Bukan mudah buat pelakon yang tidak fasih berbahasa Kantonis untuk membawakan watak dalam sebuah filem yang menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa utama. Namun, situasi itu tidak menghalang aktor versatil, Andy Teh, daripada mencabar dirinya menerusi filem Golden Blessing.
Malah, demi memastikan watak Koh yang dilakonkannya dapat disampaikan dengan baik, Andy sanggup bekerja keras mempelajari pertuturan Kantonis Hong Kong dalam tempoh yang singkat.
Pernah Kecewakan Pengarah Hong Kong
Menurut Andy, dia sememangnya tidak begitu fasih berbahasa Kantonis dan perkara tersebut pernah menjadi antara cabaran dalam perjalanan karier lakonannya.
Namun, peluang menerusi Golden Blessing membuatkan pelakon Blood Brothers itu mahu membuktikan bahawa kekangan bahasa bukan alasan untuk mengalah.
“Saya tidak fasih berbahasa Kantonis, pernah beberapa kali dikecewakan pengarah Hong Kong kerana perkara tersebut. Dan apabila mendapat peluang berlakon dalam filem ini, saya berusaha untuk melancarkan pertuturan dalam bahasa tersebut, lebih daripada apa yang saya lakukan dalam filem Black Ops.
“Saya diberikan skrip dalam dua bahasa, Inggeris dan kantonis. Disebabkan saya tidak boleh membaca dalam bahasa Kantonis, skrip bahasa Inggeris itulah membantu saya memahami watak dan jalan cerita.
“Bahasa Kantonis di Malaysia berbeza dengan Hong Kong. Dalam proses menguasainya, saya meminta rakan untuk mentejermah dan kemudian, saya tulis semula dalam perkataan pinyin. Kemudian saya minta sahabat saya untuk menuturkannya supaya saya dapat rakam dan dengar semula setiap hari dalam masa sebulan.
Ads
“Saya bekerja keras untuk menguasai bahasa Kantonis yang ditutur masyarakat Hong Kong. Saya rasa sangat lega kerana dapat menghidupkan watak itu dengan sebaiknya,” katanya dalam sidang media filem berkenaan di Lexis Hibiscus, Port Dickson.
Hafal Dan Dengar Semula Setiap Hari
Menariknya, proses Andy mempelajari bahasa Kantonis bukan sekadar membaca skrip berulang kali.
Disebabkan tidak boleh membaca tulisan Kantonis, dia menggunakan skrip bahasa Inggeris sebagai panduan untuk memahami jalan cerita dan wataknya.
Dalam masa sama, Andy mendapatkan bantuan rakan untuk menterjemahkan dialog sebelum menulis semula sebutannya menggunakan pinyin.
Lebih disiplin, dia turut merakam sebutan dialog yang dibantu oleh rakannya sebelum mendengar rakaman tersebut setiap hari selama kira-kira sebulan.
Ads
Usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila Andy berjaya membawakan watak Koh dengan lebih yakin.
Pertama Kali Dapat Pujian Sebegitu
Golden Blessing juga meninggalkan pengalaman cukup bermakna buat Andy apabila usaha kerasnya sepanjang penggambaran mendapat perhatian pengarah.
Malah, dia mengakui cukup terharu apabila menerima penghargaan secara langsung daripada pengarah selepas menyelesaikan salah satu babak penting dalam filem tersebut.
“Ini pertama kali seorang pengarah, selepas babak penting dalam filem ini, datang dan memeluk saya sambil mengucapkan tahniah kerana berpandangan lakonan saya bertambah baik dari semasa ke semasa.
“Ini kerana pada hari pertama, saya gagap apabila diminta membaca skrip depan beliau. Saya merasakan seperti telah melaksanakan kerja yang baik sebagai pelakon Malaysia,” ujarnya.
Golden Blessing merupakan filem usahasama Malaysia dan Hong Kong yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Port Dickson.
Selain Andy, filem bergenre komedi itu turut menampilkan barisan pelakon popular Hong Kong termasuk Owen Cheung Chun Long, Ruco Chan Chin Pang, Benjamin Yuen Wai Ho, Mandy Wong Chi Man dan Kent Cheng Jak Si.
Dalam filem ini, Andy membawakan watak seorang pemegang peta yang bergabung dengan beberapa karakter lain dalam usaha mencari harta karun yang terdapat di sebuah hotel.
Dengan gabungan pelakon Malaysia dan Hong Kong serta pengalaman Andy mencabar dirinya dengan bahasa Kantonis, Golden Blessing pastinya menjadi antara karya yang menarik untuk dinantikan.
Filem ini dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2027.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini penyanyi Billie Eilish telah mengumumkan bahawa dia akan melakukan konsert jelajah Asia dan akan berkunjung ke Seoul, Hong Kong, Tokyo dan beberapa lagi bandar besar tetapi tidak pula dimasukkan Malaysia dalam senarai.
Namun, berita baik yang diterima pagi ini apabila pemenang tujuh kali Grammy Award itu bakal membuat persembahan sulung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 18 Ogos depan.
Penganjuran konsert ini adalah sebahagian daripada jelajah Asia ‘Happier Than Ever, The World Tour’ yang dinantikan-nantikan peminatnya di Malaysia, termasuklah di Manila, Seoul, Singapura, Bangkok dan Tokyo.
Penampilan ini secara tidak langsung menjadikan Billie Eilish selebriti indie electropop pertama yang membuat kemunculan di Asia. Tiket konsert Jelajah di Amerika Utara, UK dan Eropah memecah rekod apabila habis dijual pada Mei tahun lalu.
Sejak pelancaran single pertamanya Ocean Eyes pada 2015, anak kelahiran Los Angeles ini terus meraih kejayaan demi kejayaan. Breakout Album 2019 penyanyi ini, When We All Fall Asleep, Where Do We Go? berjaya menduduki tangga pertama di Billboard 200 di Amerika Syarikat serta 17 negara lain di seluruh dunia dan menjadi album yang paling banyak distrim pada tahun itu.
Dibawakan oleh Live Nation Malaysia, tiket pra-jualan boleh mula dibeli esok (24 Jun) pada pukul 10 pagi, diikuti oleh pra-jualan Live Nation Members pada hari Sabtu (25 Jun) 10 pagi. Tiket dijual dengan harga RM308, RM408, RM508 dan RM598.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak keterlaluan sekiranya REMAJA gambarkan tahun 2022 menjadi milik grup sensasi Korea Selatan, Blackpink dalam konteks dunia hiburan antarabangsa.
Mereka muncul di pentas Video Music Awards (VMAs) untuk kali pertama pada bulan Ogos dan telahpun memulakan jelajah dunia ‘sold out’ di 27 buah bandaraya sejak Oktober lalu; berbaki tujuh bulan lagi termasuklah persembahan di Kuala Lumpur.
Pengaruh Blackpink bukan sekadar dalam kalangan peminat K-pop sahaja, malahan grup yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose ini juga menjadi salah satu penghibur kegemaran ramai selebriti antarabangsa seperti Selena Gomez, Usher dan Taylor Swift yang telah meluahkan rasa sayang mereka terhadap Blackpink secara terbuka sebelum ini.
Kehadiran album studio kedua berjudul Born Pink pada September lalu memperkukuhkan kedudukan Blackpink setelah ia mencatatkan jualan sehingga 2 juta unit.
Berbekalkan pelbagai kejayaan sepanjang tahun 2022, tidak hairanlah penerbitan antarabangsa Majalah Time telah menamakan Blackpink sebagai ‘Entertainer of the Year’ atau ‘Penghibur Tahunan’ untuk edisi Disember mereka.
Menerusi temubual bersama Time yang telahpun dimuat naik di laman sesawangnya, Jennie memberitahu bahawa banyak tenaga dan usaha telah mereka berempat pertaruhkan agar boleh menjadi ‘superwomen’. Begitupun katanya, mereka hanyalah empat orang gadis biasa dalam kehidupan seharian.
Penglibatan setiap ahli Blackpink dalam kerjaya solo masing-masing juga dilihat sebagai resepi kejayaan kumpulan tersebut di mana setiap ahli mempunyai ruang untuk meneroka potensi serta identiti sendiri dalam dunia muzik, fesyen dan lakonan.
“Mereka berempat adalah bintang dari sudut masing-masing.”
Tambah Jennie lagi, kesemua kejayaan ini lahir daripada hati yang ikhlas dan bukan bersandarkan kepada wang serta perniagaan semata-mata. Justeru, kini mereka lebih mementingkan aspek kesihatan mental dan fizikal bagi mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon muda, Atiq Azman beri bayangan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi bersama pilihan hatinya yang dikenali sebagai Alia.
Menerusi sebuah hantaran di platform TikTok, pelakon naskhah hit Nur itu dilihat sedang membuat persiapan perkahwinan selain menghitung hari untuk mendirikan rumah tangga.
Dalam video itu juga kelihatan, Atiq yang mengenakan songkok dan Alia yang memakai tudung mengambil gambar dipercayai bagi melengkapkan borang nikah mereka.
“Bismillah #countingdays,” coretnya di ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata penggiuna meluahkan rasa teruja dan mendoakan agar urusan mereka ke jinjang pelamin dipermudahkan.
“Semoga dipermudahkan urusan Alia dengan Atiq nanti,” tulis seorang pengguna.
“Adakah akan menamatkan zaman bujang? Jika ya, tahniah Alia dan Atiq,” komen seorang lagi pengguna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.