Suami kepada penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi, memohon agar dibebaskan dengan jaminan selepas didakwa menjalankan urus niaga sekuriti tanpa lesen sah di Mahkamah Sesyen, di sini.

Mahadi Badrul Zaman, 43, yang juga seorang ahli perniagaan dan Pengasas serta Presiden AUF MBZ, membuat permohonan tersebut menerusi peguamnya, Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus.

Menurut pihak pembelaan, anak guamnya berdepan kemungkinan janggut panjangnya akan dicukur sekiranya ditahan dalam tahanan penjara sementara menunggu kes selesai.

Perkara itu, katanya, boleh memberi kesan kepada Mahadi dari sudut peribadi serta prinsip yang dipegangnya.

Selain itu, mahkamah turut dimaklumkan bahawa tertuduh mempunyai tanggungjawab besar terhadap keluarga, termasuk menyara ibunya yang sedang menghidap kanser selain membantu keluarga mentua.

Peguamnya turut menegaskan bahawa suami Heliza Helmi mohon jaminan kerana telah memberikan kerjasama penuh sepanjang tempoh siasatan dan tidak menunjukkan sebarang risiko untuk melarikan diri.

Mahadii Badrul Zaman Bimbang Janggut Dipotong Dalam Tahanan

Pendakwaan Mohon Jaminan Lebih Tinggi

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Sekuriti (SC), Danial Imran Nasaruddin, memohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam serta keyakinan pelabur terhadap pasaran sekuriti sebelum mempertimbangkan permohonan jaminan.

Ads

Menurut pihak pendakwaan, kesalahan yang didakwa melibatkan kepentingan awam dan integriti sistem kewangan negara.

Justeru, pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM250,000 dengan dua penjamin, selain syarat tambahan termasuk penyerahan pasport kepada mahkamah dan kewajipan melaporkan diri di pejabat SC sebulan sekali.

Mahkamah Benarkan Jaminan RM50,000

Mahadii Badrul Zaman Bimbang Janggut Dipotong Dalam Tahanan

Selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan suami Heliza Helmi mohon jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin.

Ads

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan seperti yang dicadangkan pihak pendakwaan, termasuk menyerahkan pasport dan melaporkan diri secara berkala.

Pada Isnin lalu, Mahadi mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa sebagai wakil AUF MBZ Consortium PLT menjalankan perniagaan sekuriti walaupun syarikat berkenaan tidak memiliki Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal serta tidak berdaftar sebagai entiti perniagaan sekuriti.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah villa di Sunway South Quay, Subang Jaya, antara 14 Jun 2021 hingga 15 Februari 2024.

Ads

Pendakwaan dibuat mengikut Subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama Subseksyen 367(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda sehingga RM10 juta atau hukuman penjara maksimum 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Kes tersebut ditetapkan untuk sebutan semula pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sumber : Berita Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads