Niat asal seorang pelajar Indonesia bernama Sultan Gustaf Al Ghozali apabila mengumpul koleksi swafoto sendiri yang hampir mencecah 1,000 keping adalah demi mencipta video timelapse buat dirinya sempena hari konvokesyen. Lalu dia telah mengambil swafoto pada setiap hari sejak lima tahun lalu dengan duduk di hadapan komputer.
Sultan Gustaf Al Ghozali . Sumber Foto : CNN Indonesia
Namun setelah pelajar jurusan Sains Komputer dari Semarang ini mengetahui mengenai kelebihan teknologi ‘blockchain’, dia mengambil keputusan untuk memuat naik kesemua foto tersebut ke platform NFT di bawah album berjudul Ghozali Everyday’.
Siapa sangka, perbuatan Sultan itu mendatangkannya durian runtuh setelah hak digital untuk foto-foto itu terjual di NFT pada nilai melebihi USD1 juta atau kira-kira RM4 juta dengan menggunakan wang kripto.
Kata remaja berusia 22 tahun itu, “Pada mulanya, saya hanya meletakkan foto itu pada haga USD3 (RM12) kerana tidak pernah terfikir akan ada orang yang ingin membelinya. Saya fikir agak lucu jika ada individu yang ingin mengumpul foto-foto saya itu.”
Namun, begitulah kata orang rezeki memang tidak pernah salah alamat. Sultan mendapati salah satu fotonya terjual pada nilai 0.247 matawang kripto bersamaan USD806 (RM3,367). Jualannya itu semakin meningkat selepas seorang chef selebriti mempromosikan foto itu di media sosialnya.
Dalam tempoh beberapa hari saja, lebih 400 orang individu lain telah membeli hak milik digital foto remaja itu! Sehingga hujung minggu lalu, nilai koleksi foto Sultan telah mencecah nilai 317 ether bersamaan USD1 juta (RM4 juta).
Ads
Begitupun, pelajar yang bercita-cita untuk memiliki studio animasinya sendiri satu hari nanti ini berkata dia masih tidak berani untuk memberitahu ibu bapanya mengenai rezeki ini kerana gusar mereka menjadi hairan dari mana mereka boleh memperolehi wang sebegitu banyak.
Buat masa ini dia akan meneruskan rutinnya mengambil swafoto sehingga hari konvokesyen dan wang yang diterimanya akan dilaburkan ke arah sesuatu yang brmanfaat.
Haa, kalau korang tengah ikat perut di kampus dan kekurangan wang perbelanjaan, tak salah untuk korang mencuba cara Sultan Gustaf Al Ghozali ini. Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berikutan isu kebocoran maklumat pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada minggu lalu, semalam universiti tempatan tersebut telahpun mengeluarkan kenyataan media untuk menghentikan sebarang spekulasi liar netizen.
Menerusi akaun Facebook mereka, UiTM yang diwakili oleh Naib Canselor mereka iaiti Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan said berkata UiTM memandang serius akan faktor keselamatan ICT universiti tersebut terutamanya jumika melibatkan pengambilan maklumat tanpa kuasa yang sah.
Gambar hiasan.
Bagi netizen yang menyalahkan universiti tersebut kononnya tidak bertanggung jawab ke atas maklumat peribadi para pelajar mereka, UiTM menjelaskan bahawa mereka sudah bersiap sedia dengan sistem keselamatan ICT yang canggih dan sistem tersebut juga telah menerima pensijilan rasmi daripada pihak SIRIM QAS International Berhad.
Jadi, adakah ini dilakukan oleh pihak dalaman sendiri?
Hhm, sementara kes ini masih disiasat, kita sebagai orang luar tak bolehlah buat andaian melulu. Pihak UiTM sendiri percaya bahawa maklumat yang dibocorkan telah diolah dan dimanipulasi oleh pihak tak bertanggungjawab. Sekiranya benar pihak dalaman yang melakukan salahlaku tersebut, mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Eloklah jika isu ini dalam siasatan terperinci. Masih berpuluh ribu pelajar UiTM yang sedang menuntut di kesemua cawangannya di seluruh Malaysia dan mereka pastinya tertanya-tanya status info peribadi masing-masing sama ada ia selamat ataupun tidak.
Siapa yang tak sedih apabila melihat jumlah kes harian Covid-19 setiap hari bertambah dan sudah pun melebihi 5 angka. Tambahan lagi varia baru yang muncul membuatkan rakyat Malaysia dan dunia mulai penat dengan semua ini.
Terbaru, kita dikejutkan dengan kemunculan Covid-19 kelima yang diklasifikasikan sebagai jenis mutasi yang lebih bahaya dan membimbangkan.
Foto: REUTERS
Dikenali sebagai nama ‘MU’, menurut laporan The Straits Times ia disebut secara ilmiah sebagai B.1.621 dan telah diklasifikasikan sebagai “varian of interest” oleh WHO. Malah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) juga kini sedang giat memantau varian baru wabak COVID-19 tersebut. Varian Mu ini difahamkan pertama kali dijumpai di negara Amerika Latin, Colombia pada bulan Januari lalu.
Dalam laporan mingguan WHO, menjelaskan bahawa varian Mu mempunyai sifat mutasi yang menunjukkan potensi untuk melepaskan diri dari sistem imun. Kini varian Mu telah diletakkan di dalam kategori perhatian khusus WHO dan mula menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar serta orang awam di tengah-tengah situasi varian Delta yang belum habis menular.
Untuk info, Mutasi tertentu boleh mempengaruhi sifat wabak dan mempengaruhi seberapa mudah penyebarannya, serta keparahan penyakit yang ditimbulkannya.
Varian ‘Mu’ dikatakan mutasi yang menyebabkan virus menjadi lebih berdaya tahan dengan tindak balas vaksin, ubat-ubatan dan langkah pencegahan lain. WHO setakat ini telah mengenal pasti empat varian COVID-19 yang menjadi perhatian, iaitu Alpha, Beta, Gamma dan Delta. Saat ini lima varian baru, termasuk Mu, berada di bawah pemantauan khas oleh WHO.
Apa-apapun stay safe, kekal ikut SOP dan duduk dirumah jika tiada keperluan untuk keluar walaupun sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19.
Masih ingat dengan lagu PPAP (Pen Pineapple Apple Pen) yang popular pada tahun 2016 dahulu? Boleh dikatakan lagu tersebut sering kali kedengaran dinyanyikan oleh orang ramai tidak kira usia.
Lagu tersebut membuatkan orang ramai mengenali pemilik nama Pikotaro yang berasal dari Jepun. Malah, dia juga turut dipelawa ke rancangan-rancangan luar negara dek kerana populariti lagu tersebut.
Kini kembali dengan lagu baru, ramai yang menyangkakan Pikotaro akan kembali dengan genre sama yang catchy dan lirik yang mudah.
Namun, siapa sangka bahawa genre lagu kali ini lebih gelap dan deep. Pikataro turut menjelaskan konsep lagu tersebut yang berkisarkan tentang manusia yang lahir dan akan mati.
Sesuai dengan tajuk lagu tersebut yang berjudul Everyone Must Die.
Susulan itu, di ruangan komen dipenuhi dengan netizen yang keliru dengan perubahan drastik penyanyi tersebut.
Malah ada juga yang menyalahkan Pikotaro yang dipercayai terlalu terdedah dengan anime membuatkan dia terpengaruh dengan stail lagu sebegitu.
Apa-apapun, video yang dimuat naik minggu lalu di Youtube tetap mendapat tontonan yang tinggi oleh netizen.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!