Kisah yang pernah tular di media sosial sebelum ini akhirnya mendapat pengiktirafan yang cukup bermakna di peringkat nasional.
Minyak Hitam Jalanan, individu yang dikenali ramai kerana keikhlasannya, Mohd Yusof Mohd Noor, bersama Dicky menerima pengiktirafan khas Sahabat Perpaduan MADANI daripada Kementerian Perpaduan Negara atas tindakan penuh keikhlasan yang menyentuh hati ramai.
Penghargaan tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Yuneswaran a/l Ramaraj sebagai tanda apresiasi terhadap nilai kemanusiaan dan semangat perpaduan yang ditunjukkan mereka.
Pengiktirafan ini bukan sahaja mengangkat nama Minyak Hitam Jalanan, tetapi turut menjadi simbol bahawa setiap tindakan kecil yang ikhlas mampu memberi kesan besar kepada masyarakat.

Kisah Tular Yang Menyentuh Hati
Sebelum ini, Mohd Yusof menjadi perhatian apabila tampil membantu Dicky yang berdepan masalah selepas motosikalnya rosak di jalanan. Tanpa sebarang kepentingan atau harapan balasan, beliau membantu menyelesaikan situasi tersebut secara spontan.
Tindakan ringkas itu mungkin kelihatan kecil, namun impaknya cukup besar apabila berjaya membuka mata ramai tentang pentingnya nilai empati dalam masyarakat.
Menurut pihak kementerian, kisah ini menjadi contoh jelas bahawa perpaduan bukan sekadar slogan atau retorik semata-mata. Sebaliknya, ia perlu dizahirkan melalui tindakan seharian saling membantu tanpa mengira latar belakang, kaum, agama atau status.

Semangat yang ditunjukkan oleh Minyak Hitam Jalanan dan Dicky ini memperlihatkan bahawa nilai kemanusiaan masih menjadi asas penting dalam membina masyarakat yang harmoni.
Dalam dunia yang semakin individualistik, kisah seperti ini menjadi satu peringatan bahawa semangat kebersamaan masih wujud dan kadangkala, ia bermula dengan satu tindakan kecil yang ikhlas.
Kisah ini juga menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk tidak teragak-agak membantu sesiapa sahaja yang memerlukan. Tidak semua bantuan memerlukan wang atau sumber besar kadangkala kehadiran dan keikhlasan sudah cukup memberi makna.
Melalui pengiktirafan ini, diharapkan lebih ramai individu akan mencontohi sikap yang ditunjukkan oleh Minyak Hitam Jalanan, sekaligus menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Anda mungkin berminat dengan
Sumber : Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Aktor berbakat besar, Amerul Affendi, berkongsi hasratnya untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana dalam bidang Seni Persembahan.
Langkah tersebut diambil sebagai persediaan untuk mencapai impian menjadi seorang pensyarah.
ARTIKEL BERKAITAN: Jadi Salah Seorang Penerima Master UPSI! Arja Lee Titip Rasa Syukur

Menerusi laporan media tempatan, pelakon berusia 38 tahun itu mengakui bahawa beberapa artis baru telah mendekatinya untuk menuntut ilmu.
“Insya-Allah tahun ini saya akan sambung belajar di UPSI, masih dalam bidang yang sama iaitu seni persembahan.
“Saya nak mengajar dan jadi pensyarah. Jadi, saya mengikuti program Apel Q di UPSI yang memerlukan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 10 tahun,” katanya.

Amerul yang terkenal dengan bakat lakonannya itu turut mengakui bahawa dia tidak begitu yakin untuk mengajar tanpa ilmu yang cukup.
“Saya tak yakin untuk mengajar kerana perlu ilmu lain. Selepas dapat master, saya sudah tahu nak ‘goreng’ macam mana,” tambahnya lagi.
Amerul, yang sebelum ini memegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), berharap pengajian berkenaan dapat membantunya mengasah ilmu dan pengalaman dalam bidang seni persembahan.

Namun, Amerul menegaskan bahawa keputusan untuk melanjutkan pelajaran tidak bermakna dia akan bersara daripada dunia lakonan.
“Lakonan tetap nombor satu. Hanya mahu kekal relevan,” ujarnya menutup perbualan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Bagi yang gemarkan skincare dari Korea, pastinya Innisfree menjadi salah satu jenama favorite penjagaan wajah korang.
Meraikan kempen Green Holidays tahun ini, Innisfree Malaysia telah pun berkolaborasi bersama artist dari Netherland, Jordy van de Nieuwendijk yang telah membuat satu siri reka bentuk untuk koleksi Green Holidays Collection 2019.
Bukan koleksi ini sahaja yang ingin difokuskan, tetapi Innisfree Malaysia meneruskan komitmen mereka dengan menubuhkan dana bantuan kepada anak-anak Mukim Tulid & Tatalaan, Sabah menerusi sokongan World Vision's Malaysia Assistance Fund. Dana ini bertujuan untuk menyokong projek kesihatan, pendidikan, keperluan harian dan perlindungan kanak-kanak.
Tema musim cuti jenama Innisfree tahun ini adalah 'Light Up Your Hearts & Spread the Joyful Tune'. Dan istimewanya kali ini, korang boleh mendapatkan DIY Paper Speaker Kit yang direka untuk berkongsi perasaan nostalgia ketika musim cuti dan menjadi salah satu perhiasan rumah ketika musim perayaan.
Ia boleh didapati pada harga RM10 dengan pembelian mana-mana produk dari koleksi Green Holiday atau jika ingin membelinya saja ia berharga RM30. Bagi setiap kit DIY yang dibeli, Innisfree Malaysia akan menyumbangkan RM10 kepada World Vision’s Malaysia Assistance Fund dengan tujuan untuk mengumpul jumlah sumbangan sebanyak RM100,000.
Jadi kira macam korang beli sambil beramal la..
Cawangan Innisfree berwajah baru
Sempena tahun baru yang bakal menjelma, ini juga masa yang sesuai untuk jenama kecantikan terkenal dari Korea ini memberi identiti baru untuk store mereka dengan menampilkan konsep yang lebih moden dan membuatkan pelanggan merasai manfaat semula jadi di Pulau Jeju.
Korang boleh merasai pengalaman dan 'feel' conventional store yang telah diubah menjadi artisanal workshop. Di hadapan storie dihiasi dengan jenama Pulau Jeju dengan layered designed diilhamkan dari batu-batu pillar pulau tersebut. Rekaan dalaman store ini juga mengambil inpirasi daripada bengkel yang digunakan, dan menggunakan material semula jadi.
Kalau korang nak merasai pengalaman seperti di Pulau Jeju, boleh singgah di semua store Innisfree Malaysia, termasuklah yang pertama di Pavilion.
∞
Enggan penonton salah faham, pelakon dan usahawan, Sasha Abedul tampil menjelaskan bahawa penggambaran filem seram Malam Terlarang dilakukan sebelum dirinya berhijab.
Aktres yang mula bertudung pada pertengahan tahun lalu itu berkata, selepas membuat keputusan untuk berhijrah, dia sentiasa berdoa agar terus istiqamah menjaga aurat.

“Saya tidak bertudung dalam Malam Terlarang kerana filem itu dihasilkan sebelum saya berhijrah iaitu Julai tahun lepas.
“Jadi saya nak maklumkan kepada sesiapa yang menonton filem ini nanti bahawa saya bukannya buka tudung kerana dibikin sudah lama, satu tahun yang lalu.
“Hanya tahun ini Malam Terlarang masuk pawagam,” katanya ketika ditemui pada malam gala filem tersebut, baru-baru ini.

Filem arahan Nurhanisham Muhammad itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Sofea Jane, Sabri Yunus, Hasnul Rahmat dan Sharifah Haneesya.
Malam Terlarang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Oktober lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞