Memang tidak dapat dinafikan, kumpulan ikonik K-pop, Bangtan Boys atau lebih dikenali sebagai BTS telah menjadi perhatian seluruh dunia.
Baru-baru ini, BTS menerusi pengumuman di laman Twitter bakal memberikan koleksi konsert secara percuma kepada Army!
Ads
Berita baik buat para peminat kerana mereka boleh menonton koleksi konsert atas nama Bang Bang Con itu di rumah dengan melayari saluran YouTube rasmi kumpulan pujaan ramai tersebut iaitu BANGTANTV pada Sabtu (18 April) dan Ahad (19 April) ini.
Untuk pengetahuan anda, beberapa konsert yang termasuk dalam koleksi itu adalah BTS Live: The Most Beautiful Moment in Life On Stage (2015) dan BTS Live Trilogy Episode III The Wings Tour In Seoul (2017).
Ads
Menerusi tinjauan kami di laman Twitter, rata-rata peminat kelihatan teruja dengan pengumuman Bang Bang Con ini:
HOLD UP, THEY POSTED THE BANGBANGCON D-5 AND IT MEANS THEY’RE COUNTING DOWN BEFORE THE BANGCON SO IT MEANS WE’RE GETTING SELCAS FOR THIS WEEK, WE ALREADY GET NAMKOOK, I’M EXCITED WHO’S NEXT OMYGODPLSSSJDK
Sepatutnya , kumpulan K-Pop terkenal ini dilaporkan mahu melancarkan konsert jelajah dunia mereka pada bulan ini selain beraksi di Stadium Olimpik, Seoul berikutan pelancaran album baru iaitu Map of the Soul: 7 pada Februari lalu. Walau bagaimanapun, semua projek itu terpaksa dibatal atau ditangguhkan berikutan penularan virus pandemik COVID-19.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam 11 Disember telah berlaku satu tragedi sedih menimpa lima remaja sekolah berusia antara 15-19 tahun dipercayai rentung selepas tempat kerja mereka meletup.
Dalam kejadian sekitar jam 1.50 petang semalam, empat remaja sekolah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menglembu yang bekerja secara part time di sebuah syarikat penyediaan majlis, Mohammad Nor Ikram Mohd Husni, 15; Mohamad Ekmal Izzuddin Mohamad Kamari, 16; Mohammad Nuraiman Abdul Rahman, 16 dan Ahmad Faizal Aminuddin, 16, ditemui rentung selain seorang lagi rakan mereka Muhamad Azhar Shah Rosli, 19. Turut ditemui maut di tempat kejadian ialah pemilik premis iaitu P Thiagarajan, 40.
Apa yang sangat menyedihkan dalam tragedi menyayat hati ini, kesemua mangsa tidak sempat menyelamatkan diri kerana berlaku letupan kuat diikuti percikan bunga api umpama sebuah pertujukan sambutan Tahun Baru kerana percikan terlalu jauh.
Ahli keluarga mangsa ditenangkan selepas tidak mampu menahan kesedihanAnggota bomba melakukan pemeriksaan rapi di lokasi kejadian yang berlaku di Taman Perindustrian Jelapang Maju, Jelapang,Ipoh.
Harian Metro melaporkan, seorang saksi kejadian, P Appu, 48, yang juga abang kepada mangsa berkata, ketika kejadian adiknya Thiagarajan, 40, bersama isteri serta lima pekerja berada dalam premis yang turut menjalankan perniagaan pusat sehenti penganjuran majlis termasuk bahan letupan berlesen, bunga api, dan kesan khas.
“Saya pula berada di kaki lima premis ketika itu, dan tiba-tiba mendengar letupan kuat disusuli percikan bunga api serta kebakaran di tingkat atas bangunan dua tingkat berkenaan.
“Saya cuba membantu dengan memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api, namun tidak berjaya kerana api marak dengan cepat.
“Takut, terkejut dan sedih apabila mendengar jeritan mangsa meminta tolong tetapi saya tidak dapat membantu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di taman perumahan berhampiran pada sebelah malam, dan tinggal di premis perniagaan adiknya itu pada waktu siang.
“Masa kejadian adik saya dan lima pekerja Melayu berusia lingkungan 20-an berada di tingkat atas, manakala adik ipar pula berada di ruang pejabat di tingkat bawah dan terselamat.
“Saya sudah tinggal di sini sejak adik menjalankan perniagaannya lebih 10 tahun lalu,” katanya.
Antara jenazah yang dibawa keluar dari lokasi kejadian
Sementara itu, seorang penduduk yang mahu sebagai Ahmad, 50-an, berkata berlaku letupan kuat dan gegaran ketika kejadian berlaku.
“Ketika itu saya berada di rumah yang terletak kira-kira 150 meter dari rumah kedai berkenaan dan sebaik letupan berlaku saya keluar rumah untuk memeriksa.
“Saya melihat kepulan asap seperti cendawan berserta percikan dan letupan seperti pertunjukan bunga api dengan serpihannya berterbangan hingga ke kawasan perumahan kami,” katanya.
Mohammad Nor Ikram (dua, kiri) dan Mohd Ekmal (dua, kanan) terkorban dalam kejadian kebakaran semalam
5 Sahabat Dikebumikan Satu Liang Lahat
Jenazah lima sahabat yang terkorban dalam kebakaran rumah kedai di kawasan perindustrian Jelapang Maju, semalam akan dikebumikan dalam satu liang lahad. Persetujuan itu dicapai ahli keluarga masing-masing memandangkan persahabatan semua mangsa yang terjalin sejak kecil.
Bapa mangsa, Abdul Rahman Bahak, 45, berkata, hubungan mereka juga tidak ubah seperti adik beradik.
“Ke mana saja mereka pergi atau ada aktiviti mesti buat sama-sama, jadi semalam kami dah bincang dan ambil keputusan untuk kebumikan bersama dalam satu liang lahad,” katanya.
Semua jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Pari, hari ini.
Waris dan ahli keluarga semua mangsa dilihat sudah berada di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sejak jam 7 pagi lagi bagi proses pengecaman.
Seorang lagi bapa mangsa, Mohamad Kamari Talib, 53, berkata, mereka dipanggil untuk menjalani ujian DNA, pagi ini selepas proses pengecaman sukar dilakukan berikutan keadaan mangsa yang rentung.
“Ada mereka minta kami bawa laporan perubatan dan pergigian, tetapi manalah ada, tak pernah buat pun. Saya sendiri tak dapat nak cam anak saya, jalan paling selamat buat DNA,” katanya.
Proses pengecaman dijangka selesai menjelang tengah hari.
Aminuddin Tan, 40, pula mengharapkan proses berkenaan dapat diselesaikan secepat yang mungkin bagi membolehkan urusan pengkebumian dijalankan.
Katanya, persiapan pengkebumian telahpun dimulakan, awal pagi tadi.
“Kami semua cuma harap selesai cepat dan dapat kebumi seboleh-bolehnya tengah hari ini,” katanya.
Kerajaan negeri tanggung kos pengebumian
Sementara itu kerajaan negeri akan menanggung kos pengkebumian semua mangsa yang terlibat dalam kebakaran rumah kedai di kawasan perindustrian Jelapang Maju, semalam.
Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar, Dr Abdul Aziz Bari berkata, lain-lain bantuan yang diperlukan ahli keluarga juga akan berikan bagi memastikan kelancaran pengkebumian hari ini.
“Saya dimaklumkan oleh keluarga bahawa persiapan pengebumian telah dimulakan jadi kerajaan negeri akan menanggung segala kos berhubung pengebumian.
“Kebetulan kelima-lima remaja ini dari kawasan Dun saya, jadi buat masa ini kita akan uruskan kos, bantuan yang lain kita bincang dengan keluarga kemudian,” katanya ketika menemui ahli keluarga mangsa di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), pagi ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Allah menciptakan langit menurut lapisanNya. Ada tujuh petala langit dan 7 petala bumi dan setiap satunya dihuni oleh kesemua makhluk ciptaan Allah, Sang Pencipta alam semesta.
Selain manusia, alam ini turut dihuni oleh para malaikat yang dijadikan dari cahaya, manusia dari tanah dan jin dari api. Kesemuanya dipisahkan menurut aturan dan menjaga ketenteraman yang ditetapkan. Namun ada sesetengah manusia boleh masuk ke alam bunian bukanlah satu cerita dongeng kerana telah banyak diceritakan. Kisah yang dikongsi oleh Ashikin Nofal di twitternyaini mengenai sahabatnya, BOY yang diajak kahwin oleh bunian dan bila ditolak, hijab matanya dibuka. Setiap kali ada makhluk halus melintas atau melintas, anak matanya akan bergerak-gerak, seakan memberi signal, adanya kehadiran makhluk halus di situ telah mendapat 8322 retweet.
Baca kisahnya…
Kisah bermula apabila Boy telah pergi ke satu kawasan gua di Gua Musang, Kelantan. Duduk di barisan belakang tetapi Boy perasan ada wanita muda telah mengekorinya. Bila cuba toleh, dia terus disepak sehinga jatuh sebelum diajak kahwin oleh wanita muda itu.
Rentetan itu, mulalah terbongkar salah silah keluarganya termasuk cubaan keluarga untuk mengesan pakcik mereka yang sudah lama hilang dipercayai disorok oleh bunian jahat.
Rentetan dari kejadian itu, Boy mula perasan, dia ada anugerah lain yang selama ini tidak pernah dia terfikir. Setiap kali kehadiran makhluk halus, anak matanya akan berair seakan menangis tetapi ketika itulah dia boleh nampak hantu seperti pocong dan sebagainya.
Rupanya wei, pocong ini muka ngeri, berlubang-lubang dan kehitaman, bau seperti bangkai terlalu busuk. Loncatannya laju dan tidak seperti diselalu diceritakan dalam wayang dan sebagainya yang mana pocong melompat perlahan-lahan.So memang seramlahkan. Minta dijauhkan sama sekali bertemukan…
Tapi rupanya best juga dapat anugerah niekan. Kita tahu jer gerai mana yang guna jin sebagai pelarisnya, tahu je mana jin dah ludah dan kencing. Sebab itulah sesetengah kedai orang sangat ramai pada hal makanannya taklah sedap mana pun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali filem seram ditayangkan di pawagam pasti dapat sambutan luar biasa daripada masyarakat Malaysia. Walaupun rasa takut nak tengok, tapi kalau ada filem hantu je mesti penuh panggung.
Mungkin sebab sikap ingin tahu dan suka perasaan cemas tu yang buatkan ramai orang serbu panggung wayang.
Namun, masih ada yang tak tahu bahawa terdapat beberapa cerita yang difilemkan itu sebenarnya adalah kisah benar.
Berikut merupakan antara 9 filem seram terkenal yang diadaptasi daripada kisah sebenar.
1. The Exorcism of Emily Rose (2005)
Filem ini mengisahkan seorang budak yang bernama Anneliese telah dirasuk dan dikatakan salah satu rakaman audio di dalam babak filem tersebut merupakan rakaman asal yang telah direkodkan semasa upacara menghalau syaitan dilakukan. Kisah ini terjadi pada 49 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1968.
2. The Exorcist (1973)
Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki bernama Roland Doe yang dirasuk pada tahun 1949. Hal ini menjadikan penduduk di sekeliling hidup dalam ketakutan sehingga ada yang telah membukukan peristiwa yang mengerikan itu.
3. The Texas Chainsaw Massacre (1974)
Filem ini berkisarkan tentang sekumpulan rakan-rakan yang menjadi mangsa kepada sebuah keluarga kanibal ketika dalam perjalanan untuk melawat sebuah rumah ladang lama. Watak Leatherface dan butiran plot di dalam filem ini telah diilhamkan oleh jenayah hidup sebenar pembunuh bersiri Ed Gein.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa buah negara yang telah mengharamkan tayangan filem ini kerana aduan tentang keganasan filem tersebut. Namun begitu, berjaya meraih kutipan lebih daripada $30 juta dan menjadi antara salah satu filem seram terbaik dalam sejarah pawagam.
4. A Nightmare On Elm Street (2010)
Ramai yang menyangka bahawa filem ini adalah hanya rekaan semata-mata. Sebenarnya, filem ini adalah berdasarkan sekumpulan pelarian dari Vietnam yang mati dibunuh dalam mimpi. Menurut pihak medik pada ketika itu, tiada sebarang kesan pergelutan atau pendarahan dalaman pada tubuh mayat-mayat tersebut.
5. The Amityville Horror (2015)
Filem ini mengisahkan tentang kejadian yang berlaku dalam sebuah rumah yang didiami oleh keluarga Lutz di Amityville pada tahun 1975.
6. The Possession (2012)
Kisah benar ini mengisahkan tentang seorang remaja wanita yang membeli sebuah kotak antik yang dijual di laman Ebay. Tanpa disedari rupa-rupanya kotak tersebut adalah kotak puaka yang sesiapa sahaja memilikinya akan berhadapan dengan kejadian paranormal.
7. Anabelle (2014)
Filem ini mengisahkan tentang sebuah anak patung yang berpuaka. Menurut legenda, seorang anak kecil telah dibunuh dengan kejam dan rohnya berpindah ke dalam anak patung miliknya. Sesiapa sahaja yang memiliki anak patung tersebut akan berakhir dengan kematian yang tragis. Dilaporkan juga, anak patung tersebut kini disimpan di muzium pameran Warren Occult di Amerika Syarikat.
8. The Conjuring (2013)
Diambil daripada kisah pengalaman sepasang suami isteri yang bekerja sebagai penyiasat paranormal. Kes yang paling tragik penah dikendalikan oleh mereka adalah kes anak patung Annabelle, di mana terdapat sebuah keluarga yang memiliki anak patung tersebut dan sering diganggu makhluk halus.
9. The Conjuring 2 (2016)
Sama seperti filem pertamanya, The Conjuring juga mengisahkan tentang pengalaman suami isteri tersebut yang mengendalikan kes Enfield yang berlaku di England pada tahun 1978.
Tak dinafikan bila menonton filem seram orang putih ni memang boleh meremang bulu roma. Tapi, kalau filem seram dekat Malaysia ni pulak apa komen korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!