TikTok kini merupakan sumber tunggal berita yang paling banyak digunakan di semua platform untuk remaja di United Kingdom (UK), lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik satu kajian baru pengawal selia komunikasi UK Ofcom.
Laporan Penggunaan Berita Pengawal Selia Di UK 2022/23 mendapati TikTok adalah sumber berita tunggal yang digemari di kalangan kanak-kanak berumur 12 hingga 15 tahun.
TikTok paling popular di kalangan orang muda dan digunakan oleh 28 peratus remaja, diikuti oleh YouTube dan Instagram, kedua-duanya pada 25 peratus, menurut angka itu.
Tetapi dengan mengambil kira semua kandungan berita di seluruh platformnya, BBC masih mempunyai capaian tertinggi daripada mana-mana organisasi berita dalam kalangan kumpulan umur ini – digunakan oleh 39 peratus remaja.
Ads
Kecenderungan itu berlaku selepas kerajaan UK melarang menteri daripada menggunakan TikTok, yang merupakan aplikasi perkongsian video milik China, pada telefon kerja mereka berikutan satu semakan keselamatan.
TikTok dimiliki oleh syarikat internet China ByteDance, berpendapat platform itu tidak berkongsi data dengan China.
Bagaimanapun, undang-undang perisikan Beijing menetapkan syarat agar syarikat-syarikat membantu Parti Komunis apabila diminta.
Ads
Apabila mempertimbangkan persepsi kepercayaan, remaja menilai sumber tradisional lebih baik daripada rakan dalam talian mereka ketika BBC One/Two dipercayai oleh 82 peratus pengguna remajanya, berbanding TikTok pada 32 peratus, Instagram pada 38 peratus, Facebook pada 41 peratus dan Snapchat pada 31 peratus.
Topik berita yang paling menarik minat remaja yang lebih muda secara amnya ialah “personaliti sukan atau sukan” (23 peratus), “berita muzik atau penyanyi” (15 peratus), “selebriti atau orang terkenal” (11 peratus), “perkara serius berlaku di UK” (lapan peratus) dan berita tentang “haiwan atau alam sekitar” (sembilan peratus).
Selain itu, mereka yang berumur 16 hingga 24 tahun adalah lebih kecil daripada purata orang dewasa untuk mengakses berita daripada sumber media tradisional, seperti TV (47 berbanding 70 peratus), radio (25 berbanding 40 peratus) dan akhbar cetak (16 berbanding 26 peratus).
Sementara itu, platform media sosial mendominasi lima sumber berita paling popular dalam kalangan remaja berusia 16 hingga 24 tahun.
Ads
Tetapi Ofcom berkata angkanya menunjukkan siaran berita TV mengekalkan kedudukannya sebagai sumber paling popular di kalangan orang dewasa di UK, digunakan sebanyak 70 peratus, yang meningkat kepada 75 peratus apabila kandungan berita atas permintaan penyiaran disertakan.
Populariti TikTok sebagai sumber berita untuk orang dewasa semakin berkembang, dengan satu daripada 10 orang dewasa mengatakan mereka menggunakannya untuk mengikuti cerita terkini – mengatasi BBC Radio 1 dan Saluran 5, kedua-duanya pada lapan peratus buat kali pertama.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BERNAMA, Pixels
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak sah kalau dalam masakan tidak disertakan dengan tumisan atau renehan bawang putih untuk membangkitkan aroma dan rasa. Lebih-lebih lagi dalam resipi masakan cina yang banyak menggunakan bahan ini.
Tahukah anda yang bawang putih sangat berkhasiat untuk tubuh badan kita? Menurut laporan ia sangat berguna dalam membunuh parasit dan juga membantu memulihkan sistem pernafasan dan sistem penghadaman.
Berikut adalah antara khasiat lain bawang putih :-
Berfungsi sebagai anti bakteria.
Sangat baik untuk mengelakkan serangan sakit jantung.
Mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser.
Mengurangkan penyempitan kolestrol pada saluran darah.
Membantu mengurangkan kandungan gula dalam badan dan mengurangkan batuk.
Banyakkan khasiat bahan semulajadi ini? So kalau memasak pastikan bawang putih antara bahan yang perlu dimasukkan.
Penulis suka buat bawang putih panggang. Resipi ini sangat mudah dan sedap. Panggang selabu bawang putih (potong bahagian atas secara melintang. Kemudian tabur sedikit garam, lada hitam dan minyak zaitun. Balut dalam aluminium foil) selama 30 minit di dalam ketuhar dan kemudian sapukan isi bawang putih yang telah lembut ke atas roti gandum penuh yang dibakar. Memang sedap!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika korang seorang yang tidak mempunyai masa yang panjang untuk memasak, tentunya air-fryer adalah perkakas dapur yang wajib ada. Bukan saja mudah digunakan, fungsinya untuk menggoreng makanan tanpa minyak menjadikan makanan kamu lebih sihat.
Nama saja fryer, tapi ia bukan hanya untuk mengoreng saja.
Nah kami kongsikan beberapa menu minum petang yang dicipta oleh yang Wan Nor Fatinhana untuk dicuba pada musim PKP ni.
1.ROTI GULA BAKAR
Sapukan roti dengan mentega & taburkan gula.
Setkan suhu pada 180 darjah Celsius selama 10 minit.
2. KEK PISANG
Bahan-bahan
3 biji pisang. *
Setengah cawan gula. *
2 biji telur. *
Setengah cawan tepung gandum yang telah diayak supaya tak berketul bila masak.
Setengah sudu teh kecil esen vanilla untuk kurang hanyir telur. *
Cip coklat.
1 sudu teh kecil baking powder.
Setengah sudu teh kecil soda bikarbonat.
Setengah cawan minyak.
Kisarkan bahan yang bertanda (*) hingga sebati dan tambah sedikit susu Dutch Lady lowfat
Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder ke dalam bekas. Tuangkan perlahan-lahan bahan yang dikisar dan kacau hingga sebati.
Sediakan loyang dan sapu marjerin.
Tuang acuan tadi ke dalam loyang dan taburkan cip coklat.
Panaskan air fryer untuk 5 minit pada suhu 160 darjah Celsius.
Masukkan kek ke dalam air fryer dan masak untuk 30-45 minit.
*Buka air fryer setelah 30 minit untuk melihat keadaan kek dan cucuk pada bahagian tengah dengan garfu untuk melihat sama ada ia hampir masak atau belum.
3. PUDING ROTI KUAH KASTARD
Bahan untuk puding
8 keping roti yang dipotong 4 dan disapu dengan mentega.
2 cawan susu segar. *
2 biji telur *
2 sudu gula *
1 sudu kecil esen vanilla *
Kismis atau cip coklat.
Sediakan loyang yang sudah disapu dengan mentega.
Kacau sekata bahan yang bertanda *
Susun roti di dalam loyang & tuang bahan yang telah dikisar.
Tabur choc chip
Bakar pada suhu 20 darjah Ceksius selama 20 minit.
Kuah kastard
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
2 sudu gula
Secubit garam
1 sudu esen vanilla
Masak di atas dapur secara perlahan. Akhir sekali masukkan tepung untuk pekatkan kuah.
Air fryer tidak sama dengan oven tak sama. Jika ingin masak kek, korang perlu panaskan dulu air fryier selama 5 hingga 10 minit pada suhu tertinggi,
Kemudian, mulakan pada suhu rendah sama ada 160 atau 180 darjah Celsius selama 20 minit. Dan baru boleh naikkan suhu dan tambah masa bila tengok keadaan kek seperti sudah nak masak.
4. Roti Ala2 Titab
Untuk resepi ini sapukan mentega dan bakar pada suhu 20 darjah Celsius untuk 5 ke 10 minit. Jika lihat sudah separuh garing, ia bermakna roti sudah siap.
Pukul telur sebiji. Kemudian celupkan roti yang sudah disapu mentega tadi ke dalam telur dan seterusnya bakar.
5. Roti Sardin Bakar
Inti
Tambahkan sedikit minyak, bawang, ikan sardin yang sudah diasingkan dari kuah dan tambahkan sedikit sos cili.
Masak sehingga kuah sedikit kering.
Roti
Letakkan inti di tengah-tengah roti yang sudah sedikit dilenyekkan.
Lipat roti dan tekan dengan garfu di sekeliling roti.
Sapukan mentega pada roti
Bakar pada suhu 180 darjah Celsius untuk tempoh masa 5 hingga 10 minit.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerajaan sudah pun membenarkan aktiviti merentas negeri dan ke luar negara tanpa My Travel Pass mulai hari ini. Mungkin ada yang sudah merancang untuk bercuti ke luar negara, namun pasport pula sudah tamat tempoh.
Nah, korang tak perlu susah hati kerana sekarang ini semua urusan boleh dilakukan dengan mudah dan pantas, boleh dibuat secara atas talian sahaja.
Tak perlu menunggu nombor giliran yang lama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), buat sendiri dekat rumah tak sampai 10 minit, kemudian korang dah boleh pergi ambil.
Lagi pun, Jabatan Imigresen Malaysia juga memang mengalakkan orang ramai memperbaharui pasport mereka secara online.
Korang boleh renew melalui Permohonan Pembaharuan Pasport (MyOnline Passport) di laman web imigresen. Tapi, ia hanya boleh dilakukan untuk tujuan pembaharuan saja dan bukannya memohon pasport baru ok?
1. Buka laman web Myimms e-services
Klik butang Agree untuk meneruskan pembaharuan pasport
2. Isi maklumat butiran peribadi
3. Pilih cawangan kutipan
Cara serahan pula, korang boleh datang sendiri ke lokasi pejabat imigresen yang dipilih dan pasport akan diserahkan dalam masa 10 hingga 15 minit
4. Upload gambar
Pilih gambar latar belakang berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.