluarga .
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru sejumlah 712 orang meninggal dunia akibat penyakit itu dalam 24 jam terakhir, sekali gus melonjak kepada jumlah keseluruhan 8,215 orang – lebih dua kali ganda dari tempat lain di dunia. Jangkitan baharu pula meningkat 6,153 kes, menjadikan setakat ini 80,539.
Rata-rata semua orang berasa gerun dan takut akan peningkatan angka kematian di negara bersejarah itu. Apa yang membuatkan negara bersejarah ini mempunyai kadar kematian yang sangat tinggi di dunia meski telah kerajaan mereka telah membuat perintah berkurung (lockdown).
Dua bulan lalu dunia dikejutkan dengan kemampuan China membina sebuah hospital dalam masa hanya dua minggu. Tapi lain pula di Itali kini.
Di Itali ,situasi Covid-19 semakin runcing dengan jumlah kematian di negara ini melangkaui China. Unit rawatan rapi hospital pula telah dipenuhi pesakit kritikal. Antara jalan penyelesaian yang dicadangkan ialah membina unit rawatan rapi segera menggunakan kontena. Konsep Connected Units for Respiratory Ailment (CURA) ini adalah hasil kerjasama Carlo Ratti Associati, Italo Rota, Studio FM Milano, Humanitas Research Hospital, Jacobs dan Squint/opera.
Setiap kontena boleh menempatkan dua orang pesakit. Dengan rekaan modular, sebuah unit rawatan rapi yang sentiasa berkembang dapat dibina dengan pantas. Pembinaan boleh dilakukan di tempat letak kereta, padang, dataran awam dan juga kapal kargo yang diubahsuai.
Kontena dengan mudah boleh didapati di seluruh dunia dan oleh sebab itu rekaan CURA akan diberikan secara sumber terbuka kepada negara yang memerlukan. Buat masa ini CURA masih lagi sebuah konsep tetapi dengan jumlah pesakit yang semakin meningkat tidak mustahil ia menjadi realiti dalam masa terdekat.
Moga bakal hospital kontena ini dapat menampung jumlah pesakit Covid-19 di Itali.
SUMBER RUJUKAN: CARLORATTI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!