Bahkan drama yang dibintangi Ahn Hyo-seop dan Kim Se-jeong ini berjaya duduk seiring dengan naskhah yang dibarisi pelakon popular seperti “Thirty-Nine” dan “Forecasting Love & Weather”.
Walaupun baru 4 episod namun “A Business Proposal” telah berjaya mencuri perhatian ramai dan mencipta rekod di pelbagai platform. Paling mencuri perhatian ialah heroin drama Korea A Business Proposal. Lihat gambar dan beberapa fakta ringkasnya.
1. Kim Sejeong dilahirkan pada 28 Ogos 1996 dan kini berusia 26 tahun.
2. Kim Sejeong memulakan kerjayanya pada usia 16 tahun dengan menyertai satu program yang berjudul KPop Star 2
Ads
Foto Via koreaboo.com
3. Namanya semakin popular menerusi Survival Show Produce 101 pada tahun 2016
4. Kim Sejeong pernah menyertai Girl Grup Gugudan namun kini telahpun dibubarkan
Ads
5. Tidak hanya pandai menyanyi, Kim Sejeong juga berbakat dalam dunia lakonan
Foto Via Jellyfish Entertainment
6. Drama sulung lakonan Kim Sejeong yang berjudul ‘The Sound Of Your Heart’.
7. Kim Sejeong dikenali sebagai seorang yang peramah
“A Business Proposal” berkisarkan tentang drama komedi romantis tentang seorang pekerja pejabat yang pergi ke ‘blind date’ dengan CEO syarikatnya, menggantikan rakannya sambil menyembunyikan identiti sebenar.
Memang popular kan “A Business Proposal” sekarang? Tak sabar nak tunggu episod seterusnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Betulkan penulis jika tersalah. Tetapi ada rakan korang, ahli keluarga korang ataupun korang sendiri yang menggemari bau tertentu.
Contohnya seperti bau lavendar, bau pinewood daripada gedung perabot IKEA, bau halaman muka surat buku baru atau dalam kes ini, bau minuman Starbucks panas.
Iya, aroma minuman kopi daripada stor tersebut memang mudah untuk menusuk ke hidung. Lalu membuatkan orang di sekeliling terliur ingin merasainya.
Kini, seluruh kereta boleh berbau minuman Starbucks pada setiap hari! Hanya sangkutkan saja pewangi kereta edisi terhad ini di dalam kereta.
Semalam, Starbucks Malaysia telah mengumumkan produk edisi terhad ini di akaun media sosial mereka. Ia hadir dalam dua jenis aroma berlainan iaitu teh hijau (matcha) dan coklat.
Bagi korang yang berminat, dapatkannya di cawangan Starbucks pandu lalu pada harga RM25.
Korang juga boleh membelinya pada harga RM15 jika membeli minuman bersaiz Venti.
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peguam yang mewakili pelakon, Nur Fazura Sharifuddin bagi sebutan kes permohonan cerai ke atas suami, Fattah Amin menegaskan bahawa Fazura tidak sesekali pernah mengesahkan dakwaan dirinya dicurangi seperti yang tular di media sosial.
Ketika ditemui para pemberita di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi ini, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan agar masyarakat tidak terus membuat spekulasi terhadap punca permohonan penceraian.
“Fazura tidak pernah mengeluarkan kenyataan (berhubung dakwaan dicurangi oleh Fattah Amin).
“(Kenyataan) yang timbul adalah daripada individu-individu yang mengeluarkan kenyataan melalui media sosial berkaitan perkara-perkara yang sebenarnya kita pun tidak pernah cakap.
“Kalau tengok dalam permohonan penceraian pun, kita tidak sebut langsung isu-isu berkaitan kejadian curang dan sebagainya,” ulasnya.
Justeru, beliau memberi amaran bahawa tindakan keras akan diambil terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadap kes ini.
Setakat ini, sudah 4-5 pihak sudah dikenal pasti pernah membuat kenyataan fitnah terhadap diri Fazura dan rumah tangga mereka.
Mengimbas kembali sejurus Fazura memfailkan penceraian pada 13 September lalu, timbul dakwaan daripada pengawal peribadi aktres itu kononnya wujud ‘penyondol’ yang menjadi punca keretakan rumah tangga Fattah dan Fazura.
Individu yang dikenali sebagai Shahaszrin itu mendakwa seorang wanita yang pernah menjadi penata gaya tudung kepada Fazura cuba merapati Fattah dan mengakibatkan konflik antara pasangan selebriti berkenaan.
Lantas, spekulasi Fattah berlaku curang hangat diperkatakan warganet menerusi platform media sosial.
Mahkamah menangguhkan kes permohonan penceraian ke 7 Oktober 2024 untuk memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berbincang dan memutuskan jalan penyelesaian terbaik termasuklah keputusan sama ada bagi meneruskan penceraian ataupun tidak.
Sebagai info, pasangan popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Kuala Lumpur kembali bergema dengan kehadiran kumpulan pop-rock terkenal dari Indonesia, Nidji, yang mengadakan konsert mereka di Malaysia selepas 18 tahun.
Konsert ‘Nidji 2.3: The New Chapter’ yang berlangsung pada 2 Februari di Axiata Arena, bukan sekadar sebuah persembahan biasa tetapi sebuah perayaan muzik bagi menandakan 23 tahun perjalanan mereka dalam industri muzik.
Selain itu, dengan kehadiran seramai 10,000 penonton pada malam semalam telah menjadi saksi betapa peminat di Malaysia masih setia dengan kumpulan ini walaupun sudah hampir dua dekad sejak kali terakhir mereka mengadakan konsert di sini.
Dalam pada itu, sebagai tanda penghargaan kepada peminat, Nidji telah mempersembahkan 23 buah lagu, selari dengan usia kumpulan itu.
Sejak tirai persembahan dibuka, aura nostalgia terus menyelubungi arena dengan lagu-lagu Ku Takkan Bisa, Biarlah, Sumpah dan Cinta Matiku, serta Rahasia Hati yang membuatkan penonton turut sama menyanyi.
Kehebatan konsert ini semakin terserlah dengan lagu ikonik mereka seperti Laskar Pelangi, Teroesir (Menunggu Karma), Disco Lazy Time, Arti Sahabat, Nelangsa, Sudah, Wadoow, Teman Sejati, Lampu Hati dan beberapa buah lagu lagi.
Kemuncak emosi pada malam ‘Nidji 2.3: The New Chapter’ mencapai kemuncaknya apabila Nidji menutup persembahan mereka dengan lagu hit mereka ‘Hapus Aku’ yang mendapat sorakan gemuruh daripada peminat.
Kejutan istimewa turut mewarnai konsert ini apabila kumpulan Kugiran Masdo tampil sebagai tetamu undangan. Kolaborasi mereka dengan Nidji menerusi lagu Zayang Zayang mencipta momen istimewa buat peminat muzik Malaysia dan Indonesia.
Gandingan di antara kedua-dua kumpulan ini jelas terserlah memperlihatkan bagaimana muzik mampu menyatukan dua negara serumpun.
Selain membawakan lagu-lagu hits mereka sendiri, Nidji juga memberi penghormatan kepada lagenda muzik tanah air dengan menyanyikan Getaran Jiwa, lagu klasik yang pernah dipopularkan oleh Tan Sri P. Ramlee.
Versi piano yang dibawakan oleh vokalis Nidji, Ubay Yusuf membawa nafas baru kepada karya agung tersebut, namun masih mengekalkan keindahan melodi asal yang tidak lapuk dek zaman.
Antara salah satu elemen menarik konsert ini adalah kod pakaian yang ditetapkan kepada penonton iaitu bold, energetic, and expressive bukan sekadar satu tema fesyen, tetapi juga mencerminkan semangat dan tenaga yang ingin disampaikan oleh Nidji kepada peminat mereka.
Kelibat penonton yang hadir dengan gaya unik dan penuh warna-warni menambah lagi kemeriahan suasana, menjadikan konsert ini bukan sahaja tentang muzik, tetapi juga dapat diibaratkan sebagai sebuah perayaan ekspresi diri.
Kehadiran 10,000 peminat yang memenuhi ruang konsert membuktikan bahawa Nidji masih mempunyai pengaruh yang kuat di Malaysia.
Sambutan luar biasa ini menjadi bukti bahawa lagu-lagu mereka masih relevan dan dekat di hati pendengar, walaupun industri muzik terus berkembang dengan generasi baharu.
Konsert Nidji 2.3 ‘Nidji 2.3: The New Chapter’ bukan sekadar sebuah persembahan mengubat rindu, tetapi juga satu perjalanan emosi yang membawa peminat kembali ke zaman kegemilangan kumpulan ini.
Setiap setlist yang mengimbau kenangan, kejutan kolaborasi istimewa, serta tenaga luar biasa daripada barisan pemuzik dan penonton, konsert ini pasti akan dikenang sebagai salah satu persembahan terbaik yang pernah berlangsung di Kuala Lumpur.
Nidji kini terdiri daripada Ubay, Rama, Ariel, Randy, Andro serta Adri dan mereka baru sahaja melancarkan album terbaru yang berjudul Manifestasi Hati, sebuah karya yang mencerminkan evolusi muzik mereka sambil mengekalkan identiti yang telah lama dicintai peminat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari lagu kegemaran mereka, apa yang mereka akan bawa kalau hilang di angkasa, hingga pandangan mereka tentang DURIAN—semuanya ada dalam video ni! 🌟CRAVITY adalah kumpulan K-pop yang terdiri daripada 9 ahli berbakat: Serim, Allen, Jungmo, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, Seongmin, dan Kangmin. Mereka dikenali dengan konsep yang penuh tenaga dan muzik yang catchy.
Jangan lupa tonton temubual penuh semangat bersama CRAVITY! 💥
Personaliti media sosial, Andika Putera berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan anak perempuannya, Alisha Puteri yang baru sahaja menjalani pembedahan mata.
Menerusi satu hantaran di TikTok,...