Selepas melalui detik sukar pada awal Mac lalu, penyampai radio 3 Pagi Era dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad mendedahkan kata-kata semangat daripada ibunya yang memberi ketenangan buat dirinya.
Menurut Nabil, ibunya menasihatinya agar tidak terlalu risau soal rezeki kerana semua itu adalah urusan Allah SWT.
“Saya ada mengadu kepada ibu minta dia doa. Kata ibu jangan risau. Dia pesan ‘majikan’ kita adalah Allah. Apa sahaja berlaku Allah tahu dan itulah yang terbaik.
“Saya tak pernah rasa ‘down’ seperti itu dan pesan ibu membuatkan saya tenang,” katanya.
Nabil turut mengimbas kembali momen sewaktu beliau bersama dua rakan sepasukan, Radin dan Pak Azad, menerima surat pemberhentian sementara tugas atau ‘direhatkan’.
“Kami sama-sama buat dan sama-sama tanggung akibat. Selepas dapat surat, kami menangis di depan pejabat sebelum pulang ke rumah.
“Ketika itu kami hanya mengenangkan nasib sendiri sebab semua orang ada tanggungjawab masing-masing.
“Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah dan ujian buat kami di bulan Ramadan. Walau apa yang berlaku, kami sentiasa ada buat satu sama lain,” ujarnya lagi.
Ads
Pengacara program MeleTOP ini juga mengambil iktibar daripada apa yang terjadi dan kini lebih berhati-hati dalam menyampaikan kandungan kepada pendengar serta penonton.
Media Hiburan antara majalah hiburan tanah air yang telah lama bertapak dalam industri penerbitan bagi merungkai gossip-gosip selebriti dalam dan luar negara. Walaupun sudah tidak lagi diterbitkan secara fizikal, jenama Media Hiburan masih lagi gah menerusi versi digital.
Terbaharu, sebuah program televisyen yang diberi nama Media Hiburan Throwback akan bersiaran di kaca televisyen dengan menampilkan 15 selebriti terkenal dalam 13 episod secara keseluruhan. Antaranya seperti Dato’ AC Mizal, Erra Fazira, Rita Rudaini, Norman Hakim, Faizal Hussein, Sharifah Shahirah, Dato’ Awie dan ramai lagi.
Selebriti ini akan dikejutkan dengan artikel dan juga gambar lama yang pernah mereka lakukan bersama majalah Media Hiburan sebelum ini.
Bayangkan apabila photoshoot mereka 30 tahun lalu dikeluarkan kembali, bermacam gaya yang melucukan dan juga 1001 kisah boleh kita lihat dan dengar.
Mesti best kan? Mungkin juga selebriti jemputan ini nak berkongsi rahsia mereka kan?
Dihoskan oleh Radin, jangan lepaskan peluang untuk menonton Media Hiburan Throwback yang akan ditayangkan di saluran Astro Prima bermula 24 Mac 2021 pada jam 9 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Menjadi nombor satu bukan segalanya, apatah lagi apabila kita perlu mengorbankan integriti diri sendiri demi mencapai kejayaan. At what cost?”
Begitulah cara pelakon muda dan bekas finalis pencarian Dewi Remaja 2014/15, Arena Wan menyimpulkan mesej bermakna di sebalik drama bersiri Astro Originals, Generasi: Perfect 10 (GP10) yang menjadi naskah hit dalam kalangan penonton.
Arena Wan Umpama Bermimpi
Sebagai konteks kepada korang yang belum berkesempatan untuk mengikuti naskah daripada Home Of Originals, Astro Originals, GP10, drama lapan episod ini membawakan tema sukan gimnastik wanita yang belum pernah diketengahkan di kaca televisyen tempatan.
Siri Astro bersiri yang boleh distrim di melalui Astro GO dan aplikasi sooka, arahan Sling Ng ini majoritinya dibintangi oleh barisan pelakon perempuan termasuklah Arena sendiri, Arabella Ellen, Datin Sofia Jane, Sharifah Sakinah, Sherie Merlis, Ellyza Azizi, Aila Aziziul, Chadni Nagadurga, Dhabita Auji, Aaliyah Natasha dan Hazi Juzaili selain memperkenalkan bekas gimnas kebangsaan, Farah Ann Abdul Hadi dalam watak lakonan pertamanya sebagai Natasha Zahra Hadi.
GP10 mengisahkan tentang Ezie atau Ezrina Riyad Azfar yang meminati sukan gimnastik atas sokongan bapanya, Azfar (lakonan Qi Razali) dan bercita-cita menjadi seorang atlet profesional.
Ezie kemudian memohon masuk ke akademi sukan paling berprestij, PERMAI di bawah bimbingan Coach Sue (lakonan Datin Sofia Jane) dan di sana, Ezie bukan hanya perlu membiasakan diri dengan situasi baharu tetapi juga berdepan saingan gimnas sedia ada terutamanya daripada Victoria Zahra Hadi (lakonan Arabella Ellen).
Sepanjang episod keudara menerusi Astro One dan di aplikasi sooka, penonton dipersembahkan dengan kandungan yang menyentuh mengenai persahabatan, disiplin, dedikasi, tekanan yang dihadapi oleh remaja dan rasa kompetitif melampau yang sedikit sebanyak menghancurkan persahabatan yang terjalin
Tersungkur Dengan Konflik Persahabatan Disebabkan Keinginan Ekstrem
Dalam dunia sukan yang begitu subjektif seperti gimnastik yang ditayangkan dalam GP10, Ezie dan Victoria terpalit dalam konflik persahabatan disebabkan keinginan ekstrem untuk diterima oleh jurulatih mereka serta untuk diiktiraf di peringkat kebangsaan.
Pada awalnya, Ezie kekal dengan integriti sebagai seorang remaja dan ahli sukan. Namun, perlahan-lahan Ezie tersungkur apabila saingan di antara mereka memuncak di gelanggang gimnastik. Jelas, Ezie memakan dirinya sendiri sehinggakan dia terlupa misi sebenarnya menyertai dunia sukan ini. Adakah pencapaian ‘Perfect 10’ selepas aksi di gelanggang boleh membayar semula nilai ego dan hasad dengki yang menjerat diri?
“Apabila kami bersama-sama menonton episod terakhir beberapa hari lalu (di acara tayangan yang berlangsung di TGV Pavilion Bukit Jalil), saya merasai pelbagai jenis emosi. Lebih-lebih lagi bila tiba di bahagian hujung episod terakhir ini di mana Ezie mengucapkan monolog, ia benar-benar membuat saya terkesan.
“Pada waktu itu, saya sedar usaha kami semua untuk menjayakan GP10 benar-benar berbaloi. GP10 menceritakan lebih daripada sekadar kisah ahli sukan. Ia menjawab persoalan bagaimana seseorang boleh bangkit selepas jatuh. Ia mengangkat nilai keberanian untuk mengakui kesalahan dan menyambut permohonan maaf seseorang apabila ia dihulurkan.”
“Peluang menjayakan watak Ezie bukan sekadar mencabar saya dari sudut lakonan. Ia turut meninggalkan kesan mendalam kerana GP10 merupakan projek pertama saya bersama Astro Originals dan Astro Shaw sebagai pelakon utama setelah saya berusaha selama bertahun-tahun.
“Saya sangat berterima kasih di atas peluang ini dan kepada semua pihak yang telah menunjukkan sokongan kepada kami,” ujar Arena lagi.
GP10 Bawa Mesej Segar & Indah Ditonton
Kepada korang yang telahpun menonton drama bersiri GP10 dari awal hingga episod akhir, tentunya korang terkesan dengan cara sinematografi yang begitu memukau. Bukan hanya ia membawa imej segar terhadap pencinta drama dan filem tempatan, cara GP10 diceritakan dengan visual sebegitu rupa juga memudahkan orang ramai menghadam mesej yang ingin disampaikan.
Tidak hairanlah, Arena saban minggu menerima pujian yang diberikan oleh para peminat yang memuji garapan GP10 yang boleh dilayan oleh masyarakat pelbagai peringkat usia.
“GP10 umpama mimpi kerana saya akhirnya menjadi sebahagian daripada sebuah projek yang begitu besar.
“Dari episod awal hingga ke episod akhir, saya lega GP10 diterima oleh orang ramai terutamanya penonton sasaran kami iaitu remaja perempuan yang bercita-cita ingin mencapai impian mereka,” tambahnya lagi.
Buat korang yang ingin menonton semula siri premium Astro Originals Generasi: Perfect 10, jom kita strim kesemua episod secara On Demand menerusi Astro One dan di aplikasi sooka.
KREDIT FOTO: Instagram // @arenalieya
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor terkenal, Fattah Amin tampil menafikan dakwaan bekas isteri yang juga merupakan aktres dan usahawan popular, Nur Fazura berlakunya curang dalam perkahwinannya.
Menerusi laporan media tempatan, dia sama sekali tidak berlaku curang sebagaimana yang didakwa pelakon filem Pisau Cukur itu.
“Saya nafikan perkara itu, peguam dia sudah beritahu sebelum ini tiada kes curang, kenapa tiba-tiba ada kes curang?
“Itu semua saya nafikan. Saya pun ada bukti, itu tohmahan untuk mencemarkan nama baik saya Sedangkan kita sudah ada perjanjian sebelum saya lafaz tadi, sepatutnya menjaga aib masing-masing,” katanya.
Selain itu, Menurut bapa kepada seorang puteri itu turut menegaskan perceraian mereka berlaku disebabkan tiadanya persefahaman selain mengakui tidak pernah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa kepada Fatima.
“Saya terkejut dan sedih apabila ada kenyataan seperti itu daripada Fazura.
“Tiada persefahaman itu sahaja. Mengenai tidak berikan nafkah, sayd ada bukti kenyataan bank yang menunjukkan transaksi semud ke keluarga. Tetapi mungkin itu tak cukup untuk dia,” ujarnya panjang lebar.
Pasangan selebriti popular tersebut akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari di sini hari ini, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Terdahulu, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 227 November 2017. Pada 3 September 2024
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa terharu selepas menyedari tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sentiasa memakai tali leher yang...