Memiliki rangkaian sabun mandi dan penjagaan rambut dengan haruman menawan merupakan pilihan bagi setiap orang.
Kecantikan bukan sahaja dengan solekan wajah, namun penjagaan diri juga memainkan peranan penting untuk membangkitkan rasa keyakinan dalam diri.
Jenama baru Summerie telah melancarkan rangkaian produk sabun mandi dan syampu yang direka khas untuk membangkitkan rasa keterujaan dan mengasyikkan ketika membersihkan diri. Dilengkapi dengan esktrak botani yang dapat memulihara kulit, produk ini menggunakan wangian yang diilhamkan oleh aroma asli dengan manfaat minyak biji bunga matahari.
Ia menggunakan minyak biji bunga matahari organik yang menawarkan pelbagai manfaat untuk kulit dan rambut. Bahan ini juga kaya dengan vitamin anti oksidan A, B, C dan E; mineral seperti besi, potassium dan kalsium, serta Omega-6.
Setiap rumusan mengandungi sekurang-kurangnya 94% bahan-bahan yang diperoleh dari alam semula jadi dan semuanya bebas dari bahan SLS, SLES, paraben, minyak mineral, pewarna sintetik dan ramuan berasaskan haiwan.
Paling best, produk Summerie ini berbau sangat harum dan mudah untuk didapati dengan harga yang berpatutan. Korang boleh dapatkan produk-produk ini di Guardian sahaja.
Nah, berita baik untuk korang, Remaja nak berikan hadiah daripada produk Summerie yang bernilai RM50 setiap satu kepada 10 pemenang bertuah.
Korang hanya perlu menjawab soalan mudah di bawah. Peraduan ini hanya untuk peserta yang tinggal di sekitar Lembah Klang sahaja bagi memudahkan proses pengambilan hadiah.
Good luck!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap tahun, apabila Malaysia menghantar wakil ke pertandingan ratu cantik Miss Universe International, antara saat yang paling dinantikan oleh para penggemar dunia ratu cantik adalah momen wakil Malaysia beraksi di pentas bagi segmen kostum nasional.
Baru-baru ini, Remaja menyaksikan penantian kostum Malaysia bagi edisi 2024 yang bakal diperagakan oleh wakil negara, Sandra Lim muncul di dalam persalinan kostum bertemakan pahlawan negeri Pahang iaitu Puteri Walinong Sari secara langsung di Auditorium MYEG Tower, Damansara pada Rabu, semalam.
Kostum nasional sentuhan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail itu tampil dalam sentuhan songket tradisional indah dan tampak cukup menyakinkan ketika ia dipertontonkan pertama kali di sidang media.
Aksesori pedang juga ditambah bagi menunjukkan jiwa seorang pahlawan persis dengan personaliti peribadi Sandra Lim yang juga merupakan atlet wushu dan mempunyai kemahiran dalam bermain pedang.
Dalam pada itu, bagi gaun malam dengan tema ‘Reaching For The Stars’, Sandra tampil mempesona dalam busana berwarna kilauan keemasan yang membuatkan Miss Universe Malaysia itu nampak memukau.
Memetik kenyataan perekanya, walaupun hanya mengambil masa kurang dari sebulan untuk menyiapkan setiap busana. Ezuwan berharap agar kostum nasional ini berjaya membuatkan rakyat Malaysia berbangga dengan representasi budaya negara kita di pentas antarabangsa dan mendoakan yang terbaik untuk Sandra.
Sementara itu Sandra berkata, dia teruja selepas melihat setiap hasil rekaan dihasilkan oleh Ezuwan Ismail. Selain itu, konsep kostum dan gaun malam tepat dengan konsep keyakinan yang ingin dipertontonkan olehnya di pentas Miss Universe International nanti.
Selain mahu membawa semangat dan budaya Malaysia yang ada dalam dirinya di mata dunia, Sandra ingin menunjukkan bahawa wanita juga mampu menjadi seorang pemimpin dan tampil sebagai simbol berkuasa.
Tambah Sandra, dia juga mahu membuktikan kepada masyarakat bahawa setiap perjalanan ini adalah mengenai kerja keras orang ramai, mempunyai tujuan dan dia mahu menjadikan semuanya bermakna.
Susulan itu, Sandra turut berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong dan menyatakan bahawa dirinya hanya sebagai wakil untuk ke pentas berprestasi itu tetapi semuanya adalah tentang Malaysia.
Sekadar info, penganjuran Miss Universe 2024 kali ke-73 ini akan berlangsung di Mexico, 16 November depan. Sandra Lim difahamkan akan berangkat pada 28 Oktober ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila jerawat mula timbul di muka, risau bukan. Kalau boleh kita nak picit dan hilangkannya. Ada masa kita juga cemburu bila lihat kulit muka kawan lebih bersih dan nampak berseri tanpa ada cacat cela.Kalau korang nak kulit cantik, bersih, tak nampak kusam dan cantik tanpa jerawat senang je sebenarnya. Ini ada 10 tips kulit cantik.
Berikut adalah 10 tips untuk mendapatkan kulit cantik dan bebas dari jerawat.
#1. Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Air adalah agen #Detox kulit terbaik!
#2. Kurangkan makanan manis seperti dessert, minuman soda, minuman instant 3in1 dan dairy-rich food. Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah antara punca pencetus hormonal acne. Jangan hairan kenapa dah tua pun masih naik jerawat.
#4. Kerap tukar sarung bantal. Cuba fikir berapa kerap kita tukar sarung bantal kita. Sebulan sekali? Seminggu sekali? Kulit wajah kita melekap pada sarung bantal pada waktu yang lama semasa tidur dan ia adalah antara tempat yang banyak bakteria membiak.
#5. Telefon bimbit. Rajin-rajinkan diri juga untuk lap screen dan belakang phone dengan anti-bacterial wipes. Lebih-lebih lagi yang suka bawa phone masuk toilet kannnn… Dalam satu kajian mendapati telefon bimbit juga adalah antara tempat yang paling banyak bakteria membiak.
#6.Minumlah air perahan lemon dan green tea kerana ia adalah minuman detox tinggi antioksida. Terbaik untuk lawan acne dan cuci dalaman.
#7. Rajin dan disiplin diri buat rutin asas skincare 1-2-3 : 1-cuci, 2-toner, 3-pelembap/sunblock
#8. Jika anda mempunyai kulit jenis kering, elak mandi air panas atau hot shower. Mandi air biasa atau sejuk.
#9. Pakai homemade mask ringkas untuk detox. Yogurt + madu + green tea. Buat seminggu sekali untuk tarik kotoran dari dalam kulit keluar ke permukaan. Ini antara kaedah untuk purify kulit wajah.
#10. Wap/stim muka sendiri. Ambil satu bekas besar untuk letak air panas di dalamnya. Titik minyak essential 2-3 titis. Lepas tu, kelubung kepala dengan tuala dan muka dihadapkan pada bekas itu. Jarakkan muka jangan terlalu dekat sangat. Agak-agak boleh bernafas dan tidak rasa terlampau panas. Kemudian, wapkan muka selama 15 minit. Kaedah ini sangat bagus untuk membuka liang pori dan mengeluarkan kotoran dengan lebih efektif.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mendiang Puteri Diana merupakan salah seorang personaliti keluarga diraja paling popular pernah wujud pada era ini.
Puteri Diana selamanya adalah ikon. Pilihan fesyen dan penampilan kecantikan memberi inspirasi hingga ke hari ini. Meskipun telah meninggal dunia kira-kira 24 tahun lepas, Puteri Diana masih dikenang sebagai puteri berjiwa rakyat, dan paling tidak dapat dilupakan ialah fesyen yang ‘stylo’ ketika kunjungan rasmi atau tidak sepanjang hayatnya.
Pada entri kali ini, Remaja kongsikan beberapa selebriti yang pernah meniru gaya ‘ikon’ fesyen sepanjang zaman ini.
Angelina Jolie
Foto Kredit : Image Sources: Getty / Tim Graham and Getty / Samir Hussein
Puteri Diana mengenakan gaun baldu untuk makan malam gala di White House pada tahun 1985. Angelina Jolie kemudiannya meniru fesyen ikonik di BAFTA 2018.
Emily Ratajkowski
Foto Kredit : Image Sources: Shutterstock / Brendan Beirne and Getty / James Devaney
Model jelita, Emily Ratajkowski berkata dalam temubual 2019 bahawa dia menjadikan Puteri Diana sebagai inspirasinya.
Gigi Hadid
Foto Kredit : Image Sources: Getty / Tim Graham and Getty / Gotham
Supermodel dan buah hati Zayn Malik ini mengenakan OOTD olahraga Ralph Lauren, meningatkan kita pada stail yang sama Puteri Diana tahun 1985.
Hailey Bieber
Foto Kredit : Image Sources: Getty / Tim Graham and Backgrid
Siapa sangka, Hailey Beiber yang juga merupakan isteri kepada Justin Bieber serta model terkenal juga menginspirasikan fesyen dari Lady Diana. Gaya kasual Hailey Beiber saling tak tumpah dengan puteri kesayangan ramai ini. Simple, sarungkan ‘beggy blazer’, jeans dan topi jenis caps sebagai penambah gaya.
Harry Styles
Foto Kredit : Image Sources: Getty / Princess Diana Archive and Getty / Robert Kamau
Pada tahun 2019, Harry Styles memakai vest cetakan kambing biri-biri. Stailnya disamakan dengan sweater Puteri Diana.
Marisa Tomei
Foto Kredit : Image Sources: Getty / Anwar Hussein and Getty / Axelle/Bauer-Griffin
Pelakon Marisa Tomei mengenakan dress warna-warni ala Puteri Diana pada Anugerah Emmy 2019.
Meghan Markle
Foto Kredit : Getty ImageFoto Kredit : Getty ImageFoto Kredit : Getty ImageFoto Kredit : Getty Image
Memang tidak dapat dinafikan, menantu kedua Puteri Diana ini memang gemar menjadikan ibu mertuanya sebagai ‘reference’ dalam berfesyen. Ini beberapa gambar yang dapat REMAJA cari. Anataranya pada 1989, Puteri Diana memakai skirt dan cardigan merah-ungu. Kini, Meghan Markle pula mengayakan dress dan blazer color-blocking.
Rihanna
Foto Kredit : Getty Image
Rihanna pernah memberitahu pengaruh Puteri Diana dalam fesyennya. Tahun 2015, Rihanna curi ilham Puteri Diana dengan menyarung slip dress gelap yang popular. Bila dilihat, fesyen sekarang sudah lama digayakan oleh Puteri Diana. Ternyata beliau yang memulakan trend terlebih dahulu dan orang sekarang recycle semula.
Elle Fanning
Pelakon cantik dan berbakat ini memilih aura Cinderella dengan dress biru lembut terbuka didada rekaan Miu Miu untuk Met Gala 2017. Namun, Puteri Diana terlebih dahulu mengayakan fesyen ini pada tahun 1987 di Festival Filem Cannes dan sekali lagi dalam persembahan muzikal Miss Saigon di London pada tahun 1989.
Kendall Jenner
Foto Kredit : Image Sources: Getty / Tim Graham and Backgrid
Kendall Jenner merupakan salah seorang remaja paling berpengaruh di dunia. Sejak menceburi bidang fesyen sebagai model kelas A, dia seolah-olah menjadi ikon fesyen remaja dengan fesyennga yang santai dan tidak terlalu sarat. Gaya ‘street fashion’ Kendall yang satu ini menjadi jelmaan Diana, supermodel itu menyarungkan baju sejuk hijau, seluar olahraga Adidas, dan kasut ‘boots’ putih.
Dalam banyak-banyak stail Puteri Diana, penulis paling gemar stail kasual beliau. Simple dan stylo. Korang pun boleh menjadikan Puteri Diana sebagai inspirasi untuk menggayakan pakaian. Mesti cool!
So, yang mana satu look favourite korang?
Sumber : popsugar.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!