Pengarah terkenal, Syamsul Yusof, meluahkan rasa bangga dan terharu apabila putera sulungnya, Syaikhul Islam, menerima anugerah ‘Player of the Year’ daripada Kuala Lumpur FC.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Syamsul mengungkapkan rasa bangga sebagai seorang ayah terhadap pencapaian luar biasa anaknya itu dalam sukan bola sepak. Menurutnya, kejayaan Syaikhul turut menggembirakan seluruh ahli keluarganya.
“Anak lelaki saya dapat best soccer ‘player of the year’ award from Kuala Lumpur FC. Ayah and seluruh ahli keluarga bangga dengan kamu Syaikhul Islam. Alhamdulillah,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Ads
Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada Syaikhul. Ibu Syamsul, Datin Patimah, turut menzahirkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian cucu kesayangannya itu.
Tahniah diucapkan kepada Kelab Koir Sekolah Menengah Swasta St Joseph (SJPS) kerana memenangi tempat pertama, juga Anugerah Emas pada Pertandingan dan Festival Choral Busan Kategori Belia.
Kumpulan ini merupakan satu-satunya wakil Malaysia yang membuat persembahan secara maya dan membawakan lagu tradisional ‘Ikan Kekek’.
Kelab Koir SJPS berjaya menewaskan tiga peserta termasuk dua dari Indonesia dan satu dari Korea Selatan.
St Joseph Private School Chamber Choir ditubuhkan pada 2017 dan terkenal dengan pementasan The White Rajah pada 2017 dan 2019.
Sebelum ini, mereka pernah memenangi Pingat Emas di Festival Koir Maya Dunia ke-2 pada 2020 dan Anugerah Emas di Malaysian Choral Eisteddfod International Choral Festival.
Malah pada 2018, mereka juga pernah merangkul pingat perak menerusi Festival Choral Antarabangsa Orientale Concentus ke-11 di Singapura.
Wah, memang berbakat pelajar-pelajar SJPS ni. Tahniah sekali lagi Remaja ucapkan atas kejayaan yang diterima.
Sofizah Mousin, 33 menjadi individu kebanggaan negara semalam setelah dinobatkan sebagai johan kategori wanita pada acara Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62 yang disiarkan secara langung di saluran RTM 1.
Sofizah yang merupakan seorang guru mata pelajaran Geografi kelahiran Sabah dan kini berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sea, Petaling Jaya ini memperdengarkan bacaan surah Yunus ayat 83 dan mencatatkan markah keseluruhan sebanyak 89.66 peratus.
Sekaligus, bacaan Sofizah telah menarik hati panel juri di Dewan Pleno, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan mengenepikan 11 lagi qariah antarabangsa lain.
Kata beliau dalam siaran langsung semalam, perasaan terkejut dan teruja saling bercampur ketika namanya diumumkan sebagai johan qariah kali ini.
“Alhamdulillah, gembira dan sangat bersyukur. Selepas ini, saya akan teruskan dakwah Quran insyaAllah dan saya tidak akan henti belajar. Saya akan terus bertalaqqi jumpa ustaz. Saya juga akan berusaha selepas ini untuk menjadi guru Quran yang baik,” katanya.
Selain hadiah berupa piala dan sijil penghargaan yang disampaikan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Sofizah juga menerima hadiah wang tunai.
Sementara itu bagi kategori lelaki pula, johan menjadi milik Mohamed Sameer Mohamed Megahed dari Bahrain yang dengan catatan markah 93.33 peratus.
*
Saluran RTM TV1 menjadi saluran televisyen kegemaran Sofizah Mousin kerana program-program tilawah Al-Quran seringkali disiarkan.
*
Terdahulu, Sofzah pernah memenangi tempat pertama pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2022 pada 17 Jun lalu. Bertempat di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor,
Sofizah ketika ditemui oleh rakan pemberita berkata; beliau selalu berlatih bertaranum hanya di dalam kereta sewaktu tersekat dalam kesesakan lalu lintas di antara rumahnya dan SMK Taman Sea.
“Biasanya saya betul-betul lapang waktu memandu pergi dan balik dari rumah ke sekolah.
“Pada ketika itulah saya manfaatkan sepenuhnya. Jika tidak, pasti saya kurang masa untuk berlatih,” katanya.
Sofizah turut berkongsi bahawa minatnya terhadap Al-Quran dan lenggok bacaannya bermula daripada dirinya sendiri ketika berusia 13 tahun dan tidak dipaksa oleh orang di sekeliling termasuklah keluarga. Tanpa niat untuk menyertai pertandingan pun, Sofizah hanya ingin mendalami dunia taranum Al-Quran dan mempelajarinya untuk mendapatkan ketenangan dan kepuasan hati.
“Tiada seorang ahli keluarga pernah menyertai tilawah. Memang saya seorang saja begini, saya tidak terpengaruh dengan siapa-siapa. Semuanya datang sendiri,” jelasnya.
Bekas pelajar SMK Agama Inanam, Sabah ini mula menyertai pertandingan tilawah Al-Quran hingga mara ke peringkat kebangsaan pada usia semuda 15 tahun. Biarpun tidak bergelar johan, wang kemenangan digunakan Sofizah untuk membeli kaset Al-Quran kerana tidak mudah untuknya pada waktu itu untuk mencari guru khusus dalam bidang taranum di Sabah.
Dari situ, beliau melanjutkan pelajarannya ke Univeriti Malaysia Sabah dan meneruskan minatnya menyertai kejohanan tilawah Al-Quran lain termasuklah di peringkat Asia Tenggara.
Sekali lagi, penyertaan-penyertaan ini bukanlah untuk mengejar kemenangan tetapi baginya, ia merupakan cara dakwahnya dengan membaca ayat suci Al-Quran. Ternyata, ramai rakan-rakan Sofizah yang mula berminat mendalami cara bacaan Al-Quran hingga memintanya untuk mengajar setelah mendengar Sofizah mendalaminya.
“Jauh di sudut hati saya, langsung tidak kisah sama ada menang atau kalah. Cinta saya pada dunia Al-Quran dan taranum sangat dalam.
“Jika serabut, saya bka dan baca kalimah-kalimah Allah ini. Terus hilang semua masalah dalam sekelip mata,” simpulnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun diuji dengan masalah kemurungan sehingga perlu mendapatkan rawatan psikologi di hospital, ianya tidak menjadi penghalang buat pelajar, Siti Bayu Mohd Ridzuan (18) untuk mendapat keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan semalam.
Siti Bayu yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian , terpaksa menduduki peperiksaan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II mengakui bersyukur dengan keputusan itu selepas mengharungi pelbagai cabaran akibat kemurungan sejak 2019 lagi.
Kredit: Sinar Harian
Katanya, menghidap kemurungan ketika bergelar seorang pelajar bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi berkat sokongan ibu bapa, guru dan kekal positif menjalani rawatan menjadi kunci utama kejayaannya.
“Sebenarnya saya tidak sangka dapat 9A(2A+ ,7A), sebab ketika percubaan tempoh hari saya memperoleh C untuk subjek Matematik. Bagaimanapun, Alhamdulillah, hasil usaha saya membuat latih tubi, akhirnya saya memperoleh A bagi subjek ini”
“Disebabkan kemurungan ini juga saya terpaksa bertukar-tukar sekolah sehingga akhirnya selesa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian 1. Terima kasih kepada semua guru mengajar kerana memahami keadaan saya yang sebenar”
Kredit: Sinar Harian
Menurut Siti Bayu, keadaannya kini semakin membaik dan berharap dirinya boleh terus kuat kerana selepas ini lebih banyak yang ingin dicapai termasuk berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Pelajar cemerlang itu berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM) dalam jurusan perundangan dan mempunyai cara tersendiri ketika mengulangkaji pelajaran iaitu dengan membuat latihan atau nota menggunakan pen merah supaya lebih mudah diingati.
“Sebulan sebelum menduduki peperiksaan SPM, saya akan bangun seawal jam 4 pagi untuk mengulangkaji pelajaran kerana berasa lebih segar dan tenang untuk belajar sehinggalah azan Subuh berkumandang”
Kredit: Sinar Harian
“Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua doktor yang merawat saya di HRPZ II, terutama kepada Dr Suria yang paling rapat dan sering memberi dorongan serta sokongan yang tidak putus-putus”
Dalam pada itu, Siti Bayu juga berharap melalui prestasinya ini, ia boleh memberi semangat kepada rakan-rakan lain yang senasib selain membuktikan bahawa mereka yang kemurungan boleh sembuh seterusnya berjaya seperti orang lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.