Pelakon, Siti Khadijah Halim rasa peningkatan kes jenayah di Malaysia ni memang sangat menakutkan.
Siti Khadijah cakap dia sangat terkejut sebab sekarang ni, hampir setiap hari kita dengar berita tentang orang hilang yang akhirnya dijumpai dah tak bernyawa.
Siti Khadijah
“Saya terkejut sebab Malaysia tiba-tiba jadi macam ni, padahal dulu kita tak macam ni.
“Dulu, kita hidup aman dan harmoni, tapi sekarang kenapa jenayah makin menjadi-jadi? Saya rasa sedih dan kecewa.
“Saya memang jenis yang protective dan tak suka tengok orang lain disakiti. Bila saya nampak isu-isu macam ni, dan kita tak boleh buat apa-apa, saya rasa tak berdaya sangat. Tapi apa yang saya boleh buat adalah kongsi kesedaran dengan followers saya di media sosial.
“Kalau korang nampak sesuatu yang mencurigakan, cuba tolong. Kalau saya, saya lagi rela penjahat tu yang sakit daripada ada benda buruk jadi pada mangsa,” kata pelakon yang popular dengan drama Aish dan Ash tu.
Ads
Siti Khadijah ‘join’ Judo, Muay Thai
Sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan sekeliling, Siti Khadijah turut berkongsi bahawa dirinya kini sedang mengambil kelas mempertahankan diri.
“Sejujurnya saya memang takut, sekuat mana pun saya, saya tetap perempuan dan tak boleh lawan kudrat lelaki.
“Sebenarnya kalau nak tahu saya memang selesa berjalan seorang diri, saya sukakan kebebasan.
Ads
Siti Khadijah
Menurut pelakon jelita ini, sejak kes- kes jenayah ini berlaku, dia sudah tidak keluar seorang diri lagi dan akan pastikan ada teman bersama. Malah, selalu ingatkan keluarga supaya tidak melakukan aktiviti seorang diri.
“Sekarang bukan perempuan saja tak selamat, lelaki pun sama. Macam saya sekarang sebagai langkah berjaga-jaga saya ambil kelas mempertahankan diri. Saya ambil Judo dan Muay Thai.
Walaupun saya sedar mungkin saya tidak cukup kuat untuk melawan lelaki, sekurang-kurangnya saya mempunyai asas untuk mempertahankan diri,” katanya seperti dilaporkan oleh Astro Gempak.
Anugerah Nasyid Malaysia 2020 yang berlangsung kelmarin menjadi tumpuan warganet apabila kumpulan Saujana membuat persembahan di kaca televisyen arus perdana dengan kehadiran semua anggotanya. Mengalunkan lagu popular mereka Sepohon Kayu, Suci Sekeping Hati dan juga Keluarga Bahagia.
Kemunculan vokalis utama Dr Khairul Idzwan ataupun lebih popular dengan panggilan Dr Idzu nyata memberikan kelainan bersama dengan anggota lain seperti Suffian Amrin, Dr Faizul Hizal, Hakimi Harun, Wan Najran, Ahmad Zuhaidi dan Azalinor Abdul Rahman.
Awal kemunculan Saujana.
Suara Dr Idzu ternyata masih sama seperti awal kemunculan kumpulan ini menjejakkan kaki mereka dalam industri muzik tempatan lebih kurang 23 tahun lalu. Menarik tentang Dr Idzu, suara dan teknik vokalnya dari dahulu lagi amat segar dan berbeza dari penyanyi nasyid lain, tidak keterlaluan kalau penulis katakan suaranya seperti penyanyi muzik genre pop.
Bercerita sedikit mengenai sejarah kumpulan ini. Anggota asal kumpulan Saujana terdiri daripada Dr Idzu, Azalinor, Hakimi Harun, Dr Faizul Hizal dan Suffian yang Ketika itu sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Agama Kajang. Ketika itu mereka dikenali sebagai All for Ummah sebelum ditukar nama kepada Saujana apabila memulakan langkah dengan lebih serius dalam bidang seni.
Usai persembahan mereka di ANAM 2020, warga net rata-rata menyatakan perasaan rindu mereka kepada kumpulan Saujana dan memuji persembahan dan suara yang masih sama seperti dahulu. Tidak kurang juga ada yang mencadangkan supaya kumpulan ini mengdakan konsert pada masa akan datang.
.
.
***P/S – Rindu dengan era muzik 90an-dan awal 200-an yang mana lagu-lagu Nasyid diangkat begitu tinggi dan mendapat tempat di hati masyarakat tempatan sehingga mampu mendaki tangga carta radio bersaing dengan lagu-lagu genre lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bait-bait lagu Vida nyanyian kumpulan Phyne Ballerz pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Lagu yang disadur ini merupakan lagu asal bertajuk A Puro Dolor yang merupakan runut bunyi drama bersiri Mis Tres Hermanas nyanyian asal kumpulan Son by Four.
Mis Trez Hermanas merupakan drama bersiri Venezuela yang cukup popular di awal 2000-an. Memiliki lebih 150 episod ternyata drama bersiri ini berjaya mencuri hati penonton di Malaysia menerusi jalan cerita yang penuh dengan debaran, cinta dan kisah tragis.
Melihat kembali kepada jalan ceritanya, drama ini tidak akan berjaya tanpa persembahan hebat daripada pelakon utamanya, Scarlet Ortiz. Merupakan seorang pelakon dan model latin terkenal, keanggunan Scarlet memukau pandangan.
Kini setelah lebih 20 tahun berlalu dan mencecah usia 49 tahun, pemilik nama penuh Hevis Scarlet Ortiz Pacheco ini bahagia sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada seorang cahaya mata perempuan. Dia berkahwin dengan rakan aktor dan juga model, Yul Burkle yang turut berperanan dalam drama bersiri Mis Tres Hermanas.
Mengimbau kembali penglibatannya dalam dunia seni, Scarlet bukanlah orang asing. Dia memulakan langkah dalam dunia penuh gemerlapan dengan menyertai pertandingan ratu cantik Miss Venezuela pada tahun 1992.
Ketika menyertai pertandingan tersebut, dia baru berusia 18 tahun. Walaupun tidak berjaya sebagai pemenang, namun tuah menyelabahi. Bintangnya cukup bersinar. Kekal awet muda biarpun sudah mengampiri usia 50 tahun, Scarlet masih lagi kekal anggun seperti dahulu.
Figuranya masih terjaga rapi, kulitnya cukup mulus dan rambutnya kekal hitam berkilat dan lebat. Tidak keterlaluan penulis menyatakan yang di saling tak tumpah sama seperti 22 tahun yang lalu ketika drama bersiri Mis Tres Hermanas mula menemui peminat.
Membintangi puluhan drama dan filem, anak kelahiran Caracas ini turut melebarkan sayapnya sebagai seorang pemain teater pada tahun 2012 menerusi pementasan bertajuk Las Quiero a las dos.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi berbakat besar, Danial Chuer meluahkan perasaan sedih selepas bapa tercinta, Chuer Niang, pergi dijemput Ilahi, pada Isnin.
Dalam satu perkongsian di Instagram, pelantun lagu Erti Sempurna itu berkata dia mengambil masa untuk menerima takdir Allah dan kesedihan yang dirasai akibat pemergian bapa yang sangat disayanginya.
Danial mengimbas kembali pengaruh besar yang diberikan oleh arwah bapa dalam perjalanan muziknya. Menurutnya, bapanya adalah individu yang pertama kali memperkenalkannya kepada muzik dan selalu menyokong minatnya tersebut.
“Saya menghabiskan sepanjang hari cuba memproses perasaan saya. Mengapa kehilangan ayah amat menyakitkan saya? Saya duduk di dalam bilik, berfikir, mengasingkan diri seketika untuk memikirkan semuanya.
“Sekarang saya faham mengapa itu sangat menyakitkan. Ayah ialah orang pertama yang suruh saya bermain muzik, kami berkongsi minat yang sama iaitu muzik.
“Ia adalah tutor muzik pertama saya, orang yang mendorong saya untuk mengambil muzik secara serius sebagai kerjaya. Dia adalah sebab saya jatuh cinta dengan muzik,” katanya.
Selain itu, bekas peserta Big Stage itu juga memberitahu, arwah bapa tidak pernah berkira dalam melabur untuk perkembangan bakat muziknya, termasuk memberi nasihat supaya dia dapat mempelajari alat muzik lain selain hanya menyanyi.
Dia tidak teragak-agak untuk membelanjakan wang demi perkembangan saya dalam muzik. Saya masih ingat dia berkata, ‘Dek, jangan nyanyi je, papan kekunci utama sambil nyanyi bah.
“Keterujaan ayah terhadap muzik tidak pernah berhenti, bahkan sehingga perbualan terakhir kami, dia selalu memberitahu saya untuk mengarang dan mengatur muzik seperti Dewa 19 dan Ahmad Dhani kerana lelaki itu ‘genius’,” ujar Danial.
“Saya akan merindui sesi ketika saya memainkan muzik dan dia akan tersenyum, menganggukkan kepalanya, dan berkata, ‘Bagus dek, ada improve sudah muzik mu.’ Hanya Tuhan yang tahu betapa bangganya saya mempunyai dia sebagai ayah saya,” ujar Danial lagi.
Menganggap arwah sebagai adiwira dalam hidupnya, Danial turut berjanji untuk meneruskan legasi dan menjaga ibunya dengan baik.
“Saya kehilangan rakan muzik saya, orang yang menunjukkan dunia kepada saya dan mengajar saya lebih daripada yang pernah saya minta.
“Saya kehilangan orang yang boleh menyelesaikan segala-galanya dalam sekelip mata. I’ll get that Dr title for you. Ayah, biarlah mummy di bawah kendalian saya mulai sekarang.
“Saya kehilangan adiwira saya. Saya kehilangan ayah saya. Saya kehilangan kawan baik saya,” katanya dalam luahan yang penuh emosi itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Danial Chuer
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!