Baru-baru ini, pasukan e-sport Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor telah mencipta nama apabila muncul sebagai juara Kejohanan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Selangor Future Cup 2025.
Menurut sebuah perkongsian akaun Facebook Media Rasmi SMK Kota Kemuning, para pelajar yang mewakili SMK Kota Kemuning itu telah membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, berlian bernilai RM20,000 dan biasiswa penuh RM160,000 bagi Diploma Kemahiran Malaysia tajaan Todak.
Dalam pada itu, sekolah ini juga memenangi RM30,000 untuk pembangunan hab e-sukan, trofi, pingat dan barangan eksklusif daripada Selangor Red Giants (SRG) dan Todak.
Ads
Pemain SMK Kota Kemuning terdiri daripada lima individu hebat dalam sukan e-sport iaitu Wong Kae Juen (17), Muhammad Fariez Arsyad Zuriadi (16), Muhammad Imran Muhamad Aswad (16), Anantha Raj Kumar (16), dan S Phiraphad (17) dengan bimbingan jurulatih, Adib Sulaiman Mohd Mulyadi (17).
Sementara itu, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi memberikan ucapan tahniah kepada SMK Kota Kemuning atas kejayaan merangkul kejohanan sulung Selangor Future Cup 2025 MLBB.
Beliau berkata, kemenangan itu turut memberi peluang kepada pemenang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Ads
Sekadar info, Selangor Future Cup 2025 Kejohanan MLBB yang dianjurkan kerajaan negeri telah disertai 64 buah sekolah dan berlangsung selama dua hari di pusat beli-belah AEON Shah Alam.
SMK Saujana Utama diumum sebagai naib juara dalam pertandingan itu. Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,500. Manakala SMK Seksyen 19 (tempat ketiga) dan SMK Bandar Sunway (tempat keempat), masing-masing memperoleh RM1,000, trofi dan barangan eksklusif SRG dan Todak.
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin sebelum ini kita hanya mendengar cerita dari negara Korea Selatan tentang keseronokkan menonton wayang secara ‘drive in’
Tapi jangan tak percaya, di Malaysia pun bakal ada panggung wayang macam ni tau.
Pertama di Malaysia, akhirnya berita panggung wayang drive in ini diumumkan menerusi satu hantaran di akaun @mjjunction2020 ini merupakan program di bawah anjuran TwoSpicy Entertainment Live dan MD Events Asia.
Mengunakan konsep tonton dari dalam kereta, tayangan akan dilakukan di kawasan terbuka yang terbuka.
Mendapat reaksi positif daripada rakyat Malaysia yang rata-ratanya menyatakan keterujaan, lokasi dan tarikh tayangan bagaimanapun masih lagi belum diumumkan lagi
Meskipun panggung wayang sudah mula dibuka bermula 1 Julai lalu selepas ditutup selama hampir empat bulan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih ada pihak yang berjaga-jaga enggan ke panggung wayang kerana risau akan keselamatan kesihatan mereka.
Tetapi dengan adanya wayang secara drive-in ini, maka bolehlah mereka menonton tanpa rasa risau. Untuk kaki wayang pula, selepas ini lebih bervariasilah pilihan tontonan mereka.
Wah bestnya, sebelum ini negara jiran Indonesia juga dah ada wayang ‘drive in ‘ ni. So jom lah dapatkan tiket korang sekarang! Tapi jangan pula buat wayang sendiri nanti…hiks
Penyanyi Taylor Swift telah menerima penghormatan sebagai penerima ijazah kedoktoran kehormat dari Universiti New York (NYU) pada Rabu lalu. Penyanyi itu menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Halus kerana merupakan pempengaruh terkenal dikalangan selebriti serta salah seorang pemuzik paling prolifik dan terkenal pada eranya.
Sebelum majlis itu bermula, “Doctor Taylor Swift” telah menjadi trending di Twitter dengan tanda pagar #22GraduatesVersion. Selebriti Hollywood ini berkata dia akan memanfaatkan gelaran doktor yang diterima ini dan tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada Universiti New York kerana sekurang-kurangnya memberikannnya penghormatan diatas kertas untuk bergelar seorang doktor.
Swift turut memuat naik video di Tiktok tentang persiapan dirinya untuk acara graduasi itu dengan kapsyen “Kali pertama memakai topi dan gaun- jumpa nanti NYU”.
Untuk info, penganugerahan ini diberikan bukanlah kerana Swift menyambung pelajarannya di peringkat kedoktoran, tetapi NYU yang terkenal dengan pelbagai jurusan seni visual dan persembahan telah berbesar hati untuk memberikan penghormatan ini atas jasanya di dalam industri muzik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Awal pagi tadi kita dikejutkan dengan video letupan yang berlaku di Beirut, Lubnan. Dilaporkan seramai 73 orang terbunuh dan 3,700 lagi mengalami kecederaan.
Presiden Lubnan, Michel Aoun menggesa seluruh negara untuk berkabung bagi mengenang mangsa dalam letupan tersebut.
Difahamkan, lokasi letupan itu adalah Gudang bunga api yang menyimpan 2,750 tan ammonium nitrat tanpa langkah keselamatan dan didakwa menjadi punca letupan.
Letupan kuat itu dapat dirasai di seluruh bandar raya berkenaan dan bekalan eletrik terputus di beberapa buah daerah.
Media-media Lebanon turut menyiarkan imej mangsa-mangsa yang terperangkap dan keadaan sekeliling selepas berlakunya letupan itu.
Memang menyayat hati.
Pihak berkuasa akan mengambil tindakan keras terhadap individu yang bertanggungjawab mengakibatkan berlakunya letupan tersebut.
Kejadian ini turut dikongsi oleh pengguna di Twitter.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas ini. Semoga pihak yang terbabit bertanggungjawab bagi membela nasib keluarga mangsa.
Sama-sama kita doakan agar keadaan di Beirut lebih terkawal dan dilindungi olehNya.