Batuk lama tak kebah? Isu ini sering menghantui ramai individu, terutamanya mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah. Perkongsian seorang wanita di media sosial mengenai ubat batuk tradisional yang diamalkan sejak dahulu kala kini menarik perhatian ramai, khususnya dalam kalangan mereka yang mengalami batuk berpanjangan walaupun sudah mencuba pelbagai jenis ubat.
Gambar Nor Hasnah Abdul Kadir
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Nor Hasnah Abdul Kadir memaklumkan bahawa ramuan tersebut merupakan amalan peribadinya sejak sekian lama. Beliau yang merupakan pesakit autoimun sering mengalami batuk berpanjangan dan memerlukan tempoh lebih lama untuk pulih berbanding individu lain.
Pesakit Autoimun Pilih Kaedah Tradisional
Menurut Hasnah, disebabkan tubuhnya sensitif terhadap ubat-ubatan tertentu, beliau memilih untuk mengamalkan ubat batuk tradisional sebagai sokongan penjagaan kesihatan harian. Kaedah ini bukan bertujuan menggantikan rawatan perubatan, tetapi sebagai ikhtiar tambahan menggunakan bahan semula jadi.
Katanya, ramuan ini membantu melegakan batuk, mengurangkan sakit tekak serta memberi rasa lega pada bahagian dada, terutamanya ketika batuk berpanjangan yang sukar sembuh.
Ads
Amalan Tradisional Kaum Cina Zaman Dahulu
Lebih menarik, resipi ini merupakan amalan tradisional kaum Cina yang diwarisi sejak zaman dahulu. Ia pernah dikongsikan oleh individu lain sebagai ilmu kesihatan semula jadi yang mudah disediakan di rumah dan tidak memerlukan bahan mahal.
Perkongsian Hasnah turut mendapat perhatian ramai apabila beliau mencadangkan ramuan ini kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak mengalami batuk lama dan sukar kebah.
Ramuan Boleh Disimpan & Diperam
Salah satu keunikan ubat batuk tradisional ini ialah ia boleh diperam dan disimpan untuk tempoh yang lama. Malah, menurut pengalaman pengamalnya, semakin lama tempoh perapan, semakin baik khasiat yang terhasil.
Ads
Ini menjadikan ramuan ini praktikal untuk disediakan lebih awal dan digunakan apabila diperlukan.
Bahan-bahan Ubat Batuk Tradisional
2 sudu makan madu
Air (¾ botol atau balang)
Limau dan asam boi (kuantiti sama banyak)
Cara Penyediaan
Bancuh madu bersama air dan masukkan ke dalam botol kaca atau plastik.
Belah dua limau, tetapi jangan putus sepenuhnya.
Perah jus limau ke dalam bancuhan air madu.
Masukkan asam boi ke dalam limau yang telah dibelah.
Masukkan limau tersebut ke dalam botol berisi air madu.
Biarkan ramuan ini diperam. Semakin lama tempoh perapan, semakin baik hasilnya.
Cara Pengambilan
Ambil 2 sudu makan ramuan.
Bancuh dengan air suam sebelum diminum.
Amalkan Secara Berhemah
Menurut Hasnah, pengambilan madu yang dibancuh dengan air suam dipercayai membantu penyerapan dengan lebih cepat oleh badan. Walaupun menggunakan bahan semula jadi, pembaca dinasihatkan agar mengamalkan ubat batuk tradisional ini secara sederhana.
Bagi pesakit autoimun, ibu hamil atau individu yang sedang menjalani rawatan perubatan, sebarang amalan tambahan wajar dibincangkan terlebih dahulu dengan doktor.
Ads
Perkongsian ini sekali gus membuktikan bahawa amalan tradisional masih relevan dan boleh dijadikan sokongan kesihatan, selagi diamalkan dengan betul, berhemah dan bertanggungjawab.
Kemaraan dua buah negara Asia ke pusingan kalah mati di Piala Dunia FIFA 2022 telah menyamai kejayaan sama yang dicatatkan pada edisi 2002 di Korea Selatan-Jepun dan edisi 2010 di Afrika Selatan.
Sekali lagi, Jepun dan Korea Selatan membawa maruah dan sokongan peminat seluruh benua di atas bahu pemainnya apabila bersedia menentang lawan masing-masing dalam perlawanan pada 5 Disember (Isnin).
Jepun yang bakal menentang Croatia demi mara ke pusingan suku akhir enggan terlalu mendabik dada dengan kejayaan ke atas kuasa bola sepak seperti Sepanyol dan Jerman sebelum ini. Namun, mereka juga enggan tampil kerdil dan tidak berkeyakinan dalam perlawanan esok.
Cukuplah sekadar ‘Samurai Biru’ mengetahui detik menewaskan dua pasukan gergasi dunia, Sepanyol 2-1 dan Jerman 2-1 telah menyuntik keyakinan yang tinggi kepada seluruh pasukan.
Jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu. FOTO: Reuters
Jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu melihat kejayaan anak buahnya itu sebagai detik membanggakan; bukan sahaja kepada negara mereka tetapi juga buat arena bola sepak Asia.
“Banyak perkara yang boleh kita pelajari. Asia juga boleh menang di peringkat dunia.. Jepun boleh menang di peringkat dunia.
“Saya fikir semua orang di benua Asia akan berkongsi detik kegembiraan kita,” ulas Moriyasu.
FOTO: Reuters
Corak permainan ‘ultra defensive & passive’ Jepun di mana mereka bertahan dengan tekanan pada separuh masa pertama sebelum kembali mengejar dari belakang terbukti sebagai strategi berjaya.
Japan’s second goal in their 2-1 win over Spain was checked by VAR to determine if the ball had gone out of play.
The video match officials used the goal line camera images to check if the ball was still partially on the line or not. pic.twitter.com/RhN8meei6Q
Penguasaan bola Jepun sekadar mencapai peratusan 22% ketika menentang Sepanyol dan 35% ketika menentang Jerman. Ini bermakna Jepun tahu untuk membaca bila dan bagaimana cara terbaik untuk merobek gawang lawan.
Adakah mereka akan meneruskan kecemerlangan tersebut dalam perlawanan 16 pasukan terakhir esok? Sama-sama kita saksikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap tahun, bagi pelajar tingkatan 5 yang baru selesai menduduki SPM akan membeli borang UPU untuk memohon menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.
Namun, untuk calon yang ingin memohon pada tahun ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, melalui pengecualian itu, permohonan kemasukan ke IPTA dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dimohon terus di laman sesawang upu.mohe.gov.my.
KPT berharap keputusan ini dapat meringankan beban para pelajar dan melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.
Tempoh permohonan telah pun ditetapkan pada 4 Januari hingga 31 Mac bagi lepasan SPM, STPM, asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia, lepasan matrikulasi serta diploma atau setaraf.
Tempoh pilihan program pengajian pula berbeza mengikut kategori masing-masing bermula pada 9 Mac dan berakhir pada 31 Mac 2021.
Sebelum ini, pelajar perlu membayar untuk mendapatkan nombor Unik ID Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai syarat mengisi borang permohonan secara online bagi melanjutkan pengajian.
Jadi, pelajar yang nak memohon tahun ni tak perlu nak kalut kerana kos bayaran untuk proses pemohonan UPU kali ini telah dibiayai oleh pihak KPT.
P/S: Teringat pula masa sekolah dulu, kawan-kawan selalu ingatkan dah beli kod UPU ke belum. Hiks!
Kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan, tiada tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam menjalani aktiviti kehidupan harian.
Sumber Gambar : Engin Akyurt from Pexels
Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina dan bangsa. Lebih teruk lagi, masalah kemurungan ini boleh berlaku sehingga berbulan-bulan atau bertahun lamanya.
Baru-baru ini, Public Health Malaysia ada berkongsi di laman facebook diantara perbezaan kemurungan dan kegelisahan. Biarpun mempunyai beberapa persamaan seperti masalah untuk tidur, kedua-dua gangguan ini mempunyai banyak perbezaan.
Situasi semasa menyebabkan ramai yang mengalami anxiety atau kebimbangan. Anda mungkin bimbang jika perkara yang tidak diingini berlaku kepada diri sendiri atau individu disekitar anda.
Perasaan bimbang dan cemas mengundang serangan panik yang menyebabkan seseorang individu mula rasa sukar untuk bernafas dan sakit dada.
Pada waktu malam, jantung masih berdegup kencang menyebabkan seseorang individu sukar melelapkan mata.
Sementara itu, di ruangan komen juga, ramai yang berkongsi pengalaman dan kisah mereka tentang penyakit kemurungan ini. Rata-rata daripada mereka mengatakan bahawa jangan takut untuk mendapatkan rawatan dan segeralah berjumpa dengan pakar.
Sumber : Public Health Malaysia
Kebimbangan berterusan boleh menyebabkan kemurungan. Namun ada juga kemurungan tanpa kebimbangan. Di sini perbezaannya.
Jangan memandang remeh dengan masalah kemurungan ini, namun diingatkan depresinya bukannya gila. Jangan takut untuk berjumpa dengan pakar, sebaliknya cuba dapatkan nasihat perubatan daripada mereka.
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming memaklumkan bahawa beliau kini mengambil tindakan undang-undang susulan insiden kebocoran data peribadi yang tular baru-baru ini.Menerusi satu hantaran...