Alhamdulillah, hari ini kita berada di hari ke 13 bulan Ramadan. Biar menghampiri pertengahan Ramadan namun bagi pengidap gastrik, ia sesuatu yang merisaukan hati jika terkena serangan  ketika berpuasa.

Ada di antara alasan pengidap gastrik ialah mereka tidak mampu menahan lapar kerana dikhuatiri angin masuk sekaligus mengakibatkan perut menjadi sakit. Malah ramai juga menjadikan alasan gastrik sebagai sebab enggan menunaikan puasa.

Jika itulah tanggapan kita, ternyata kita dalam kerugian kerana  Ramadan adalah bulan penuh keampunan dan keberkatan. Malah Allah menghadirkan Ramadan kerana inilah satu-satunya bulan ibadah yang perlu direbut oleh umat akhir zaman kerana umur manusia masa kini tidak lama, sekitar 65 tahun berbanding umat terdahulu yang usia mereka mencecah ratusan dan ribuan tahun di mana mereka boleh lebih lama  beribadah.

7 Tips Khas Untuk Pengidap Gastrik Kalau Tak Nak Sakit Perut Time Ramadan
Gastrik sering dikaitkan dengan sakit perut melampau dan pesakit banyak bergantung kepada ubat-ubatan

Gastrik sering dikaitkan dengan gejala pedih atau sakit pada bahagian perut dan ulu hati. Hal ini biasanya terjadi akibat keradangan pada lapisan dalam perut. Ramai mengadu rasa tidak selesa pada perut, sakit di hulu hati, sendawa, perut rasa kembung, loya dan rasa ingin muntah selain masalah lain.

Malah kata mereka, tak boleh perut kosong atau berlapar dan perlu sentiasa makan bagi mengelak angin terjadi.

IKLAN

So korang, ini tujuh tips khas untuk pengidap gastrik.

7 Tips Khas Untuk Pengidap Gastrik Kalau Tak Nak Sakit Perut Time Ramadan
Gejala-gejala gastrik yang sering terjadi kepada pengidapnya

Bagi pengidap gastrik, pastikan korang elak beberapa jenis makanan yang boleh membuatkan perut menjadi lebih sakit.

IKLAN

Sakit perut semasa berpuasa bukan disebabkan penyakit gastrik  tapi lebih kepada tabiat pemakanan yang diamalkan dan tidak sesuai ketika berbuka puasa.

So korang kena elakkan 7 perkara ini:-

IKLAN
  1. Makanan bergoreng
  2. Makanan dalam tin (biasanya makanan begini asidnya lebih tinggi berbanding makanan segar).
  3. Minuman bergas  a.k.a berkabonat (abaikan soda bandung ais, air soda herba. Sebaiknya minumlah air suam panas)
  4. Makanan yang asidnya tinggi seperti tomato, oren, limau dan sebagainya)
  5. Makanan pedas (bak kata orang Negeri Sembilan satu lori cili tumpah depan rumah, hikz)
  6. Makan dalam kuantiti yang agak banyak (penuh sepinggan seolah-olah untuk tampung perut setahun)
  7. Minuman yang berkafein tinggi seperti kopi dan teh.

So korang, insya Allah jika diamalkan ini, tak timbul istilah sakit perut keterlaluan dan menjadi alasan tak mahu berpuasa. Pastikan jangan melambat-lambatkan waktu berbuka selain elakkan merokok selepas waktu berbuka. Antara lain, korang boleh lewatkan waktu bersahur (tak perlu sahur terlalu awal) bagi mengelak sakit perut terjadi awal.

Boleh juga makan makanan sunnah seperti kurma dicampur susu (blend dulu kurma ya) bagi sememangnya sangat baik kesihatan tubuh.

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI