Penganjur Makar Fest XL tampil memohon maaf secara terbuka susulan isu tular di media sosial melibatkan aksi segelintir penonton yang dilihat berjoget serta melanggar garis panduan hiburan semasa konsert penutup festival berkenaan di Mydin Mall Tunjong, Sabtu lalu.
Pengarah Festival, Issey Fazlisham berkata, Makar Fest XL yang berlangsung selama tiga hari itu merupakan penganjuran kelima oleh pihaknya dan telah dilaksanakan sepenuhnya mengikut kelulusan serta garis panduan hiburan yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).
Menurut Issey, pihak penganjur telah mengambil pelbagai langkah awal bagi memastikan pematuhan adab serta peraturan sepanjang program berlangsung, termasuk menayangkan video etika pentas sebelum acara bermula.
“Video etika panggung itu bertujuan memberi peringatan kepada semua pengunjung tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika menonton persembahan, termasuk soal adab, batas pergerakan dan tingkah laku,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram.
Beliau turut menjelaskan bahawa sebagai pengacara, peringatan mengenai larangan berjoget serta keperluan menjaga tertib telah disampaikan secara langsung setiap kali beliau berada di atas pentas sepanjang program berlangsung.
Kawalan Pengunjung Jadi Cabaran Besar
Bagaimanapun, Issey mengakui terdapat situasi yang berada di luar kawalan pihak penganjur, khususnya apabila jumlah kehadiran penonton pada malam konsert penutup Makar Fest XL melebihi jangkaan awal.
Ads
“Apabila orang terlalu ramai, kawalan menjadi lebih mencabar di beberapa kawasan tertentu. Bahagian hadapan hingga ke belakang sebenarnya telah dibuat pengasingan, namun apabila semua kawasan penuh, terdapat sudut yang sukar dikawal sepenuhnya,” jelasnya.
Tambah beliau, pasukan keselamatan serta krew Makar Fest bertindak segera sebaik sahaja insiden tersebut dikesan bagi mengawal keadaan dan memastikan situasi tidak berlarutan.
“Pihak penganjur sentiasa komited untuk mengambil tindakan pantas bagi memastikan pematuhan peraturan, namun kami akui terdapat perkara yang berlaku di luar jangkaan,” katanya lagi.
Ads
Tindakan Tegas Pihak Berkuasa
Susulan insiden berkenaan, penganjur Makar Fest XL dikenakan tindakan tegas apabila wang cagaran berjumlah RM8,000 dirampas oleh pihak berkuasa tempatan atas pelanggaran syarat hiburan melibatkan percampuran bebas lelaki dan perempuan serta aksi menari dan melompat-lompat dalam kalangan penonton.
Selain rampasan cagaran tersebut, penganjur turut berdepan risiko dikenakan penalti maksimum sehingga RM30,000 serta kemungkinan disenarai hitam sekiranya gagal menjelaskan kompaun yang ditetapkan.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, tindakan itu diambil selepas pihak berkuasa meneliti laporan penguat kuasa serta rakaman video berdurasi kira-kira 40 saat yang tular di media sosial.
Beliau menjelaskan bahawa penganjuran berbentuk ekspo jualan dan festival makanan yang berlangsung dari 29 hingga 31 Januari itu telah mendapat kelulusan hiburan di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Kelantan) 2025.
Ads
Mengakhiri kenyataannya, Issey mewakili pihak penganjur sekali lagi memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan serta memberi jaminan bahawa penambahbaikan akan dilakukan bagi penganjuran Makar Fest XL pada masa akan datang.
“Kami mengambil perkara ini sebagai satu pengajaran besar dan akan memperketatkan lagi kawalan agar insiden sama tidak berulang,” katanya.
Sumber : Sinar Harian, Instagram Issey Fazlisham
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
2023 pastinya buka lembaram baharu buat para ‘Travelers’ bagi melancong luar negara mahupun di dalam negara sendiri. Ada juga yang sudah pun mempunyai ‘plan’ sepanjang tahun ini untuk melawat lokasi menarik serata dunia.
Selain tujuan bagi merehatkan diri daripada ‘kelelahan’ bekerja, mengelilingi dunia juga dapat membuka mata dan mempelajari perkara baharu ketika berkunjung di tempat menarik. Namun begitu, ada segelintir juga meletakkan tujuan melancong mereka sebagai ‘tiket’ untuk menunjuk-nunjuk kepada followers di media sosial sahaja.
Bagi pengacara dan usahawan popular, Neelofa, peluang mengelilingi dunia harus dinikmati sebaiknya dan bukan bertujuan menunjuk-nunjuk dengan memuat naik sesebuah kandungan di media soal semata-mata.
Selain itu, dia juga menyifatkan jumlah tanda suka dan tontonan yang akan diterima hanyalah kepuasan bersifat sementara.
“Awak berjalan mengembara untuk melihat dunia atau dunia yang melihat awak? Rasai dan nikmati setiap perkara kecil yang berlaku di sekeliling anda, bukan semuanya soal mencipta kandungan di media sosial.
“Jangan tertipu dan puas dengan likes dan views, ia hanya memberi kepuasan kepada anda untuk sementara waktu sahaja,” coretnya panjang.
Perkara tersebut dikongsikan isteri kepada penceramah popular, Haris Ismail itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories miliknya, baru-baru ini.
Dalam masa sama, bekas pengacara rancangan MeleTop itu turut menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan sifat ‘menunjuk-nunjuk’ tersebut.
“Berhati-hati dengan perkara yang membuatkan anda merasa cepat puas dan bukan pasal konten anda. Percayalah mengenai perkara ini, kerana tahun-tahun yang sudah telah mengajar saya tentang ini,” tambahnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa boleh melupakan karakternya dalam drama bersiri Syurgamu Ramadan yang cukup popular suatu ketika dahulu. Dengan penghayatan karakter lantang dan mencuit hati biarpun memulakan karier sebagai seorang pelakon di lewat usia, setiap watak yang dilakonkannya cukup menjadi dan menjadi ingatan para penonton.
Popular dengan jolokan nama Mak Cik Petir atau Mak Uda Yati, Noryati Taib telah meninggal dunia pagi tadi kira-kira jam 1.45. Perkara ini dimaklumkan oleh anaknya Faizul Hafiz Hashim menerusi hantaran di laman media sosial Facebooknya.
assalammualaikum.
dukacita dimaklumkan MAMA saya
(hajah noryati bte taib)
telah meninggal dunia pada 1.45pagi sbntar…
“Assalammualaikum. Dukacita dimaklumkan MAMA saya (Hajah Noryati bte Taib) telah meninggal dunia pada 1.45pagi sbntar tadi. Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yg beriman,” kata Faizul Hafiz.
Untuk pengetahuan anda pada tahun 2017, allahyarhamah pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kiman dalam paru paru dan kemudian dia diuji apabila sebelah kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis.
Antara naskhah terakhir lakonannya adalah telefilem Cik Petir Putrajaya dan juga drama bersiri popular Nur 2. Allhyarhamah cukup popular dengan drama Sindarella, Syurgamu Ramadan dan juga Tari Tirana.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarhamah semoga rohnya tenang di sana, segala amal jariah diterima Allah SWT serta di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Sumber gambar: Instagram Mak Uda Yati & Facebook Faizul Hafiz
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rata-rata kita di Malaysia akan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari kan?
Seperti yang kita semua maklum, mandi tidak hanya membuatkan badan segar, tetapi ada manfaat lain disebalik itu. Malah, mandi dan bersuci adalah suatu perkara yang amat dititikberatkan didalam Islam.
Tapi, korang perlu percaya bahawa masih ada manusia di muka bumi ini yang malas untuk mandi. Paling mengejutkan mereka ini merupakan selebriti dan wanita yang cantik jelita.
Menurut laporan portal iNews.id hasil tinjuannya terhadap artis-artis di negara seberang itu mendapati bahawa ada lima artis wanita yang malas untuk mandi waktu pagi atau hanya mandi sekali sahaja dalam masa dua hari.
Ingin tahu artis Indonesia mana yang jarang mandi?
1. Anya Geraldine
Artis Indonesia jarang mandi. (Foto: Instagram)
Selebriti Anya Geraldine mengejutkan orang ramai apabila mengakui jarang mandi. Perkara ini didedahkan semasa menghadiri majlis makan malam. Anya mengakui badannya tidak banyak berpeluh tambahan pula wanita berusia 27 tahun ini sering berada di dalam bilik berhawa dingin.
2. Nagita Slavina
Foto Nagita Slavina via sindonews.com
Siapa sangka Nagita Slavina juga antara artis yang jarang mandi. Isteri Raffi Ahmad sejak remaja mengaku malas mandi. Perasaan malas itu bertambah selepas dia hamil anak kedua.
3. Tasya Farasya
Artis Indonesia jarang mandi (Foto: instagram)
Tasya Farasya yang merupakan seorang Beauty Vlogger, dan Selebgrams pula mempunyai petua yang tersendiri bahawa jarang mandi boleh mengekalkan kecantikan diri seseorang.
Bagaimanapun, wanita berumur 30 tahun yang keturunan Arab itu mengaku dia biasa mandi dua hari sekali terutama pada waktu malam.
4. Mahalini
Artis Indonesia jarang mandi (Foto: instagram)
Penyanyi yang muncul dari program pencarian bakat Indonesian Idol, Mahalini Raharja, mengakui jarang mandi.Namun, teman wanita Rizky Febian ini mengatakan jika tidak sibuk dengan urusannya dia pasti mandi serta membersihkan dirinya setiap hari.
5. Prisia Nasution
Artis Indonesia jarang mandi (Foto: instagram)
Prisia Nasution , 38, pula mempunyai alasan yang tersendiri kerana jarang mandi setiap hari.
Prisia adalah seorang pelakon pernah mendapat anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Indonesia 2011 berkata soal jarang mandi tidak menjadi masalah sebab yang paling penting kecantikan dari dalam diri seseorang perlu dijaga.
” Setiap wanita mahukan dirinya cantik dan kecantikan diri perlulah dijaga dari dalam diri setiap masa walaupun kita jarang mandi,’’ katanya berasal dari Jakarta.
**
Sebenarnya, mandi juga memiliki peranan dalam meningkatkan sistem kekebalan, mencegah penyakit kulit, bahkan untuk menyembuhkan masalah kesihatan yang serius.
Hmm…jadi korang yang lelaki selidik dulu teman wanita korang rajin mandi atau tak okay. Jangan pandang muka cantik je.hiks
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.