“Dahulunya sewaktu di awal era 2000-an apabila sorakan ‘Protect This House’ pertama kali dilancarkan, saya bukan salah seorang atlet Under Armour. Tetapi saya merupakan peminat tegar sorakan itu. Jadi kini, 20 tahun kemudia dan selepas 10 tahun bersama Under Armour, saya merasa amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada generasi baru yang ‘Protect This House’.
Begitulah kata-kata yang dilaungkan oleh juara kejohanan NBA sebanyak empat kali, Stephen Curry mengenai pengalamannya bertarung di gelanggang bola keranjang sepanjang dua dekad yang lepas.
Umum mengetahui, bukannya mudah untuk seseorang atlet menempah kejayaan selama pusingan kerjayanya. Ada yang berjaya mencipta nama, ada yang terus-menerus bergelar juara bertahan. Namun, majoriti daripada para atlet dunia sekadar menyinggah di dunia sukan untuk sementara waktu bagi memerah keringat untuk negara dan pasukannya yang diwakili mereka sebelum mengumumkan persaraan.
Biar apa pun yang berlaku kepada graf pencapaian seseorang atlet itu, apa yang pasti adalah mereka bukannya seorang yang mudah mengalah.
Begitulah mesej yang cuba diisampaikan oleh filem pendek terbaru jenama sukan, Under Armour yang diarahkan ole Wes Walker. Filem berjudul ‘Protect This House’ ini menampilkan penceritaan penat lelah seorang atlet yang berjuang demi nasib dan kegemilangan pasukan bola keranjang.
Ads
Menerusi beberapa temuramah yang dijayakan bersama para atlet terpilih, Under Armour menegaskan bahawa jenama itu sentiasa akan berdiri di samping ahli sukan yang tidak mengenal erti mengalah. Setiap pengalaman yang ditimba sebagai seorang profesional – sama ada ia berbentuk positif mahupun negatif – adalah sebahagian daripada kewajipan yang perlu mereka tempuhi untuk membina ‘perisai peribadi’ mereka dan terus berlawan.
Dengan evolusi terbaru ‘Protect This House’ oleh Under Armour selepas 20 tahun ia diperkenalkan, sudah tiba masanya untuk sekelompok generasi atlet baharu pula mengorak langkah ke arah kejayaan dengan mengambil semangat sama yang pernah membantu senior-senior mereka sebelum ini.
“Kepada atlet muda yang mempunyai impian besar; anyone can become a dawg. Anda hanya perlu konsisten dengan prestasi anda.”
“Tiada siapa yang akan menyerahkan kejayaan bulat-bulat dan anda tidak juga ‘entitled’ dengan apa-apa perkara dalam hidup ini.”
Jika anda inginkan sesuatu, anda perlu mengejarnya untuk diri dan pasukan. Itulah yang dimaksudkan dengan ‘Protect This House’,” kata Kelsey Plum, juara kejohanan NBA Wanita.
Ads
Latihan intensif, titisan peluh dan cabaran mendatang untuk para atlet untuk saling menyokong antara satu sama lain kini lebih penting jika dibandingkan dengan era awal 2000-an. Atlet zaman ini rata-rata mempunyai semangat kepasukanan yang lebih jitu. Tiada lagi ‘me’ tetapi hanya ada ‘we’ dalam fikiran mereka agar seluruh pasukan mampu menuai kejayaan.
Sebagai penonton di stadium mahupun di hadapan kaca televisyen, kita mungkin tidak menyedari keresahan yang mereka rasakan sebelum melangkah ke gelanggang mahupun apabila berdepan kekalahan. Di sinilah hadirnya peranan Under Armour Malaysia yang percaya bahawa tiada apa yang lebih bernilai daripada hasil usaha sendiri.
Ads
Mereka akan sentiasa ada bersama dengan para atlet ketika berdiri gah di atas podium atau ketika terduduk kecewa di dalam bilik persalinan; kerana Under Armour Malaysia percaya, mereka juga perlu ‘Protect This House’ demi menyuntik semangat serta kepercayaan kepada insan-insan berjiwa besar ini.
Layari laman sesawang untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen Protect This House oleh Under Armour.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cepatnya waktu berjalan tanpa kita sedar tinggal lebih kurang 5 hari sebelum kita semua memasuki bulan Ramadan.
Untuk pengetahuan kamu, ramai yang sudah melakukan persediaan untuk menyambut bulan suci ini. Dan ada juga yang menyimpan niat untuk fokus sepenuhnya pada bulan ini.
Bagi , memiliki telekung yang cantik dan selesa sangat penting untuk mereka beribadat. Bukan apa, jika beribadat dengan memakai telekung yang tidak sesuai dan tidak selesa boleh menganggu fokus dan khusyuk ketika beribadat.
Kali ini, Remaja kongsikan beberapa tip untuk korang barukan kembali telekung yang sudah lama. Bila telekung cantik dan selesa mestilah si pemakainya pun gembira melakukan ibadat pada bulan Ramadan ini.
1. Keringkan wajah sebelum pakai telekung
Sumber Gambar : Sora Shimazaki from Pexels
Petua ini digunakan untuk semua jenis telekung yang kamu pakai. Gunakan tisu atau tuala untuk memastikan kawasan muka benar-benar kering semasa kamu memakai mukena, sehingga sisa solek tidak akan melekat pada telekung.
2. Rendam telekung dengan air rebusan lemon
Sumber Gambar : Julia Zolotova from Pexels
Telekung putih yang sudah kotor dan dukar dibersihkan dengan air dan sabun cuci biasa, boleh direndam dalam air rebusan lemon sebelum kamu mencucinya. Biarkan telekung putih direndam selama kira-kira satu jam, kemudian basuh seperti biasa menggunakan detergen.
3. Cuci dengan baking soda
Baking soda boleh digunakan untuk membantu mencerahkan telekung putih yang kelihatan kusam. Caranya, campurkan 250 gram baking soda dengan empat liter air. Kemudian rendam telekung selama 5 minit. Jangan mengambil masa lebih dari 5 minit, kerana akan merosakkan fabrik telekung.
4. Tambahkan cuka ketika cuci
Telekung putih kusam juga boleh dicerahkan kembali dengan bantuan cuka. Caranya, tuangkan 250 mililiter cuka ke dalam air rendaman yang telah dicampurkan dengan bahan pencuci. Rendam telekung selama 10 minit, kemudian bilas hingga bersih.
Jadi apabila korang dah penjagaan telekung yang betul, tak perlulah lagi takut nak beli telekung setiap tahun. Jaga je dengan elok, mesti boleh pakai untuk jangka masa yang panjang. Tapi kalau mampu nak beli tiap tahun why not kan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bakal menjadi Ratu Norway kedua selepas Ratu Margaret yang menjadi pemerintah wanita pertama dari 1387 sehingga 1412. Si cantik manis Puteri Ingrid Alexandra merupakan anak pertama Putera Mahkota Haakon dan Puteri Mahkota Mette-Marit.
Baru menyambut hari kelahirannya yang ke-18 tahun pada 21 Januari yang lepas, ia juga merupakan tahun bermakna bagi rakyat di Norway kerana puteri mereka telah dewasa secara rasmi.
Ramai di antara kita apabila bercakap tentang kehidupan di dalam istana, mesti teruja lagi-lagi bila membayangkan betapa kayanya kerabat dan keluarga diraja selaian kecantikan yang dimiliki si tuan puteri.
Menariknya pada hari lahir Puteri Norway ini, ada beberapa keping gambar baharu Ingrid yang berlegar di media sosial. Ada yang menunjukkan dia memakai dress hitam anggun, dan yang lain mengenakan suit menyerlahkan lagi penampilan yang sofistikated dan profesional.
Tidak keterlaluan dan sesuai dengan usiannya, Puteri Ingrid dilihat hanya bertata rias serba ringkas dengan solekan warna tanah sesuai dengan rambut coklat gelapnya dan aksesori anting-anting.
Ingrid mendapat pelajaran bersama abang tirinya di sebuah sekolah rendah tempatan di Oslo, dengan ibu bapanya berharap dia akan menjalani kehidupan biasa. Ketika berusia 15 tahun, dia telah memberi Duchess of Cambridge lawatan ke taman arca yang dinamakan sempena namanya pada 2018.
Foto Via newmyroyalsFoto Via newmyroyals
Dia terkenal sebagai seorang peluncur, pernah memenangi pingat emas dalam kejohanan kebangsaan pada 2020 serta pemain kickboxer dan pemain ski.
Puteri Ingrid dilahirkan pada 21 Januari 2004 di Oslo, Norway. Dia kini menjadi pewaris takhta kedua selepas bapanya, mendahului adik lelakinya, Putera Sverre Magnus selepas penggubalan undang-undang pewarisan pada 1990.
Fuh, memang pakej lengkap Ingrid ni, cantik, kaya, bijak dan aktif bersukan.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini, kalau nak pikat gadis, kaum lelaki kena pandai tackle hati terlebih dahulu. Asalkan mereka selesa dengan lelaki tersebut, mungkin ada chance la mamat tu nak masuk line. Jadi paling penting, buat mereka rasa selesa dulu dengan korang.
Zaman dah berubah, cara tackle hati wanita pun berubah. Baru-baru ini satu kajian mendapati bahawa wanita akan lebih suka dan tertarik kepada lelaki yang kaya, lapor Herald Sun.
Menurut laporan, lelaki yang kaya seperti pemilik Tesla, Elon Musk mendapat maklum balas 3.5 kali lebih banyak dalam platform temu janji dalam talian. Penyelidik mengimbas 1.8 juta profil aplikasi temu janji dari 24 negara dan mendapati bahawa ia sememangnya berlaku di seluruh dunia.
Foto Via Pexels
“Ramai orang percaya bahawa ini hanyalah stereotaip tetapi kami mendapati bahawa ia merentasi semua budaya dalam kajian sejak 1980-an.
Kajian tersebut menilai lelaki berdasarkan pendapatan, pendidikan dan pekerjaan yang disiarkan dengan balasan dari hati yang sunyi. Walaupun wanita juga mendapat lebih perhatian jika mereka kelihatan kaya dan berpendidikan tetapi kesannya lebih kecil.
Berkenaan pendidikan dan wang tunai, maklum balas yang diperoleh lelaki sebanyak 255 peratus berbanding yang terendah. Bagi wanita, ia adalah 103 peratus.
“Ia adalah nyata,” kata pakar dalam psikologi evolusi, pensyarah Universiti Swansea, Andrew George Thomas.
Dr Thomas juga berkata internet mendorong kedua-dua jantina ke tahap yang melampau untuk kelihatan kaya bagi menarik perhatian kekasih.
“Manusia nampaknya mempunyai keutamaan terhadap wang dan kekayaan pada pasangan.
“Hal ini kerana ia bertindak sebagai petunjuk moden yang bersifat lebih umum serta keupayaan untuk mendapatkan sumber seperti makanan, tempat tinggal, peralatan dan perlindungan,” katanya.
Jadi bro, kalau korang dah betul-betul nak ambik hati wanita idaman korang, pastikan ada harta okay! Tapi ini hanyalah kajian, penulis percaya masih ada gadis-gadis yang pentingkan hati daripada harta kekayaan. Betul tak?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.