Nama Anna Jobling kini meniti dibibir-bibir peminat dunia hiburan. Bukan hanya di Malaysia, bahkan bintangnya turut bersinar di negara seberang. Lakonannya dalam drama Melur Untuk Firdaus benar-benar mencipta fenomena, jadi tidak hairanlah jika dirinya menjadi rebutan banyak jenama terkenal untuk berkolaborasi.
Terbaharu, pemenang tempat keempat Dewi Remaja 2018/19 ini telah dipilih untuk menghiasi kempen fesyen jenama tempatan terkenal iaitu Alia Bastamam bagi koleksi ready-to-wear mampu milik iaitu ALIA B sempena Aidilfitri yang bakal tiba nanti.
Menjenguk ke laman Instagram Anna, dia memuat naik video dirinya menggayakan busana-busana tersebut dengan kapsyen berbunyi, “Playing a different character for the multi-faceted forever.”
Ads
Koleksi yang dinamakan Forever ini menawarkan seleksi pakaian yang lengkap untuk musim perayaan dan untuk digayakan pada masa hadapan. Pilihan Baju Kurung yang dimodenkan ini disuntik dengan estetika resort Alia dalam siluet lilitan dan sarung yang mudah, serta pemilihan fabrik yang memberikan suasana keagungan yang sederhana.
Ads
Di dalam kempen fesyen tersebut, gadis berusia 23 tahun ini melakonkan watak dalam ensembel pakaian penuh sofistikated serta karya ultra-feminin yang ‘beralun’ dengan setiap pergerakannya.
Ads
Selain Anna, bekas atlet gimnastik negara, Farah Ann turut menghiasi kempen fesyen ini. Melihat kepada keseluruhan koleksi, apa yang menarik adalah rekaan-rekaan cukup versatile dan tidak tertakluk kepada siluet tradisi semata-mata.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kali terakhir tiara pertandingan ratu cantik Miss Universe dimenangi oleh wakil dari India adalah menerusi pelakon Bollywood, Lara Dutta pada tahun 2000. Kini setelah 21 tahun berdepan ‘kemarau kemenangan’, takhta tersebut kembali ke tangan India menerusi jelitawan, Harnaaz Sandhu.
Berlangsung di Eliat, Israel pada pagi tadi waktu Malaysia, Harnaaz telah mengenepikan saingan seingi 79 lagi peserta lain dari seluruh dunia menerusi segmen tetap pertandingan Miss Universe iaitu segmen pakaian mandi, gaun dan juga segmen soal jawab (Q&A) pada peringkat Top 5 dan Top 3.
Harnaaz nyata cemerlang dalam kesemua segmen yang dipertandingkan terutamanya sewaktu segmen soal jawab di mana dia disoal mengenai cara mengajak masyarakat dunia untuk mengambil serius akan isu perubahan iklim yang semakin meruncing.
Harnaaz memperagakan persalinan Lenhga sewaktu segmen kostum nasional pada hari Jumaat lalu.
Jujurnya, hati saya kecewa apabila melihat banyak negara yang berdepan masalah disebabkan oleh tingkah laku kita sendiri yang tidak bertanggungjawab. Dan saya merasakan inilah waktu untuk tingkat gandakan tindakan dan kurangkan percakapan.
Ini kerana setiap tindakan kita sama ada akan membantu atau memusnahkan alam semulajadi. Mencegah dan melindungi adalah lebih baik daripada menyesal dan memperbaiki. Inilah yang saya cuba untuk sampaikan kepada anda semua malam ini.
Jawapan menyakinkan itu juga telah mengenepikan saingan daripada pemenang tempat keempat dan kelima iaitu Filipina dan Colombia.
Memasuki ke peringkat Top 3, Harnaaz bersama-sama Nadia Ferreira dari Paraguay dan Lalela Mswane dari Afrika Selatan telah ditanyakan soalan sama yang berbunyi, “Apakah nasihat anda kepada gadis remaja di luar sana yang sedang berdepan tekanan zaman ini?”. Sekali lagi, Harnaaz memukau panel juri serta penonton menerusi kebijaksanaannya dalam berkata-kata.
Tekanan terbesar golongan muda hadapi pada zaman ini adalah sukar untuk mempercayai kelebihan yang ada pada diri sendiri. Ketahuilah bahawa kamu ialah seorang unik dan cantik. Berhenti membandingkan diri kamu dengan orang lain dan ayuh bercakap mengenai perkara lain yang lebih penting dalam dunia ini.
Keluarlah dan lantanglah berkata-kata kerana kamu adalah pemimpin kehidupan kamu sendiri. Kamu ada suara diri kamu. Saya percaya terhadap diri saya dan itulah sebab saya berdiri di sini pada hari ini. Terima kasih.
Pada akhir acara, Harnaaz disarungkan tiara Mouwaud daripada Miss Universe 2020, Andrea Meza dari Mexico. Tinjauan REMAJA di media sosial mendapati ramai yang berpuas hati dengan kemenangan India pada edisi ulangtahun ke-70 Miss Universe kali ini berbanding dengan reaksi orang ramai sewaktu Mexico memenanginya pada pertengahan tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peragawan kelahiran Malaysia, Asyraf Dasley yang baru-baru ini dijulang sebagai juara pertandingan Mister Tourism World 2025 memulakan siri jelajah ke lebih daripada lapan buah negara mulai minggu ini.
Ia adalah sebahagian daripada tugasan yang digalas oleh Asyraf, 34 untuk mempromosikan organisasi Mister Tourism World dan sebagai wajah Malaysia di mata dunia.
Sumber Foto: Instagram // missmalaysiapageant
Ketika dihubungi oleh REMAJA, Asyraf sudahpun berada dalam perjalanan ke Dubai dari Switzerland yang merupakan negara pertama yang dilawati dalam siri jelajah kali ini.
“Pihak penganjur telah merancang rangka lawatan yang sangat padat bagi mempromosikan misi dan visi Mister Tourism World ke peringkat global. Antaranya termasuklah untuk membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi pelancongan dan kebudayaan antarabangsa.
“Antara negara yang saya akan lawati termasuklah Itali, Switzerland, Venezuela, Republik Dominika, Brazil, Laos, Filipina, Thailand dan banyak lagi. Di negara-negara ini, saya akan berpeluang mempelajari budaya mereka, mempromosikan Malaysia dan menyampaikan mesej positif tentang pelancongan bertanggunggjawab,” ujar peragawan itu.
Kongsinya mengenai peluang ke negara terawal yang dilawati iaitu Itali dan Switzerland, Asyraf menyifatkan kedua-dua negara berkenaan kaya dengan sejarah, seni, seni bina, fesyen dan landskap semula jadi yang menakjubkan.
“Di Itali, saya teruja untuk melawat Venice, Verona dan Milan. Malah saya juga berpeluang meenjalani photoshoot di Verona. Manakala di Switzerland, saya telah menikmati pemandangan Alps, budaya tradisional masyarakat Swiss dan menonton Eurovision yang merupakan pertandingan nyanyian terbesar di benua Eropah.
“Nampak seperti berhibur tetapi program seperti Eurovision sebenarnya menekankan pelancongan berbentuk hiburan dan perindustrian. Di dua buah negara ini juga, saya telah menjalankan penggambaran promosi pelancongan yang menggabungkan elemen batik Malaysia di lokasi-lokasi yang ikonik di sana,” katanya.
Bercakap mengenai perancangan Asyraf selepas menamatkan siri jelajah Mister Tourism World 2025, dia melihat dirinya akan lebih mendalami platform antarabangsa dalam bidang peragaan, pengacaraan, lakonan dan memperluaskan perniagaan yang diusahakannya.
“Saya juga sedang membina jenama peribadi saya untuk menjadi seorang ikon pelancongan dan gaya hidup global. Dalam bidang perniagaan pula, saya sedang merancang untuk ke arah bidang fesyen, latihan profesional dan pengurusan acara supaya impak saya dapat dirasai,” kongsinya.
Nyata, pertandingan Mister Tourism World bukan sekadar pertandingan kecantikan dan fizikal semata-mata. Bagi Asyraf, ia merupakan satu platform untuk membawa peranan sebagai duta pelancongan global yang membawa mesej perpaduan, kebudayaan dan keindahan dunia melalui kerjasama antarabangsa.
Justeru, Asyraf ingin memperkenalkan keunikan Malaysia melalui tiga elemen utama termasuklah kepelbagaian budaya dan etnik (dengan memeperagakan pakaian tradisional, makanan dan seri persembahan), sikapnya sebagai rakyat Malaysia yang ramah dan berjiwa komuniti serta memperkenalkan keindahan alam semula jadi di Malaysia.
Lantas REMAJA tertanya-tanya, sekiranya jejaka-jejaka Malaysia di luar sana ingin mengekori jejak langkah Asyraf ini, apakah cara untuk mereka mempersiapkan diri sebelum pertandingan Mister Tourism Malaysia seterusnya?
“Nasihat saya, kenali dan sayangi Malaysia dahulu dengan mendalami pemahaman tentang budaya, sejarah dan isu semasa. Anda juga bukan sahaja perlu mementingkan penampilan fizikal tetapi pada masa yang sama, tingkatkan ketahanan mental semasa cabaran antarabangsa nanti.
“Dan akhir sekali, tingkatkan kemahiran dan keyakinan untuk berkomunikasi kerana anda akan bercakap dengan ramai pihak sewaktu berada dalam pertandingan nanti. Penggunaan media sosial yang bijak juga adalah satu bentuk cara berkomunikasi yang penting,” katanya lagi.
Sebagai info, Asyraf Dasley menyertai Mister Tourism World 2025 di Ninh Thuan, Vietnam bersama 25 lagi peserta dari negara lain.
Peragawan yang sedang menyambung pengajian peringkat ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Keusahawanan itu diumumkan sebagai juara baharu oleh organisasi berkenaan seminggu selepas pertandingan berakhir setelah keputusan awal ditolak akibat dakwaan penyelewengan dan pelanggaran peraturan pertandingan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memiliki rangkaian sabun mandi dan penjagaan rambut dengan haruman menawan merupakan pilihan bagi setiap orang.
Kecantikan bukan sahaja dengan solekan wajah, namun penjagaan diri juga memainkan peranan penting untuk membangkitkan rasa keyakinan dalam diri.
Jenama baru Summerie telah melancarkan rangkaian produk sabun mandi dan syampu yang direka khas untuk membangkitkan rasa keterujaan dan mengasyikkan ketika membersihkan diri. Dilengkapi dengan esktrak botani yang dapat memulihara kulit, produk ini menggunakan wangian yang diilhamkan oleh aroma asli dengan manfaat minyak biji bunga matahari.
Ia menggunakan minyak biji bunga matahari organik yang menawarkan pelbagai manfaat untuk kulit dan rambut. Bahan ini juga kaya dengan vitamin anti oksidan A, B, C dan E; mineral seperti besi, potassium dan kalsium, serta Omega-6.
Setiap rumusan mengandungi sekurang-kurangnya 94% bahan-bahan yang diperoleh dari alam semula jadi dan semuanya bebas dari bahan SLS, SLES, paraben, minyak mineral, pewarna sintetik dan ramuan berasaskan haiwan.
Paling best, produk Summerie ini berbau sangat harum dan mudah untuk didapati dengan harga yang berpatutan. Korang boleh dapatkan produk-produk ini di Guardian sahaja.
Nah, berita baik untuk korang, Remaja nak berikan hadiah daripada produk Summerie yang bernilai RM50 setiap satu kepada 10 pemenang bertuah.
Korang hanya perlu menjawab soalan mudah di bawah. Peraduan ini hanya untuk peserta yang tinggal di sekitar Lembah Klang sahaja bagi memudahkan proses pengambilan hadiah.
Good luck!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!