Wabak COVID-19 bukan sahaja menjadikan udara alam semesta bertambah baik disebabkan hampir seluruh dunia berhenti melakukan aktiviti dan pekerjaan, malah keadaan ini juga nampaknya memberi ‘ketenangan’ buat hidupan liar juga.
Di Afrika Selatan, selepas perintah lockdown diisytihar, kelihatan beberapa ekor singa berada di jalanan yang sepertinya sedang selesa berbaring di atas jalan raya.
Menurut portal CNN, foto daripada Taman Negara Kruger di Afrika Selatan memaparkan sekumpulan singa itu juga langsung tidak terganggu dengan kehadiran jurugambar.
Gambar-gambar tersebut turut dikongsi oleh laman twitter Kruger National Park.
Ads
Kruger visitors that tourists do not normally see. #SALockdown This lion pride are usually resident on Kempiana Contractual Park, an area Kruger tourists do not see. This afternoon they were lying on the tar road just outside of Orpen Rest Camp. 📸Section Ranger Richard Sowry pic.twitter.com/jFUBAWvmsA
Sekumpulan singa berbaring di atas jalan raya di luar Kem Orpen Rest. Ini adalah sesuatu yang luar biasa kerana biasanya, akan ada kereta yang melintas dan haiwan-haiwan tersebut akan berlari ke dalam semak-samun.
Ads
Jurucakap taman negara tersebut juga menasihatkan kepada orang ramai agar berwaspada dengan kawasan itu kerana ia merupakan sangat luar dan hidupan liar akan lebih aktif tanpa kehadiran manusia.
Ads
Ha, macam bagus juga singa tu berbaring atas jalan raya kan, barulah orang takut nak keluar dan duduk diam-diam di rumah. Hiks!
Apa-apa pun diharap agar wabak COVID-19 ini berhenti daripada terus menular. Semoga situasi sekarang menjadi satu pengajaran buat penduduk dunia untuk lebih menghargai dan menjaga satu sama lain.
Hari ini tular di media sosial mengenai perlakuan seorang remaja yang memijak Al-Quran dan perlakuannya itu dikecam netizen yang menganggap tindakan itu sebagai bodoh dan jahil agama.
Lebih membangkitkan kemarahan apabila perbuatan remaja berkenaan dari daerah Kusial, Tanah Merah itu dilihat memijak al-Quran bagi membuktikan dirinya tidak berzina dengan seorang lelaki bernama Irwan sebagai mana kes yang ditularkan. Perbuatan empat orang remaja yang menerima kecaman netizen ini terbalas apabila empat orang sudah ditahan pihak polis.
Dalam laporan polis yang telah tular di media sosial itu, difahamkan remaja memijak al-Quran itu seorang remaja berusia 17 tahun tetapi sudah berhenti sekolah ketika tingkatan empat iaitu Siti Nor Liana Roslan.
4 remaja ditahan selepas tindakan memijak al-Quran viral di media sosial
Dalam kes tangkapan itu juga dikatakan teman wanita Irwan iaitu Shalnazira berusia 18 tahun, Syikin (perakam video) dan juga Mek Na yang mana kesemua mereka sudah dalam tahanan pihak polis. Perbuatan remaja ini mula terbongkar apabila kakak kepada salah seorang suspek melihat video dan membuat laporan polis. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Jika jahil menjadi ukuran perbuatan tidak senonoh ini, benarkah sumpah menjunjung al-Quran itu wujud atau ada berlaku dalam ajaran Islam?
Pendakwah, Ustaz Mk Azman seorang muslim harus istigfar segera jika menyedari diri ada berbuat kesilapan
REMAJA mendapatkan penjelasan dari pendakwah terkenal, Ustaz MK Azman mengenai isu tular ini dan mendapatkan pandangan adakah ada dalam ajaran islam perbuatan menjunjung al-Quran bagi perbuatan bersumpah.
Menurut pendakwah ini, perbuatan bersumpah menjunjung al-Quran tiada dalam ajaran Islam.
“Yang ada ialah Qasam di mana individu yang bersumpah perlu menyebut Wallahi, Wabillahi dan Wataallahi dengan niat dan tidak perlu memegang al-Quran ketika sumpah itu disebut.
“Adab menjunjung al-Quran yang pernah orang buat, pernah lakukan atau berfikir itu sebagai perbuatan betul ketika bersumpah hanyalah pemikiran-pemikiran silap,” katanya yang berkata perbuatan memijak al-Quran adalah satu perbuatan tidak baik kerana kalam Allah itu amat mulia dan menjadi kitab pegangan seluruh umat Islam.
Dalam pada itu, Ustaz Mk Azman berkata, selain menyebut Waallahi, Wabillahi dan Wattallahi sebagaimana diketahui ramai, sumpah juga boleh disebut dengan menyebut nama-nama Allah.
“Sebagai contohnya, Demi Ar Rahman, aku tak pernah buat perbuatan itu. Ini juga satu lafaz sumpah di mana nama-nama Allah disebut. Sumpah juga boleh dilafaz menggunakan sifat-sifat Allah.
“Contoh perkataannya begini, Allah Yang Maha Mulia, Aku berlindung dengan Kemuliaanmu, kemudian baru sebut perbuatan yang kita mengaku itu,” katanya sambil menambah sumpah turut disebut sebagai Lian.
“Sebagai contoh, suami mengaku bahawa anak dilahirkan isterinya bukan anaknya dan itu semua dikira sebagai satu akuan sumpah yang benar.
Apa perlu buat selepas bersumpah?
Jelas Ustaz Mk Azman, biasanya umat Islam disarankan bertaubat jika benar melakukan kesilapan.
“Islam itu amat mudah sebagaimana sifat Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.Jika kita buat silap, segeralah Istigfar. Untuk lebih baik, tambahkan dengan solat sunat taubat di mana kita sedar diri kita sudah terkhilaf dan tak akan mengulanginya lagi perbuatan tersebut.
Untuk bertaubat, selain istigfar, solat, individu itu harus tinggalkan perbuatan pernah dia lakukan dan terakhir membenci perbuatan tersebut.
Dalam pada itu, menjelaskan dalam satu keadaan seorang individu diugut atau dipaksa sebagai kes yang tular, jelas Ustaz Mk Azman, paksaan bererti kaki individu dipegang dan kemudian dipaksa pihak.
“Tapi kalau setakat kata-kata ugutan akan berbuat itu dan ini itu bukan dikira ugutan tetapi individu perlu berfikir dengan betul adakah perbuatan itu salah atau tidak,”katanya yang meminta remaja berhati-hati dengan setiap tingkah laku perbuatan mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini kita sering mendengar Gaza diserang oleh tentera Israel, kini penduduk bandar tersebut berhadapan kesukaran untuk menangani wabak pandemik COVID-19.
Menurut Public Health Malaysia, baru-baru ini lebih daripada 800 individu dijangkiti COVID-19 dalam sehari. Dengan kemudahan perubatan yang daif dan sut PPE untuk petugas kesihatan pun tidak mencukupi.
Lebih teruk lagi, beberapa tempat di Selatan Gaza masih diserang jet Israel tanpa peduli tentang hak kemanusiaan dan situasi semasa yang dihadapi oleh masyarakat seluruh dunia dalam menangani virus pandemik ini.
Jadi apa yang boleh kita bantu?
Baginda SAW bersabda: “Jika kamu tidak mampu (untuk pergi ke Baitulmaqdis) kirimlah minyak ke sana untuk dinyalakan lampu-lampunya.” (HR AS-SAKHAWI)
Korang boleh menyalurkan sumbangan kepada Gaza Food Basket Project kerana Yayasan Al Quds sedang mencari 20,000 dermawan yang boleh sedekah hanya RM10 sahaja untuk membantu rakyat Palestin yang terjejas teruk akibat COVID-19.
Sumbangan boleh dibuat kepada:
Bank : CIMB BANK Nama : YAYASAN AL QUDS MALAYSIA No. Akaun : 8600 4993 29 Email : dana.gaza.yayasanalquds@gmail.com
Semoga dengan sumbangan ikhlas yang diberikan walau hanya RM10 dapat menjadi asbab untuk kita melangkah masuk ke syurga nanti. InsyaAllah.
Sebarkan informasi ini untuk bantu saudara Islam kita.
Dua hari berturut-turut tiada kes baru COVID-19 dikesan di Malaysia. Namun mulai semalam, sudah wujud Kluster Pangsapuri apabila enam rakyat tempatan dikesan positif COVID-19. Walau tidak dinyatakan di pangsapuri mana tetapi sudah ada netizen memberikan jawapan.
Sementara itu menerusi sidang media harian berkaitan Covid-19 di Putrajaya semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 38 kes baru jangkitan Covid-19 dilaporkan dan merekodkan 7,857 kes positif keseluruhan.
Beliau berkata, 38 kes baru dilaporkan itu membabitkan 26 kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan dikuarantin sebaik tiba di negara ini.
Katanya, daripada 12 kes penularan tempatan, enam kes adalah bukan warganegara Malaysia manakala enam kes lagi membabitkan warganegara Malaysia.
Walau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan pergerakan bagi merancakkan ekonomi, namun keselamatan perlu diutamakan. Jika tiada hal penting, digalakkan duduk di rumah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!