Grasshopper Cup menjadi bukti jelas kebangkitan luar biasa pemain skuasy negara ini di pentas dunia apabila beliau melonjak ke ranking kelima dunia pencapaian terbaik dalam kariernya setakat ini.
Nama S Sivasangari terus mencipta momentum luar biasa di pentas antarabangsa apabila melonjak ke ranking kelima dunia, pencapaian terbaik dalam kariernya setakat ini. Lonjakan itu hadir selepas kejayaan penuh dramatik menjuarai Piala Grasshopper 2026 di Zurich, Switzerland.
Apa yang menjadikan kemenangan ini lebih ‘berat’ bukan sekadar trofi, tetapi cara dia mendapatkannya.
Dalam aksi final menentang pemain Jepun, Satomi Watanabe, Sivasangari mempamerkan mentaliti juara sebenar. Selepas mendahului set pertama, dia kemudian ketinggalan 1-2 sebelum bangkit semula untuk menutup perlawanan dengan kemenangan 3-2. Aksi selama 62 minit itu bukan sekadar pertarungan fizikal, tapi juga ujian mental yang jelas memihak kepada pemain Malaysia itu.
Lebih menarik, hubungan antara kedua-dua pemain bukan biasa-biasa. Mereka sudah saling mengenali sejak usia sembilan tahun, membesar dalam gelanggang yang sama dan kekal sebagai kawan baik di luar court. Jadi setiap pertemuan bukan sekadar perlawanan, tetapi penuh emosi dan sejarah tersendiri.
Ads
Rekod Dominasi Kukuh Dalam Grasshopper Cup
Menurut Sivasangari, perlawanan seperti ini sentiasa sukar, namun dalam masa sama cukup bermakna untuk melihat bagaimana kedua-duanya berkembang hingga ke tahap tertinggi dunia.
Kemenangan ini juga mengukuhkan dominasi beliau ke atas Satomi dengan rekod tujuh kemenangan daripada lapan pertemuan satu statistik yang jelas menunjukkan konsistensi dan kelebihan dari segi pengalaman serta composure di saat genting.
Apa yang ramai mungkin terlepas pandang, kejayaan ini datang hanya sehari selepas dia mengharungi satu lagi perlawanan epik di separuh akhir. Menentang pemain nombor tiga dunia dari Mesir, Amina Orfi, Sivasangari dipaksa bermain sehingga 81 minit sebelum akhirnya menang dalam lima set.
Ads
Daripada segi fizikal, dua perlawanan panjang dalam tempoh 24 jam boleh ‘hancurkan’ mana-mana atlet. Tapi Sivasangari bukan sekadar bertahan, dia menang kedua-duanya dengan gaya yang cukup meyakinkan.
Mentaliti Juara Jadi Kunci Kejayaan
Di Instagram, perkongsiannya ringkas tapi cukup menggambarkan perjalanan minggu tersebut di Zurich. Dia menyifatkan ia sebagai minggu yang istimewa, penuh perjuangan dalam setiap perlawanan, serta mengakui sokongan keluarga, pasukan dan penaja sebagai tulang belakang kejayaannya.
Ads
Apa yang jelas sekarang, Sivasangari bukan lagi sekadar wakil Malaysia di pentas dunia dia kini legit contender dalam skuasy wanita antarabangsa.
Dengan momentum, mentaliti dan prestasi seperti ini, bukan mustahil ranking lebih tinggi sedang menunggu. Kejayaanini bukan sekadar kemenangan, tetapi satu isyarat jelas bahawa beliau kini berada dalam kelompok elit dunia.
Sumber : Harian Metro, Instagram sivasangari_
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penangan K-Drama memang memberi impak yang besar bukan sahaja di Korea, malah di negara kita sendiri pun mempunyai ramai pengikut setia yang sering menantikan drama-drama terbaru mereka.
Terbaru, The World Of The Married telah mencipta sekali lagi fenomena di kalangan peminat K-Drama. Bertemakan hubungan curang dan balas dendam, drama ini merekodkan rating tertinggi iaitu 6.63% semasa episod pertama, sekali gus mencipta sejarah di saluran JTBC.
Malah, drama ini juga semakin menjadi ‘kegilaan’ apabila setiap episod yang ditayangkan pasti menjadi trending di media sosial. Buktinya, selepas episod 6 ditayangkan, The World Of The Married meraih satu angka yang mengejutkan sehingga memecah rekod peribadinya.
Purata rating yang dicatatkan ialah 18.8% di seluruh negara dan 21.4% bagi kawasan metropolitan Seoul. Ia adalah satu angka yang mengagumkan bagi drama saluran berbayar.
Tambahan lagi, baru sahaja memasuki episod 6, ia sudah berjaya mengalahkan rating terbaik drama Itaewon Class yang direkodkan semasa episod terakhirnya iaitu 16.5% di seluruh negara. Secara tidak langsung, The World Of The Married berada di tangga kedua dalam sejarah saluran JTBC, selepas drama SKY Castle (23.78%) yang memegang rating tertinggi, bukan sahaja bagi saluran tersebut malah untuk seluruh saluran kabel.
Drama ini merupakan adaptasi drama UK terbitan BBC ONE- Doctor Foster. Namun, versi Korea ini mungkin adalah olahan tersendiri untuk disesuaikan dengan masyarakat disana. The World Of The Married mengisahkan tentang Ji Sun Woo adalah doktor perubatan. Dia berkahwin dengan Lee Tae Oh dan mereka mempunyai anak lelaki. Dia seolah-olah mempunyai segala-galanya, termasuk kerjaya yang berjaya dan keluarga yang bahagia, tetapi dia dikhianati oleh suaminya.
Ha, tak sangka tema curang ni masih menjadi pilihan penonton ya. Tak sabar nak tunggu episod akhir.
Perkhabaran Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang baru sahaja diumumkan merupakan sesuatu yang telah dijangka oleh ramai pihak.
Ini memandangkan situasi pandemik semasa akibat penularan wabak Covid-19 yang semakin meruncing di seluruh dunia.
REMAJA mendapatkan komen daripada salah seorang atlet yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 iaitu penerjun negara, Dhabitah Sabri mengenai hal ini.
Adakah Bitah merasa kecewa?
“Hendak kata kecewa sepenuhnya itu tidaklah juga. Ya kami sudah melakukan persiapan, tetapi seperti yang kita semua tahu, health always comes first.
“Saya lebih rela jaga kesihatan sebaik mungkin daripada merisikokan diri sendiri dengan situasi yang kita hadapi sekarang.
“Setelah menerima berita penundaan itu, saya pandang ke arah positif dan melihatnya sebagai peluang untuk saya memperbaiki diri dengan lebih teliti. Masa yang ada ini akan diisi secara produktif.
Dhabitah bersama pasangan penerjun semasa memenangi pingat emas di Sukan SEA 2019.
“Kepada remaja di luar sana, saya tahu kita semua kalau boleh ingin keluar dan berjumpa dengan kawan-kawan. Cuma buat masa sekarang tak rugi pun untuk kita tangguhkan dahulu aktiviti lepak.
“Ambik masa ini untuk diluangkan ‘quality time’ bersama keluarga dan lakukan perkara berfaedah. Kerajaan pun sudah mengeluarkan arahan sehabis lembut, jadi janganlah kita ‘gatal’ pula untuk keluar.
“It is better to be safe than sorry okay,” pinta Bitah yang turut menghabiskan masa kini kerap melakukan senaman di rumah.
*
Terdahulu semalam, Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 mengambil keputusan untuk menangguhkan Sukan Olimpik 2020 dan Sukan Paralimpik 2020 ke tahun hadapan.
Keputusan itu diambil setelah sesi sidang video di antaran Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, dan Presiden IOC Thomas Bach.
Sekaligus ini merupakan penangguhan pertama Sukan Olimpik dalam sejarah 124 tahun penganjurannya, walaupun kejohanan terbesar dunia itu pernah dibatalkan pada tahun 1916, 1940 dan 1944 disebabkan Perang Dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi penguna media sosial, sudah pasti mahukan gambar #Instaworthy kelihatan menarik di ruangan ‘feed’ Instagram masing-masing. Bagi korang yang ingin mendapatkan gambar #Instaworthy yang ‘rare’ atau lain daripada lain, ini 4 jambatan yang korang kena lawati.
Let’s check this out!
Saloma Link Bridge, Kuala Lumpur
Jambatan Saloma atau Saloma Link ini merupakan jambatan yang menghubungkan Kampung Baru dan KLCC. Reka bentuk jambatan yang bermotifkan sirih junjung ini, merupakan jambatan ikonik terbaru di ibu negara.
Jambatan panjang 370 meter ini bermula di Lorong Raja Muda Musa 3 yang berhampiran Stesen LRT Kampung Baru dan berakhir di Jalan Saloma yang bersebelahan dengan Public Bank dan tidak jauh dari KLCC.
Dan pastinya jurugambar tegar serta kaki selfie, tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar di jambatan Saloma dengan berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas KLCC yang gah ini!
2. Elmina Valley Rainbow Bridge, Shah Alam
Jambatan pelangi yang terletak di bandar Elmina ini yang merupakan antara bandar terbaru di Shah Alam, Selangor. Jambatan ini menawarkan panorama yang unik dengan warna-warni seperti pelangi pada jambatan dan ia menjadikan antara spot terbaik bagi kaki selfie serta individu yang inginkan gambar instagram-worth yang gempak!
Kini jambatan pelangi atau Rainbow Walkway Elmina Valley Bridge ini, menjadi salah satu lokasi atau destinasi yang wajib untuk dikunjungi oleh si kaki selfie!
Jambatan Iconic Bridge & Lookout Point ini juga terletak di bandar Elmina, Shah Alam. Jambatan ikonik berwarna merah ini merupakan antara spot terbaik untuk mengambil gambar-gambar unik di situ.
Jambatan ikonik ini terletak betul-betul bersebelahan di Elmina Central Park, jadi bagi yang ingin mencari kelainan untuk akaun Instagram kamu, maka ini adalah destinasi terbaik untuk kamu!
4. Nu Sentral Overhead Pedestrian Bridge, Kuala Lumpur
Jambatan pejalan kaki ini terletak betul-betul di hadapan Nu Sentral, rekaan jambatan yang bermotifkan bentuk retro dan simetri ini menjadi tarikan buat yang obses dengan bentuk-bentuk garisan simetri!
So korang yang ingin mengambil gambar berlatar belakangkan garisan-garisan simetri yang unik ini, maka ini adalah lokasi tepat untuk kamu yang gemar dengan garisan simetri moden!
Sebenarnya banyak lagi jambatan-jambatan yang ikonik, bersejarah dan unik yang terdapat di Malaysia, cuma kita kena rajin berjalan dan teroka!
Apa lagi lets la…
Sumber : Instagram
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!