Tarikh 27 Oktober 2022 menyaksikan detik istimewa buat penceramah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed apabila beliau selamat melangsungkan pertunangan dalam sebuah majlis ringkas.

Menerusi hantaran di akaun Instagram pelakon Datin Sri Umie Aida, Syed, 27 dilihat bergambar bersama pengacara program televisyen di saluran Tv Alhijrah, Nurulhana Ismail sambil diiringi ibu kedua-dua belah pihak di sebuah kediaman.

Catat Umie, “Allah permudahkan urusan kalian berdua dalam rahmatNya dan RedhoNya Allah SWT. Amin.” Hantaran itu turut menerima respon gembira daripada qariah remaja, Farhatul Fairuzah.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadamkan oleh Umie beberapa minit selepas itu.

Pengacara TV Alhijrah, Hana Ismail Jadi Gadis Pilihan Da’i Syed?

IKLAN

Sedikit info mengenai tunang Da’i Syed ini; bakatnya sebagai seorang pengacara mula diasah menerusi program On Air kendalian Astro Malaysia pada tahun 2012. Hana, 32 yang berkelulusan jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TSEL) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan pengacara seangkatan dengan Dahlia Shazwan dan Hefny Saad.

Sebelum ini, Hana pernah mengendalikan beberapa program di bawah Astro seperti Buletin Awani, Raikan Cinta dan PM Live! Astro sebelum dia disunting oleh saluran TV Alhijrah. Di stesen baharu ini, dia muncul menerusi program Assalamualaikum TV Alhijrah yang keudara dari jam 7.00 pagi pada setiap hari serta program Kemanisan Iman Bersama Al-Quran pada setiap hari Rabu jam 8.30 malam.

IKLAN
Pengacara TV Alhijrah, Hana Ismail Jadi Gadis Pilihan Da’i Syed?
Hana Ismail
Pengacara TV Alhijrah, Hana Ismail Jadi Gadis Pilihan Da’i Syed?
Da’i Syed.

Semoga pertalian tunang ini kekal hingga ke majlis pernikahan kalian berdua kelak. Lupakan kisah lampau yang pernah menyelubungi mana-mana pihak dan bukalah buku baharu dengan fasa kehidupan seterusnya ini.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN : Kami Terima Tempias! Bapa Ulas Kontroversi Da’i Syed – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI