Legenda muzik tanah air, Siti Nurhaliza sekali lagi membuktikan pengaruhnya masih utuh apabila dipilih sebagai wakil kempen Spotify EQUAL Singapura & Malaysia bagi Mac 2026.
Lebih membanggakan, ini merupakan kali kedua Biduanita Negara itu menyertai inisiatif berprestij berkenaan.
Bukan itu sahaja, foto gergasi Siti yang tampil anggun dalam busana tradisional rona merah turut menghiasi layar digital ikonik di Times Square, New York City, Amerika Syarikat, satu pencapaian yang pastinya membanggakan rakyat Malaysia.
Pengiktirafan ini bukan sekadar mencerminkan perjalanan seni luar biasa Siti, malah terus mengangkat suara wanita Asia Tenggara ke pentas global.
“Satu penghormatan yang sangat besar”
Siti tidak menyembunyikan rasa syukur atas pencapaian tersebut.
“Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas rezeki ini. Terpilih sebagai wakil Spotify EQUAL Singapura & Malaysia adalah satu penghormatan yang sangat besar buat saya,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Universal Music Malaysia dan SN Legacy.
Ads
Menurut penyanyi kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang itu, pengiktirafan tersebut menjadi bukti bahawa muzik tidak mengenal batas usia mahupun masa.
Dalam era digital yang berkembang pesat, pemilihannya sebagai wajah kempen memperkasakan wanita jelas membuktikan karya berkualiti masih relevan dan dihargai di platform penstriman global.
Bukan kejayaan individu semata-mata
Sebagai figura wanita berpengaruh, Siti melihat pencapaian ini sebagai simbolik kepada semua anak seni wanita di rantau ini.
“Ini bukan sekadar kejayaan individu, tetapi satu mesej bahawa suara wanita ada kekuatan luar biasa untuk menyatukan peminat di Malaysia, Singapura dan seluruh dunia,” katanya sambil merakamkan penghargaan kepada Spotify atas usaha berterusan dalam memperkasakan wanita melalui muzik.
Ads
Pesanan buat penyanyi muda: Jangan kejar viral semata-mata
Dalam masa sama, Siti turut berkongsi nasihat kepada penyanyi wanita muda yang ingin membina kerjaya mampan dalam industri muzik.
Beliau menekankan kepentingan kualiti berbanding populariti sementara, selain membina identiti seni yang konsisten.
“Jangan hanya kejar viral, tetapi kejarlah kualiti. Identiti yang kuat dan disiplin dalam menjaga vokal akan memastikan anda kekal relevan merentas zaman,” katanya.
Siti juga mengingatkan bahawa industri muzik sentiasa berubah, dan artis perlu bijak menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi serta trend semasa tanpa melupakan asas seni.
Selain itu, sikap positif dan ketahanan diri juga penting dalam menghadapi cabaran, dengan peminat kekal sebagai tunjang utama perjalanan kerjaya seseorang artis.
“Hargai peminat anda kerana tanpa mereka, kita tidak akan berada di mana-mana,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berkahwin di usia muda merupakan salah satu rezeki yang tidak semua orang miliki. Ada yang habis saja sekolah dah terus dapat jodoh. Kata orang, dah memang sampai seru.
Namun, terbukti usia bukan penghalang untuk menamatkan zaman bujang, asalkan mampu untuk memikul tanggungjawab dan mempunyai persefahaman bersama pasangan hidup.
Lapan artis wanita ini dah pun buktikan umur tidak menjadi kayu ukur untuk bergelar seorang isteri.
1. Rosma AF
Sumber foto: mstaronline.com
Salah satu pasangan yang dilahirkan daripada program realiti TV, Rosma dan Khai menamatkan zaman bujang pada 2008 dan ketika itu, Rosma baru berusia 23 tahun.
2. Elyana
Sumber foto: Beautifulnara
Masih ingat lagi dengan penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu? Ya, Elyana juga berkahwin pada usia 23 tahun kira-kira tujuh tahun yang lalu.
3. Wawa Zainal
Sumber foto: sensasimalaysia.com
Aeril Zafril telah pun melamar Wawa pada usianya 20 tahun. Ternyata usia tak menghalang Wawa untuk menjadi seorang ibu yang penyayang. Mereka telah melangsungkan perkahwinan pada 25 Feb 2012.
4. Diana Danielle
Sumber foto: Mynewshub
Pelakon dan model, Diana Danielle berkahwin dengan actor kacak, Farid Kamil, pada usia 21 tahun.
5. Eina Azman
Sumber foto: Rotikaya
Berkahwin di usia 19 tahun, Eina Azman telah memilih Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden untuk menjadi pasangan hidupnya. Perkahwinan mereka dilangsung gilang-gemilang di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 2014.
6. Fiffy Natasya
Sumber foto: Beautifulnara
Pelakon dan penyanyi remaja, Fiffy Natasya mengambil keputusan untuk menikah pada usia 21 tahun.
7. Erin Malek
Sumber foto: mstaronline.com
Erin Malek atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek sah bergelar isteri kepada Farriz Fauzy ketika umurnya 20 tahun. Pasangan ini telah pun dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel, Mohamed Faliq dan Nur Aisha.
Remaja juga ingin mengucapkan tahniah in advance kepada Mawar Rashid yang juga bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Mawar pun baru saja berusia 22 tahun. Semoga Mawar dan pasangan, Raf Yaakob dapat melayari bahtera rumah tangga dengan penuh kasih sayang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama siri Korea sekali lagi berada di kedudukan teratas penstriman digital Netflix, All Of Us Are Dead mencatatkan tangga pertama ranking global selepas sehari tayangan.
Drama ini menceritakan tentang pelajar yang terperangkap di sekolah ketika virus zombie merebak dan mereka berhempas pulas berjuang untuk meneruskan hidup. Siri ini adalah berdasarkan webtoon popular dari Jong Dong Geun yang dikenali sebagai ‘novel grafik zombi gaya Korea’.
Apa yang menarik perhatian, pelakon utama siri ini Park Solomon berjaya mencuri hati peminat dengan ketampanan dan aksi lakonan yang ditonjolkan. Baru berusia 23 tahun, nampaknya pelakon ini mempunyai masa depan yang cerah dalam industri hiburan Korea.
Mesti ramai yang ingin mengenali siapakan jejaka tampan yang berlakon dalam All Of Us Are Dead ini kan? Jom kita lihat antara 13 fakta menarik tentang pelakon lelaki ini.
1. Nama penuhnya Park Solomon, tetapi nama samaran adalah Lomon
2. Dilahirkan pada 11 November 1999, berusia 23 tahun ini
3. All Of Us Are Dead adalah comeback dalam lakonannya selepas membintangi drama terakhir, Sweet Revenge (2017)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Cuaca panas sedang melanda semua negeri di Malaysia dan apa yang selalu membuatkan kita marah?
Gigitan nyamuk pada waktu malam.
Okay, peluh, dahaga DAN gigitan nyamuk.
Nyamuk lebih pantas untuk membiak dan bertindak mengigit ketika cuaca sepanas sekarang kerana ketiadaan hujan lebat yang mengganggu aktivitinya. Sudah tentu, semua orang perlu melakukan langkah pencegahan seperti menjaga kebersihan di sekeliling rumah agar ia tidak membiak.
But we can just do so much. Pada waktu malam semasa kita sedang lena tidur, nyamuklah yang akan menemani di katil.
Selain menyapu krim bagi melegakan gigitan nyamuk, ini dia 4 lagi cara terbaik untuk korang cuba.
Air Sejuk / Ais
Rendamkan kain bersih di dalam air sejuk dan letak pada bahagian gatal.
Korang pun boleh bungkuskan ketulan ais di dalam kain dan letakkan pada permukaan kulit sehingga rasa gatal hilang.
Cuka Epal
Ia sesuai untuk kurangkan kegatalan kerana sifatnya yang berasid. Sama seperti antiseptik, celupkan bebola kapas sedikit ke dalam cuka epal yang dilurutkan dengan air suam. Then, sapu!
Bawang
Yes, ada juga gunanya membawang. Bawang mempunyai sifat anti bakteri yang sangat efektif untuk mengubati luka termasuklah kesan merah gigitan nyamuk.
Caranya, belah bawah merah atau putih dan olehkan pada kulit untuk beberapa saat.
Hanya jika ia tidak menimbulkan reaksi atau alergi, teruskan mengoles untuk beberapa minit. Kemudian, cuci dengan air.
Kulit Pisang
Pishang bukan sebarang pishang.
Sambil makan buah pisang, ambil bahagian dalam kulitnya dan potong ia menjadi kecil. Kemudian, lekat pada kawasan yang digigit nyamuk.
Kulit pisang mempunyai sifat anti radang lalu melembapkan kulit yang gatal.
Haa, jangan garu. Cuba 4 tip pada malam ni kalau digigit nyamuk okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!